BAB 15

Romance Completed 8195

" Mama nak Hana kahwin dengan Azim " .

Johana tergamam. Dia terus mengangkat muka memandang Puan Anita. Rasa macam tak percaya apa yang diminta oleh Puan Anita itu. Kahwin dengan bekas abang iparnya sendiri?

" Mama cakap apa ni? Ma, abang Azim tu bekas abang ipar Hana. Tak mungkin Hana nak kahwin dengan dia " bantah Johana.

Ya walaupun rasa cintanya pada lelaki itu tetap utuh di hati, tidak mungkin dia setuju untuk berkahwin dengan bekas abang iparnya sendiri. Itu suatu perkara yang mustahil.

" Jadi apa salahnya kalau Azim tu bekas abang ipar Hana? Tak ada salahnya pun " .

" Ramai lagi perempuan kat luar sana tu mama. Pilih jer lah kalau dia dah terdesak sangat nak cari isteri. Baru setahun kak Hanis meninggal. Takkan dia terus nak cari pengganti " .

" Hana tak baik cakap macam tu. Ini bukan kemahuan Azim. Umi yang datang semalam. Dia tanya soal Hana pada mama. Bukan apa, Mikha masih kecil lagi. Dia perlukan kasih sayang seorang ibu. Hana tak kesian ke dengan dia? " .

Johana mengetap bibir. Sangkanya Hazim yang beriya-iya nak kahwin lain. Rupanya kerana Puan Zawiyah.

" Hana kesian ma. Mikha tu anak saudara Hana. Tapi kenapa Hana? Lagipun kalau tak kahwin dengan abang Azim, Hana tetap boleh beri kasih sayang pada Mikha " .

" Itu mama tahu. Tapi tak sama Hana. Hana nak ke kalau suatu hari nanti Azim tu kahwin dengan orang yang salah? Hana nak Mikha dapat ibu tiri yang kejam? " .

Johana menggelengkan kepalanya. Dia tidak sanggup membiarkan perkara itu terjadi pada Mikhail. Dia sayangkan anak saudaranya itu. Itulah satu-satunya kenangan yang mengubatkan rindunya pada Johanis.

" Jadi mama harap sangat Hana terima Azim. Mama tak paksa Hana. Hana ambil lah masa untuk fikirkan dulu " bahu anaknya itu diusap perlahan.

" Hana! " .

Johana menoleh. Dia melihat Johanis meluru ke arahnya.

" Kak Hanis " tubuh kakaknya itu dipeluk erat. Air mata mengalir laju. Kerinduan terhadap kakaknya itu hilang serta merta sebaik memeluk tubuh kakaknya itu.

" Kak Hanis, jangan tinggalkan Hana lagi " .

Johanis mengusap perlahan pipi Johana. Dia mengesat air mata yang mengalir di pipi adiknya itu.

" Tolong jagakan abang Azim dan Mikhail untuk akak " .

" Kak Hanis... " .

Johanis terus melangkah pergi. Mata Johana tercari-cari bayangan kakaknya itu. Tetapi sudah tiada. Dia terjelepuk jatuh.

" Kak Hanis ! " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience