BAB 17

Romance Completed 8189

Selepas bernikah dengan Johana, Hazim berpindah ke rumah mertuanya. Pada awalnya dia mengajak Johana pindah ke rumahnya sendiri tetapi Johana menolak. Katanya dia tidak layak tinggal di rumah itu. Hanya Johanis yang berhak tinggal di rumah itu. Kini rumah itu dibiarkan kosong. Cuma setiap minggu Hazim akan datang melawat rumah itu.

" Mikha sayang " Johana mencium pipi gebu Mikhail.

Terkekeh-kekeh Mikhail ketawa.

" Hana " sapa Puan Zawiyah.

Johana tersenyum kecil pada ibu mertuanya itu.

" Eh bila umi sampai? " soalnya. Dia menyalami tangan wanita itu.

" Baru jer. Tadi mama cakap Hana dalam bilik. Tidurkan Mikha ya? " .

" Ha'ah mama. Tapi tu lah Mikha ni tak nak tidur pulak. Nasib baiklah hari ni Hana cuti " .

Puan Zawiyah tersenyum kecil. Dia melabuhkan punggungnya di sofa berhadapan dengan menantunya itu.

" Pengantin baru kan " .

Johana hanya tersenyum nipis.

" Hazim mana? Umi tak nampak dia daripada tadi. Kereta dia pun tak ada" soal Puan Zawiyah.

Johana menelan air liurnya. Habislah. Apa dia nak jawab dengan umi? Kalau dia cakap dia tak tahu, nanti umi mesti pelik. Takkanlah tak tahu suami pergi mana. Memang tadi Hazim ada memberitahunya yang dia mahu keluar sebentar. Tapi tak pulak dia tanya nak kemana.

" Err...abang keluar sekejap " .

Puan Zawiyah mengangguk. Johana menarik nafas lega. Fuhh nasib baiklah umi tak tanya lebih-lebih.

" Hana bahagia dengan perkahwinan ni? " soal Puan Zawiyah tiba-tiba.

" Kenapa umi tanya? " soalan dibalas semual dengan soalan.

" Umi saja tanya. Umi harap Hana bahagia dengan perkahwinan ni. Ya walaupun umi tahu bukan mudah untuk Hana terima Hazim. Cuba untuk buka hati Hana. Jangan anggap Hazim tu bekas abang ipar Hana. Tapi anggap Hazim tu suami Hana. Insya Allah suatu hari nanti hati Hana akan terbuka jugak untuk terima Hazim dalam hidup Hana " .

Johana terdiam seketika. Dia mati kata-kata.

" Umi pelik. Dulu Hana dengan Hazim bukan main rapat lagi. Tapi lepas Hazim kahwin dengan Hanis, seolah-olah ada tembok besar di tengah-tengah yang halang Hana untuk rapat dengan Hazim macam dulu. Umi harap kamu berdua tabah dan sabar jalani kehidupan berumah tangga. Umi sentiasa mendoakan kebahagiaan kamu berdua " .

Johana sebak mendengar kata-kata Puan Zawiyah. Tipulah dia jika kata dia tidak rindukan Hazim. Betapa rindunya dia pada Hazim hanya Allah yang tahu. Tapi dia harus menguburkan perasaan cintanya pada lelaki itu.

" Terima kasih umi " ucap Johana perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience