BAB 12

Romance Completed 8189

Hazim mundar mandir menanti Johanis di ruang menunggu. Encik Azizi, Puan Anita dan Puan Zawiyah turut ada menanti Johanis.

" Bawak bertenang Azim. Insya Allah semuanya akan selamat " kata Puan Anita.

" Azim risau lah mama. Dah lama sangat ni " Hazim meraup rambutnya ke belakang.

" Kita doakan semoga Allah permudahkan Hanis untuk bersalin " Puan Zawiyah bersuara. Dia juga risau akan keadaan menantunya itu.

Seorang doktor perempuan datang mendekati mereka.

" Doktor, macam mana anak dengan isteri saya? " soal Hazim.

" Tahniah encik, isteri encik selamat melahirkan bayi lelaki. Tapi.. " .

" Tapi kenapa dengan anak saya doktor? " soal Puan Anita gusar.

" Maaf. Kami tak dapat selamatkan puan Johanis " .

Hazim merasakan dunianya gelap buat seketika. Rasa macam tidak percaya dengan apa yang baru saja didengarinya ketika ini. Puan Anita hampir rebah mendengar berita itu, mujur Encik Azizi sempat menahan tubuhnya daripada terjatuh.

' Hanis, kenapa Hanis tinggalkan abang dan anak kita? Abang tak kuat Hanis.. ' .

Johana bergegas pulang apabila mendapat berita kakaknya sudah meninggal dunia ketika bersalinkan anak sulungnya. Dia tidak pernah tahu pun kakaknya itu mengandung. Sejak hatinya hancur berkecai apabila mendapat berita tentang kakaknya bakal berkahwin dengan orang yang paling dia cinta, Johana membawa diri ke US.

Sebenarnya dia sengaja menggunakan alasan sibuk belajar sehingga tidak pulang ke Malaysia. Itu cuma alasan semata-mata. Mana mungkin dia sanggup melihat kebahagiaan lelaki yang sangat dicintai bersama dengan kakak kandungnya sendiri. Dia tidak sekuat itu. Jadi lebih baik dia membawa diri ke US.

Air mata Johana mengalir perlahan. Belum sempat dia berjumpa dengan Johanis, kakaknya itu sudah kembali kepada sang pencipta. Walaupun dia masih terasa hati dengan Johanis yang tiba-tiba sahaja membuat keputusan untuk berkahwin dengan Hazim, jauh di sudut hatinya itu dia tetap sayangkan kakaknya itu.

" Maafkan Hana akak. Hana terlalu pentingkan diri Hana. Sepatutnya Hana kena terima semua ni dengan redha. Bukannya lari daripada semua ni. Maafkan Hana... " .

Jenazah Johanis terpaksa dikebumikan selepas zohor nanti. Pada awalnya Puan Anita ingin menanti sehingga Johana pulang. Tetapi waktu tidak mengizinkan. Kalau nak tunggu Johana, lambat lagi. Tidak elok dibiarkan jenazah lama-lama. Jadi mereka terpaksa kebumikan Johanis selepas zohor nanti.

Johana tidak sempat untuk menatap wajah kakaknya buat kali yang terakhir. Sampai saja di KLIA, Johana terus menaiki teksi pulang ke rumah. Selepas itu dia pergi ke tanah perkuburan islam Al-Ehsan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience