BAB 8

Romance Completed 8189

" Assalamualaikum pelajar semua. Minggu depan akan bermulanya peperiksaan sijil pelajaran Malaysia. Jadi saya harap awak semua buat yang terbaik. Gunakan semua ilmu yang guru-guru telah curahkan pada awak. Berusahalah bersungguh-sungguh. Korbankan sedikit masa awak demi kejayaan yang bakal mendatang. Saya tahu bukan mudah, tapi saya percaya awak semua boleh buat yang terbaik... " .

"...Dan yang paling penting ialah doa ibu bapa dan guru-guru. Balik rumah nanti, jangan lupa minta restu ibu bapa awak. Minta mereka doakan yang terbaik untuk awak. Pelajar Islam pula, berdoalah pada Allah supaya urusan kamu semua dipermudahkan. Solat jangan tinggal dan kalau boleh lakukan solat sunat. Kata terakhir saya untuk awak semua, buat sehabis baik. Semoga kejayaan milik awak semua. Selamat berjuang" .

Selepas pengetua sekolah SMK Murni memberi ucapan, pelajar-pelajar memberi tepukan gemuruh.

" Hana, aku nervous lah. Takut sangat nak masuk dewan exam " kata Sarah.

" Insya Allah semua okay. Kau jangan risau " .

" Kau takpalah. Kau kan pandai " .

Johana menampar perlahan bahu Sarah.

" Kau sengaja kan nak menyakat aku. Malas aku layan kau " dia berpura-pura merajuk.

Terbahak-bahak Sarah ketawa. Memang dia sengaja ingin menyakat Johana.

" Hana " panggil Nazmi.

Johana yang sedang berjalan keluar daripada sekolah itu terus menoleh.

" Ya? " .

" Good luck untuk exam next week. Buat yang terbaik. Saya yakin awak mesti dapat straight A kan " .

Johana tersenyum nipis.

" Terima kasih. Insya Allah. Awak pun sama " .

" Awak dah ada plan nak sambung belajar dekat mana? " .

" Belum lagi. Saya belum fikirkan lagi. Okaylah Nazmi, saya pergi dulu. Tu Pak Mahat dah sampai " .

Nazmi mengangguk perlahan.

" Okay. Bye. Jaga diri " .

Johana terus berlalu pergi ke arah kereta. Pak Mahat sudah menantinya.

Tok..tok..tok..

Pintu bilik Johana diketuk daripada luar. Johana yang sedang mengulang kaji pelajaran terus bangun daripada meja belajarnya dan melangkah ke muka pintu.

" Hana masih study ke? " soal Puan Anita.

" Ha'ah mama " .

" Esok ada paper ke? " .

" Esok takda. Lusa baru ada. Kenapa mama tanya ? " jawabnya.

" Kat bawah ada something " .

" Ada apa? " .

" Hana tengoklah sendiri. Kalau nak tengok, cepat turun bawah " Puan Anita tersenyum kecil sebelum berlalu.

Johana jadi tertanya-tanya apa yang ada di tingkat bawah. Tanpa menunggu lama, dia terus melangkah turun ke tingkat bawah. Dia tergamam saat berada di anak tangga yang terakhir. Johana menutup mulutnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience