BAB 5

Romance Completed 8189

" Bila SPM? " soal Hazim.

Ketika itu mereka berada di dalam restoran. Hazim membawa Johana makan terlebih dahulu sebelum mereka jalan-jalan.

" Lagi dua bulan " jawab Johana.

" Hana dah ready ke belum ni? " .

" Kalau tanya Hana, sampai bila-bila pun Hana akan jawab tak ready. Tapi nak tak nak, terpaksalah hadap jugak".

Hazim tergelak kecil.

" Abang tahu yang adik abang ni memang budak yang pandai. Abang doakan semoga Allah permudahkan segala urusan Hana " Hazim mengusap perlahan kepala Johana.

" Terima kasih abang " Johana tersenyum kecil.

" Hana kena belajar bersungguh-sungguh. Nak jadi doktor kan? So kena lah berusaha keras sikit " .

" Insya Allah Hana cuba " .

Memang daripada dulu lagi impian Johana ingin menjadi seorang doktor. Berbeza dengan Johanis yang lebih minat pada fesyen dan cita-citanya juga ingin menjadi seorang pereka fesyen.

" Jangan nak bercinta jer. Fokus study dulu " pesan Hazim.

Johana mencebikkan bibirnya.

" Mana ada Hana bercinta lah " .

" Eleh yelah tu. Budak-budak zaman sekarang ni bukannya boleh percaya sangat " .

" Betul lah. Hana tak ada masa nak bercinta-cinta ni. Lagipun Hana muda lagi " .

" Haa baguslah kalau macam tu. Hana fokus pada pelajaran dulu. Soal cinta tolak tepi " .

Johana mengangguk faham.

' Tak mungkinlah Hana bercinta. Kalau bercinta pun, Hana nak bercinta dengan abang sorang jer ' gumamnya dalam hati.

Johana menghempaskan tubuhnya di atas katil. Seharian berjalan keluar dengan Hazim membuatkan dia rasa letih. Banyak tempat yang mereka pergi tadi.

" Walaupun letih, Hana sanggup. Asalkan dapat keluar dengan abang " kata Johana sendirian.

Hanya Allah yang tahu betapa gembiranya dia apabila Hazim meluangkan masa bersama dengannya hari ini.

Dia bingkas bangun dan mandi. Johana memeluk erat blouse dan skrit yang dibelikan oleh Hazim.

" Hana akan simpan blouse dan skirt ni baik-baik " .

Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi tetapi Johanis masih belum tidur kerana menyiapkan tugasannya. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Tertera nama Hazim di skrin telefonnya.

" Hello abang " .

" Hello Hanis. Haa nasib baiklah Hanis tak tidur lagi " .

" Kenapa? " soal Johanis.

" Esok abang nak ajak Hanis jumpa. Hanis free pukul berapa? Kita jumpa dekat cafe " .

" Ermm esok pukul 2 Hanis free " .

" Okay esok pukul 2 abang tunggu Hanis dekat cafe. Abang tidur dulu ea. Hanis jangan tidur lewat sangat. Good night. Assalamualaikum " .

" Okay good night. Waalaikumsalam".

Panggilan ditamatkan.

" Kenapa abang Azim nak jumpa esok ea? " Johanis tertanya-tanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience