BAB 14

Romance Completed 8189

Sedar tidak sedar sudah setahun Johanis meninggal dunia. Aidil Mikhail juga sudah setahun usianya. Hazim bersungguh-sungguh membesarkan anaknya itu. Dia sudah berjanji pada arwah isterinya yang dia akan menjaga anak mereka dengan baik.

Sudah seminggu juga Johana tamat pengajian. Kini dia sudah bergelar doktor. Impiannya untuk menjadi seorang doktor tercapai juga. Atas permintaan mama dan papanya, Johana memilih untuk kembali ke Malaysia dan berkerja di Malaysia saja. Pada awalnya dia ingin terus tinggal di US dan berkhidmat sebagai doktor di sana, tapi dia tidak sampai hati untuk menolak permintaan mama dan papanya itu.

Hari ini hari pertama Johana berkhidmat sebagai doktor di sebuah hospital swasta.

Setelah bersiap, Johana melangkah keluar daripada biliknya. Telinganya menangkap suara kanak-kanak ketawa. Dia tersenyum kecil melihat Mikhail yang sedang bermain dengan Puan Anita dan juga Encik Azizi.

" Good morning mama, papa " tegurnya.

" Morning " .

" Mikha pun ada. Meh dekat aunty " pamggilnya.

Mikhail terus meluru ke arah Johana. Johana mengangkat tubuh kecil itu. Pipi Mikhail dicium berkali-kali. Ini kali pertama dia berjumpa dengan Mikhail setelah setahun mereka tidak berjumpa. Jika dulu, Mikhail masih bayi. Tapi sekarang Mikhail sudah boleh berjalan. Selama ini Johana hanya melihat gambar Mikhail yang dihantar oleh Puan Anita dan Encik Azizi padanya.

" Mikha datang dengan siapa mama?" soal Johana.

Puan Anita tersenyum kecil.

" Dah kalau Mikha ada, tentulah papa dia pun ada sekali " .

Johana memandang ke arah muka pintu. Seorang lelaki sedang melangkah masuk. Perlahan-lahan Johana meletakkan Mikhail semula. Kemudian Mikhail terus berlari ke arah Hazim. Aktif betul budak kecik ni.

" Err mama, papa, Hana pergi dulu lah ya. Takut lambat nanti " Johana meminta diri.

" Iyalah hati-hati. Selamat bekerja " .

Selepas dia menyalami tangan kedua ibu bapanya itu, Johana terus melangkah keluar. Pandangan mata Hazim padanya membuatkan dia rasa tidak selesa.

Kalau dulu, tiap kali dia nampak Hazim dia lah orang yang paling gembira dan teruja. Tapi kini tiada lagi. Walaupun sudah bertahun-tahun, perasaan dia pada Hazim masih tetap sama. Puas sudah dia membuang perasaan itu tetapi bukan mudah. Lagi-lagi Hazim adalah cinta pertamanya. Johana cuba menafikan perasaannya pada lelaki itu. Hakikat yang perlu dia sedar ialah Hazim hanya mencintai Johanis, kakaknya. Dan sampai bila-bila pun dia tidak akan pernah dicintai oleh Hazim.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience