BAB 6

Romance Completed 8195

" Hana, bukan main gembira lagi aku tengok kau. Ada apa-apa ke? " soal Sarah pelik.

Selalunya muka Johana masam mencuka saja. Tapi hari ni kejap-kejap dia tersenyum seorang diri.

" Semalam kan, abang Azim jemput aku balik sekolah. Lepas tu dia bawak aku jalan-jalan. And guess what, dia siap belikan aku blouse dengan skirt tau " cerita Johana.

" Ohh patutlah aku senyum sampai ke telinga kan. Suka lah kau ya " .

" Of course lah " .

" Hana, kau anggap abang Azim macam abang kau atau lebih daripada seorang abang? " .

Johana diam seketika.

" Sarah, kau tahu tak aku daripada dulu lagi dah suka dengan abang Azim tu. Kalau setakat aku anggap dia macam abang, takdalah aku meroyan bila dia tiba-tiba tak jadi nak datang rumah aku ".

" So kau anggap dia lebih daripada seorang abang lah ni? ".

Johana mengangguk tanda mengiyakan.

" Aku ingat selama ni kau anggap dia macam abang kau jer. Patutlah kau reject Nazmi banyak kali kan " .

Johana ketawa kecil. Nazmi ialah rakan sekelasnya. Sejak daripada tingkatan satu lagi Nazmi suka padanya. Sudah banyak kali lelaki itu cuba memikat hatinya, tetapi Johana hanya buat tidak tahu.

" Tak nak lah dengan Nazmi tu " .

" Kenapa? Apa kurangnya dia tu? Aku tengok dia okay jer. Dah lah pandai, kaya, muka pun hensem. Kau tahu tak, junior dekat sekolah kita ni semua tergila-gilakan dia. Tapi dia langsung tak layan. Kau jugak yang dia pilih. Daripada tingkatan satu, sampailah sekarang. Dia tetap suka dekat kau walaupun banyak kali kena reject " .

" Aku tak cakap pun aku tak pilih dia sebab rupa ke apa ke, tapi aku kalau boleh nak lelaki yang lebih tua daripada aku. Haa contohnya macam abang Azim " .

Sarah mencebikkan bibirnya.

" Orang kalau dah suka, memang lah cakap macam tu " .

Kring..kring..

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat. Johana dan Sarah terus berlalu ke kelas.

" Hana! " .

Johana menghentikan langkahnya. Dia menoleh ke arah pemilik suara yang memanggilnya itu.

" Hana, lepas ni awak busy tak? Saya nak ajak awak study sama-sama dekat library " ajak Nazmi.

Sarah sudah tersenyum-senyum. Baru tadi cakap pasal Nazmi, sekarang ni dia dah muncul.

" Sorry tak boleh. Saya ada hal lain. Haa Sarah free, awak ajak Sarah " Johana terus berlalu ke kelas.

Terbuntang mata Sarah. Eh kenapa pulak aku? Dia mengejar langkah Johana. Nazmi ditinggalkan dalam keadaan terpinga-pinga. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience