BAB 9

Romance Completed 8189

" Suprise! Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Hana, happy birthday to you " .

Semua ahli keluarga Johana menyanyikan lagu ulang tahun itu kepadanya. Puan Zawiyah dan Hazim juga ada bersama dengan mereka sekali. Air mata Johana mengalir kerana terharu. Dia terus memeluk erat tubuh Puan Anita. Patutlah beriya-iya Puan Anita menyuruhnya turun.

Sebenarnya bukan hari ini hari lahirnya, tetapi esok. Tetapi mereka sambut awal sehari. Sejak peperiksaan sijil pelajaran malaysia (SPM) bermula, Johana banyak menghabiskan masa di dalam bilik saja dengan mengulang kaji semula pelajaran.

" Thank you semua, Hana terharu sangat. Tak tahu nak cakap apa lagi " ucapnya gembira.

" Ini semua rancangan abang Azim tau " kata Encik Azizi.

Johana mengalihkan pandangannya pada Hazim.

" Terima kasih abang " .

Hazim tersenyum kecil.

" Sama-sama. Maaflah ya sebab sambut awal, esok abang tak dapat sambut. Esok abang sibuk sikit " .

" Eh takpa. Hana okay jer. Ni pun dah buat Hana rasa cukup gembira " .

" Happy birthday Hana, umi doakan semoga Hana dapat keputusan yang cemerlang dalam SPM nanti dan semoga impian Hana nak jadi doktor, tercapai " Puan Zawiyah mengusap perlahan bahu Johana.

" Terima kasih umi sebab doakan Hana. Aamin " .

" Tapi Hana kena ingat jugak, jangan terlalu stress belajar. Kena jaga kesihatan. Nanti tak pasal-pasal sakit pulak " pesan Hazim.

" Betul tu Hana. Belajar, belajar jugak. Tapi tak boleh jugak kalau asyik belajar jer " Johanis yang daripada tadi diam, menyampuk.

Johana mengangguk faham.

" Hana janji walaupun sibuk belajar, Hana takkan abaikan diri Hana " .

" Dah jom makan " pelawa Puan Anita.

Mereka semua menikmati hidangan yang dimasak oleh Puan Anita dan Johanis.

Beberapa bulan kemudian...

Hari ini keputusan peperiksaan sijil pelajaran malaysia (SPM) akan keluar. Johana berdebar menunggu keputusan yang akan keluar nanti. Memandangkan dia adalah pelajar harapan sekolah, Johana agak takut jika keputusan peperiksaannya itu tidak seperti yang diharapkan dan akan mengecewakan pihak sekolah.

" Assalamualaikum semua pelajar. Alhamdulillah syukur kita bertemu lagi. Dan hari ini kamu semua akan tahu keputusan peperiksaan kamu semua. Walau apa pun keputusan yang kamu dapat nanti, terima dengan redha. Jangan bersedih. Gagal dalam SPM itu tidak bermakna kamu gagal dalam hidup dan kepada yang dapat keputusan yang cemerlang, tahniah saya ucapkan, segala usaha kamu membuahkan kejayaan " .

Satu persatu nama pelajar dipanggil untuk mengambil keputusan peperiksaan. Johana sudah berdebar-debar.

" Johana Binti Azizi " nama Johana dipanggil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience