BAB 18

Romance Completed 21282

Esoknya di rumah Malisa.

" Bang, baju tu Lisa dah siapkan, kita pakai baju yang kita beli kat Butik Embun tue eh ? cantik kainnya, lagi plak ..ha! bila orang tengok abang dan Lisa pakai sure depa kata " amboi !! sedondon kita ni ! , macam pengantin baru !"

Malisa berseloroh. Saja dia bergurau. Amir kelihatan sedang menggayakan baju yang dicadangkan isterinya. Sememangnya sekarang ini dia melayani danmengikut sahaja kehendak Malisa. Mungkin rasa serba salahnya diatas keterlanjurannya. Sendiri dia sedar. Ada juga ketikanya dia teringat akan Alia. Tapi dia tidak mampu hendak berbuat apa apa. rasa malu rasa segan dan ah! pedulilah ..aku anggap sahaja it was a mistake, tapi...

Alia.. where is she? bagaimana agaknya dia?" Hairan juga Amir, Alia tidak pula menyalahkannya atau mencarinya.

Akhir yang dia dengar dari Alia, ucapan terima kasih dan menyuruhnya menjaga family dan diri baik baik.

Amir tahu Alia gadis baik, dan dia tahu silap dia juga mengambil kesempatan diatas kelembutan Alia. Saban hari dia memohon agar Allah memberinya petunjuk dan bertaubat. Dia semakin tenang walau ada waktunya ingin juga dia bertemu Alia dan memohon ampun. Tapi egonya membataskan semuanya.. " ah! malas Amir memikirkan hal itu dia kembali menyiapkan diri.

Di meja mekap pula kelihatan Malisa berdandan rapi..

Malisa kelihatan sangat cantik. Kebaya yang mengikut potongan badannya yang masih seperti anak dara itu menampkakkan kejelitaannya. Mekap sederhana dan aksesori eksotik sudah cukup menampakkan seri wajahnya.

Malisa senyum puas di depan cermin.

" Bang dah siap ?" tanya Malisa kepada Amir.

Kelihatan Amir sedang mencari kunci keretanya. Dia menjawab.

" Dah, ah! ni dia kunci. Jomlah" kata Amir kepada isterinya. Dia tidak tahu majlis yang dia bakal pergi ini kenalan Malisa adalah juga malah sahabat baik Alia Rin. Jika dia tahu pasti dia tidak mahu mengikut Malisa.

Kedua dua pasangan itu keluar dari bilik dan menghala ke bawah. Anak anak sengaja di tinggalkan dirumah bersama bibik. Sudah biasa buat Amir dan Malisa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience