BAB 14

Romance Completed 21282

Jam menunjukkan pukul 9 pagi. Malisa dikejutkan dengan suara anak kecilnya bermain di bawah. Dia mengeliat. Masih lagi berdakapan dengan Amir. Dia senyum puas. Dia lihat Amir masih lagi lena. Di lihat wajah Amir. Perkiraannya masih kacak suaminya. Kumis halus dan kulit sawo matangnya sememangnya menampakkan sifat lelaki Amir. Malisa mengusap dagu Amir. Di cium manja. Amir tersedar.

"Emmm " dia mengeliat.

"Morning, " Malisa menyapa.

Amir tidak menjawab.

Dikejutkan lagi

" Abang morning, bangun nanti abang terlambat ke pejabat " Malisa mendekatkan dirinya kepada Amir.

Amir dapat merasakan kehangatan badan Malisa. Dia memeluk Malisa. Suaranya masih serak basah lagi

" Emm ye morning, abang nak baring lagi kat sini dengan isteri abang " Amir bermanja dengan isterinya. Malisa ketawa.

" Abang!" Malisa menjerit manja saat Amir mendakapnya lagi. Amir tidak mahu melepasnkan Malisa.

" Abang,! geli lah !" Malisa merengek manja. Sengaja Amir meletakkan mukanya di tengkuk Malisa. Sengaja dia berbuat begitu.

" Yelah ! " Amir melepaskan dakapan.

Malisa juga. Dia membetulkan baju tidurnya.

" Abang sarapan dulu ya ?" Malisa bangkit dari katilnya. Dia menuju ke bilik air. Kelihatan Amir juga telah mula bangun. Di gosok gosok matanya. Setiap kali bangun tidur beginilah lagaknya termenung dan mengososk gosok matanya. Tiba tiba fikiran Amir jauh melayang kepada Alia.

" Ergh! ya aku dah janji dengan Alia hari ni " Amir teringat akan janjinya. Dia masih berfikir entah apa yang difikir saat dia bangun tidur. Yang pasti saat ini dia hanya memikirkan saat dia dan Malisa malam tadi.Padanya tidak ada yang cacat celanya Malisa itu lantas apa yang kurangnya sehingga dia dan Alia juga terbabas.

Amir menguap. " Huargh" dia bangun. Dia ingin cepat mandi sarapan dan ke pejabat dan tengah hari nanti dia akan bertemu dengan Alia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience