BAB 11

Romance Completed 21368

Sementara itu Amir masih lagi dengan bayang bayangnya.

Amir pening kepala memikirkan perhitungan yang harus dia buat. Malisa dan keluarganya. Bagaimana hendak dia jelaskan duduk perkara sebenar. Betul atau tidak dia ingin mengahwini Alia dia sendiri juga tidak pasti.

Banyak kemungkinan yang perlu dia hadapi. Jika dia mengahwini Alia bagaimana dia hendak berdepan dengan isterinya Malisa. Dan jika dia tidak bagaimana dia hendak berhadapan dengan rasa bersalahnya sendiri. Dia tidak tahu dia bingung.

Esok dia dan Fahmi akan pulang. Tidak sabar dia hendak pulang. Hatinya tidak tenteram langsung. Hampir 2 minggu dia mendiamkan diri. Apa agaknya yang difikir Alia. Kasihan juga hatinya tapi sebenarnya dia tidak tahu apa yang harus dikatakan. Hendak dia melupakan semuanya tidak mungkin kerana saban waktu dia rasa bersalah. Tapi ..

" Ah! aku lelaki , perkara biasa apa yang aku lakukan ini " Amir cuba menyedapkan hatinya. " Apa?? lelaki dan dengan adanya nama lelaki ini senang senang kau boleh buat apa yang kau nak Amir?" di mana harga diri kau hah?" bermain dia sendiri dengan fikirannya.

" Apa yang kau susah Amir !" berkata lagi hatinya. " Lupa kan sahaja perempuan itu yang bodoh!" ha ha ha kau dapat apa yang kau nak! so buat apa pening kepala ? lupakan sahaja!" sekali lagi dia bermain dengan perasaannya.

" Bagaimana boleh aku biarkan begitu bodoh!" aku yang mengyakinkan dia, tapi aku tidak tahu Malisa setuju atau tidak ! dan jika Malisa tahu matilah aku !" ha ha ha ketawa lagi hati gelapnya . " Sudah ku bilang ..kau lelaki bodoh nah! telah kau lakukan lihat sahaja apa jadahnya nanti!" sudahlah Amir jangan berlagak baik!"

" Kau sememangnya telahmenduakan isterimu!" padan muka kau !" Amir mendengus. "Subahanallah" Amir beristighfar. Amir diam. Hilang tumpuannya saat ini.

Matanya rakus mencari Fahmi. Di lobi juga tidak ada. Cab telah dia hubungi. Semakin lama dia di Bangkok semakin serabut otaknya. Kerjanya telah selesai , saki bakinya dia menyerahkan Fahmi menyelesaikan. Fahmi lebih arif dalam bidan g teknikal. Dan apatah lagi saat ini dia tidak dapat menumpukan perhatian. Amir ingin cepat pulang dan bertemu isterinya dan juga ahh! mungkin Malisa juga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience