BAB 12

Romance Completed 21282

Sedang Malisa di rumah sedang sibuk menyiapkan makan malam. Jam di dindinh dilihat sudah pukul 10 pagi.

Malam nanti Amir pulang. Ingatnya dia ingin memasak masakan kesukaan Amir malam nanti. Kelam kabut dia menyediakan semua kelengkapannya.

Daniel anak kecil setahun lebih duduk di baby walkernya dan leka bermain dengan mainanya. Apalah yang dia tahu anak kecil tidak tahu apa apa ..yang dia tahu Amir papanya dan Malisa mamanya.

Malisa..leka menyiang ikan parang yang dibeli. Dia ingin memasak asam pedas kesukaan Amir. Tidak sabar dia menanti kepulangan Amir. Suaminya yang sertus peratus diletakkan kasih dan sayang. Percayanya dia akan Amir dan jika dia tahu pasti terguris hati perempuannya.

Tepat jam sembilan setengah Amir selamat tiba.

Kepulangannya disambut senyum manis Malisa. Daniel sudah tidur. Sengaja Malisa menidurkan Daniel awal. Dia rindu akan Amir lantas dia ingin sedikit susana romantis bersama Amir.

" Abang dah balik, emm bestnya" seloroh Malisa. Disambung lagi katanya.

" Abang dah makan?" Lisa masak lauk kesukaan abang, emm asam pedas" Malisa mengenyitkan matnya.

Amir senyum sedikit lelah dia. Di angkat bag sandangnya dan di letakkan di sofa.

" Ok, boleh jugak, tapi abang nak mandi dulu. Err Daniel mana? senyap je rumah ni ?" Amir menilau matanyanya mencari buah hatinya.

Malisa menyambut jaket dan mengambil bag suaminya sambil berkata. Dia mendekati Amir.

" Alaa Daniel lisa dah tidurkan bibik pun Lisa suruh tidur awal. Daniel tidur dengan bibik hari ni, Lisa rindu kat abang" Lembut suaranya. Amir senyum. Di usap lembut rambut Malisa.

" Abang mandi dulu ok." Amir naik ke bilik atas. Di dalam koceknya handphonenya. Dia ingin cepat naik keatas.

Malisa tidak mengesyaki apa apa. Malah dia tidak sabar untuk makan bersama suaminya. Dia menuju kedapur menyiaokan hidangan makan malam. Tidak sabar Malisa.

Cepat Amir mengunci diri di dalam kamar mandi. Di buka paip air sengaja dia berbuat begitu.

Amir mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia mendail nombor Alia. Tidak tahulah teringin pula dia menelefon Alia. Dia tidak dapat tunggu hingga esok. Hatinya meronta ronta ingin menelefon. Deringan berbunyi 4 kali diangkat.

" Hello" lemah suara Alia.

" Hello sayang" suara Amir perlahan.

" Sayang!! sedikit ceria suara Alia saat dia mendengarkan Amir. " Lamanya tak dengar cerita dari you ?" perlahan kembali suaranya.

" Im sorry sayang, how are you ?" bergetar suara Amir.

" Im ok, I guess , you err you dah balik ke ni ?" Alia bertanya kembali.

" I ok , yup! Im back, err I kat toilet ni, I cant wait to call you so sampai je terus I call you " Amir menerangkan. Dia menambah katanya. " I see you tomorrow ? i miss you" Amir bertanya. Dia melihat jam di tangan. Dia tidak mahu terlalu lama takut Malisa curiga. Lama benar di bilik air.

" Emm ok, err you mesti tak boleh lama ni ?" emm ok lah I see you tomorrow call me in the morning ya, emm I miss you"

" Ok sayang, catch up with you tomorrow ya, ok lah .. I tak boleh lama ni.. c you sayang, Bye"

Tidak sempat Alia menyambung lagi katanya. Dia mengetap bibirnya. Kembali bersemangat dia.

Gangang di letakkan.

Sementara itu Amir pantas mandi dan turun ke bawah. Kelihatan Malisa sudah sedia menanti.

Saat Malisa melihat kelibat suaminya turun. Dia mendekati.

" Abang, apa ni lamanya ?" Malisa menarik lengan suaminya.

" Nah! sila duduk" manja suara Malisa langusng tidak ada curiga dihatinya. Dia meletakkan nasi di pinggan Amir. Amir memerhatikan Malisa. Lega hatinyanya kerana Malisa tidak mengesyaki apa apa darinya.

" Amboi, sedapnya bau..ni yang makin sayang abang pada isteri abang ni" Kedua duanya senyum dan sama sama menjanu selera. Amir begitu berselera sekali. Walau telah lewat malam seleranya terbuka tatkala melihat lauk asam pedas dan betapa dia melihat manja sungguh Malisa malam itu. Amir dan Malisa makan dengan gelak ketawa. Sengaja Amir melayan manja Malisa dia tidak mahu Malisa merasakan getaran hatinya.

" Ergh!! bisik hatinya jika berterusan begini mahu dia mati tercekik dek serba salah.

Selesai makan. Amir menolong Malisa mengemas meja. Tidak banyak yang hendak dilakukan. Esok bibik akan membersihkan.

Amir menarik tangan Malisa didekatkan Malisa kesisinya. Malisa senyum. " Abang, Lisa rindu kat abang" lembut suaranya. Amir menyahut.

" Abang juga, jom!" Amir memimpin Malisa keatas. Ke kamar tidur mereka dan pastinya hubungan suami isteri akan berlaku lagi dan saat itu nama Alia pastinya hilang seperti angin lalu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience