BAB 19

Romance Completed 21282

Jam telah hampir 12.30 tengahhari.

Alia sudah siap, dia juga nampak cantik. Baju kurung berwarna pink, selendang dan tas tangan kecil penyeri dan melengkapkan Alia yang nampak anggun. Alia juga tidak gemar bersolek tebal. Cukup maskara, lipstik dan sedikit pembayang mata sudah cukup menyerlahkan wajahnya yang cantik.

Bezanya air mukanya tidak ceria dan yang pasti barang siapa yang cuba membaca hatinya dapat mengagak dari matanya yang kuyu itu. Ah! matanya memang cantik.

Alia mengambil kasutnya, di lihat jam di tangan. Bisik hatinya.

" Mana Iqbal ni?" Alia menjengukkan kepalanya diluar pintu. Tiba tiba muncul kereta Iqbal. BMW 7 series , kesukaan Alia. Bisik hatinya.

" Mak oii ! kayanya dia ni" terbit rasa malu di hatinya. Di bayangkan dirinya dengan Iqbal lagaknya seperti enggang dan pipit. Dia gadis sederhana walhal Iqbal itu Tengku !

" Gila aku ni keluar dengan Iqbal, buta ke kau ni Iqbal?" bisik hatinya.

Iqbal keluar dari kereta. Dia menghampiri Alia yang telah pun diluar pintu pagarnya. Alia sedikit payah untuk mengunci pagarnya memandangkan hatinya gementar apatah lagi tangannya tersangkut dengan selendang dan tas tanggannya. Iqbal seperti mengerti dengan tingkal laku Alia. Disapanya Alia.

" Hi, Alia..sorry saya lambat, bak sini I kuncikan." Tanpa menantikan jawapan Iqbal mencapai kunci di tangan Alia. Dia ingin membantu Alia mengunci pintu pagarnya.

" Err yang ini ?" tanya Iqbal sambil menunjukkan kunci kepada Alia. Alia menggangguk sahaja.

" Nah! ok Im done!" Iqbal bersuara.

" Shall we dear ?" tanya Iqbal. Alia yang berdiri kaku seperti orang bodoh hanya mengangguk lagi.

Iqbal membukakan pintu keretanya buat Alia.

Alia terkesima lagi. Lagaknya dilayan seperti permaisuri . Alia tersipu lagi saat Alia berkata perlahan padanya.

" You look so gorgeous Alia" Bergetar hati Alia.

Iqbal selamba menutup pintu kereta perlahan tapi kejap ia tertutup rapat.

Di dalam kereta.

Iqbal menoleh ke arah Alia.

" Hmm kenapa you diam? tak suka ke pergi dengan I ? err you maluke ? atau ada yang marah?"

Iqbal cuba memancing walau dia tahu Alia ini tidak punya teman lelaki malah dia tahu Alia tidak marah sekadar malu yang amat sangat.

" Eh tak lah , terima kasih Iqbal saya pikir elok juga kita pergi berdua kalau tak seorang je lah saya pergi"

Perasaan malu Alia mula kendur. Serba salah jadinya jika dia hanya mendiamkan diri apatah lagi dia lihat Iqbal begitu hormat melayannya.

" Emm kalau begitu senyumlah sedikit, anda akan kelihatan leboh manis jika senyum" celoteh Iqbal.
Di sambung lagi katanya.

" Saya ingatkan Alia tak suka, serba salah juga saya di buatnya takut pula saya ni memaksa"

Iqbal meneruskan katanya.

" Lama Alia kenal Rin ? " Jawab Alia.

" Lama, sejak di U lagi...she is my bestfriend lepas ni susahlah saya dan lonelylah saya.. Rin dah berhenti kerja, lepas ni dia ikut suaminya ke Kuching. Tinggal lah saya seorang Iqbal."

Alia senyum. Tidak dia sedari terkeluar dengusan kekesalan dari mulutnya.

Iqbal faham, banyak yang dia telah dengar dari Rin, Alia banyak bergantung dan berkongsu cerita dengannya. Dan dia faham pasti Alia akan rasa kehilangan.

Iqbal. Cermat sekali dia memandu. Jalan raya tidak sibuk seperti hari hari biasa. Maklumlah hari Ahad. Iqbal membelokkan keretanya ke lorong kanan. Msuk ke Jalan Hang Lipur. Sepuluh minit lagi sampailah ke rumah Rin Taman Dahlia Murni.

Iqbal menyambung katanya.

" Takpe, kawan baik Alia pun bukan kemana pun, dia mengikut bakal suaminya, afdal begitu Lia" sampuk Iqbal di tambah lagi katanya.

" Alia janganlah risau saya kan ada ?" Iqbal memancing Alia.

Tidak ada respon dari Alia. Sekadar senyuman.

Suasana sepi sedikit.

Di hadapan jalan besar Dengan tiba tiba Iqbal memberhentikan keretanya.

Alia gamam terperanjat dia.

" Mengapa Iqbal?" kaget Alia.

Iqbal meletakkan tanggan kanannya di stereng. Dia menoleh ke arah Alia.

" Lia." perlahan suara Iqbal.

Dengan nada serius Iqbal berkata " Saya telah tahu semuanya tentang anda Alia, semuanya saya tahu dan saya tetap tahu Alia gadis yang baik, usah di kenang yang sudah sudah" Di telan air liurnya Iqbal perlahan suaranya. Dia harus menyatakan ini kepada Alia. Tidak nanti tidak esok dia harus membuat Alia tahu. Di sambung lagi katanya.

" Sejak saya kenal Alia,dan lihat Alia sering duduk di Sweedish Garden tu berjam jam.. saya hairan dan sejak itu saya ingin tahu lebih banyak tentang Alia, Lia jangan marahkan Rin ya, dia berniat baik. "

" Saya suka akan Alia, dan jika Alia sudi saya ingin mengahwini Alia" Alia gumam dia tidak mampu berkata apa apa.

Iqbal menyambung lagi katanya. Tidak dia peduli dia harus menghabiskan kata katanya.

" Its ok, we are not yet in love, kita kenal diri masing masing, dan izinkan saya untuk mengenali Alia, Lia tak perlu berikan jawapannya sekarang cukup sekadar menyambut salam persahabatan Iqbal, bila Lia dah bersedia dan boleh menerima orang lain di dalam hidup Alia, beritahu Iqbal. Err dan jika tidak boleh juga tak apa, saya tak akan menyalahkan Alia, cuma pinta saya, Alia ... dalam sedikit nadanya..lupakan lah Amir, tak guna fikirkan orang yang begitu. "

Berderau saat nama Amir di sebut Iqbal

Alia hanya diam. Kedua duanya juga diam.

Tiba di rumah Rin. Suasa sangat meriah. Kereta di letakkan agak jauh dari perkarangan rumah. Almaklum Rin juga anak bungsu di dalam keluarganya tidak cukup khemah di buatnya. Jemputan hampir dua ribu orang. Riuh dan ceria susana hari itu. Cuaca juga baik.

Iqbal keluar dari kerata. Begitu juga Alia. Tidak sempat Iqbal membukakan pintu kereta Alia sudah keluar.

Alia berkata.

" Jika betul Iqbal mahu saya menjadi kawan ..tak payahlah bukakan pintu Lia boleh buka sendiri ok?"

Alia senyum. Sejuk saat dia mendengarkan kata kata Iqbal tadi. Masuk di dalam benaknya. Ya benar! buat apa dia mengingati Amir lagi. Dan dia juga ingin memberi peluang kepada dirinya.

Iqbal senyum. Tanda gembira dan dia tahu kini Alia sudah boleh menerimanya sebagai Kawan. Cukup buatnya sebagai permulaan yang sangat baik. Sessungguhnya dia ingin mendekati Alia dan jika Allah izinkan dia ingin menjalin sesuatu yang lebih murni dari itu.

Kedua duanya senyum dan jalan seiring bersama menuju ke rumah pengantin.

Saat itu Malisa dan Amir telah setengah jam lebih awal sampai dan telah pun masuk ke dalam rumah pengantin. Masing masing telah mengenali maka tidak kekok buat Malisa dan Amir.

Amir bersama kaum lelaki di ruang tamu yang luas duduk bersila dan berjabat tangan sambil menanti kedantangan tamu yang lain. Leka dia berbual. Sementara Malisa meluru masuk ke bilik pengantin.

Saat Alia dan Iqbal juga tiba diperkarangan rumah pengantin.

Kehadiran Alia dan Iqbal disambut mesra. Mana tidaknya. Hampir semua ahli keluarga Rin mengenali Alia yang sering datang bertandang. Fasya anak saudara Rin menghampiri Alia. Sememangnya perwatakkan manjanya amat disenangi Alia.

Aunty, kenapa lambat ? lama aunty Rin tunggu tau !?gadis manis itu menhampiri Alia di peluk Alia. Sambil matanya menjeling kepada Iqbal.

Siapa ni ? boyfren aunty eh ? wah! aunty dah ada boyfren ye??Fasya gembira.

Kedengaran oleh Iqbal dan dia turut senyum. Alia tersipu malu.

Ish! Budak ni , kawan untylah?Alia menerangkan. Iqbal tidak kisah dengan pengakuan Alia. Padanya soal itu tidak penting yang penting padanya bagaimana dia hendak mengyakinkan Alia nanti. Kedua duanya turut masuk.

Alia mengajak Iqbal masuk ke dalam.

Jom Iqbal, I nak masuk dalam tengok Rin., err you nak ikut I ke you nak tunggu di ruang tamu??Tanya Alia sopan. Ye lah dia tahu Iqbal tidak berapa rapat dan kenal lagi takut Iqbal terasa diasingkan pula. Sedikit bergetar suaranya.

Iqbal senyum.

" Emm takpe I tengok ramai juga lelaki di ruang tamu, its ok I join them you ho ahead jumpa Rin ok, tapi makan nanti jangan lupa kan I tau" Iqbal berseloroh.

Kedua duanya masuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience