BAB 17

Romance Completed 21282

Sudah 2 jam dia berada di Sweedish Garden leka dia membaca buku Falsafah Hidup karangan Hamka. Entahlah buku ini sudah terlalu lama. Dan buku ini sahajalah yang buat masa ini menarik perhatiannya untuk dibaca. Di beli tadi MPH berdekatan. Kusyuk dia membaca. Dia berhenti dan menghirup kopi yang di pesannya tadi. Aromanya sudah cukup menenangkan.

Saat dia menguk airnya terlihat dia akan dua pasangan kekasih yang diagaknya di hadapannya. Cukup mesra. Hatinya terdetik. Alia mengalihkan pandangannya. ?Allah, tabahkan hatiku?Di kemas barang barangnya dan dia bangkit beredar tidak jadi dia menyambung bacaannya.

Esok hari persandingan Rin. Asalnya Alia ingin menjemput Malisa untuk pergi sama. Katanya suaminya sibuk dan tidak dapat ikut serta tapi semalam Malisa call dia tidak jadi ikut serta suaminya free dan akan ikut serta.

Alia bosan "Ah seorang lagi aku pergi!" bisik hatinya. Entah ya hingga saat ini Alia tidak tahu Malisa itu adalah isteri Amir. Hmm mungkin dia juga tidak pernah ambil peduli. Malisa memang baik orangnya. Alia suka berkawan. Apatah lagi anak comelnya Daniel itu. Ada juga dia mengajak Malisa keluar sekadar membeli belah dan minum. Dan sepanjang perkenalannya tidak pernah pula Malisa bercakap tentang suaminya.

Mungkin Alia masih bujang oleh itu tidak banyak hal orang berkahwin hendak dikongsikan. Apatah lagi Alia saban kali jika disebut tentang kahwin pasti dia akan mengelak.

Alia masih ingat lagi akan ibunya dikampung. Mak Lijah sibuk bertanyakan bila lagi..penat otaknya berfikir untuk memberikan alasan. Paling paling pun yang mampu dia katakan "sibuk" apa tidaknya pasti bising orang tua itu anaknya ini sudah hampir 29 tahun tapi masih membujang. Takut jadi anak dara tua ! Kolot! fikir Alia. jodoh ajal maut ditangan Tuhan..patah lagi bila dikenang dosa besar yang telah dibuat hatinya untuk mempunyai harapan segunung tinggi tidak langsung termampu untuknya fikirkan.

Iqbal juga saban kali cuba mendekatinya tapi Alia entahlah buat masa ini pikirnya Iqbal itu terlalu bagus buatnya. Bossnya En Harris juga tidak habis habis bertanya. Manalah tau hubungan Alia dan Tnegku Iqbal itu bisa melonjak dan membantu perniagaannya.

Alia mencebik didepan cermin. Dilihat rapi wajahnya. Air mukanya dia sendiri tahu tidak ceria. Senyum pun sekali sekala saja..

"Bodoh! getus hatinya " masa hidup ini untuk bersedih ?!" Tuhan jadikan kesedihan ya benar. Dan Tuhan juga jadikan kebahagian." Mengapa harus diingat perkara yang lepas lepas Alia? " Mengapa tidak kau tutup sahaja rasa sedihmu itu ?" Bisik lagi hatinya. Di renung dalam matanya.

" Tuhan suruh kau luputkan ingatan yang menjahamkan lagi hati mu ! mengapa tidak kau perbaiki semua kelemahan mu ?"

Alia menyisip rapi rambutnya. Di renung lagi wajahnya.

" Allah maha berkuasa Alia, jika benar hatimu merasa insaf dengan segala kejahilan yang telah engkau lakukan, tawakal Alia"

" Insyaallah Allah maha pengampun asal sahaja kau mahu membahagiakan dirimu"

" Sudahlah ....maafkan dan lupakan sahaja jangan difikir dan dikenang, syaitan ada dimana mana selagi kamu tidak berubah dan terus melayan perasaan sedih mu selagi itulah .. hatimu tidak tenang Alia,"

Alia menarik nafas dalam. Hampir setahun dia tidak mendengar khabar berita Amir. pedih hatinya saat Amir tidak langsuung peduli untuk memujuknya dan meminta maaf. Saban waktu dan saat Alia sering sahaja terfikir dan teringat. Amir dan Amir sahaja yang diingatkan. Alia mengeluh.

Tiba tiba handphonenya berbunyi.

Alia tercari cari hanphonenya yang terlupa dimana letakkanya.

" Ah ini dia ..kelam kabut dia menjawab.

" Hello.."

Dari corong telefon.

" Assalamualaikum " suara seorang lelaki bernama Tengku Iqbal.

Jawab Alia. " Waalaikumsalam, siapa ?" dia tidak kenala kan suara itu.

" Saya, Iqbal. maaf mengganggu Alia. Err apa khabar ?"

" Eh! Tengku Iqbal, macam mana dapat no saya ni ?" hairan Alia.

" Ha ha ..hmm siapa lagi lagi Rin lah , err saya mengganggu ke ?" Alia sedikit gugup.

Sudah lama dia tidak mendengar khabar Iqbal. Kalau dulu semenjak pertemuan di gerai makan. Itu pun dah berbulan bulan berlalu. Dia hampir lupa. Tidak sangka Iqbal masih mencarinya.

" Eh tak, errr saya terperanjat je, Tengku Iqbal apa khabar ?" Alia cuba berbual biasa.

" Emm saya ok, panggils aya Iqbal sahaja..awak buat saya kekoklah, setakat title tengku ni kalau iman didada tidak ada pun tak guna"

Alia sepertinya terasa dengan kata kata Iqbal tadi. " Dia mengenakan aku ke ?" Alia cuak.

" Hello , err hello ?" Iqbal kehairanan kata katanya tidak dilayan. Senyap.

" Ah hello , sorry Tengku saya ni hah! barang saya terjatuh." Alia memeberikan alasan.

" Its ok, tapi sedih hati saya , kamu masih memanggil saya Tengku" Iqbal berseloroh.

" Oh ye ,, sorry ..Iqbal." Gugup sedikit dia.

Iqbal juga sedikit kaku berbual dengan Alia, sepatah ditanya sepatah dijawab. Hmm pakal je hatinya berkenan kalau tidak hendak sahaja dia berhenti bercakap. Tujuannya menelefon Alia pun kerana dia ingin mengajak Alia pergi bersamanya ke majlis perkahwinan Rin. Bukan apa sejak dia tahu akan apa yang menimpa Alia. rasanya tidak salah dia mendekati Alia. Padanya Alia ok sahaja. Mungkin sedikit taksub dengan cinta.

" Emm Alia, Iqbal bersuara. " Saya juga dijemput ke majlis perkahwinan kawan baik kamu tu, dan saya tahu Alia pergi seorang kan ? so ..apa kata saya jemput Alia esok dan kita pergi sama sama?"

" Ah?" termanggu Alia.. " tapi .. " Alia cuba mencari alasan. Takkan dia hendak dia katakan dia tidak pergi.Sudah tentu nampak sangat dia memberi alasan yang tidak munasabah. Rin itu sahabat baiknya.

" Emm ok, saya anggap Alia setuju since you dont have a concrete reason to say No!" Iqbal memutuskan.

Sengaja dia berkata begitu, Kalau ditunggu jawapan Alia. Pastinya tidak jawapannya.

" So I fetch you tomorrow 12pm depan rumah you ok and dont worry saya ada alamat rumah Alia, Rin yang beri" Tanpa ditanya Iqbal memberikan jawapan kepada Alia. Padanya ini sahaja caranya untuk mengajak Alia keluar bersamanya. Tersenyum dia.. perangkapnya menjadi.

" Ah! Insyaallah aku bukan seperti Amir" bisik hati Iqbal.

" Emm ok, Alia Assalamualaikum. " Ganggang telefon diletakkan. Alia terkesima. Hatinya geram dengan rakan karibnya ini.

" Hmm jaga kau Rin! pandai pandai je kau bagi no telefon aku eh " Alia berkata sendiri .

" Aduh!!" Alia bingung.. haruskan dia pergi dengan Iqbal. Alia membungkamkan dirinya ke katil.

" Aduiii!!!" jerit hati Alia. " Kanapa pulak mamat tu nak aku pergi dengannya?" Alia rimas memikirkan akan hal Iqbal.

Alia menekup mukanya dengan bantal. Entahlah hatinya berdebar debar. .Dia takut berhadapan dengan Iqbal atau mana mana lelaki yang cuba mendekatinya. Betapa dia tahu. Senang hatinya nutuk dilukai lagi. Dia takut jika dia termakan akan layanan Iqbal dan bila masanya tiba hatinya akan kembali disakiti lagi. Alia menangis hingaa saat ini dia tidak dapat melupakan Amir. Tiba tiba dia teringat akan Amir dan teramat rindu dia.

" Amirrr sampai hati " bisik Alia. Alia tertidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience