BAB 20

Romance Completed 21282

Di ruang tamu.

Kelihatan Amir sedang rancak berbual dengan tetamu yang lain. Rancak perbualannya. Ah sudah pasti lelaki apa lagi bicaranya waktu begini .. business dan business. Iqbal tertib masuk.

Alia tidak perasan akan kelibat Amir. Dia terus masuk ke dalam. Amir sesekali matanya meliar mencari isterinya. Saat dia seronok berbual Matanya seakan terlihat Alia. Agak kurang pasti . Tiba tiba hatinya berderau. Hilang sebentar kosentrasi dan minatnya tadi.

Iqbal kebetulan duduk di sebelah Amir. Gusar Amir mati saat Iqbal memberi salam.

Amir gugup.

Iqbal. " Assalamualaikum" dia duduk bersila di sebelah Amir. Senyum Amir membalas dan menyahut salam Iqbal.

" Err pukul berapa Pak Imam sampai ?" cuba membuka bicara.

Amir ramah menjawab.

" Dengarnya 20 minit lagi sampailah"

Dia kembali tenang. Cuba dia menenangkan hatinya.

" Mana mungkin itu Alia" bisik hatinya.

Kemas setiap langkah Alia. Hatinya tidak sabar melihat Rin sahabat baiknya berpakaian cantik selaku pengantin baru.

Alia masuk ke kamar pengantin. Di hias indah. Rin menjerit.

" Ah!!!!! Lia!" Rin menghampiri Alia bagaikan sepuluh tahun tidak bertemu.

Alia juga seronok, di cium pipi mulus Rin.

" Tahniah Rin, dah jadi pengantin baru dah kau " tersenyum manis wajah Alia. Sesungguhnya dia amat gembira dengan kebahagian yang bakal dikecap Rin.

" Thanks dear, aku pun macam tak percaya" kedua duanya ketawa. Malisa yang tercegat disitu turut ketawa melihat keletah Rin dan Alia. Dia tahu Alia mata rapat dengan Rin.

Baru Alia perasan akan kelibat Malisa.

" Eh , kak Lisa, sorry Lia tak perasan. Ni lah , pengantin ni .. menjerit bukan main lagi" Alia menghempiri Malisa.

Malisa mencium pipi Alia tanda mesra. Biasalah perempuan jika bertemu rakan atau sesiapa sahaja yang disukai..salam pasti tidak mencukupi.

Rrin kembali ke meja solek. Mmak andam kembali membetulkan mekapnya.

" Akak datang dengan husband?" tanya Alia lembut.

" Ah ah ! nanti bolehlah akak kenalkan husband akak." Malisa senyum ramah.

" Emm boleh apa salahnya.. and you know what Lia datang dengan siapa ?" Alia cuba menarik perhatian Rin.

Rin mula ketawa ." ha ha ..betul ke ?" dia ketawa girang.

" Iiyerr !!! " Alia kembali menghampiri Rin. Ddia mencubit lengan Rin.

" Aduii!" kau ni ! aku kan pengantin?" tersenyum Rin sambil mengosok gosok lengannya yang di cubit.

Malisa terpinga pinga dia tidak faham. Menghampiri Alia.

" Apa ni I tak faham lah ?"

Alia menjelaskan.

" Tak, ni hah ! pengantin baru kita ni pandai pandai nak jadi match maker !"

Alia menjelaskan lagi

" oh ye ke ? so Lia datang dengan sapa ni ? dengan match mate tu ke?" Malisa bertanya lagi.

Alia mengangguk.

" Yelah dah Si makcik ni sibuk sibuk bagi alamat Lia, contact no so takkan Lia nak kecewakan effort pengantin kita ni ?" Alia memeluk Rin Rin juga.

"Alaah .. Lia, kau janganlah marah aku, aku ikhlas.. Iqbal tu ok.. dia bukan macam ex bf kau tu "

Malisa turut senyum.

" Ah ah lah Lia give it a try" Malisa juga turut menyampuk .

" Yeah I am dan Lia pun dtg dgn dia ni, tu dia ada kat depan tu " Malisa seronok. Dia ingin melihat lelaki yang di match mate kan Rin untuk Lia .

" Jom , tunjuk akak ." dia menarik tangan Alia.

" Eh ! nanti! Aku pun nak tengok" sama sama Rin berlari anak mengekori Alia dan Malisa.

Mak andam menggeleng kepala.

"Ish bertuah punya pengantin " merungut mak andam melihat kelatah 3 wanita yang ceria itu. Siapa tahu apa natijahnya selapas ini. Saat mata bertentang mata nanti apa reaksi Alia dan Amir.

Rin sempat menoleh nak mengenyet matanya kpd Mak Andam.

Malisa kejap memimpin tangan Alia, dia suka akan Alia ini. Perwatakkan manja dan lembut. Baik orangnya tapi wajahnya terlalu banyak menyimpan rahsia. Rin seperti biasa perwatakkan cerianya sering menghiburkan.

Manakala Alia. seperti biasa sering sahaja berdiam diri. Dia mengekori Rin, apa tidaknya tangannya ditarik kemas oleh Rin dan Malisa.

" Mana Iiqbal?" tanya Rin tidak sabar.

" Ah tu " Alia menunjukkan sepasang tubuh sasa kemas duduk tertib bersila menantikan Pak Imam tiba. Hatinya tiba tiba berderau. Berbisik hatinya.

" Amir! " tangannya mula seram sejuk. Kejang rasanya seluruh anggota badannya tidak dia percaya dia terlihat Amir yang sekian lama menghilang.

Alia cuba menarik nafas dalam. Di gosok matanya yang tidak gatal itu untuk memastikan.

Rin tidak perasan bahawasanya itu Amir. Apa tidaknya dia sendiri begitu teruja melihat jika Majid bakal suaminya ada disitu.

Tiba tiba Malisa bersuara lembut.

" Lia, yang sebelah pemuda match mate Lia tulah husband akak, tu! yang pakai baju biru lembut tu sama macam warna baju akak ni ?" Malisa menunding jari kearah Amir suaminya.

Bagai hali lintar saat dia dengar akan kata kata Malisa itu. Iingin sahaja dia meraung saat itu. Ah! untuk apa? dia tidak tahu yang pasti hatinya saat sedih saat itu. Wajah yang sangat dia rindukan muncul dengan tiba tiba dan lebih menyedihkan ..Amir suami Malisa. Mengapa dia tidak tahu akan hal ini lebih awal.

" Handsome tak Lia?" tanya Malisa manja.

" Hmmm " Alia sekadar mengangguk. Saat ini dia seperti hilang punca hendak ketawa hendak senyum malah untuk turut bergembira bersama Rrin juga dia sudah tidak berdaya.

Rin pula begitu gembira. Dia menoleh.

" Emm handsome Iqbal. yang sebelah tu husband Lisa?" Rin bertanya.

" Yup!" anggup Malisa bangga.

" Hmm not bad sis !" Rin menepuk bahu Malisa.

" Wei!!" Rin menepuk bahu Alia pula.

" Takkan kerana lihat bakal suami kau je dah kaku semacam ni ?" Rin menyakat lagi.

" Mana ada !" Alia cuba menyembunyikan resah hatinya.

" Jomlah Cik adik manis, lagi sat Pak Imam sampai ..dah lah tu hah! mak andam kau dan muncung je tu !" Malisa menarik tangan Rin. Alia sekadar memerhatikan sahaja.

Kembali Rin duduk di hadapan meja solek. Semuanya sudah lengkap disolek sekadar membetulkan alis mata dan bedak asas yang tidak rata. Semuanya kelihatan amat cantik. Mak andam terasa puas.

Malisa kagum melihat kecantikan asli wajah Rin. Sedangkan Alia. masih lagi berdiri di situ . Kaku dan sepertinya mahu saja jasadnya melayang pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience