BAB 22

Romance Completed 21282

Seminggu selepas majlis perkahwinan Rin dan Majid. Kedua dua mempelai itu telah selamat berlepas berbulan madu di Bali. Dan sekembalinya mereka 2 minggu nanti Rin akan berpindah ke Sarawak. Dan yang pasti Alia pasti akan keseorangan. Terasa kehilangan pasti akan dirasakan.

Dan seminggu itulah juga. Amir tidak senang duduk. Fikirannya tidak henti berfikir akan Alia. Wujud rasa bersalah. Wujud rasa kasih kepada Alia. Tapi dia takut apa akan jadi jika Malisa tahu.."ergh!" berderau darahnya. Malisa isteri yang baik tidak pernah langsung isterinya itu mengabaikannya. Tapi nalurinya juga tidak pernah puas. Dia inginkan Alia.

Jari jemarinya leka mengetuk ngetuk meja tulisnya. Skrin komputer tidak langsung dijamah anak matanya. Berkeliaran akalnya mencarijalan penyelesaian. Penyelesaian apa ? ah! dasar lelaki bodoh!

" Kau ni apa kau nak ah ?" bisik hatinya. Memberontak lagi.

" Kau tak puas ke dengan apa yang kau ada ?" sekali lagi hatinya bergolak.

" Apa kau ingat Alia dan Malisa itu barang mainan kau?! "

" Pikirlah Amir, jangan kau jahanamkan semua hati wanita!" Amir mendengus perlahan. Menarik nafas dalam.

"Shit!" dia mendengus lagi. Tangannya pantas mencapai telefon. Nombor yang telah lama dia tidak hubungi perlahan lahan dan teragak agak dia dial. Deringan berbunyi. Handset Alia yang dia hubungi.

Beberapa saat ia berbunyi. Seolah olah seiring dengan gerak nadinya yang kencang. Apa kata Alia nanti. Dia kaget.

Ganggang telefon diangkat.

" Hello " suara Alia sedikit serak.

" Assalamualaikum " Amir perlahan memberikan salam. Suasana senyap sebentar.

Kedua duanya kaget. Alia lagi. Hatinya terus berdegup kencang.

" Ya " Alia menjawab perlahan.

" Emm its me " Amir memulakan perbualan.

" Yeah I know" diam lagi dia.

" Err how are you ?" tanya Amir.

" Im ok " Alia menjawab nak tak nak sahaja.

" Err Im sorry " kelu lidah Amir untuk meneruskan kata katanya.

" Im sorry that day you and my wife , err she is my wife " Amir teragak agak untuk berkata.

Alia sepertinya faham apa yang dirisaukan Amir. " Dont worry, she did not know anything ok, so you dont have to worry about that " tanpa banyak soalan Alia terus memberikan jawapan. Terasa mual untuk dia terus bercakap dengan Amir. Hatinya memang rindu tapi perilaku Amir keatasnya benar benar membuatnya berkecil hati.

" Errr can we meet ?" tanya Amir lagi.

" Im sorry Im not free " Alia menjawab pantas.

Alia malas meneruskan perbualan itu jiwanya terasa amat seksa sekali.

" Amir, you know what, I have no time to talk to you , Im in the midts of meeting now. So I have to go ok" err and further more Amir, I dont want to talk to you ok, so harap sangat you jangan call I lagi."

"Lagi pun you pun dah lama tinggalkan I so .. what the heck you call I sekarang ni ?"

" Ah ! ok lah bye !" ganggang telefon diletakkan. Alia tidak mampu menahan rasa marahnya. Bukannya ada meeting pun dia MC dan dia tidak mampu untuk bercakap dengan Amir. Tidak mahu dimakan pujuk rayu Amir lagi.

Amir terkesima. Dia diam. Telefon diletakkan.

Entah apa yang Alia fikirkan.

Sementara itu Malisa di rumah sibuk mengemas pakaiannya dan Amir. Dia dan Amir akan menyambut hari ulang tahun mereka di Cherating. Itu hadiah anniversary mereka. 12 tahun hidup bersama dia amat bahagia. Dan bulan madu kedua mereka Malisa yakin akan membahagiakan lagi hidup mereka selaku suami dan isteri.

Malisa mengeluarkan bag baju yang besar di atas almari. Bag baju yang juga pernah digunakan Amir semasa ke Hongkong dulu. Tercungap cungap dia mengambil bag itu. Memandangkan ia terletak agak tinggi. Perlahan lahan diturunkan.

Malisa mengesat habuk yang menghinggapi bag itu. Berwarna hitam. Ah! biasalh debu debu halus yang melekat di situ. Di bersihkan. Dia senyum.

Pikirnya bag ini sudah cukup mengisi kelengkapan dia dan Amir. Dibuka bag itu. Di bersihkan dalamnya agar baju baju yang bakal diletakkan kekal bersih. Di celah celah bag itu Malisa melakukan perkara yang sama.

Sedang dia leka membersihkan. Tangannya tersentuh sesuatu .

" Eh apa ni ?" bisik hati Malisa.

" Hmm photo" photo siapa itu mungkin Amir photo yang lupa dikeluarkan semasa di Hongkong dulu.

Di buka sampul photo itu. Agak banyak juga kepingan gambar di situ. Gambar Amir dan rakannya. Satu persatu dibelek Malisa. Dia tersenyum melihat suaminya.

Tiba tiba hatinya berderau saat dia melihat gambar yang dia sedang lihat ketika itu. Wajah seorang wanita yang sedang ceria memeluk suaminya.

Bbegitu mesra dan akrab sekali. Malisa melihat satu persatu gambar yang ada. Dia kenal wanita itu. Alia! Tangannya terketar ketar tidak percaya dengan apa yang dia telah lihat ketika ini. Sungguh dia tidak percaya.

Benarkah suaminya Amir yang selama ini dia sanjung dan percayai telah menduakannya. Apatah lagi wanita itu adalah Alia, kenalan yang baru dia kenali dan amat menyenanginya. Malah dia juga menganggap Alia seperti adiknya.

Wujud persoalan dihatinya apa Alia sudah tahu bahawa dia ini isteri Amir atau tidak . Atau Alia sengaja mendekatinya hanya kerana ingin mendekatkan diri kepada Amir.Tapi pada perkiraannya selama dia mengenali Alia tidak langsung dia memperkenalkan suaminya. Sepatah kata tentang suaminya juga tidak langsung pernah diberitahu kepada Alia. Malisa bingung. Hilang kesungguhannya untuk mengemas baju baju yang hendak di bawa.

Hilang juga semangatnya untuk berbulan madu. Di campak gambar gambar itu. Bertaburan di lantai.

Malisa bangun, dia membuka pintu almari bajunya. Dengan hanya memakai skirt dan blouse. Malisa mencapai kunci kereta dan keluar rumah. Daniel di tinggalkan bersama bibik.

Kemana dia ? ah! mampus Alia dan Amir.

Sepanjang perjalanan. Malisa cuba mengawal perasaan marahnya. Di kawal air matanya agak tidak terus jatuh berguguran. Dia ingin bertanya akan Alia benarkan Amir ini lelaki yang pernah Alia ceritakan padanya.

Malisa memakai handsfreenya. Nombor pejabat Alia di dial.

" Hello can I speak to Alia " tidak sabar Malisa.

Suara receptionist begitu manja menjawab.

" Im sorry Miss Alia is on MC today, any messages ?"

" Err shit! its ok " Handphone dimatikan. Malisa mengubah arah haluannya ke rumah Alia

Saat malisa sampai di rumah Alia.

Door bell dibunyikan. Malisa sudah pun tercegat di hadapan pintu gate Alia.

Alia pula pada hari itu dia kurang sihat.Sejak dia lihat Amir tempih hari. Hilang semangatnya. Dia buntu tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Dia takut kalau kalau Malisa dapat tahu bahawa Amirlah lelaki yang pernah menjalin hubungan dengannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience