Seminggu selepas itu.
Pagi tadi becok Rin bertanyakan keadaannya dan apa yang bakal dia lakukan, sebenarnya dia sendiri amat kaget dan takut. Tapi inilah dia Alia, what come to me I'll face it" Alia senyum.Perbualan dengan Rin yang bermain main dikotak fikirannya.
Tangannya masih leka menekan keyboard. Proposalnya masih perlu diedit. Dan dia cuba memfokuskan fikirannya. Tentang Amir.
" argh!! memang dia rindu memang dia takut . tapi bagaimana ?'" Amir juga sudah hampir 6 hari tidak menelefonya. Sejak lunch tempoh hari . Amir tidak menelefonnya. Mana dia ? sebak pula hati Alia. Hendak dia hubungi, sekadar nombor pejabat sahaja yang ada. Handset? argh!! dia tidak ada ! bodoh ! getus hatinya. Pasangan kekasih apa begini no handset juga tidak ada.
Selama lamanya ke dia harus menunggu. Alia menyandarkan diri. Tidak jadi dia menghabiskan proposalnya. Termenung dia. Ditarik nafas dalam. " Adui!" susahnya!"
" Itulah telah aku bilang bodoh! jangan kau bermain api !" na! lihat apa sudah jadi ?" siapa yang tolol ?" ha ha " Hei! kau jangan pandai pandai buat tafsiran ya!, siapa tahu Amir aku itu sibuk, mungkin dia tidak sengaja!" Sesungguhnya Alia bermain dengan perasaannya sendiri. Hatinya berkata lagi. " Alah! kau pun tahu risikonya, dia itu suami orang tahu!" kau ingat kau permaisuri hatinya ke ?" kalau betul ia takkan dia lakukan begini ?" no handsetnya juga kau tak ada , ha ha ha " ketawa lagi. Alia menekup wajahnya.
Alia termenung. Apa yang harus dia lakukan? Jika Amir meninggalkan dia. Apa yang harus dia lakukan ? paksa Amir atau mungkin memberitahu isteri Amir? Argh!! Alia buntu . Tidak mungkin dia akan berbuat begitu . Dia bukan jenis yang begitu.
Alia ini seorang wanita yang menjadi bodoh apabila bersama dengan lelaki yang dia cintai semuanya akan dia biarkan sahaja. Begitu sahaja. Takdir akan menentukan semuanya. Setan kau Alia sudah aku bilang! Lihat dunia ini luas seluasnya! "Tapi kau tidak mahu! Nyah! Apa jadahnya? Apa jadi padamu jika Amir tidak mahu kamu lagi?" Alia bungkam.
Maruahnya sudah lama tercemar dan kini tercalit lagi. Sekali lagi dia tidak serik. ?Tapi Amir lain!?jerit hatinya. Dia yang mengiayakan aku !??Dia yang menyakinkan aku! , betapa hidup ini .. kita kena mencuba baru kita akan tahu hasilnya?Bodoh! Jerit hatinya lagi. ?Ia betul kata Amir ! tapi tidaklah sampai begini tolol!??Habis kau nak aku buat apa ?? paksa dia??Ha! Ha ! Ha ! Aku cuma nak ketawakan kau je..aku dah pesan dengan kau , jangan bermain api ! na!! Lihat seiapa yang rugi?? Alia sekali lagi diam. Kasihan dia akan dirinya sendiri. Termenung Alia sendiri dan mengutuk dirinya.
Esoknya di pejabat
Alia, " Aku tak tau Rin! boleh tak kau jangan paksa aku cerita kat kau ?" Rin, " Eh! aku kawan kau mestilah aku nak tahu apa yang tak kena dengan kau ni, sejak balik dari Penang aku tengok kau muka pun macam kerang busuk!" masam memanjang!"
Rin mula kendur marahnya dia cuba memujuk Alia. Dia hairan Alia jauh berubah. Raut wajah langsung tidak ceria.
Rin, " Hey! Rin menyergah. " Aku cakap dengan kau ni wei!" cubalah kau cakap kat aku " Amir sakiti kau ke ?" Rin cuba meneka.
Alia masih diam. Otaknya buntu dan dia sendiri malas hendak menjawab setiap pertanyaan Alia. Malah ketika ini dia malas sama sekali untuk memikirkan apa sebenarnya yang membuatkannya dia begini.
Alia," Rin, aku ok . Just leave me alone sekejap boleh ?" serius nada Alia. Saat ini dia hanya ingin bersendiri. Rin,memuncungkan bibirnya . " Hmm ok".
Share this novel