BAB 15

Romance Completed 21282

Alia tidak sabar menunggu tengah hari. Setiap saat di lihat jam di dinding mahupun jam ditangan. Dia tidak boleh duduk diam, Serba tidak kena. Jam telah menunjukkan 11 pagi. Masih ada 2 jam lebih lagi untuknya keluar makan. Dan hingga saat ini Amir masih belum menelefonnya. Kehulu dan kehilir dia berjalan mundar mandir. Kepalanya ligat memikirkan apa yang akan terjadi selepas ini. Dia sedikit gugup.

Sementara itu Amir sedang memandu dia ingat lagi akan kata kata Malisa saat bersarapan tadi.

" Abang, andai kata jika Malisa tidak cukup memberi layanan pada abang beritahu Lisa ya " manja sekali. Amir wujud rasa serba salahnya. Dia tahu isterinya tidak ada cact dan kurangnya semuanya serba menyenangkan.

" Ergh! setan apa yang telah merasukku mendekati Alia" Tapi bila difikirkan semula Alia tidak kurang manisnya cuma semuanya masih perlu batasannya dan tolol lagi dia kalah dengan nafsunya sendiri. Amir pada perkiraannya ingin singgah kepajabat dulu. Di lihat jam sudah hampir 11.30 pagi . Perjalanan ke tempat kerjanya dan jarak pejabat Alia tidak begitu jauh sekadar 20n minit. Amir menukar fikirannya. Dia terus menghala ke pejabat Alia.

20 minit kemudian.

Amir mendail telefon bimbitnya.

Selepas beberapa deringan panggilan diangkat Alia.

" Hello , " lembut suara Alia.

" Hi sayang , " bersahaja Amir bersuara. Entah lelaki ini aku tidak faham bisa sahaja dia bertukar tukar wataknya.Selamba sahaja tidak langsung berasa bersalah.

" Hi ! " ceria suara Alia. " You dekat mana ni ?" Alia bertanya tidak sabar dia ingin tahu.

" I dekat bawah ni, come down dear and meet me " sambil bercakap di telefon bimbitnya sibuk matanya meliar mencari tempat yang sesuai untuk memberhentikan keretanya.

Alia terkesima. " Err Ok, you tunggu sekejap , I'll be rite down in a minute" Telefon diletakkan .

Alia sama sekali tidak menduga cepat sungguh Amir sampai. Semakin deras degupan jantungnya. Ah! sepertinya pertemuan pertama malah diranjang juga sudah wanita bodoh!

Alia mengambil tas tanganya. Di tutup pintu bilik. Setelah meninggalkan pesan kepada secretarynya. Alia melangkah keluar. Hatinya sungguh berbunga bunga sekali. Berlari lari anak dia menuruni tangga.

Sementara itu amir telah sedia menanti. Keretanya betul betul diletakkan bertentangan dengan pintu pejabat Alia. Dengan itu dia boleh melihat kelibat Alia yang menuruni tangga. Seperti anak kecil Amir dapat melihat dengan jelas wajah ceria Alia.

Wujud rasa serba salah dihatinya. Bagimana hendak dia katakan kepada Alia dia tahu. Bukan dia tidak mahu mengahwini Alia, Tapi bagiamana keluarganya sendiri nanti. Dia masih dan sangat sayang akan isterinya dan anak anaknya. Amir mendengus kelihatan Alia semakin hampir.

Tingap cermin kereta diketuk.

" Hi!" Alia senyum sambil masuk kedalam kerata saat Amir membukakannya.

Amir senyum. Sebuah senyuman dan kucupan dipipi diberikan kepada Alia.

Alia juga senyum. Hatinya mula lega. Mengapa dia sendiri kurang pasti atau dia sendiri tahu .. Amir tidak akan lama untuknya.

Kedua duanya kembali leka melayan hati.

Selepas pertemuan itu Alia sama sekali hilang mood. Masih terngiang ngiang kata kata Amir tadi.

" Sayang, Im sorry I cant marry you. Emmm susah I nak explain. I tahu I salah dalam hal ni."

" Dan I tahu I yang memberikan harapan pada you , Im sorry it was a mistake"

Amir telah membuat keputusan untuk tidak meneruskan perhubungannya dengan Alia. Dia cuba untuk berlaku adil. Namun kasihnya lebih kepada keluarganya. Rasa bersalah tetap ada namun ah! Alia pasti faham. Bukan dia yang memaksa. Amir cuba meyedapkan hatinya sendiri. Dari tadi segalanya berubah. Dari awal pagi ceria hatinya. Namun kini bagaikan dihiris hiris jantungnya. Sakit!

" Itulah telah aku kata!" bisik sendiri hatinya. " Jangan jadi perempuan tolol! Nah! sekarang apa jadi ?"

Alia mengetap bibirnya. Hairan juga dia tidak langsung dia menangis. Ataupun memang dia sendiri sedar bahaasanya hubungannya dengan Amir sememangnya tidak akan kemana. Dan sesungguhnya Alia hanya menyalahkan dirinya sendiri diatasa apa yang telah berlaku.

Amir melihat wajah Alia. Hatinya berdetik Dikatanya lagi.

" Sayang, please say something?" cuba memujuk.

" We still can be freinds?" penyataan bodoh yang sengaja diungkapkan.

" Err ok, give me sometime ok? I confused! I bukan tak nak kan you .. it just not the rite moment ..not yet for me to marry you" Amir cuba menjelaskan.

Dia merapati Alia. Dapat dia lihat Alia yang hanya tunduk diam membisu.

Tidak ada apa reaksi di wajahnya.

Amir kaget.

" Sayang, I mintak maaf." Tidak tahu apa lagi yang harus dia jelaskan.

" Err lets take a break shall we? we keep in touch ok?" Amir memujuk lagi.

Manakal Alia pula i tadi dia hanya diam membisu. Otaknya ligat bermain dengan kata hatinya sendiri. Entah kenapa tiba tiba dia merasa mual dengan semua omongan Amir. Dia give up untuk terus menanti. Alia menarik nafas dalam. Betapa dia tahu salahnya sendiri mempercayai Amir. Dan perkara yang paling bodoh dia lakukan.. mencintai Amir.

" Amir, " tidak pernah setegas ini suaranya memanggil nama Amir. Amir terkesima.

" Its ok, I dont want to see you anymore .. I cant make you want me if you dont ..and... emm what else I can say" Alia mengangkat bahunya. Sudah habis kudratnya untuk menangis dan untuk dia merayu Amir sama sekali tidak. Sudah cukuplah dengan sikap cengeng dan bodohnya selama ini.

" I 'll take a cab , you good bye !" Tanpa menoleh Alia bangkit dari kerusi dan keluar dari restoran yang mereka singgah. Dia tidak langsung menoleh. Hatinya sakit sangat sakit.

" Lia! " Amir memanggil . Terperanjat dengan reaksi Alia. Tidak langsung dia menjangkakan Alia begitu selamba. Tercabar keegoannya.

Amir tidak mahu mengejar Alia. Dia hanya memerhatikan kelibat Alia yang menghilang.

Amir duduk.

" Mengapa dia tidak marah?" atau aku kah yang kalah " Amir terkesima.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience