BAB 23

Romance Completed 21282

Lemah dia bangkit dari katil. MAlah baru pagi tdai dia menelefon emaknya di kampung katanya hari minggu ini dia ingin pulang. Perlahan Alia bangkit dari perbaringan. Di jengukkan kepalanya di tingkap.

" Eh ! Malisa " macam mana dia tahu aku ada dirumah?" Alia sedikit kaget. Hatinya berdebar debar. Apa gerak hatinya telah memberitahunyakah bahawa Malisa sudah tahu semuanya. Ah!" bisik hatinya.

Alia cuba untuk tidak risau.

Diambil kunci dan Alia melangkah keluar rumah.

" Eh kak , kenapa akak datang rumah Lia? akak tau Lia MC ke ?"

Malisa yang telah tercegat disitu cuba berlagak biasa. Masam mencukan mukanya. Sambil tangannya masih tergenggam erat sampul yang berisi gambar gambar yang dia lihat tadi.

" Masuklah. " pelawa Alia sopan.

" Hmm " Malisa cuba senyum dia melangkah masuk.

Kedua dua masuk keperkarangan rumah Alia.

" Jemput duduk kak" pelawa Alia lagi.

Malisa duduk dan dia menarik nafas dalam. Di renung wajah Alia dalam. Terbit wajah simpati . Kerana dia tahu apa yang telah Alia lalui. Malah sebelum ini dia juga yang banyak menasihati Alia untuk melupakan lelaki itu. Cuba memaafkannya dan acapkali dia mangatakan bukan salah Alia seorang. Namun kini semuanya lain jadinya sama sekali dia tidak sangka lelaki yang selama ini dia sayang dan hormatkan adalah lelaki yang telah mengadakan hubungan sulit dengan Alia. Apatah lagi tiap kali Malisa terbayang akan perbuatan terkutuk mereka berdua terasa jijik dia.

Alia terkesima melihat Malisa yang diam begitu. Wajahnya serius. Tidak pernah dia melihat Malisa begini setahunya Malisa adalah seorang yang ceria.

Malisa mengeluarkan gambar gambar dari sampul photo tadi. Di hulurkan kepada Alia.

" Nah ! " Malisa mencampakkan gambar gambar itu di atas meja. Alia gumam. " Sah! agakkannya benar belaka.

Terketar ketar tangnannya meligat satu persatu gambar gambar itu. Kedua duanya diam.

" kak ..." Alia bersuara perlahan dia tidak tahu apa yang harus dia katakan.

" kak Lia mintak maaf, Lia tak tahu dia suami akak" Air matanya jatuh berjujuran.

Malisa juga hiba. Hendak dia salahkan Alia juga dia tahu tidak adil, suaminya juga bersalah.

Serius muka Malisa. Dia lihat wajah Alia.

" Lia, errrgh pergh! ikut hati akak ni errrgh memang akak marah dan kecewa sangat Lia" Malisa memulakan kata katanya.

" Akak tak percaya dengan apa yang akak dapat tahu ni, selama ni akak dan suami sangat bahagia"

" Apa silap akak? akak tak tau . Sampai hati Amir!" Malisa menarik nafasnya dalam.

" Lia masih cintakan Amir ?" Malisa mengumpul kesemua kekuatan yang ada padanya. Dia ingin dengar pengakuan Alia.

Alia tersentak.

" Kak!" kak Lia mintak maaf , Lia tahu Lia wanita jahat..jahat sangat!" Alia mula menangis. Disambung kata katanya.

" Demi Allah kak, kalau Lia tahu dia suami akak, Lia takkan sambut salam perkenalan tu kak"

Malisa memotong kata kata Alia.

" Lia.. akak tanya ..Alia masih cintakan Amir ?"

Alia menarik nafas dalam lagi. Dia harus menyimpan semua yang dia rasa biarlah dia menipu Malisa agar dapat dia merasai semua balasan dari kesilapannya. Sumpah! dia masih merindui Amir malah Amir adalah cinta pertamanya.

" Tak kak" perlahan Alia menjawab. Mukanya tertunduk ke bawah.

Malisa merenung Alia.Dia tahu Alia berbohong. Otaknya ligat berfikir.

Dia cuba berfikir secara waras dan tenang. Dikumpul semua tenaga yang ada.

" Jom ikut akak !"

Alia terperanjat. Didongakkan kepalanya.

" Kemana kak? Lia tak nak ikut!" Alia cuba menolak. Malisa masih berkeras.

" I said follow me ok !" tegas suara Malisa.

" Jom" Malisa bangkit ditarik tangan Alia untuk mengikutinya.

" Kak!! please nak kemana ni ?" Alia panik.

" Kita jumpa Amir!"

" Lia tak nak ! " Alia cuba membantah.

" I said follow me! " We have to get this done Alia!" Malisa berkeras.

Alia telah mula menangis teresak esak. Berat hatinya hendak mengikut Malisa tapi apa dayanya semua telah pun terbongkar. Alia hanya sempat mencapai handphonenya.

Di dalam kereta Alia tidak sudah sudah mengesat air matanya. Dia bukan takut dengan musibah apa sekalipun yang bakal dia lalui. Tapi hatinya tak sampai hati melihat hati Malisa kecewa sebegini. Apatah lagi puncanya adalah dia sendiri.

Sempat Alia sms Iqbal. Nama itu sahaja yang dia ingat. Pesanan ringkas yang dihantar menyuruh Iqbal datang dan menjempunya di rumah Malisa.

Malisa pula ligat kepala otaknya menerawang membayankan apa yang pernah dilakukan Amir dan Alia sewaktu bersama di Hongkong. Apa lagi dia tahu kedua duanya telah pun terlanjur.

Pedih hatinya seperti disiat siat rabak.

Malisa mendail no handphone Amir.

Dia tidak memberikan peluang Amir untuk bertanya dengan lebih lanjut Amir yang di pejabat tadi sibuk memikirkan Alia mati angan angannya yerbit rasa cuak. Suara Malisa serius sungguh. Apa ada perkara tidak baik berlaku di rumahnya ke ? pantas dia keluar dari pejabat dan pulang ke rumah.

Hairan dan berdebar hatinya mengapa Malisa berkeadaan begitu. Tidak langsung ada suara manja dan kata kata sayang dari isterinya. Amir cuak. Manakala Iqbal pula. Kehairanan hampir seminggu selepas dia menghantar Alia pulang tidak langsung Alia menghubunginya. Malah dia juga khuatir sesuatu yang buruk berlaku kepada Alia. Ttidak mungkin dia mengendahkan sms Alia itu. Dia juga ingin cepat sampai kepada Alia. Hatinya berbunga bunga kerana Alia memerlukannya

Di rumah Malisa dan Amir. Alia tidak lagi dapat dibayangkan wajahnya yang muram itu. Iqbal juga baru sampai. Dia sudah dapat mengagak Malisa sudah tahu akan hubungan suaminya dan Amir.

" Ah! tapi itu dulu 6 bulan yang lalu !" apa Malisa masih menuduh Alia ke ?" atau Malisa terus memaki hamun Alia ke ?" Iqbal cuak. Tidak tahulah padanya Alia tidak boleh dipersalahkan seorang diri. Amir juga harus dipersalahkan. Mungkin keadaan semakin rumit memandangkan Malisa agak rapat dengan Alia. Dan padanya yang malang adalah Alia dan Malisa itu sendiri. Dan lelaki tolo itu Amirlah yang paling bodoh kerana mengikut nafsu semata.

Keempat empat mereka ada di situ. Malisa mula meraung bagai orang gila. Amir terkesima.

Abang! Sampai hati abang buat macam ni pada Lisa?! Apa salah Lisa bang?!?Malisa meraung , terpekik bagai orang gila. Dia kecewa yang amat sangat terhadap Amir suaminya yang selama ini dianggap setia dan sayangkannya seorang.

Malisa menambah lagi.

And you tell me abang , kenapa abang tinggal kan Alia ni macam tu je ?! bila abang dah dapat apa yang abang nak abang buang je dia macam tu ye! ?

Amir diam. Dia cuba menenangkan isterinya.

Lisa abang mintak maaf Lisa!?Amir cuba lagi menenangkan hati isterinya Dontknow what I should tell you sayang , abang memang bersalah?Amir cuba lagi menenangkan hati Malisa.

Sedang Alia masih lagi teresak esak menangis. Iqbal pula cuba mengawal dirinya dari turut masuk campur. Ikut hatinya hendak sahaja dibedik Amir itu. Dia hanya diam.

Alia bangkit dari duduknya. Dia menghampiri Malisa.

Kak, Lia yang salah kak Lia mintak maaf banyak banyak dari akak Malisa diam.

Kenapa kamu berdua ni hah!? Tak ingat Tuhan ke ??Malisa tepat memandang dalam ke dalam anak mata Alia.

Lia menyesal kak, Lia mintak ampun, Lia leka dengan semua yang Lia fikir Lia boleh miliki?

Perlahan suaranya terketar ketar menahan sebak.

Lia tahu Amir juga tidak berniat semua ni terjadi. Lia yang salah?Alia hanya mampu berkata begitu biaralah semuanya dia yang simpan.

Amir diam dengan pengakuan Alia itu. Dia mata tahu bukan salah Alia seorang selama ini. Dia yang mengyakinkan gadis ini. Hatinya sebak.

Malisa tidak mahu di peluk Amir, semakin Amir mendekati semakin kuat dia meronta.

I said donttouch me !?Malisa meninggikan suaranya lagi.

Lia ?Malisa bersuara lagi.

Just give me sometime untuk akak maafkan Lia, I know bukan Lia yang sorang yang bersalah, suami akak.. he is the one!?

Selama ni akak ingat dia jujur..ha ha ?Malisa sengaja ketawa jengkel.

Entah entah banyak lagi wanita yang dia telah tidur bersama selain kau Alia!?Malisa senyum sinis. Habis lenjun bajunya dibasahi peluh dan air matanya sendiri.

Malisa menarik nafas dalam. Sukar untuk dia menyatakan ini. Tapi dia tahu dia harus menyatakannya. Dia tidak mahu suaminya berlaku kurang ajar dan tidak bertanggungjwab. Biarlah dia tanggung semuanya. Dan hatinya masih tetap sayang akan suaminya dan rasa sayang yang baru wujud antara dia Alia sukar untuknya menyalahkan Alia seorang.

" I want you to marry her Amir!" Malisa mengeluarkan kata katanya walau berat hatinya.

Alia terkesima. Iqbal terkejut. Dia mula gelabah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience