BAB 21

Romance Completed 21282

Suasana kembali ceria.

Saat yang dinantikan telah tiba. Paluan kompang memecah keheningan petang amat menghiburkan. Suara anak anak muda berkumpulan menyanyikan lagu menyambut pengantin lagi menggamatkan suasana. Pak Imam telah sampai dan telah bersedia menanti Majid yang tidak kurang dari setengah hari bakal menjadi suami yang sah Rin.Kelihatan segak dia.

Rin duduk sopan. Kali ini dia tidak lagi becok seperti tadi. Hatinya sudah mula gementar. Akad nikah yang bakal disaksikan bakal mencetus sejarah dalam hidupnya. Dia tidak sabar menanti saat itu tiba saat dia sah menjadi isteri Majid. Hatinya berbunga bunga.

Pengantin perempuan dan kesemua sanak saudara dan rakan taulan yang terdiri dari golongan wanita duduk disebalh sudut bilik. Manakala lelaki disebalah sudut depan bertentangan. Alia duduk betul betul bersebelahan Rin, manakala Malisa disebalah belakangnya. Perlahan dia mengekori Rin yang duduk di kusyen pengantin. Duduk bersimpuh manja. Alia terketar ketar tanganya membetulkan selendang Rin. Bukan dia malu menemani Rin, siapa tahu saat itu jika Amir melihatnya. " Ah tidak dapat dia bayangkan. Dia benar benar gelisah.

Tidak berganjak kepalanya. Tepat mengadap Pak Imam, matanya juga amat takut untuk melihat kearah lain. Takut dia . Takut matanya bertembung dengan mata yang amat dia rindukan.

Amir yang duduk disebalah Iiqbal membetulkan songkoknya. Dia menanti Rin pengantin perempuan dibawa duduk ke kusyen yang telah disediakan pihak keluarga pengantin perempuan tadi.

Saat dia lihat ..

" Alia!" terkeluar suara itu dari mulutnya. Jantung berdegup kencang.Apatah lagi bila dia melihat Malisa mesra berbual dengan Alia.

Iqbal menoleh ke arah Amir, berkerut dahinya. Apa yang dia dengar tadi nama Alia disebut benarke ? atau salah dengar semata.

Iqbal ingin mencari kepastian. Dia menoleh lagi kepada Amir. Amir pula berpeluh dahinya. Dapat dia lihat mata Amir tidak lekang menatap Alia.

Iqbal juga melihat Alia. Serba tidak kena, kenapa Aia tidak langsung memandangnya. Kenapa Alia sepertinya hanya ingin tunduk. Dia lihat tangan Alia sedikit terketar ketar ketika membetulkan tudung Rin.

Iiqbal mula mengesyaki sesuatu. Apa ini Amir? bisik hatinya. Dia ingin mencari kepastian.

Iqbal mematikan lamunan dan gelodak hati Amir.

" Bang, dari tadi kita berborak , tidak pula abang beritahu saya nama abang?"

Amir gugup. Hatinya jaki.

" Ish! saat ini pula ingin tahu nama aku lelaki ni !" bisik hatinya.

" Eh lupa pulak" Amir cuba berlagak biasa. Berbisik dia menjawab.

" Amir " dia menoleh dan senyum perlahan suaranya. Bbarangkali menghormati upacara akda nikah yang yang sedang berlangsung itu.

" Oh, Iqbal ! mendatar suara Iqbal.

Dia melihat kehadapan. Dapat dia lihat Alia dan Amir tergamam. Mata mereka sudah cukup menjelaskan semuanya. Iiqbal dapat lihat Alia seperti hendak menangis. Amir...renungannya tajam.

Iqbal berlagak biasa. Dia tidak mahu terburu buru berbuat apa apa. Tapi siapa dia untuk melakukan apa apa .. kekasih juga bukan sekadar teman ke majlis Rin ini. Bila dia teringat itu Iqbal menarik nafas dalam. Ketika itu dia yakin. Inilah Amir yang diceritakan Rin itu.

Selesai akad nikah .. sah Majid dan Rin menjadi pasangan suami isteri yang sah. Alia sedari tadi cuba mengawal dirinya utuk tidak menangis.

Dai amat sebak sekali " sampai hati Amir" bisik hatinya. Tidak langsung memberitahunya akan kemana ia diam dan menghilangkan diri. Sudah puas dia menahan sabar hatinya. Megeluh dan mengalah. Tapi, bila dia terlihat Amir tadi jiwanya benar bena kecewa.

Alia bangun dari duduknya. Dia masuk kebilik belakang. Ah! bilik siapa pun dia tidak tahu. Dia perlu duduk dan menenangkan hatinya.

Alia tidak dapat menahan sebaknya.

" Ergh !" Alia mengeluh hiba. Di tarik nafas cuba dia mengembalikan kekuatan dirinya.

Iqbal mencari cari Alia. Dia ingin mengajak Alia makan. Sudah tersedia semua lauk pauk yang sungguh menyelerakan. Pastinya dia tidak mahu makan tanpa Alia. Tercari cari dia.

Alia muncul menyapanya.

Dalam renungan Iqbal. Tapi dia buat tidak tahu.

" Jom Lia makan, saya dah lapar ni " Iqbal cuba bergurau. Berlagak biasa sahaja dia.

Alia cuba senyum. " Ok "

Iqbal sengaja menarik tangan Alia. Digenggam eat tangganya .. Alia terperanjat dengan perlakuan Iqbal. Alia cuba menarik tangannya dari genggaman Iqbal. Namun tidak berdaya. Iqbal pula selamba sahaja. Ah! sengaja dia bebuat begitu kerana dia sedar ada mata yang memandangnya dan Alia dari tadi.

Peliknya .. Alia tidak begitu bersungguh sungguh menarik lepas tangganya. Dia hanya membiarkan. Tatkala ini ingin sungguh dia dipeluk ah! tak kira siapa sahaja juga bisa. Robek hatinya tatkala melihat cintanya ada disitu dan lebih memedihkan peristiwa cintanya yang terbengkalai begitu sahaja.

Alia mengikuti Iqbal. Tiba tiba.

Malisa memanggil namanya.

" Lia! " Malisa mengahmpirinya.

" Nak makan ke ?" tanya Malisa.

Terasa malas menjawab. Tapi Malisa tidak besalah dalam soal ini.

Langsung tidak bersalah. Malah jika Malisa tahu dirinya pasti akan dicaci.

Perlahan dan dengan rasa ragu ragu Alia menjawab. " Ya kak."

Malisa spontan menjawab. " Emm ok gak, jom makan sama sama. " Malisa menoleh kepada Iqbal.

" Oh ni your match mate ye?" Malisa senyum dan menghulur tangan.

Sedang Alia dadanya semakin berombak ombak.

Amir menghanmpiri. Dia tidak tahan lagi dia harus mendekati Alia. Tidak tahulah mengapa dia sudah tidak peduli. Terasa hantinya sakit saat dia lihat Alia dan Iqbal begitu mesra sekali.

Iqbal bersuara .

" Emm bagus tu jomlah..err Malisa bukan ?" dia bertanya lagi.

" Ye, emm ah! ni my hubby Amir " Malisa memperkenalkan suaminya. Mana tahu suaminya sebenarnya bukanlah asing buat Alia. Ke ranjang juga sudah. Sialan!

Amir menghulurkan tangan kepada Alia.

Terketar ketar tangannya menyambut salam Amir. Dia langsung tidak memandang Amir.

" Iqbal, hmm I dah kenal dah tadi kita duduk berdua semasa akad nikah tadi. " Amir menerangkan kepada isterinya Malisa. Saat Malisa kehairanan kerana Amir tidak bersalam dengan Iqbal.

Iqbal menyahut.

" Ye Lisa.. I dah kenal husband you tadi, Kita berborak macam dah kenal lama pun ye jugak" Iqbal senyum sinis.

Ketawa yang di buat buat. Keempat mereka menju ke khemah diahadapan.

Entahlah bagaimana reaksi Alia nanti.

Amir mengekori. Sengaja dia berjalan berhampiran Alia. Sedang Iiqbal dadanya berdebar debar muncul satu perasaan yang sangat dia jengkelkan.

Cemburukah dia.

Amir sempat melirikkan matanya kepada Alia. Iqbal perasan akan perlakuan Amir itu. Sengaja dia merapatkan dirinya kepada Alia. Sekali lagi dia genggam tangan Alia. Kali ini Alia sudah tidak perasan akan semua itu.

Saat ini dia hanya menumpukan perhatiannya mengawal gelodak perasaannya.

Malisa pula seperti biasa mesra dan sentiasa menunjukkan kasihnya kepada Amir. Apa butakah wanita ini? yakin sungguh dia akan keikhlasan suaminya apa agaknya riaksinya nanti jika dia tahu suaminya penah bersama Alia.

alah saat ini juga kedua duanya sedang bermain mata. Ggelodak perasaan yang bercampur baur antara Amir dan Alia telah pun dapat dihidu Iqbal.

Semakin sakit hatinya melihat perilaku Amir yang selamba itu.

Keempat empat mereka menjamu selera. Hanya Malisa dan Iqbal yang rancak berbual.

Perjalanan pulang.

Sepanjang perjalanan Alia tidak banyak bercakap. Begitu juga Iqbal. Lain sungguh perilakunya sekarang ini berbanding sewaktu makan tadi. Iqbal cermat memandu.Sesekali matanya melirik kepada Alia.

Iqbal memulakan perbualannya.

" Lia, kenapa ni ? tak sihat ke ?" sengaja dia bertanya walau dia tahu sebabnya.

Alia menoleh kepada Iqbal dan senyum

" Tak lah saya ok je , maybe penat tak.. " Alia memberikan alasan.

Sebole bolehnya dia cuba menenggelamkan rasa gemuruhnya dari penegtahuan Iqbal. Mahupun Rin kawannya.

" Hmmm ok" Iqbal mengiayakan sahaja. Padanya tidak apalah masih banyak waktu untuk dia bertanya Alia nanti. Biarlah wanita ini menenangkan perasaannya dahulu.

20 minit perjalanan pulang. Iqbal dan Alia lebih banyak membuai perasaan sendiri. Iqbal dengan fikiran dan angan angannya sendiri untuk mencuri hati Alia. Walhal Alia masih lagi berperang dengan perasaannya. Semuanya kucar kacir jadinya.

Sampai di perkerangan rumah Alia.

Kereta diberhentikan betul betul dihadapan pintu gate rumah Alia. Iqbal turun. Dia ingin membukakan pintu buat Alia. Tidak sempat.

" Ah! Lia ni tak kasi saya peluang langsung !" Iiqbal berseloroh. Alia ketawa kecil terhivur juga hatinya dengan perlakuan Iqbal yang sopan itu.

" Takpe, kan kita dan setuju, kalau Iqbal dan berkawan dengan Lia, biar Lia buka sendiri pintu kereta ni kan ?" Alia cuba mengingatkan Iqbal.

" Hmm ok , sorry saya lupa" Iqbal megangkat bahunya sambil tangannya memegang pintu yang terkuak lebar itu.

" Thanks Iqbal, err maaf yer kalau Lia tak banyak berbual dengan Iiqbal" Alia cuba hendak menjelaskan tapi kerongkongnya sepertinya tersekat sukar untuk dia meluahkan kata katanya.

" Ops! its ok, Iunderstand" Pintas Iqbal.

" Hmm can I call you tonite Lia?" Iqbal bertanya lembut.

" Err ok " lembut jawab Alia.

" Ok then I'll see you when i see you?" hopefully I hope " Iqbal mengetap bibirnya. Dia senyum. Gadis seperti ini dia amat tahu tidak boleh terlalu mendesak. Dan dia juga tidak mahu Alia berasa tidak senang dengan dirinya. Ttidak apalah dia boleh bersabar. Buat Alia dia sanggup.

" Ah bodohnya Iqbal kan ?"

" Bye" Ucap Alia.

Dia masuk. Tidak dia menoleh Iiqbal atau menunggu Iqbal beredar dari depan rumahnya.Alia tidak mampu untuk tunggu lagi. Ddai harus masuk kedalam. Dia harus masuk dan mengeluarkan semua tangisan kecewanya.

Iiqbal hanya memerhati. Masuk ke dalam kereta. Sedang mata masih memerhatikan Alia. Hhatinya akan senang hinggalah Alia masuk ke dalam rumah.

Iqbal hanya senyum.

Kereta mula bergerak meninggalkan perkarangan rumah Alia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience