BAB 9

Romance Completed 21282

Rin! Alia memanggil kawannya. Sedari tadi Rin tekun membuat kerjanya. Tiba tiba Alia muncul di depannya pula. " Hmm apa dia?" endah tak endah dia menjawab.

" Alahai kau ni, busy sangat ke ? jom teman aku pergi Mall ?" Alia mendekati Rin. Seperti tidak faham dia sengaja merengek dan merayu Rin.

Rin mula rimas dan menoleh . " Ish! kau ni ..ye lah yelah petang nanti kita pergi Mall lah .. " Rin mengalah.

Alia senyum. Dia tahu Rin pasti akan menemaninya juga nanti. " Ok, petang eh! janji tau ! " Alia berlalu meninggalkan Rin. Dia kembali ke biliknya.

Petang nanti dia dan Rin akan ke Mall. Hmm Malisa juga ..adakah mereka akan bertemu? Petang itu di Mall.

" Laaaaaaaa makcik! kau nak bawak aku pergi mana ni lagi wei!?.Penat aku dari tadi tau, after another shop and keep on another one tapi kau tak beli apa pun ?" Rin mengeluh. Dia mengah melayan Alia.

" Hmm sorrylah aku pun tak tau aku nak beli apa , emm hah! jom masuk MNG !" Alia menarik tangan Rin. Kedua duanya bagaikan belangkas.

Walau Rin penat tapi dia tidak pernah menghampakan Alia. Saat dia dengar MNG. Terus bersemangat hatinya. MNG sudah tentu kesukaannya. Kedua duanya riang berjalan. Pada Alia pula, inilah hanya jalan untuknya untuk melupakan resahnya.

Hari ini dia tahu Amir akan berangkat ke Hongkong, tak langsung Amir menelefon. Flight pukul berapa pun dia tidak tahu. Jaki juga hatinya. Untuk melupakan rasa sedihnya sengaja dia memaksa Rin , sahabat karibnya mengikutnya.

Tiba di MNG kedua duanya terus membelek belek baju yang ada. Kedua anak dara ini sememangnya amat gemar berfesyen. Untuk Alia dia lebih suka membeli bag tangan. Tapi kali ini dia ingin membeli selai dua helai baju itu pun jika ada yag berkenan.

Tiba tiba Alia terlanggar seorang wanita awal tiga puluhan. Hatinya berbisik. Wanginya..

" Sorry" Alia berkata. Dia terlanggar bahu Malisa. Terjatuh sehelai scarf yang dipegang Malisa.

" Ah! its ok, I yang salah, tak nampaklah , ni lah excited sangat tengok baju yang cantik ni !" Malisa berseloroh. Dia cuba mengambil scarf yang terjatuh tadi. Alia juga senyum. Ramah bisik hatinya. Dia cepat cepat mengambil scarf itu dan dihulurkan pada Malisa.

" Sorry again, nice scarf , hmm biasalah kan, kita ni bila tengok baju cantik terus excited!" Alia berseloroh juga sambil menghulurkan scarf tadi. . Kedua duanya ketawa. " Err thanks, I Malisa"

Alia gumam " Oh ya, Hi I Alia, Emm ok, " Malisa menajwab. " Yeah , ok Cik Alia thanks ya" Kedua duanya beredar.

Jika kedua duanya tahu mereka berkongsi lelaki yang sama pasti tidak semanis mana tutur kata mereka. Six sense tidak langsung ada ke ? hmmm Rin menepuk bahu Alia.

" Oit! kenapa tu ?" Alia menjawab selamba.

" Aku terlanggar dia tadi, cantikkan dia?" tanya Alia sambil kembali membelek baju didepannya.

" Hmm cantik, alaa mesti dah kawin dah tu , ah! Jomlah aku nak beli dress ni lah cantik tak?" Rin pula yang beria ia ingin membeli. Alia terhibur dengan kerenah Rin.

" Cantik, kau pakai apa pun cantik, beli je lah kalau suka " Jawab Alia.

" Err tapi aku tak tau nak beli apa lah Rin " Rin menoleh kepada Alia, " Hmm tak nak beli sudah jom cepat lepas ni kita pergi makan, aku lapar ..ah! cepatlah kau ni leceh betullah !" Rin membebel.

Alia hanya mengenyit mata. Sesungguhnya dia tidak tahu apa yang harus dia beli. Lebih suka melihat kerenah Rin. Terhibur juga hatinya. Sedang sibuk itu pun akalnya amsih lagi menerawang teringatkan Amir. Hatinya tertanya. " Pasti muda dan secantik wanita tadi isteri Amir. Kalau ya, dan dia ? ah! apa kurangnya aku ini. Alia menyedapkan hatinya. Dia mengekori Rin yang telah sedia untuk membayar.

" ok let's go and eat!" kata Rin setelah selesai membayar. Habis RM250 dibelanjakan dalam sekelip mata. Hati Rin puas. Sementara Alia tidak langsung membeli apa apa. Walhal dia yang mengajak Rin shopping. Kedua dua mereka menuju ke Mc Donald di hadapan MNG.

Mall ini memang lengkap. Semuanya ada. Alia menuju ke kaunter sementara Rin mengambil tempat duduk yang berdekatan dengan cermin kaca. Dari dalam dapat dia lihat kelibat kelibat manusia mundar mandir di dalam shopiing kompleks itu. Alia seperti biasa tahu akan kesukaan Rin.

Tiba giliran Alia membuat pesanan.

" Ya, miss your order please"

" Hmm ya, give me two sets of Cheese Burger , big one ya, we all lapar ni, then emm two sundae's ice cream , strawberry ye..and that's all "

" Ok, I repeat mis , two sets of Double cheese burger, big. and two sundae's ice cream, strawberry" Pesanan diambil. Petah lelaki itu mengambil order. Mungkin sudah terlalu biasa.Bayangkan dalam satu hari beratus ratus pelanggan yang datang membuat pesanan.

" Yup! thank you"

Alia menanti pesanannya disediakan. Dia tidak perasan bahawa disebelahnya adalah Malisa dan seorang wanita yang juga bersama mendokong anak comel. Daniel.

" Eh! Cik Alia" Malisa menegur.

Alia menoleh.

" Cik Malisa" Alia menjawab sapaan Malisa. Terkejut juga dia terserempak pula dengan wanita yang dikatanya cantik tadi.Alia nampak akan anak comel itu.

" Anak you ke ?" Alia bertanya. Disambung lagi katanya. " Amboi comelnya" dicubit lembut pipi Daniel.

Malisa ketawa. " Ya, my third child. almost 2 years old. Daniel." "Really ??? gosh! you have three children? yet you look so young !" Alia kagum.

" By the way, terjumpa lagi kita ya,emm nampaknya nak jadi kawan barulah ni" Alia ceria berbual dengan Malisa yang dianggapnya baik dan ramah itu. Malisa ketawa. " ha ha ha ye lah nak jadi kawanlah kita ni tak ye, eh, your order tu"

Alia kelam kabut mengeluarkan wang dari handbangnya. Seperti sudah lama mengenali Malisa.

" Thank You" Alia mengangkat dulang penuh dengan pesanan tadi. Sebelum berlalu.

" Eh, Why dont you join us kat sana tu " sambil memuncungkan mulutnya menunjukkan arah Rin yang tidak sabar menunggu pesanan tiba, Dari jauh kelihatan Rin melambai tangan. Alia senyum.

" Ha see my fren tu she's cool ramah ..join us kat sana tau! I tunggu you go ehad orderlah ..err ni siapa?" Alia bertanya akan wanita yang mendukung Daniel. Malisa menjawab " My maid, yelah you know ada anak kecil ni susah kalau I sorang je" Alia mengangguk faham.

" Emm ok, I ajak dia duduk dulu ok" tanpa menunggu jawapan. Alia dengan mesra mengajak bibik Umairah duduk bersamanya. Dia suka benar melihat wajah comel Daniel itu. Bibik mengekori Alia. Dan Malisa pula dengan senang hati menerima ajakan Alia.

Di tempat duduk.

Rin menyambut dulang di tangan Alia. " Eh sapa ni Lia?" Rin bertanya hairan.

" Alaa wanita cantik kat MNG tadi, ni maid dia..kau tengok anak dia cute kan?" Alia ingin sahaja dia mengambil Daniel dan duduk dipangkuannya. Iras wajah Daniel sangat comel. Putih seperti ibunya. Rambutnya ikal. Sama seperti Amir. Berdetik pula hati Alia.

"Where is the mother ?" tanya Rin sibuk dia mengambil burgernya. " Ada tu tengah order" Alia bermain dengan Daniel. Dia ingin mendokong Daniel. " Bik, boleh saya pegang Daniel?" tanya Alia lembut. Dekat dia duduk disebelah bibik.

" Iya boleh jika dia mahu neng" Alia senyum.

"Ah pasti mau kan Daniel, meh kat untu meh " Alia menghulurkan tangan. Nasib Daniel tidak menangis. Moodnya juga sangat baik. Keletah suaranya ketawa. Bising mulutnya sedang tangan comelnya memegang permainannya. " Emm... bestnya..geramnya aku" Alia berkata. " Bilalah aku nak ada anak sendiri eh Rin"

Malisa menghampiri.

" Eh anak mama nak ngan unty ya?" Malisa mesra. " Duduklah Malisa. Err I hope you dont mind, I memang suka sangat dengan budak comel ni, nak nak yang macam Daniel ni cute"

Malisa duduk. " You belum kawin kan ? hah cepat cepatlah kawin dapat anak" Malisa senyum mesra.

Alia juga senyum. " Eh ni kawan I, Airin, I panggil dia Rin je" Malisa menghulurkan tangan " Malisa" Rin juga.

" Eh jom makan " pelawa Rin.

Keempat empat mereka makan dengan gembira. Dari pertemuan pertama Alia berasa amat serasi dengan Malisa. Perwatakkan yang lembut ramah dan cantik amat menyenangkan hatinya. Apatah lagi Daniel anak comel. Dia sangat suka.

Malisa dan Alia selepas ini pasti akan menjadi kawan baik. Ah! mampuslah engkau Amir jika kedua duanya tahu tahu apa sebenarnya yang telah berlaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience