BAB 16

Romance Completed 21282

6 Bulan selepas itu.

" Oi!! Rin menepuk bahu Alia. " Kau ni ! tah habis habis mengelamun, come onlah Lia.. sudah sudah lah tu" Rin duduk mengadap Alia.

Sengaja dia memerhatikan Alia. Bertongkat dagu dia.

Alia terhibur dengan keletah Rin, sahabat baiknya. Tersentak dia dari lamunan.6 bulan telah berlalu tidak langsung Alia mampu melupakan Amir.Masih lagi tengiang ngiang kata kata Amir padanya.

Hampir setengah tahun itu juga tidak sebarang berita pun yang dia dengar tentang Amir. Hubungannya berakhir begitu sahaja saat di restoran itu.

Alia menarik nafas dalam. Dia senyum kepada Rin.

" Kau ni ! " Alia sengaja buat buat marah. " kacau je lah !" Alia mencebikkan bibirnya.

Rin ketawa.

" Alah! dari kau berangan tak habis habis lebih baik kau borak dengan aku ni hah! dah lah jom lunch nanti eh?" Rin mengajak Alia.

" Dah lah tu , jangan kau ingat lagi Amir tu .. benda dah lepas lepas lah " serius pula nada suara Rin.

Dia tahu sejak Alia berpisah dengan Amir Alia tidak seceria dulu. Lebih banyak berdiam diri. Dia faham dan dia juga tidak mahu komen terlalu banyak kerana dia takut Alia berkecil hati padanya. Setakat ini apa yang dia mampu menasihati Alia dan sentiasa menjadi kawan sejati Alia. Ada juga ketikanya dia memarahi Alia dengan kebodohan yang telah Alia lakukan.

Tapi nasi dah jadi bubur! usah diungkap life must go on !" Itu prinsipnya dan sebab itulah dia selalu menyuruh Alia mendekatkan diri pada Allah dan menyesali dengan apa yang telah dilakukan. Banyak perubahan yang dia lihat pada Alia. Walau masih tidak seceria dulu namun Alia lebih tenang sekarang lihatnya. Solat juga tidak pernah ditinggalkan.

Rin mengulangi ajakkannya

" Wei! lunch nanti jangan lupa ye!" Dia beredar membiarkan Alia.

Alia menjawab " Ye lah aku tau " dia senyum.

Di dalam hatinya berbisik naisb baik Rin ada .

Kembali dia membuat kerjanya.

Di tempat makan tepat 1.15 t.hari.

Rin memilih tempat yang paling tepi sekali, Pemandangan yang cantik .

Dari luar tingkap kaca itu Mereka berdua dapat melihat suasana sibuk.

Kereta mundar mandir kesana kemari. Pantas seperti semut.

Alia sekadar memerhati sekeliling.

" Kau nak makan apa ?" tanya Rin .

Rin sekadar menjawab " Biasa je lah "

Rin mengangguk. " Ok "

Pesanan dibuat.

Sambil menanti pesanan mereka tiba kedua duanya berbual.

" Lia" Rin memanggil lembut.

" Minggu depan aku akan berkahwin.Dan lepas tu kau taulah kan aku terpaksa ikut suami aku ke Sarawak. Majid tu lama disana 4 tahun. So lepas ni tak dapatlah aku nak teman kau selalu" Rin wajahnya sedikit hiba. Yelah tidak lama lagi dia akan berkahwin Seminggu je lagi dan selapas itu dia akan mengikut suaminya ke Sarawak. Terfikir dia akan tentang Alia sahabat karibnya. Bagaimana pula dia nanti.

Alia senyum walau dalam hatinya sedikit sedih akan pemergian Rin nanti.

" Takpelah , aku ok je.. kalaua ku free I can always come and visit you , ok lah aku " Alia menyakinkan Rin. Malas dia hendak menunjukkan reaksi sedihnya padanya tidak perlu. Asal sahabatnya bahagia itu sudah mencukupi. Malah dia bersyukur setidak tidaknya Rin tidak ditimpa nasib sepertinya.

Pesanan tiba.

Kedua duanya makan penuh berselera diselang selikan ketawa Alia dan Rin. Mesra sungguh mereka.

Petang itu Rin tidak dapat menemani Alia. Malah sekarang ini pun sudah jarang Rin menemani Alia. Maklumlah bakal pengantin baru. Alia faham dan dia pun tidak mahu menganggu Rin menyiapkan segala keperluan. Petang ni agaknya dia ingin ke Sweedish Garden. Saja melihat lihat jika ada apa yang boleh dia beli. Kek di sana memang sedap. Apatah lagi dia gemar akan cheese cake Shopiing complex yang gah itu. Sememangnya tempat kesukaannya. Berbagai bagai jenis shopping lot yang ada disitu dan barangan yang dijual juga mempesona. Baju aksesori dan bermacam macam lagi. Namun kebiasaannya ..lepak di Sweedish Garden sambil memabaca.

Adakala berjam jam dia menghabiskan masanya disana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience