Chap 14

Romance Series 19445

Aku pantas mencapai lengan Airis menuju ke pili air berdekatan. Tapak tangan jelas kelihatan merah akibat terkena besi panas tadi.

Padan muka! Degil lagi.

Aku mengalirkan air ke kawasan yang melecur tadi. Sesekali Airis mengaduh kesakitan.

Aku memandang wajahnya yang berkerut menahan pedih. Tak payahlah buat muka macam tu... comel tau tak!

"Tulah aku cakap tak payah, degil juga. Dah, duduk sana balik. Aku nak ambil ubat kejap."

Airis hanya mengangguk perlahan. Kesian pula aku tengok...

Aku lantas menuju ke arah bilikku. Kotak first aid kit kuambil dari dalam beg galas.

Memang selalu kalau pergi bercuti aku bawa, untuk hal kecemasan... lagi-lagi pergi dengan Airis ni. Macam-macam boleh jadi, careless...

Aku bergegas ke tempat tadi dan aku lihat Airis sedang meniup perlahan kesan lecur tadi.

"Tak payah tiuplah, nanti keluar kuman. Lepastu melarat lecurnya."

Airis sedikit terperanjat sebaik sahaja mendengar suaraku.

"Ee macamlah mulut saya ni banyak kuman..." ujarnya dengan nada sayu.

"Aku tak cakap, kau yang cakap mulut kau banyak kuman."

Airis memuncungkan bibirnya.

"Dah tak payah nak merajuk, sini aku sapu ubat." Lantas aku menyarungkan sarung tangan getah dikedua-dua tanganku. Tak nak tersentuh tangan dia... haram!

Aku membelek kesan lecur tadi sebelum tanganku ligat menyediakan ubat untuk disapu. Krimku capai lalu aku sapu perlahan di kawasan lecur tadi.

Airis mengaduh perlahan. Usai menyapu krim, aku membalut tangannya dengan kemas. Kemudian segala alatan tadi kusimpan rapi didalam peti kecemasan.

Usai itu, aku memandang tepat ke arahnya.

"Kan aku dah kata tak payah tadi. Kenapa degil sangat ni..." ujarku lembut.

"Saya nak tolong je..." Sayu suara dia berkata. Kau ni, buat risau aku je. Nasib tak teruk. Kalau ikut hati aku dah bawa kau pergi hospital dah ni.

"Kalau terbakar ke tangan kau tadi, macam mana?"

"Bukan ada orang kisah pun pasal
saya..."

Dah kenapa dia ni... tak pernah-pernah cakap macam ni.

Aku rasa nilah masa yang sesuai...

"Siapa kata tak ada orang kisah pasal kau. Kalau tangan kau terbakar, macam mana aku nak sarung cincin nanti?"

Pantas dia memandangku. Matanya membulat menunjukkan reaksi terkejut. Dah macam kucing pula aku tengok, tinggal tambah misai je...

"Airis Qaireena, sejak pertama kali aku terpandang muka kau, aku dah terpikat. Tapi aku je yang tak sedar. Sebab aku tak biasa berdepan dengan perempuan, aku cakap kasar dengan kau."

"Kali kedua kita jumpa dekat kedai aku, masih lagi aku tak sedar. Tapi bila dah kali ketiga hati aku rasa semacam, tapi aku menidakkan sebab aku rasa terlalu cepat. Kaulah satu-satunya perempuan yang berjaya masuk dalam hati aku."

"Bila kau main-main cakap yang kau dah tak lama tu, hati aku rasa gelisah. Masa tu aku betul-betul nak buat kau bahagia. Bila kau dengan Hadi berpakat prank aku, hati aku rasa sakit. Masa tu aku betul-betul dah sedar yang nama Airis Qaireena dah lama bertakhta dalam hati Zayn Khayrie."

Airis menggosok kedua-dua biji matanya. Kemudian dia menampar perlahan pipinya.

"Ni betul ke Zayn Khayrie? Ke awak dah kena rasuk? Aduh saya tak tahu nak halau hantu ni..."

Kemudian bibirnya berkumat kamit membaca ayat kursi. Aduh, Airis teruk sangat ke aku ni, sampai kau ingat aku kena rasuk...

"Allahuakbar! Pergi kau syaitan! Jangan kacau lebah kesayangan aku! Syuh!"

Tangannya dikibas beberapa kali di sekeliling badanku.

Terhambur gelakku. Boleh dia halau syaitan macam tu. Fikir tengah halau nyamuk ke? Alahai comelnya...

"Ni betullah aku Airis..."

Spontan dia menayangkan giginya.

"Aku harap sangat kau tak akan tinggalkan aku. Walaupun aku tak sempurna macam lelaki lain, tapi aku akan usaha untuk buat kau bahagia. Walaupun seribu bidadari datang, aku tetap akan pilih kau, my flower."

Kemudian aku bangun lalu aku melutut dihadapan. Aku keluarkan sebentuk cincin bertatahkan batu permata dari dalam poket seluar lalu kusuakan kearahnya.

"Airis Qaireena, sudi tak kau jadi isteri aku, ibu kepada..." Belum sempat aku menghabiskan ayat pantas Airis memotong.

"Saya tak nak anak panggil ibu, nak mama."

Haih, aku tengah dalam mood sweet ni boleh dia potong macam tu je.

"Ha yelah, aku ulang balik..." aku menayangkan muka terpaksa.

"Airis Qaireena, sudi tak kau jadi isteri aku, mama kepada anak-anak kita nanti dan bidadari syurga aku?"

Airis mengukir senyuman manis.

"Marry me Julliet? And you'll be the happiest woman in the world. I'm promise."

Airis masih lagi diam tidak bersuara. Ish terpaksalah aku nyanyi ni.

"Marry me Julliet,
You'll never have to be alone,
I love you,
And that's all i really know
I'll talked to your dad,
Go pick out your white dress,
It's a love story,
Baby just say... yes?"

"Airis Qaireena, aku sayang kau dengan sepenuh hati aku. Hidup aku mula berwarna-warni dengan kehadiran kau. Please, just say yes,"

"Zayn Khayrie, jawapan saya... of course yes!"

Airis menitiskan air matanya. Cengenglah budak ni. Lantas aku menyeka air matanya menggunakan sapu tanganku.

"Eh ni bukan sapu tangan yang masa kita balik main bowling tu ke?"

"Haah, sapu tangan nilah yang jadi saksi cinta aku pada kau, Airis," ujarku perlahan seakan berbisik.

"Ee kenapa sweet sangat awak ni. Kalau saya pengsan dekat sini, awak angkat eh?"

"Aku bo..." Belum sempat aku menghabiskan ayat, Hadi dan Nadia datang menghampiri kami.

"Wah, kenapa macam ada aura lain macam ni? Ada apa-apa jadi ke? Atau nanti aku dapat rasa nasi minyak seseorang?" Sengaja Hadi mengusikku.

Pantas Airis menayangkan cincin tadi yang sudah terletak elok di jari manisnya ke Hadi dan Nadia. Aduh, budak ni bukan tahu nak simpan rahsia...

"Romantik juga eh kau Zayn. Terlepas aku momen indah tu," kata Hadi sambil melepaskan penumbuk ditangan kanan ke tapak tangan kirinya.

Nadia hanya mendiamkan diri. Malu lah tu. Sesekali dia tersenyum melihat gelagat Airis yang sengaja menunjuk cincinnya itu.

Kami menikmati pemandangan malam itu sambil berbual rancak. Hampir satu jam setengah kami berborak sebelum kami balik ke bilik masing-masing.

Sejak tadi bibir Airis masih tak lekang dengan senyuman. Gembira sangat tu, cincin pula tak sudah-sudah dibeleknya. Sampai aku pun dipulaunya. Nasib badan...

Dah pukul 12:30 malam, tapi mata aku masih lagi tak mahu lelap. Penangan cintalah ni, wah sejak dua menjak ni Zayn Khayrie dah pandai cakap pasal cinta,eh?

Lain macam ni, 'bukan biasa-biasa' kata budak zaman sekarang. Baik aku buat something.

Aku bingkas keluar dari bilik membawa beg kertas bersama. Kemudian aku menuju ke bilik Airis. Beg kertas tadi kuletak dihadapan pintu.

??????

Aku kembali ke bilik lalu telefon ku capai. Nama 'Alien cute ?' aku tekan di aplikasi whatssapp. Nampak tak perubahan nama dekat situ. Dari
'Alien ??' jadi 'Alien cute ?'.

Parah dah aku ni...

To Alien cute ?
Assalamualaikum Airis,
Kau dah tidur ke?

Aku menunggu selama beberapa minit, kemudian telefonku berbunyi. Airis dah balas!

From Alien cute ?
Waalaikumusalam, tak
boleh tidur. Cincin ni
terlalu menggoda saya...

Aduh budak ni, jakunnyalah. Macam kera dapat bunga.

To Alien cute ?
Kau belek-belek lagi
cincin tu, aku ambil balik.
??

From Alien cute ?
Alaa, janganlah...
nanti buruk siku awak.

To Alien cute ?
Ada aku kisah, siku aku
yang buruk bukan siku kau.

Seronok pula kacau budak ni...

From Alien cute ?
????

To Alien cute ?
Tak payah nak nangis
sangat. Alang-alang kau
tak boleh tidur tu, cuba kau
tengok luar bilik kau tu.

Tiada balasan dari Airis. Tengah tengok kut, agak-agak dia suka tak?

Kemudian panggilan telefon darinya masuk. Pantas aku menjawab.

"Awak! Ada anak patunglah! Siapa bagi, awak ke?"

"Kau rasa?"

Seketika aku terdengar jeritan nyaring dari dalam telefon. Suka sangat tu...

"Comel! Tapi bentuk dia peliklah," soalnya.

"Pelik macam tuan dialah. Tu hadiah hari jadi kau. Aku buat sendiri tau," kataku dengan riaknya. Padahal yang banyak buat umi, aku tolong-tolong je...

"Eee seronoknya hari ni! Dapat cincin, lepas tu anak patung pula! Argh! Best gila!"

Aku menjauhkan telefon dari telingaku. Boleh pekak aku, kalau macam ni.

"Dah pergi tidur peluk alien tu. Jangan belek-belek cincin lagi, nanti aku ambil balik, padan muka kau," ugutku.

"Sayang awak 3000 kali!"

"3000 je. Sikitnya..." soalku.

"Sebab awak my ironman! Bye!"

Kemudian panggilan dimatikan. Aku meletakkan telefon di atas katil lalu aku bergegas ke bilik air ingin membersihkan diri.

Usai menyalin baju untuk tidur, telefonku berbunyi menandakan ada mesej masuk.

Aik, budak ni tak tidur lagi ke?

From
Aku nak kau putuskan hubungan
dengan Airis. Dia milik aku!

Siapa ni? Main ugut-ugut pula...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience