Chap 16

Romance Series 19443

Aku berlari anak mendekati mereka. Jantungku berdegup kencang seakan mahu luruh. Sungguh aku risau sekarang.

Aku meluru ke arah lelaki itu. Tanpa sebarang amaran aku menghadiahkan penumbuk dipipi kanannya. Terus tersungkur jatuh dia di atas lantai.

Sebaik sahaja Airis melihatku pantas dia memelukku erat. Mukanya terlihat jelas kemerahan. Terasa getaran daripada badannya.

Hatiku sayu melihat keadaannya. Maaf sebab aku tak ada masa kau perlukan aku. Lepas ni, aku janji takkan ada orang lain dapat sakitkan kau lagi.

Pandanganku alihkan pada lelaki berambut coklat yang berada di atas lantai akibat tumbukanku tadi. Dia hanya membalas pandanganku dengan jelingannya.

"Don't ever you try to close to her... cause she's mine!" Aku memberikan amaran padanya. Lantas dia bangun lalu tersenyum sinis padaku.

Dia menegakkan badannya yang sasa itu. Jelas kelihatan segala otot badannya kerana dia mengenakan kemeja yang mengikut bentuk badan.

Dengan segala otot itu, sedikit pun tidak menggentarkan aku. Aku takkan biarkan sesiapa sentuh Airis!

"So, inilah Zayn Khayrie tu. Not bad... by the way, thanks for the gift. I'm really appreciate it," ujarnya. Pipinya yang baru sahaja menjadi mangsa keganasan aku diusap perlahan.

Dadaku berombak laju. Amarahku tidak dapat dikawal. Ada juga yang mati
nanti...

"Relax, inhale... exhale... Wait! Rasa kurang ajar pula tak kenalkan diri dulu kan? Nama aku Aidan Amir. Bekas tunang Airis Qaireena," katanya apabila perasan akan tingkah lakuku yang tidak dapat dikawal.

Matanya menjeling Airis yang bersembunyi dibelakangku. Aku tertawa kecil sebaik mendengar ayatnya.

"Bekas je. Aku 'bakal suami' dia. Tolong hormat sikit."

Aku menekankan perkataan bakal suami itu. Sedikit pun wajahnya tidak menunjukkan sebarang reaksi.

"Yang dah kahwin pun boleh cerai, inikan pula baru bertunang. For your information Airis pernah jadi milik aku dan akan selamanya jadi milik aku. Mark my words!"

Geram je aku tengok mamat ni. Dahlah dengan rambut berkarat, baik kau pergi cuci rambut kau tu dulu sebelum ada hati nak rampas Airis dari aku.

"Kau tu bekas buat cara bekaslah bro. Jangan sampai aku jadikan kau bekas makanan untuk mak aku," tuturku padanya.

"Wah, its so funny though. Do my face look like I care about that. This is Aidan, and I always get what I want! Setakat lelaki macam kau, aku boleh singkirkan macam tu je," ujarnya dengan riak sekali.
Aku mengepal penumbuk lalu tanganku naikkan ke atas. Namun, Aidan tidak menayangkan riak takut. Malah lagi menadahkan wajahnya padaku.

Aku menurunkan tanganku. Lebih baik jangan gunakan keganasan, Zayn. Makin kau melawan makin dia sukalah kan. Kemudian aku mengundurkan diri setapak darinya.

"Penakut!" ejeknya.

Kemudian dia melanggar kasar bahuku sebelum berlalu meninggalkan aku dan Airis. Seketika kemudian baru aku sedar, banyak mata-mata yang asyik memerhatikan kami sejak dari tadi.

Lantas aku membawa Airis ke salah sebuah kedai makan untuk menenangkan dirinya.

??????

Aku merenung wajah Airis yang putih mulus. Kening yang lebat dan matanya yang bundar menyerlahkan keindahan wajahnya. Hidungnya yang mancung menarik perhatian siapa yang melihat.

Sungguh mempersonakan...

Kemudian mataku beralih pada tangannya yang sedang menggigil. Mungkin masih terkejut akan hal tadi. Kesian kau, Airis. Pertama kali Airis menunjukkan riak wajah yang tegang membuatkan suasana menjadi kekok.

Nak tanya ke tak? Tanya je lah.

"Airis, kau okay tak?" Dia memandang wajahku sambil mengukir senyuman manis.

"Okay, cuma saya masih takut. Saya tak sangka yang Aidan boleh jadi sampai macam tu."

"Hmm, kalau kau tak kisah, boleh tak kau cerita dekat aku macam mana kau dengan dia boleh putus."

Dia terus mengalirkan air matanya. Kedua-dua tangannya diangkat supaya menekup mukanya. Aku menurunkan tangannya lalu wajahnya kutolehkan supaya menatapku.

Air matanya kuseka menggunakan hujung kain bajuku. Usai itu, aku membetulkan sedikit kedudukan tudung bawalnya. Kemudian aku mengusap lembut kepalanya.

"Jangan bazirkan air mata kau untuk lelaki macam itu. Aku janji kau akan bahagia dengan aku. Aku akan sentiasa ada untuk kau. Dah jangan nangis, tak comel dah cik bunga aku ni..."

Perlahan terukir senyuman dibibirnya. Dia menarik nafas dalam sebelum kembali menatapku.

"Saya dah lama lupakan dia. Tapi saya tak boleh lupa yang dia punca mak dan ayah saya meninggal..."

Aku terpana. Kenapa banyak sangat dugaan yang Airis dah lalui ni.

"Apa yang dah jadi sebenarnya?" soalku. Aku masih setia menyeka air matanya yang jatuh.

"Saya dengan Aidan bercinta masa kami di tingkatan satu lagi. Lepas je habis sekolah, kami rancang untuk bertunang. Semuanya berjalan dengan lancar sampailah lagi seminggu nak nikah. Aidan terus berubah, dia berusaha untuk elakkan diri dari jumpa dengan saya,"

"Malam sebelum hari pernikahan saya dengan dia, Aidan hilangkan diri. Keluarga dia pun tak nak bagitahu mana dia pergi. Masa tu tuhan je tahu macam mana saya rasa. Saya macam hilang separuh dari hidup saya. Semua benda saya buat tak kena. Sampailah mak dengan ayah saya kesian tengok keadaan saya, dia orang cuba cari mana Aidan,"

"Bila mak dengan ayah saya dah jumpa Aidan, dia orang terus serbu. Saya ada masa tu tapi saya cuma duduk dalam kereta. Saya tak sanggup nak berdepan dengan dia. Mak dan ayah saya cuba pujuk Aidan tapi dia larikan diri. Ayah saya kejar dia, tapi dia tolak ayah saya sampai jatuh... dan tiba-tiba ada kereta yang langgar ayah saya."

Makin deras mengalir air mata Airis. Aku yang mendengar ceritanya, jadi terpana. Manusia jenis apa Aidan tu!

"Mak saya pula meninggal beberapa hari selepas kejadian tu sebab tak dapat terima kehilangan ayah. Sekali gus saya hilang tiga orang yang saya sayang. Lima tahun saya ambil masa untuk terima kenyataan."

"Nasib ada adik saya yang sentiasa bagi semangat dekat saya..."

"Dah, jangan ingat lagi pasal tu. Sekarang kau dah ada aku, dan aku takkan biarkan kau sedih. Aku sayang kau, Airis," tuturku padanya. Tak semena-mena dia melentokkan kepalanya dibahuku. Sesekali aku mengusap lembut kepalanya.

??????

Hancur rancangan nak tengok wayang dengan Airis sebab mamat tak guna tu. Sudahnya aku terus hantar Airis balik ke rumahnya dengan hati yang sayu.

Tak boleh jadi ni! Makin melampau mamat ni. Aku kena buat sesuatu. Sekilas aku terpandang umi dan abah yang sedang ralit menonton video tiktok. Zaflah ni yang ajar umi dengan abah!

"Abang, bagilah saya tengok pula. Abang asyik tengok budak 'patnam' tu je. Saya nak tengok budak yang nama dia macam omputeh tu, apa nama dia entah... Hah! Nick Syaf namanya."

Umi berusaha mengambil telefon tersebut dari tangan abah. Bukan main umi dengan abah aku ni!

"Tak payah nak mengada. Tengok muka abang je, apa tak kacak ke muka abang ni?" larang abah sambil tangannya menahan telefon daripada diambil oleh umi.

Aku hanya menggelengkan kepala melihat pertelingkahan umi dan abah. Pasal tiktok pun nak gaduh ke?

"Abah, umi. Zayn nak tanya, semua persiapan dah settle ke? Atau banyak lagi?"

"Tak adalah banyak mana lagi. Tinggal nak uruskan hantaran, pelamin, baju dengan makanan je. Yang lain dah settle dah," jawab umi.

"Kalau Zayn nak buat nikah dalam minggu depan boleh?" Tercampak telefon ditangan umi sebaik mendengar pertanyaanku tadi. Nasib sempat abah sambut.

"Hari tu nak hujung bulan. Hari ni nak minggu depan pula. Nanti nak suruh esok pula ke. Cuba cerita dekat umi, kenapa Zayn nak buat cepat-cepat ni?"
soal umi.

Aku menceritakan segala yang berlaku petang tadi dan kisah yang Airis ceritakan tadi turutku beritahu. Kemudian umi dan abah mengangguk kepala beberapa kali.

"Ada juga jenis macam Nurul versi lelaki ye? Kan, abang?"

Nurul? Siapa Nurul? Jiran baru ke? Kenapa aku tak tahu lansung?

"Siapa Nurul, abah? Jiran baru kita ke?"

Aku memandang abah sambil menunggu jawapan daripadanya.

"Nurul watak jahat dalam drama yang umi kamu suka tulah. Apa nama drama dia entah. 7 Jam Mencintaiku 2 kut..."

"Apa 7 jam, abang... 7 harilah hish!" Pantas tangan umi mencubit peha abah. Abah mengaduh kesakitan.

Tak boleh main-main dengan drama yang umi suka ni...

Kemudian umi dan abah bertelingkah mengenai drama tersebut. Kejap Mia, lepas tu Khuzairi pula disebutnya. Siapa dia orang tu?

Pening kepala aku dengar umi dengan abah berbahas. Baik aku masuk bilik daripada dengar tentang cerita 7 tahun mencintaiku 2 tu, eh macam salah je...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience