Chap 10

Romance Series 19443

Aku gagahkan diri menyarung Baju Melayu berwarna biru tua. Kemudian aku melilit sampin di pinggangku. Usai itu aku melangkah keluar dari bilik dalam keadaan lemah longlai.

Aku masih lagi berduka tapi takkan sampai majlis kahwin kawan baik aku sendiri pun tak nak datang kan? Aku lihat umi, abah dan Zaf juga turut bersiap. Awal lagi ni. Aku memanglah kena awal sebab aku pengapit. Tapi dia orang kan tetamu.

"Kenapa umi, abah dengan Zaf dah bersiap ni, awal lagi."

"Oh, ni Airis suruh tolong-tolong dekat majlis dia. Itu yang kami dah siap ni."

"Hah? Majlis apa?"

Kejap! Harini majlis Hadi, kebetulan ke apa ni? Aku berfikir sejenak. Kemudian aku teringat apa yang Airis pernah katakan.

'Lebih daripada seorang kawan, Zayn Khayrie. Selamat malam'

Takkanlah... Hadi dengan Airis! Jadi betullah Hadi ada hubungan dengan Airis selama ini. Aku yang bodoh pergi jatuh cinta pada Airis.

Hidup-hidup aku kena tipu dengan kawan baik aku sendiri! Kurang ajar! Aku takkan lepaskan kau orang. Tunggulah...

Aku bingkas mengambil kunci kereta. Panggilan dari mereka tidak kuendah. Hati aku panas. Sanggup kau tipu kawan baik kau, Hadi! Selama ini aku anggap kau macam adik beradik, tapi kau khianat aku...

Dan Airis! Betapa aku dah mula sayangkan dia, tapi dia tipu aku. Dia rapat dengan aku selama ini untuk apa? Dia buat aku jatuh cinta pada dia untuk apa? Aku menghentak stereng kereta dengan kuat.

Sakit... Tapi sakit lagi hati aku. Dalam satu masa dua orang yang paling aku sayang memperbodohkan aku. Kenapalah aku tak sedar. Berkali-kali aku menghentakkan tanganku pada stereng untuk melepaskan amarahku.

??????

Tiba sahaja aku dihadapan dewan majlis perkahwinan mereka, aku meluru masuk. Perkara pertama yang aku buat ialah mencari kelibat Hadi.

Kelibat Hadi yang sedang berbual dengan seseorang, kukesan. Segera aku lajukan langkah menghampirinya.

"Eh, Zayn. Awal kau datang?"

"Sini kau."

Aku menariknya keluar dari dewan. Kemudian aku mencekak kolarnya. Amarahku tidak lagi dapat ditahan. Aku memandang tepat kearah matanya.

"Apa yang kau tak puas hati dengan aku, Hadi? Kenapa kau tikam belakang aku? Apa yang aku buat dekat kau sampai kau sanggup bodohkan aku!"

Aku lihat wajahnya hanya beriak biasa. Lansung tak rasa bersalah ke, Hadi? Memang aku silaplah sebabkan percayakan kau.

Aku menolak badannya kasar hingga dia jatuh di atas tanah. Kemudian dia bingkas bangun lalu membersihkan kotoran di bajunya.

"Oh, jadi kau dah tahulah. So, tak payahlah aku berlakon lagi. Aku pun dah penat nak acah-acah baik depan kau ni."

Dia tersenyum sinis padaku. Jadi betullah... Allah! Ujian apa yang harus aku tempuh ini. Sesungguhnya aku tak kuat, Ya Allah...

"Sanggup kau buat aku macam ini, Hadi... Apa salah aku!"

"Apa salah aku? Sebab kau bodoh! Airis yang lawa tu kau tolak macam tu je. Mana pergi otak kau, Zayn? Dah kau lambat sangat aku kebas lah. Hidup ni senang je, kau lambat orang lain rembat lah."

Aku mencekak kolarnya. Kali ini lebih kasar. Marahku semakin membuak-buak.

"Sebab perempuan, kau buat aku macam ni? Sebab perempuan juga kau khianat persahabatan kita? Jawablah, sial!"

"Yes! Kenapa nak marah kalau salah sendiri. Malas aku nak cakap dengan orang yang tak ada otak macam kau ni."

Aku bertambah berang. Lantas aku mengepal penumpukku lalu...

"Zayn! Dahlah tu. Lepaskan Hadi!"

Pergerakanku terhenti. Aku menoleh ke belakang. Oh, heroin datang selamatkan heronya. Nicelah! Aku melepaskan Hadi lalu aku mendekati Airis. Lantas lengannya kucengkam kuat.

"Tst, sakit Zayn..."

"Heh sakit? Macam tulah sakitnya hati aku, Airis! Kau dah buat aku sayangkan kau, lepas itu kau kahwin dengan kawan baik aku? Halus permainan kau orang, eh?"

"Lepaslah, Zayn."

"Aku takkan lepaskan kau. Kau milik aku selamanya!"

Tiba-tiba aku ditolak dari belakang. Apabila aku menoleh ke belakang. Hatiku remuk melihat kemesraan Hadi dan Airis. Dia orang berpeluk!

"Baby, anje sakit... Dia cengkam kuat tadi," rengek Airis pada Hadi.

"Alolo, meh sini baby tiup."

Hoi! Aku tengah marah ni. Boleh kau orang berbabi-babi lagi. Aku segera mencapai batu di sebelah. Aku bangun lalu menghampiri mereka. Tangan yang memegang batu kuhayun keatas.

"Stop!"

Serentak kami bertiga menoleh. Nadia!

"Dahlah Zayn. Jangan bertindak melulu. Apa yang kau dapat kalau kau pukul dia orang,"

"Nadia! Kau masih lagi nak pertahankan Hadi? Yang curang dengan kau? Sepatutnya hari ni hari bahagia kau orang tau,"

"Sekurang-kurangnya Hadi pernah bahagiakan aku. Jadi apa salahnya kalau aku pula berkorban untuk dia bahagia,"

Mata Nadia mula berkaca. Aku faham apa yang kau rasa Nadia sebab aku pun rasa benda yang sama sekarang.

"Tapi aku tak boleh terima. Aku nak bunuh dia orang!"

Aku melajukan langkah menghampiri Hadi dan Airis. Makin aku dekat, makin kuat kau peluk dia, Airis. Menyirap darah aku tengok!

"Baby, anje takut..."

"Tak apa, baby ada. Dia bukan berani pun."

Ah! Sikit-sikit baby, aku sumpah juga jadi babi dua ekor ni.

"Dahlah Zayn. Tak payah kau buat kacau dekat majlis aku. Baik kau berambus sebelum aku panggil guard."

"Kau halau aku, Hadi?"

"Yes! Tepat sekali. Ada pula otak kau nak fikir ye. Nevermind, yang penting sekarang kau jangan kacau dah hidup aku. Aku dah bahagia dengan Airis. Kau boleh berambus!"

Sakitnya hati aku. Tak sangka ini pengakhiran aku dengan Hadi. Dia yang aku anggap sahabat, sanggup tikam belakang aku. Airis yang dah mula bertakhta dalam hati aku... Pergi meninggalkan aku.

Aku rasa sekelilingku makin gelap. Kepalaku mulai pusing. Peningnya... Langkahku mula tak teratur. Perkara terakhir yang aku lihat ialah kedatangan umi dan abah sebelum aku rebah.

Enjoy it!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience