Chap 5

Romance Series 19443

"Kenapa ni Zayn, menjerit dah macam perempuan ni..."

Aku nampak umi, abah dan Zafirul sudah berdiri di depan pintu bilikku. Mereka semua memandangku. Aku masih lagi menyorok di belakang almari tidak berani mahu menoleh ke arah katilku.

"Airis! Kenapa tidur dekat bilik Zayn ni? Astaghfirullah... Sini cepat,"

Uish umi panggil macam tu je hantu tu. Seriau aku. Eh, kejap! Umi sebut Airis kan tadi. Aku menoleh ke arah katilku lalu aku lihat Airis dengan keadaan mamai sedang bergerak mendekati umi.

Apa dia buat dalan bilik aku! Aku segera meleraikan tanganku dari memeluk almari. Buat malu je...

Aku membetulkan posisi badanku. Dari sini aku lihat abah dan Zaf curi-curi gelakkan aku. Aduh mana nak letak muka handsome aku ni...

"Umi, tolong Zayn. Ada hantu! Argh!"

"Zaf macam mana nak halau hantu? Sebut apa, eh?"

"Bila izrail datang memanggil, jasad terkujur di pembaringan..."

Abah dan Zaf berpakat mengejekku. Siap lakonkan balik lagi adegan tadi. Aduh merah muka aku... malu! Terbahak-bahak mereka ketawakan aku.

"Abah, kenapa perempuan tu tak balik lagi? Tadi Zayn dah suruh naik grab dah,"

"Ish, dia tu perempuan. Kamu lah hantar esok pagi. Tak manis lah macam tu,"

"Tapi, abah..."

"Tak ada tapi-tapi. Pandai bawa sini, pandai lah kamu hantar balik,"

Abah menjegilkan matanya tepat kearahku. Membuatkan mulutku terkunci. Apalah nasib aku ni...

"Haa lagi satu. Solat Isyak dulu baru tidur, faham!"

Abah memberikan arahan padaku. Aduh mata ni dah mengantuk sangat dah... Apabila aku terpandang ka arah katil, tiba-tiba kejadian tadi bagai ditayang kembali.

"Umi! Abah! Zayn trauma!"

Jeritanku disambut dengan hilaian ketawa dari penghuni-penghuni rumah ini. Ini semua sebab kau, Airis!

??????

"Hah gelak lah lagi. Aku rasa sejak Airis tu datang dalam hidup aku, aku ni asyik jadi bahan untuk gelak je,"

Hadi terus berhenti ketawa. Mungkin faham akan ayatku tadi. Betul apa, sejak aku kenal dia, aku ni asyik kena gelak je.

"Rilek lah Zayn. Itu tandanya bibit bibit cinta nak berputik. Haa gitu..."

"Tengkorak kau! Aku dengan dia, bercinta? Tak Akan bin Mustahil! Stop cakap pasal aku. Kau dengan Nadia amacam? Takkan tak ada tarikh lagi?"

"Hah sebab tu lah aku call suruh jumpa ni. Dua minggu lagi aku nikah, bulan depannya aku sanding,"

"Serius lah. Tahniah, dah nak jadi bapak dah kau,"

"Oi! Belum lagi baru nak nikah, gila! Jangan gelojoh sangat,"

"Oh belum eh?"

Aku menayangkan gigiku.

"Aduh, Hadi! Aku lupa, dua minggu lagi aku ada kursus bakery, sorry wei..."

"Hm, dah agak. Tapi sanding nanti kau wajib ada, eh? Kau jadi pengapit aku,"

"Tu boleh je. No hal lah,"

??????

Balik sahaja dari kedai semalam aku terus lena. Ramai betul orang datang semalam. Mungkin hari kek sedunia kut... Ada ke?

Aku mencapai tuala ingin membersihkan diri. Rasa nak tolong umi lah hari ini. Aku membatalkan niatku ingin ke bilik mandi lalu aku terus menapak keluar menuju ke dapur.

Jelas terdengar umi sedang berbual dengan sesorang. Mungkin Mak Long Dian kut. Memang selalu Mak Long Dian datang rumah secara mengejut. Sekadar ingin bertanya khabar.

Aku terus mendekati umi yang berada di sinki untuk membantu membasuh pinggan. Anak mithali lah katakan...

"Eh Zayn, awal bangun. Dah Subuh belum?"

"Belum umi, ingat nak tolong umi dengan Mak Long Dian dulu,"

"Mak Long Dian? Kamu ni mamai ke, Zayn? Itu kan Airis,"

"Hah!"

Aku menoleh ke belakang lalu aku lihat Airis sedang menahan gelak. Bersungguh-sungguh sampai merah mukanya.

"Awak kalau ye pun nak tunjuk badan awak yang cun tu, lepas kahwin lah..."

Okay aku baru sedar yang aku tak pakai baju! Depan Airis! Aku terus memecut naik tangga menuju ke bilik. Argh malunya!

"Umi, Zayn malu!"

Jeritanku sekali lagi mengundang tawa. Apa malangnya nasib aku ni...

??????

Aku menjeling Airis yang sedang menikmati sarapannya. Suka hati je datang rumah orang pagi-pagi buta.

Aku segera membawa pingganku ke sinki. Tak betah aku duduk lama-lama di sini. Baik aku habiskan masa hujung minggu ni keluar dengan Hadi. Langkah kaki aku atur ke bilikku untuk menghiaskan diri.

Aku memilih untuk mengenakan T-shirt berwarna hitam dan seluar jeans. Simple, lalu aku mencapai jam tangan dan menyarungkannya di tangan kanan. Kidal.

Usai menyiapkan diri, aku menuruni tangga dan menuju ke ruang tamu. Kelihatan umi, abah dan Airis sedang rancak berbual di temani suara televisyen. Apa sahajalah yang dibualkannya tu.

Aku menghampiri mereka.

"Umi, abah. Zayn nak keluar dengan Hadi ni. Zayn pergi dulu ye?"

"Hm, pergilah," Abah memberi kebenaran.

"Eh kejap! Nak pergi mana?"

"Main bowling, kenapa umi?"

"Tak ada apa lah. Saja tanya,"

Mencurigakan. Ah biarlah janji aku dapat keluar. Aku menyalam tangan umi dan abah lalu aku mencapai kunci di kabinet dan menuju ke pintu rumah.

??????

Sesudah aku menguruskan urusan pembayaran, aku mengeluarkan telefon dari dalam poket seluarku. Aku mendail nombor Hadi.

"Assalamualaikum, Hadi. Aku dah settle semua dah ni. Tinggal tunggu kau nak sampai je ni,"

"Waalaikumussalam. Wei, aku lupa nak bagi tau. Hari ni aku ada fitting lah. Sorry..."

"Laa ye ke. Tak pe lah,"

"Kau ajak lah Airis, mesti dia nak punya,"

"Gila kau! Jangan sebut-sebut nama dia. Nanti muncul pulak,"

"Hahaha, sorry bro,"

Aku memutarkan bola mataku tanda aku menyampah.

"Ye, ye,"

Talian dimatikan. Aduh dah sampai sini takkan nak balik pula. Dah lah dah bayar.

"Aku nak main dengan siapa?"

"Saya kan ada..."

Allah, bala dah datang...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience