Chap 20

Romance Series 19443

"Airis, maafkan aku. Aku tak kuat nak lindung kau sentiasa. Aku lemah. Maafkan aku."

"Zayn..."

Sebelum dia bersuara aku memotong niatnya.

"Airis, aku nak kau tau yang aku sayang kau sangat. Hati aku hanya untuk kau. Tapi mungkin aku tak dapat nak miliki kau. Aku cintakan kau dengan sepenuh hati aku," tuturku dengan lemah.

Dengan tak semena-mena, dia menepuk perutku dengan kuat sekali. Aku tergamam. Minah ni memang nak aku mati ke?

"Sakit tak? Tak sakitkan? Tak payahlah nak drama sangat Encik Zayn Khayrie. Tadi tu saya yang tersiku perut awak. Bukannya kena tikam pun."

Apa? Aku tak kena tikamlah ni? Padanlah tak rasa sangat. Buat malu je...
Aku lihat Aidan sudah terkulai di atas kerusi. Mungkin kena tampar kut dengan bapak dia. Lantak la, ada aku kisah?

Aku bangun lalu menghampiri Pak Cik Adnan. Airis membuntutiku dari belakang. Dia yang sedang mengusap lembut wajah anaknya itu kurapati.

"Pak cik, saya minta maaf kalau susahkan pakcik."

Pak cik Adnan lantas memelukku dengan erat. Aku dapat rasakan titisan air mata darinya. Tanganku menepuk perlahan belakang badannya.

"Pakcik menyesal sangat, kalaulah masa boleh diulang, pakcik takkan pisahkan Airis dan Aidan."

Aku meleraikan pelukannya lalu matanya kutatap.

"Pakcik, ingat semua yang jadi pasti ada hikmahnya. Saya yakin Aidan masih belum terlambat untuk berubah. Tentang hal ni, pakcik jangan risau. Saya takkan panjangkan hal ni sampai ke mahkamah. Saya faham keadaan pakcik, cuma saya nak minta tolong."

"Apa tu nak?" Dia menyeka air matanya yang deras mengalir sedari tadi.

"Saya takut benda ni akan berulang masa hari nikah kami nanti, jadi saya nak minta pakcik awasilah pergerakan Aidan ye," pintaku. Serba salah rasanya nak cakap, tapi aku tak nak benda ni berulang.

"Inshaallah, Zayn,"

??????

"Assalamualaikum! Umi, abah! Zayn dah balik!"

Kepulangan kami disambut mesra oleh umi dan abah. Umi lantas memelukku Airis bagai tak mahu lepas. Rindu sangat umi dengan minah ni.

Tak semena-mena, abah memukul lenganku. Baru balik dah kena pukul, apalah nasib aku ni...

"Kenapa abah pukul Zayn. Airis dapat peluk, sampai Zayn dapat lebam. Tak adillah macam ni," rungutku. Abah membuat mimik muka menyampahnya.

"Padan muka! Orang suruh duduk rumah, dia keluar senyap-senyap. Dahlah telefon tak reti nak jawab. Kalau ada apa-apa jadi macam mana?"

Jarang dengar abah bebel ni. Selalu umi je, ni abah pula. Rasa terharu dengar.

"Dah, Zayn pergi naik atas tukar baju. Busuk dah. Airis boleh tukar baju dalam bilik tetamu ye." Umi membawa Airis ke bilik tetamu.

Aku tersengih pada abah sebelum berlari anak menaiki tangga.

Usai menyalin pakaian, aku kembali ke ruang tamu untuk menyertai perbualan Airis, umi dan abah.

Kelihatan mereka sedang rancak berbual tanpa sedar kedatanganku.

"Airis, laki tu ada buat apa-apa ke dekat Airis? Tak ada kan? Kalau ada apa-apa bagitau umi. Biar umi sula dia."

Airis hanya tergelak kecil mendengar amaran umi. Gempaklah umi nak sula Aidan, aku pun nak join.

"Tak adalah umi. Airis okey je ni, sihat lagi. Yang penting, still cute and gorgeous."

"Sempat lagi kau nak puji diri, kan?" Serentak mereka memandang aku yang berada di belakang sedari tadi. Airis menjelirkan lidahnya tanda protes.

"Zayn! Apa guna kau aku dengan Airis? Tak manis orang dengar, cakap dengan tunang macam tu. Cuba tukar, kau orang dah nak nikah, kan?" ujar umi dengan nada yang sedikit tinggi.

Aduh! Terciduk aku...

Sekali lagi Airis ambil peluang ini untuk mengejekku. Sukalah tu ada yang back up dia tu. Aku juga yang salah.

"Baiklah, umiku sayang. Tapi lepas dah nikahlah. Hehehe," tuturku dengan selamba.

Pantas tangan umi mencubit lenganku dengan kuat. Kalaulah umi dengan ketam berlawan ni, confirm umi jadi juara.

Pedih gila! Aku menggosok lenganku. Ruang kosong di sebelah abah menjadi sasaranku. Baik duduk jauh dari umi, nanti kena cubit lagi.

Seketika, aku teringat tentang Ainul. Takkanlah aku nak bagi Airis duduk dengan perempuan macam tu. Fikir, Zayn!

Ha!

"Airis, sini kejap."

Aku menggerakkan kepalaku seakan memberi isyarat untuk keluar dari rumah. Airis bingkas bangun lalu mengikutiku.

Aku melabuhkan punggungku di atas pondok begitu juga dengannya. Tubuhnya kugerakkan supaya menghadapku.

"Airis, apa kata malam ni kau tidur sini dulu."

Matanya membulat beserta reaksi wajah yang terkejut.

"Awak nak saya tidur dengan awak ke? Tak naklah!"

"Hish! Ke situ pula kau ni, tak ada maknanya."

"Huh, lega... tapi kenapa?" soalnya.

"Tak adalah, kita kan dah nak nikah lagi berapa hari je ni. Malam ni kau tidur sini, esok aku bawa kau pergi mana-mana hotel yang dekat. Tak adalah kau kena datang jauh-jauh dari rumah tu."

"Hmm, bolehlah. Tapi, Ainul macam mana. Kesian dia duduk dekat rumah tu sendiri je. Nanti hantu kacau dia macam mana?"

Heh, hantu pun tak nak kacau dia. Perangai dia lagi teruk dari hantu.

"Tak adalah. Tak payah risau."

Kemudian dia tersengih memandangku.

"Sebenarnya awak rindu saya, kan? Awak rindu Cik Bunga awak ni kan?"

"Entah," jawabku dengan bersahaja.

"Eleh, tak mengaku. Awak, saya sayang awak tau. Awak sayang saya tak?"

"Kau rasa?"

Mukanya berubah masam dengan sekelip mata. Aku ada salah cakap ke?

"Awak ni, asyik kau aku je. Tak sweet
la. Cuba panggil saya... sayang ke, kan comel," pintanya.

Mengadanya dia ni.

"Maaflah, aku tak tau macam mana nak sebut perkataan tu. Maklumlah spm dulu, bm dapat cukup makan je," dalihku.

"Tak apa saya ajar. S A sa Y A N G yang sebutnya sayang. Okey, awak cuba."

"S A sa Y A N G yang , ayam."

"Hish! Tak nak kawan!" Airis memeluk tubuhnya lalu memalingkan badannya dariku.

"Aku tak nak kawan dengan kau. Aku nak kahwin dengan kau, sayang," tuturku dengan keadaan berbisik.

Tak semena-mena, dia lantas memalingkan tubuhnya memandangku. Matanya membulat seakan tak percaya apa yang baru aku katakan tadi.

"Awak ni saja tau, tak jadilah nak merajuk."

Kau takkan boleh merajuk dengan aku. Tak akan.

??????

Usai mengerjakan solat Isyak, aku bingkas menyalin pakaian lalu aku mengatur langkah menuju ke ruang tamu.

Umi dengan abah tak tidur lagi ke? Nak dating la tu.

"Umi, abah, Zayn nak keluar kejap. Airis mana?" Serentak mereka menolehku.

"Airis awal lagi dah tidur. Ni kamu nak pergi mana?" soal abah yang sedang mengunyah keropok.

"Zayn ada hal kejap. Tak lama pun."

Setelah mereka membenarkan, aku mengambil kunci di atas meja.

Sampai sahaja di hadapan pagar rumah Pakcik Adnan aku menekan loceng. Tak berapa lama kemudian muncul seorang lelaki yang sudah berumur menyambutku.

"Eh, Zayn kenapa datang malam-malam ni. Masuklah," pelawanya.

"Saya nak jemput pakcik datang majlis nikah saya lagi berapa hari ni. Kalau tak ada halangan, pakcik datanglah ye?"

"Inshaallah," jawabnya.

Kemudian keluar seorang lelaki muda berambut perang mendekati aku. Matanya jelas terpancar kebencian yang mendalam terhadapku.

"Buat apa kau datang sini?" Tanpa salam, dia menyoalku dengan wajah yang merah.

"Sabar, Aidan. Zayn datang sebab nak ajak papa pergi majlis nikah dia je," terang pakcik Adnan.

"Aku nak cakap dengan kau. BERDUA." Dia menekankan perkataan berdua tersebut membuatkan aku menjadi gerun. Mana taknya badan dia sado
kut...

Manalah boleh lawan aku yang kurus ni.

"Asal kau tak lapor je dekat polis pasal aku? Tak payah jadi hipokritlah."

Eh dia ni, aku dah tak report tu kira bersyukurlah. Kau fikir seronok ke duduk penjara? Lagi satu aku buat sebab bapak kau! Bukan sebab kau!

"Aku malas nak panjangkan hal. Aku dah maafkan kau dah pun," balasku.

"Tapi aku tak maafkan kau."

Eh eh eh mamat ni. Kau fikir kau siapa? Kau yang bawa lari Airis lepas tu aku yang kena minta maaf. Bagi kaki nak?

"Dahlah, Aidan. Aku malas nak kecoh-kecoh. Anggap jelah, kau dengan Airis dah tak ada jodoh. Simple je kan?"

Baru sahaja aku ingin menapak meninggalkannya, Aidan bersuara.

"Hati-hati."

Hati-hati? Kenapa?

"Kenap... aik hilang dah. Kau fikir kau ni the flash ke? Main hilang-hilang pula? Fikir aku takut?"

Usai meminta izin untuk pulang, aku terus melangkah menuju ke keretaku meninggalkan perkarangan rumah ini.

Sedang aku ralit mendengar bualan penyampai radio mengenai situasi memalukan yang pernah terjadi, aku teringat akan pesanan Aidan tadi.

"Hati-hati."

Apa maksud dia? Dia tak mengalah lagi ke? Haih, kenapalah banyak sangat halangan untuk aku dengan Airis ni?

Dah macam dalam novel pula...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience