Chap 22

Romance Series 19443

Berdebar gila! Esok nak nikah!

Apa aku nak buat? Macam mana nak kawal rasa nervous? Mesti macam ni yang Hadi rasa dulu.

Rasa nak luruh jantung ni! Baru hari ni dah rasa macam ni, belum besok lagi. Please la Zayn, jangan buat benda yang boleh memalukan diri kau.

Dah berapa hari dah aku tak jumpa Airis, sebabnya umi cakap nanti seri pengantin hilang. Aku sendiri tak faham, apalah yang dia orang pentingkan sangat seri tu.

Tahu tak yang aku dah rindu gila demgan Airis! Setakat cakap dalam telefon mana puas. Hish, payahlah macam ni...

Telefon aku berdering menandakan ada panggilan masuk. Ni mesti dari Airis.

Alien cute ?

Kan dah kata...

Pantas aku menekankan button hijau di screen telefonku.

"Hai! Assalamualaikum wahai bakal suamiku yang tercinta lagi mencintai dan dicintai yang sangat cinta akan daku. Jawablah!"

Tengok, macam mana aku tak rindu dia. Cepatlah besok!

"Waalaikumussalam wahai cik bakal isteri yang sewel. Ada apa call?"

"Awak tarik balik perkataan sewel tu sebelum saya tak jadi nak kahwin dengan awak. Haa, saya kahwin dengan bangla yang jaga hotel ni. Padan muka awak!" rungutnya. Eleh, nak merajuk lah tu.

"Pergilah kahwin dengan bangla tu. Ee, dahlah berjambang. Geli aku tengok! Macam tu taste kau?" Sengaja aku mengusiknya.

"Awak ni! Saya merajuk patutnya awak pujuklah, ni lagi ejek saya. Huh!"

Sebelum dia tutup telefon sampai aku boleh meroyan baik aku pujuk dia.

"Okey, Cik Airis Qaireena intan payung batu permata berlian tujuh bunga... dah, cukup?"

"Bolehlah..." komen Airis.

"Airis, jangan terkejut tau."

"Kenapa? Awak jangan main tutup je telefon, eh? Saya datang terus rumah awak nanti. Tak kisahlah umi marah ke."

Ish! Budak ni. Aku tak habis cakap lagi dah bebel.

"Tak adalah. Cuma nak tanya soalan je," tuturku.

"Tanyalah. Tak terkejutlah, tapi kalau terkentut tu tak jaminlah. Hehehehe."

Cakap tak berlapislah minah ni...

"Airis, awak dah sedia ke nak jadi permaisuri hati saya?" Aku menanti reaksi dari Airis. Kenapa? Kan aku dah ubah dari aku kepada saya tu.

Lima saat...

Sepuluh saat...

Diam je dia ni, tertidur ke?

"Airis?" Aku memanggilnya. Kedengaran suaranya dihujung talian.

"Kejap."

Kemudian talian kembali sunyi tanpa sebarang perkataan yang keluar dari mulut becoknya.

"Okey, saya tahu... Zaf! Bagi balik telefon Abang Zayn. Janganlah kacau kita orang nak dating ni..."

Seriously? Dia ingat aku ni Zaf? Apa teruk sangat ke aku sampai dia tak boleh nak percaya?

"Ni sayalah Zayn Khayrie. Bukannya Zafirul Khayrie."

"No! Akak tak percaya, bagilah telefon ni dekat Abang Zayn balik. Cepat!" Terlopong mulut aku. Macam mana aku nak cakap lagi.

"Okey, kalau awak tak percaya tanyalah apa-apa. Nanti saya jawab."

"Hmm, okey. Kalau betul ni Zayn, dia save nama apa dekat nombor ni? Hah jawablah," cabarnya.

Eleh, kacanglah...

"Alien cute. Senanglah tak ada soalan susah sikit ke?"

"Kantoi... awak save nama tu. Comel juga eh awak ni,"

Kejap! Aku kena game ke? Budak ni kan!

"Airis! Awak ni ada je idea kan?"

"Alololo, gurau sikit pun tak boleh. Saya sukalah awak panggil saya macam ni. Macam budak baik sangat," ujarnya.

"Awak nak cakap selama ni saya tak baiklah?"

"Aah awak jahat. Awak jahat sangat sebab buat saya angau dengan awak setiap hari. Cia cia cia," usiknya.

Tersengih aku bila dia cakap macam tu. Ada je idea dia...

"Awak... saya kan rasa tak sedap hatilah. Dari tadi lagi. Kenapa eh?" Airis mengadu padaku.

"Tak ada apalah. Jangan ikutkan sangat. Saya ada dengan awakkan? Inshaallah tak ada apa yang akan jadi. Okey, sayang?"

"..."

Krik krik

Dan cengkerik pun berterbangan.

"Airis? Janganlah senyap je." Cemas aku bila dia diam je. Kedengaran laju nafas dia buatkan aku menarik nafas lega.

"Awak! Janganlah buat serangan mengejut macam tu. Kalau saya pengsan macam mana," rungutnya.

Over betullah!

"Dah pergi tidur. Jangan berjaga tau. Apa-apa call je saya. Saya akan sentiasa ada dengan awak bila-bila masa je."

"Awak sweet sangatlah malam ni. Macam mana nak tidur." Aku dapat bayangkan hidung dia tengah kembang sekarang ni.

"Saja, memang tak nak bagi awak tidur pun. Taklah gurau je. Dah pergi tidur cepat. Esok awak kena bangun awal. Selamat malam, tidur nyenyak ye sayangku Airis..."

"Argh! Hati saya berdegup laju ni. Awak saja je kan." Aku hanya tertawa kecil. Tak sabarnya esok!

??????

"Hoi! Yang kau dari tadi dah macam cacing kepanasan ni kenapa? Aku yang tengok kau pun dah pening kepala," bebel Hadi.

"Apa benda pula cacing kepanasan tu?"

"Seriously, Zayn? Aku tahulah kau ni tak bijak sangat nak dibandingkan dengan aku, tapi tak payahlah menunjukkan ketidak-bijakan kau tu. Cacing kepanasan tu maksud kau tak reti nak duduk diam satu tempat, faham?"

Uish mamat ni! Macam tu je kau tembak aku. Sentap aku!

"Ouh, cakaplah cacing kepanasan. Aku tahulah," kataku dengan yakinnya.

"Dah tu dari tadi aku cakap apa gila!"

"Kau faham tak aku tengah takut ni. Otak aku dah tak berfungsi dah."

Inilah namanya kawan yang tak memahami. Macam manalah aku boleh kawan dengan kau...

"Haa, baru kau tahu rasanya macam mana, kan? Dulu masa aku call kau nak bagitau yang aku tengah nervous kau gelakkan aku. Sekarang kau pula. Padan muka!"

Sekarang ni juga kau nak balas dendam? Tak guna punya member!

"Ala, tolonglah aku..." rayuku siap dengan pakej muka seposen lagi. Fikir senang ke aku nak buat muka macam tu. Sekali seumur hidup je boleh tengok.

"Yelah. Sini aku tolong kau praktis. Tangan cepat." Aku menghulurkan tangan kananku padanya. Kemudian Hadi berpura-pura menjadi Tok Kadi.

"Aku nikahkan dikau dengan... apa nama panjang Airis?"

"Airis Qaireena Binti Syamsul."

"Ouh, aku nikahkan dikau dengan Airis Qaireena Binti Syamsul dengan mas kahwinnya aku tak tau tunai," tutur Hadi.

"Main-mainlah kau ni!"

"Dah aku tak tau takkan nak reka pula," bela Hadi. Aku menjelingnya. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum melafazkan akad di hadapan Hadi secara olok-olok.

"Aku terima nikahnya Hadi Asyraf..."

"Aku tak nak kahwin dengan kaulah, gila!" Dia menempik dengan kuatnya di telingaku.

Aduh, Zayn. Macam mana kau boleh tersasul. Nasiblah ni praktis je.

"Hahaha, bukan selalu aku nak sweet dengan kau."

"Sweet abah kau! Tak nak aku mengunyit dengan kau." Hadi pantas menarik tangannya.

"Abang, abah tanya dah siap ke belum. Kita dah kena gerak ni." Zafirul yang entah dari mana tiba-tiba masuk ke dalam bilik aku.

Kemudian aku dan Hadi bergegas menuruni tangga. Beberapa orang saudara-mara aku yang lain sedang mengangkat hantaran untuk diletakkan di dalam kereta.

Hadi pantas bersembunyi di sisi aku tatkala perasan dirinya menjadi tumpuan sepupu perempuan aku. Dah macam orang takut bini dah.

"Zayn naik dengan Hadi, kan? Pergi dulu. Nanti kami ikut dari belakang," arah abah.

Kami mengangguk. Zafirul memandang aku muka yang sedih. Okey, aku rasa aku tau kenapa dia macam tu...

"Zaf nak ikut abang Zay..."

"Tak boleh! Zaf tolong abah dengan umi angkat barang-barang." Dengan pantas abah memotong percakapan Zaf. Haih, kesian kau Zaf. Nasib kaulah siapa suruh lambat lahir.

Hadi menarik lenganku dengan segera untuk menuju ke arah keretanya. Dia ni tak habis-habis nak lari dari sepupu aku.

Selepas beberapa minit, akhirnya kami sampai di perkarangan masjid. Abah, umi, Zafirul dan saudara-mara aku turut tiba selepas aku dan Hadi.

Mana kereta Nadia? Takkan tak sampai lagi?

"Hadi, mana isteri kau? Tak gerak lagi ke? Dia bawa Airis kan?" Hadi mendekatiku.

"Kejap lagi sampailah tu. Tadi aku dah hantar mesej. Katanya on the way tadi. Kau chill je," terang Hadi. Aku menarik nafas lega.

??????

"Mana pengantin perempuannya? Lama lagi ke? Dah satu jam ni." Aku hanya memandang wajah abah di sisi aku. Mengharapkan jawapan dari abah.

Abah mendekatkan wajahnya ke arahku.

"Zayn dengan Hadi pergi call Nadia. Tanya dia dekat mana. Biar abah terangkan dekat Tok Imam," arah abah sambil berbisik.

Kemudian Hadi menggerakkan bibirnya supaya aku mengikutinya.

Dengan langkah yang berat, aku mengikuti. Suasana masjid menjadi riuh rendah dengan omelan mak cik-mak cik yang hadir.

Mana pula awak ni...

Hadi yang sedang cuba menelefon Nadia kudekati. Aku menepuk perlahan bahu Hadi. Kemudian dia hanya menggeleng kepalanya tanda panggilannya tidak dijawab.

Ya Allah, ada benda yang tak baik jadi ke? Hati aku dah rasa tak sedap ni. Kenapa tak sampai lagi?

Aku mundar-mandir untuk menghilangkan resah di hati. Tak lama kemudian, kedengaran bunyi telefon Hadi berdering.

Dengan pantas Hadi mengangkat. Aku hanya menanti jawapan dari Hadi. Haraplah tak ada benda buruk yang jadi.

Raut wajah Hadi terus berubah. Jantung aku makin laju berdegup. Apa jadi? Ya Allah!

"Kenapa Hadi?" Aku terus menyoalnya sebaik sahaja talian dimatikan.

"Aku harap kau bersabar. Airis..." Percakapannya terhenti. Nampak agak sukar untuk dia meneruskannya.

"Airis kenapa, Hadi?"

"Airis... dia..."

"Kenapa dengan dia! Cakaplah!" Tanpa dapat aku kawal, aku menengkingnya.

"Airis kemalangan. Kes langgar lari."

"Allahuakbar!" Bagaikan ada beban berat yang menimpa bahu aku, membuatkan aku jatuh di atas lantai. Seluruh badan aku rasa lemah.

"Zayn, kau kena kuat. Sekarang ni kita kena pergi hospital." Hadi memapah aku dengan perlahan.

Ya Allah! Selamatkanlah Airis, aku tak sanggup berjauhan dari dia.

Sorry sangat sebab lama tak update huhuhu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience