Chap 15

Romance Series 19443

"Apa! Kamu ni biar betul, Zayn?"

Serentak umi dan abah menyoalku dengan nada yang tinggi. Permintaanku tadi betul-betul berjaya membuat mata umi dan abah terbeliak.

Takkan tak boleh...

??????

Beberapa minit yang lepas,

"Umi, abah. Zayn ada benda nak cakap ni. Pasal kita orang."

Aku menggosok belakang leherku. Takut pula nak cakap. Come on Zayn! Be a man!
"Dah yang kamu ni macam orang ada masalah ni dah kenapa? Ke kamu dengan Airis ada buat salah? Kamu dengan Airis dah..."

Umi menjegilkan biji matanya. Umi dah salah faham ni! Aku kena bagitahu juga.

"Bukan! Umi dengan abah jangan fikir yang bukan-bukan. Zayn sebenarnya... Airis dengan Zayn... kita orang nak ber...

"Ber apa?" sergah umi membuatkan aku terperanjat teruk.

"Berkhemah! Haa nak berkhemah!"

Sebaik sahaja aku menyedari apa yang telah aku kata tadi pantas tanganku menepuk dahi. Berkhemah pula...

Airis disebelahku hanya mentertawakan aku. Seronok kau ye.

"Berkhemah? Kamu ni dah kenapa Zayn Khayrie Bin Khayrul. Cuba cakap betul-betul."

Abah merenungku sambil memeluk tubuhnya. Airis pula sedang mengusap perlahan belakang badanku. Kau kena buktikan yang kau seorang lelaki sejati! Kau boleh, Zayn!

Berbekalkan semangat yang baru muncul beberapa saat tadi, aku gagahkan diri untuk menuturkan percakapan.

"Zayn dengan Airis nak berkahwin!"

Usai menutur ayat tadi, aku melepaskan keluhan besar. Susah betul! Padahal cakap dengan keluarga sendiri je...

"Laa itu je ke? Kamu tak cakap pun abah dengan umi dah tahu. Dari gaya kamu yang tiap malam macam kucing hilang anak tu pun abah dah tahu, Zayn..."

Abah dan umi saling berpandangan dan berbalas senyuman. Buat penat je aku menggigil tadi. Dengan tergagapnya, kau ni buat malu orang lelaki jelah Zayn...

"Tapi ada lagi benda yang Zayn nak cakap..."

Mereka kembali memberikan perhatian padaku. Aku menarik nafas dalam kemudian memulakan percakapan.

"Kalau boleh... nikah dalam bulan ni, boleh? Hujung bulan ni..."

"Apa?"

Serentak umi dan abah menyoalku dengan suara yang tinggi.

??????

"Tak cepat sangat ke, Zayn? Mana nak cari hantaran lagi, uruskan majlis sanding lagi? Kalau hujung bulan depan tu bolehlah," tutur umi perlahan seakan ingin memujukku

Hujung bulan depan? Lama tu...

"Airis macam mana? Setuju ke kalau hujung bulan ni?" Umi seakan cuba memancing Airis pula apabila aku tidak menunjukkan sebarang reaksi.

Aku yakin Airis pun setuju. Diakan gelojoh...

"Kalau nak nikah esok pun Airis boleh je. Hehehe," balas Airis sambil menayangkan sebaris giginya.

Kan aku dah kata. Gelojoh tahap orang utan dia ni...

Abah hanya menggelengkan kepalanya mendengar jawapan dari Airis tadi. Umi tampak sudah mengucap panjang dengan jawapan Airis.

Tulah siapa suruh tanya budak ni. Nasib umi dengan abah tak ada sakit jantung. Kalau ada... tak tahulah apa dah jadi tadi.

"Keputusan muktamad, abah setuju untuk kau orang kahwin hujung bulan ni."

Spontan Airis meloncat keriangan apabila mendengar jawapan dari abah tadi. Masya-Allah! Mana aku nak letak muka ni!

Umi dan abah hanya menggeleng kepala beberapa kali.

Aku hanya tersenyum gembira melihat gelagat Airis. Kami menghabiskan masa petang itu dengan berbincang tentang majlis kahwin aku dan Airis sebelum aku menghantar Airis pulang ke rumahnya.

??????

"Asal kau kelam kabut ajak jumpa pagi-pagi ni? Ada hal apa?" soal Hadi sambil menghirup secawan kopi panas. Kemudian matanya kembali menatapku.
"Aku ada benda nak tunjuk ni."

Aku mengeluarkan telefonku dari dalam poket lalu aku menunjukkan mesej dari nombor yang tidak dikenali.

Hadi menatap lama sebelum memulangkan kembali padaku. Dia berfikir sejenak sebelum berkata.

"Ada orang ugut kau? Siapa ni?"

Seriously Hadi? Kalau aku tahu, tak adalah aku tanya kau. Haih...

Aku menayangkan riak wajah menyampah. Apalah mamat ni?

"Okay, okay. Tak payah lah buat muka macam tu. Bila dapat mesej ni?"

"Masa kita semua dekat Pulau Pangkor hari tu. Lepas je aku lamar Airis, malam tu aku dapat mesej dari nombor ni," terangku.

"Kau hantar nombor tu dekat aku, nanti aku cuba tolong apa yang patut. Apa rancangan kau?"

"Hah ni yang aku nak bagitahu. Aku dengan Airis nak kahwin hujung bulan
ni," ujarku pada Hadi yang sedang asyik menghirup kopinya. Terhambur keluar cecair hitam pekat itu dari mulut Hadi.

Kemudian Hadi segera mengelap sekeliling mulutnya dengan tisu.

"Bulan ni? Tak cepat sangat ke? Airis macam mana?" Hadi melontarkan pertanyaan padaku.

"Airis? Dia kata kalau nikah esok pun dia boleh..." Sekali lagi Hadi menghamburkan kopi yang dihirupnya.

Kau fikir aku ni tempat kau menyembur ke? Habis basah muka aku... tak guna punya kawan!

"Sorry, Zayn... aku tak sengaja," ujar Hadi sambil tersengih apabila perasan akan perubahan riak wajahku. Siapa je tak marah kalau muka dia disembur? Bukan sekali tapi... dua kali!

Aku menarik kasar tisu yang dihulur oleh Hadi. Aku tahulah muka aku ni tak berapa nak manis, tak payahlah sembur dengan kopi kau tu!

"Okay, back to our topic. Kau seriuslah hujung bulan ni? Kita tengok dari dua pandangan, eh. Bagi kita, memang rasa cepat. Tapi kalau bagi 'Jebon' yang hantar mesej dekat kau ni... banyak masa untuk dia rancang sesuatu."

Aku memikirkan pandangan yang dilontarkan oleh Hadi. Betul juga, kalau dah siap ugut, tak mustahillah dia boleh buat lebih dari ni.

Tapi takkanlah nak cepatkan lagi? Hujung bulan ni pun umi macam tak rela, inikan pula nak cepat lagi. Mahu kecoh satu taman dengan gosip-gosip dari makcik onion...

"Nantilah aku fikirkan pasal benda ni. Kau kalau dah dapat tahu pasal 'Jebon' ni, roger aku," ujarku sambil menepuk perlahan bahu Hadi tanda ingin meminta diri meninggalkan kedai ini.

Sebaik sahaja Hadi menganggukkan kepalanya, bingkas aku bangun lalu mengatur langkah keluar dari kedai kopi ini. Aku bergerak menuju kearah kedai kek milikku yang berada tidak jauh dari sini.

??????

Aku memotong kek Red Velvet kegemaran Airis lalu kuhidang diatas pinggan. Masuk kek ni dah kek yang ke tiga budak ni makan. Pelahap betul!

Sebaik sahaja aku mendekati meja yang diduduki oleh Airis, lantas pinggan di tangan kananku dirampas olehnya. Ni betul ke Airis? Kenapa kebulur semacam je ni?

"Airis, asal kau lapar semacam ni? Kau makan tak pagi tadi?"

Aku memerhati Airis yang sedang asyik menyuap sedikit demi sedikit kek kedalam mulutnya.

"Shaya tak shempat makan tadi." balasnya dengan mulut yang penuh.

"Shiapa suruh bakal suami saya buat kek sedap sangat," sambungnya lagi.

"Bukan aku yang buat, Adam yang
buat..." Automatik matanya terbeliak. Kemudian dia melirikkan senyuman.

"Kalau macam tu... Adamlah bakal suami saya. Adam!" Pantas aku menghalang niatnya yang ingin memanggil Adam. Dia ni bukan boleh percaya. Otak mereng!

"Tahu gelabah... Awak nak tanya boleh?"

Dia merenung wajahku sambil matanya berkedip-kedip.

"Apa dia?"

"Petang ni... jom pergi tengok wayang, nak? Kira dating la... Boleh?"

Masih lagi matanya dikedip beberapa kali kemudian bibirnya pula dimuncungkan kedepan.

"Tengoklah. Dah habis makan, kan? Pergi balik cepat, aku nak buat kerja ni."

Aku menarik lengannya kearah pintu kedai. Setelah dia keluar aku menutup perlahan pintu itu namun sempat ditahan olehnya.

"Nak apa makcik," soalku.

"Saya tunggu awak dekat Paradigm mall pukul 5:30 petang. Sayang awak, Encik Lebah. Muah." Dia menghadiahkan flying kiss sebelum berlalu meninggalkan aku.

"Sayang kau juga, Cik Bunga."

Kemudian aku mengatur langkah menuju ke arah Adam yang berada dia meja kaunter.

"Adam, kita tutup awal, eh hari ni? Abang ada hal," kataku.

"Nak dating ke tu?" soal Adam sambil keningnya dijongketkan beberapa kali.

"Kau curi dengar, eh? Potong gaji karang..." ugutku. Tampak reaksi Adam berubah bila perihal gaji diketengahkan. Tahu takut...

??????

Aku melangkah masuk kedalam pusat membeli belah yang diberitahu oleh Airis. Telefon aku keluarkan dari poket lalu jari-jemari ligat mendail nombor Airis.

Sedang aku mendail, telingaku menangkap suara seorang perempuan meminta tolong.

"Tolong! Lepaskan saya!"

Aku bingkas mencari pemilik suara tadi. Kemudian mataku tertancap pada seorang perempuan yang sedang berusaha melepaskan tangannya dari genggaman seorang lelaki.

Apabila aku amati sosok tubuh perempuan itu...

Airis!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience