Chap 13

Romance Series 19443

Aku tekun melihat umi yang sedang menjahit. Sesekali umi memberitahu padaku apa yang perlu dilakukan untuk menjahit. Aku hanya mendengar dengan penuh teliti.

Sesudah umi siap mengajarku, umi menyuruh aku buat dihadapannya. Sebab Airis, aku belajar menjahit...

"Ini Zayn nak jahit apa? Untuk siapa? Nak kata baju tak nampak gaya baju pun. Nak kata tudung pun tak..." Soalan umi aku biarkan seketika. Takkan aku nak jawab yang aku nak jahit anak patung untuk Airis...

"Umi, tahu tak macam mana nak jahit anak patung?" aku menyoal umi semula. Lantas umi mengerutkan dahinya sebelum menjawab soalanku tadi.

"Tahulah juga, tapi nak jahit anak patung ni susah sikit. Nak bagi siapa ni Zayn..." Seketika umi terdiam sebelum bibirnya melirik senyuman.

"Ooo Zayn nak bagi Airis anak patung buatan tanganlah ni... amboi sweet betul anak umi ni. Sini umi ajar."

Umi mengambil kain ditanganku kemudian tangannya ligat menjahit. Sekali tengok dah macam spiderman, dua kali tengok baru nampak umi.

Apalah yang kau merepek ni...

Aku hanya membantu umi beberapa perkara. Okay la tu kira aku buat jugalah kan...

"Zayn, apa bentuknya yang kamu nak buat ni? Pelik semacam je," tanya umi. Aku tergelak, yelah mana tak peliknya kalau bentuk anak patungnya ada satu mata, kaki lima, warna pink pula tu.

"Kenalah dengan Airis tu, umi. Perangai pelik macam alien."

Umi hanya menggelengkan kepalanya.

"Macam-macamlah kamu ni..."

Setelah beberapa minit berlalu, akhirnya siap juga.

Aku memandang anak patung berbentuk alien berwarna pink dengan pandangan yang puas. Comel... macam tuan dia nanti. Aku harap kau sukalah.

Penat aku berjaga sampai pukul empat pagi semata-mata nak buat benda ni khas untuk kau. Tapi macam mana nak bagi ni?

Kalau aku bagi macam ni je, nanti dia kutuk aku tak romantik pula. Aku mana tahu nak romantik bagai ni...

Jam didinding aku pandang sekilas. Dah pukul 5:30 ni... Agak-agak kalau aku call Hadi menganggu tak? Aku nak minta pendapat ni...

Call jelah. Telefon diatas meja jahit aku ambil. Aku mendail nombor Hadi. Panggilan disambungkan.

"Assalamualaikum, Hadi. Sorry kacau, aku nak tanya something,"

"Hah, apa dia," balasnya dengan suara garau. Baru bangun tidurlah ni. Kesian kau kena layan aku.

"Aku nak tanya, macam mana nak bagi hadiah dekat seseorang dengan cara
ro... ma... ntik?"

Aduh! Mulut ni pun susah sangat nak sebut dah kenapa? Parahlah macam ni. Dah tak keruan dah aku sekarang ni sebab Airis.

"Apa dia!" Hadi meninggikan suaranya seakan terkejut dengan pertanyaanku. Tak payahlah sampai macam tu terkejutnya...

"Kau nak bagi hadiah dengan cara romantik?" Suara masih lagi kekal dengan nadi tinggi. Pekak juga telinga aku ni karang.

"Tak payahlah terkejut sangat. Kalau tak nak tolong tak apalah. Aku boleh fikir sendiri..." balasku dengan suara sayu.

"Tak payah nak merajuk bagailah. Aku tahu kau nak bagi dekat siapa, Airis kan?"

Aku hanya diam tanpa menjawab soalannya.

"Macam nilah. Apa kata Khamis ni kita pergi bercuti. Dua hari satu malam je, petang jumaat kita baliklah. Aku pilih tempat yang romantik gitu. Boleh juga aku dengan Nadia pergi honeymoon sekali," cadang Hadi.

Aku memikirkan cadangannya. Okay juga idea mamat ni. Dah lama aku tak pergi cuti. Asyik rumah ataupun kedai. Dua tempat tu jelah yang selalu aku pergi.

"Lagipun Jumaat ni hari jadi Airis kan? Kenalah tu, boleh sambut sekali. Haa amacam? On tak on."

Aku menjungkitkan keningku beberapa kali. On la kalau macam tu...

"Bolehlah, aku pergi sebab kau yang paksa, eh? Bukan sebab aku rela," jawabku. Sengaja jual mahal.

Padahal dalam hati, dah meloncat gembira dah. Zayn, Zayn.

"Eleh, poyolah kau. Dah aku nak tidur ni. Tak pasal-pasal sebab kau Nadia pun dah terbangun ni," ujar Hadi.

"Hehehe, sorry la aku buntu tadi. Nanti aku belanja kau aiskrim,"

"Tengkorak kau! Kau fikir aku ni budak-budak ke."

Aku menghamburkan ketawa. Terhibur aku layan si Hadi ni.

Okay cantik. Tinggal nak bagi je dekat Airis.

??????

"Zayn, bangun! Dah lambat ni. Kata nak pergi cuti. Lain kali tidur lagi lepas Zuhur. Airis dah telefon banyak kali ni. Dia naik dengan kamu kan. Cepatlah, Zayn!"

Aku bingkas turun dari katil lalu lantas bersiap. Macam mana boleh tertidur ni.

Aku hanya mengenakan Hoodie berwarna biru tua bersama seluar slack berwarna hitam. Rambut yang berserabai, kusikat supaya tampak rapi.

Usai itu, aku meneliti penampilanku di hadapan cermin. Okay, handsome! Setelah berpuas hati aku turun ke ruang tamu dengan sebuah beg galas lalu aku mencari kelibat umi dan abah.

Kelihatan umi dan abah sedang berbual di ruang tamu. Aku menghampiri mereka.

"Umi, abah. Zayn pergi dulu ye. Besok petang Zayn balik."

Aku mencapai tangan umi dan abah lalu kukucup. Kemudian aku memgambil kunci kereta di atas laci lalu aku menapak keluar dari rumah menuju ke kereta.

??????

Aku memandang apartmen setinggi 15 tingkat itu. Kalau ikut alamat inilah tempat tinggal Airis. Tingkat 12 unit 315. Kemudian aku menuju ke lift.

Ada beberapa orang di dalam lift bersamaku. Sampai di tingkat sepuluh hanya tinggal aku dan dua orang budak lelaki lingkungan umur 16 ke 17 tahun.

Aku terdengar bualan mereka.

"Mal, kau kenal tak perempuan yang duduk dekat tingkat 12 unit 315 tu. Lawa gila! Aku ingat nak tackle dia lah," ujar salah seorang budak tadi.

Itu bukan rumah Airis ke? Berani kau, budak mentah nak tackle Airis aku. Langkah mayat aku dululah.

"Aah, perempuan tu lawa gila dowh."

Budak lelaki yang rambut berwarna blonde itu menyetujui kata temannya yang bernama Mal tadi.

"Ehem, boleh tak saya tahu siapa nama perempuan tu?"

Aku mencelah perbualan mereka tadi.

"Asal kau nak tahu," ujar sinis lelaki yang bernama Mal tadi.

"Aku tanya baik-baik, jawab baik-baiklah.  Aku nak bagi amaran! Kau dekat dengan tunang aku, kau siap! Aku cari kau orang dua ekor sampai lubang cacing, faham!"

Aku menghentak dinding lift tadi dengan kuat. Dua orang budak tadi kelihatan sedikit menggigil. Kemudian aku mencekak kolar Mal tadi dengan kasar.

"Terutamanya, kau! Aku tak akan teragak-agak nak cederakan kau kalau kau rapat dengan tunang aku. Kalau nak rasa, try la buat."

Ting!

Lift berhenti di tingkat 12. Aku menapak keluar meninggalkan dua budak lelaki tadi dalam ketakutan. Baru kau tahu siapa Zayn Khayrie!

Aku berdiri di hadapan pintu rumah Airis. Salam kuberi.

"Assalamualaikum, Airis. Ni aku dah sampai."

Aku mengetuk pintunya beberapa kali.

"Kejap!"

Kemudian dia keluar bersama sebuah bagasi besar. Bukan aku nak bawak kau pergi luar negara pun Airis, Pulau Pangkor je...

Dia menayangkan giginya sebaik menyedari renungan mataku.

Sekilas mataku terpandang keadaan rumahnya. Masya-Allah! Bersepah! Anak dara apa macam ni...

"Kau tak nak kemas rumah dulu, ke? Bersepah gila!"

Dia menggaru kepalanya. Kemudian dia menutup laju pintu rumahnya lalu mendorong aku ke depan.

"Ala, rumah tu adik saya boleh tolong kemaskan. Yang penting, kita kena cepat ni. Dah tak sabar dah."

Kami mengatur langkah ke arah lift.

??????

Aku meletakkan daging ayam di atas pemanggang. Malam-malam macam ni, memangganglah baru best. Airis yang dari biliknya mengatur langkah menuju ke arah aku.

Hadi dengan Nadia, terperuk dalam bilik. Honeymoon katanya. Menyampah aku! Aku siap ni kau tak datang memang aku habiskan je dengan Airis.

"Hai awak! Saya nak tolong, boleh?"

"Tak payahlah. Kau duduk sana, nanti dah siap aku panggil."

Aku menunjukkan ke arah pondok tak jauh dari kami.

"Ala, saya nak tolong," pujuknya.

Airis menarik pengepit dari tanganku. Namun aku menahan.

Sedang asyik main tarik-tarik, tak semena-mena tapak tangan Airis terkena tempat pemanggang tadi.

"Auch! Huhuhu sakit..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience