Chap 11

Romance Series 19443

Aku tersedar di ruangan putih. Aku dekat mana ni?

"Kau dekat hospital, Zayn."

Hadi menghampiriku. Dia menuangkan air ke dalam cawan lalu dihulurkan padaku. Aku menolak cawan tersebut.

"Buat apa kau tunggu aku?" soalku sinis.

Aku ingat dia dah buang aku daripada hidup dia kan? Jadi buat apa tunggu aku? Biarlah aku...

"Aku cuma nak pastikan yang kau  hidup je. Nanti tak pasal-pasal aku masuk penjara sebab jadi punca kau mati. Heh lemah..." ujarnya sinis.

"Kau!"

Tiba-tiba pintu dikuak dari luar. Kelihatan umi, abah dan Zaf masuk membawa sebuah kek beserta lilin. Apa ni?

"Surprise! Happy Birthday, Zayn!"

Hari ini hari jadi aku ke? Macam mana aku boleh lupa? Aku lihat Hadi tersengih-sengih memandangku. Maksudnya tadi tu prank ke?

Setelah selesai menyanyikan lagu 'Happy Birthday' kek tersebut dihalakan ke arah mukaku.

"Apa ini?"soalku.

"Tiuplah dulu, Zayn." kata Hadi.

Apa main tiup-tiup kek ini? Macam budak-budaklah. Dengan terpaksa aku meniup kek tersebut. Kemudian kek tadi dibawa ke tepi lalu Hadi duduk menghadapku.

"Zayn, aku minta maaf. Sebenarnya tadi tu prank je. Tak sangka kau sampai pengsan. Kalau aku tahu kau tak makan dah banyak hari, aku tak teruskan rancangan tu. Ni semua idea Airis, aku watak utama je. Jangan marah, eh?" jelas Hadi.

"Bongoklah kau! Mati-mati aku ingat betul tadi. Kalau aku dah hempuk kepala kau dengan batu tadi padan muka kau."

Kemudian mataku memandang umi dan abah. Kedua-duanya hanya menggeleng. Eleh, umi dengan abah pun berkomplot juga...

"Zayn, umi dengan abah balik dulu lah ye. Kamu ni buat risau je. Tadi doktor kata kamu kena duduk hospital dua hari. Tulah degil sangat orang suruh makan tak nak. Asyik berkurung je dekat bilik. Kan dah sakit. Dah, umi dengan abah nak balik ambil barang kamu. Malam ni Zaf jaga."

Panjang lebar umi membebel padaku. Apalah nasib aku...

Aku hanya mengangguk. Dah kena duduk hospital... padan muka kau Zayn!
Seketika, baru aku perasan, mana Airis?

"Hadi, mana Airis?"

"Amboi, buat apa kau cari anje aku tu?"

Hadi menayangkan muka selamba. Nak muntah aku dengar perkataan tu!

"Anje tengkorak kau! Geli siot aku dengar kau orang baby-baby tadi. Kau tahu, dalam hati aku ni dah siap nak sumpah kau orang jadi binatang pink tu. Nasib aku ni baik lagi..."

"Hahaha bongok! Tu tandanya aku ni ada bakat untuk berlakon. Tapikan asal kau mengamuk gila tadi?. Selalu Zayn yang aku kenal cool je orangnya. Ini siap nak hempuk aku dengan batu tadi. Apa kes?"

Aduh! Kantoi ke ni... takkan aku nak cakap, malulah aku.

"Aa... tu sebab... ah! Airis mana? Dari tadi aku tanya,"

"Eleh, nak tukar topik pula. Poyolah kau ni, Zayn. Nak dengar tak? Tadi ada budak ni sampai menangis lepastu marah-marah aku sebab buat abang dia sampai pengsan..."

Kemudian mata Hadi memandang Zaf yang tidak jauh dari kami.

"Seriuslah, Zafirul ke? Aduh... sayang juga kau dengan abang, eh Zaf?"

Aku turut memandang ke arah Zaf. Wajah Zaf sudah bertukar merah. Zaf, Zaf...

"Aduh, abang Hadi ni kantoi lah!" kemudian Zafirul mengeluarkan telefon pintarnya lalu membuka aplikasi Mobile Legend tanpa menghiraukan kami.

"Dahlah, aku panggilkan Airis. Dia duduk luar je dari tadi. Takut dengan kau..."

"Dah buat salah baru nak takut... hah pergilah panggil."

Mataku hanya mengekori pergerakan Hadi. Seketika kemudian, muncul kelibat Airis. Matanya hanya memandang ke lantai.

Perlahan-lahan dia menuju ke arahku.

"Cik Airis Qaireena, muka kacak Zayn Khayrie ada ke dekat lantai tu," tanyaku pada Airis.

"Saya takut..." balasnya.

"Oh tahu takut... masa rancang tu tak tahu takut pulak. Masa peluk Hadi tadi tak tahu takut pula."

Aku melontarkan ayat sarkastik padanya. Sengaja ingin mengusik...

"Saya minta maaflah. Janganlah marah saya, niat saya baik tau. Nak sambut hari jadi awak. Tak tahu pula sampai jadi macam ni..."

"Memanglah niat kau baik tapi niat tak menghalalkan cara, Airis Qaireena. Kali ini, aku maafkan kau. Lain kali kalau kau buat lagi, aku tak akan maafkan kau, faham!"

Aku memberi amaran padanya. Dia hanya menayangkan muka kesian. Fikir comellah tu. Kemudian dia kembali memandang lantai.

Apa yang dia suka sangat dengan lantai tu?

"Aku ada benda nak cakap ni," ujarku. Sepantas kilas dia mendongak memandangku. Laju je minah ni...

"Awak nak cakap apa. Cepatlah tak sabar ni. Nak confess, eh? Kejap, nak siap-siap dulu."

Dia membetulkan posisi badannya kemudian dia menunjukkan muka terkejut.

Aduh, budak ni... Kenapa confident sangat ni?

"Aku sebenarnya..."

"Sebenarnya..."

Sengaja aku melengah ingin melihat reaksinya. Jelas mukanya menunjukkan riak gelojoh. Suka pula aku tengok dia macam ni...

"Sebenarnya..." kataku sambil berjeda.

"Zayn..." Airis mengecilkan matanya. Menyampahlah tu...

"Ok, sebenarnya..." sambungku.

"Dahlah tak payah cakap. Saya dah tahu. Saya pun sayang awak."

Selamba sahaja dia mengungkapkan ayat tadi. Lansung tak tahu malu betul. Ini betul-betul alien yang sesat dekat bumi...

"Siapa cakap aku nak bagitahu tu. Aku nak bagitahu yang aku nak pergi tandas, buang air. Eee tak malu," usikku.

"Zayn Khayrie! Awak ni memang sengajakan."

Lantas tangannya memukul lenganku. Apa ni main pukul-pukul. Tangan pun kecil, ada hati nak pukul orang. Rasa macam kena tiup angin je, Airis oi...

Dia memuncungkan bibirnya. Eleh nak merajuk... tak ingin aku nak pujuk. Aku hanya tertawa melihat gelagatnya yang konon sedang merajuk.

Airis, Airis... Kalaulah kau tahu yang...

You are the first and last thing on my mind each and everyday...

??????

Aku hanya memandang siling wad dengan pandangan yang kosong. Bosannya duduk hospital lama-lama. Bukannya aku koma pun, pengsan je sampai kena duduk dua hari dekat sini.

Aku mengalihkan pandanganku pada Zafirul. Dia ada pun macam tak wujud, bukan nak layan aku, asyik main game je...

Hampeh punya adik...

Kalaulah minah sewel tu datang, bolehlah aku hilangkan bosan...

Tiba-tiba pintu dikuak, kelibat Airis membawa sebuah mangkuk tingkat berjaya mengukir senyum di bibirku. Ini barulah ubat yang betul...

Zayn... Zayn... nampak sangat yang kau dah angau. Angau dengan alien comel bernama Airis Qaireena...

"Selamat tengah hari, Tuan Zayn Khayrie. Ini saya buatkan makanan istimewa buat tuan. Makanlah," sapanya dengan mesra. Tak pernah aku tengok dia ni tak gembira.

Dia membuka satu persatu mangkuk tingkat yang dibawa olehnya. Ada ikan keli sambal, sayur kangkung siap ada kek brownies lagi sebagai pencuci mulut.
Aduh, untungnya kau Zayn...

Aku bingkas bangun lalu mengambil pinggan yang sudah terhidang lauk diatasnya.

"Aip! Buat apa ni?" soalnya.

"Aik! Bukan kau bawa untuk aku ke?"

"Memanglah untuk awak tapi yang ni saya sediakan untuk Zaf. Zaf! Sini makan dulu..."

Dia menghulurkan pinggan tadi kepada Zafirul. Aku hanya menjeling Zaf.

"Habis, aku punya mana?"

"Sabarlah lebah. Bunga nak hidangkanlah ni..."

Eh dia main lebah bunga pula. Fikir sweet? Mataku berputar 360 darjah. Menyampah!

"Eh, saya nampak tau. Karang tak nak bagi makan, padan muka..." gertaknya. Aku terus terdiam. Makan-makan tak boleh main. Dahlah lauknya sedap-sedap.

Selesai Airis meletakkan lauk diatas pinggan, pantas aku mengambil darinya. Tetapi, pinggan tadi ditahan olehnya. Nak bagi ke tak nak dia ni...

"Biar saya suap," ujarnya.

"Tak payah! Bukannya tangan aku patah pun. Elok lagi ni, siap boleh buat raver lagi. Tengok ni."

Aku menayangkan gerak tangan tarian raver padanya. Ingin buktikan yang aku boleh makan pakai tangan sendiri.

"Bluek, tak kisah... nak makan ke tak nak. Kalau awak nak makan sendiri, makanlah lauk hospital tu. Yang tawar macam air paip tu."

Kemudian aku menoleh ke arah lauk hospital. Apa ni main ugut-ugut...

"Sedap, bang..." kata Zaf sambil tangannya menyuap lauk tadi. Aduh terliur aku tengok.

"Yelah. Tapi pakai sudu, kalau kau pakai tangan kau... aku gigit bagi putus!"

"Hehehe, ye saya pakai sudu..."

Airis... kau betul-betul penawar bagi aku. Aku harap kau tak akan tinggalkan aku...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience