Chap 19

Romance Series 19443

Aku terkejut apabila terdengar ketukan dari tingkap pintu kereta. Kelihatan seorang lelaki yang agak berusia tersenyum manis memandangku.

Aku menurunkan tingkap kereta. Pakcik itu bertindak menahan pergerakan cermin. Aku mulai keliru.

Kemudian dia menunjukkan isyarat supaya aku keluar dari kereta. Aku hanya menturuti kehendaknya. Dia berundur sedikit ingin memberi ruang untuk pintu dibuka.

Aku keluar dari kereta sambil menguap kecil. Langit yang masih gelap kupandang sebelum mataku menatap pakcik yang disebelah aku tika ini.

Pakaiannya yang berjubah serta songkok yang terletak kemas di kepalanya cukup untuk aku mengatakan bahawa pakcik ini dalam perjalanan ke masjid.

"Assalamualaikum, nak. Kenapa tidur dalam kereta dekat tepi jalan ni. Bahaya tahu, sekarang banyak penjahat. Silap hari bulan boleh melayang nyawa kamu," tegur pakcik itu dengan lembut.

Dalam keadaan yang masih mengantuk, aku mengoyakkan senyuman padanya. Dia membalas senyumku.

"Waalaikumusalam, saya tertidur. Niat nak berehat sekejap je, tahu-tahu je dah subuh," tuturku. Agak kekok sedikit memandangkan aku tidak mengenali lelaki berumur di hadapanku ini.

"Marilah ikut pakcik sembahyang sekali. Masjid depan tu je. Tak jauh pun. Kamu bawa kereta, pakcik jalan kaki je."

"Eh, sekali jelah naik kereta saya, pakcik. Kesian pakcik jalan kaki. Jauh juga tu kalau jalan kaki." Aku mempelawanya untuk menumpang keretaku memandangkan arah kami sama.

Namun, pakcik tadi hanya menggelengkan kepalanya lalu senyuman dihadiahkan sekali lagi.

"Tak apalah, nak. Pakcik ni dah tua, jadi kenalah banyak rebut pahala. Bukan ke jalan kaki ke masjid lagi banyak ganjaran pahala dapat," jawab pakcik itu.

Terdiam aku bagaikan ada satu panahan petir menyambar tepat ke hati aku. Sungguh aku kagum pada lelaki tua ini.

Anak mataku hanya mengekori pergerakan pakcik itu yang sudah mengorak langkah menuju ke sebuah masjid yang terletak tidak jauh dari sini.

Aku menghidupkan enjin kereta lalu berangkat mengikut pakcik tadi. Melihatkan gaya pakcik ini, teringat aku akan abah. Abah yang selalu menasihati kami supaya solat di awal waktu.

Abah, Zayn minta maaf sebab keluar rumah semalam. Niat Zayn cuma nak cari Airis je...

??????

Perlahan aku melabuhkan punggung di atas sofa kulit milik Pakcik Adnan. Usai solat Subuh tadi, Pakcik Adnan mengajak aku untuk singgah di rumahnya.

Pada mulanya, aku menolak dengan alasan ada urusan penting. Tetapi apabila melihatkan wajahnya yang kecewa tatkala aku menolak ajakannya, aku jadi serba salah.

Terpaksalah aku menerima ajakannya itu. Terpegun aku saat sampai ke rumah milik Pakcik Adnan. Rupanya lelaki tua yang berjubah ini merupakan seorang ahli perniagaan yang agak terkenal.

"Kejap ye, pakcik buatkan air."

"Eh tak payahlah pakcik. Buat susah je, tak apa saya tak haus pun." Aku menahan pergerakan Pakcik Adnan yang sudah bangun daripada sofanya.

"Betul ni tak haus? Pakcik pun tak reti sangat buat air ni," tutur Pakcik Adnan dengan selambanya

Nak tergelak aku dengar jawapan pakcik ni. Kalau gelak nampak tak sopan pula...

"Betul pakcik. Tak apa." Dia tersenyum sebelum kembali duduk.

"Tadi yang kamu kata ada hal penting tu, boleh pakcik tahu hal apa tu?" soalnya.

"Saya sebenarnya segan nak cakap ni. Hal ini melibatkan hidup mati saya."

Sampai hidup mati eh Zayn. Nampak sangatlah yang kau ni memang sayang betul dekat Airis tu.

"Cakap jelah, mana tahu pakcik boleh tolong kamu."

Aku mengangguk sebelum memulakan percakapan.

"Macam ni, lagi beberapa hari saya dah nak nikah. Tapi pengantin perempuannya hilang! Itu yang saya risau sangat tu..."

Terbeliak biji mata Pakcik Adnan apabila mendengar jawapan daripada aku.

"Macam mana boleh hilang.
Masya-Allah! Kena culik ke?"

Pandai pula Pakcik Adnan ni teka. Aku hanya mengangguk sebagai tanda menjawab soalannya tadi.

"Kamu tahu ke siapa yang buat tu? Tak lapor pada polis ke?"

"Itulah sebab hilangnya tak sampai 24 jam lagi jadi tak boleh report lagi. Tapi saya syak seorang je, sebab dia memang selalu kacau kami," kataku.

"Siapa?"

"Namanya Aidan Amir, pakcik. Dia bekas tunang kepada bakal isteri saya."

Sekali lagi terbeliak biji mata orang tua ni. Kesian pula aku tengok...

"Aidan Amir? Siapa nama bakal isteri kamu tu?" Pakcik Adnan menyoalku dengan cemas. Nampak dari mukanya, riak cemas. Kenapa eh?

"Namanya Airis Qaireena, pakcik. Kenapa ye? Pakcik kenal ke?" Lagi sekali biji mata dia terbeliak. Risau je aku kalau kejap lagi terkeluar terus biji mata dia. Tak pasal-pasal aku kena saman pula...

"Masya-Allah! Mungkin Allah pertemukan kita berdua disebabkan hal ini. Maaf nak, kalau anak pakcik susahkan kamu. Pakcik akan tolong kamu cari Airis..."

Kejap! Anak pakcik? Maksudnya Si Syaitan tu anak Pakcik Adnan? Ya Allah! Terima kasih sebab permudahkan urusanku.

"Tak sangka saya Aidan tu anak pakcik. Tak apa pakcik, yang penting sekarang kita kena cari Airis dengan cepat!"

Kami berdua mengatur langkah menuju ke pintu rumah.

??????

Aku memberhentikan kereta di hadapan sebuah gudang lama. Mengikut kata Pakcik Adnan, Aidan selalu berada di sini.

"Pakcik, kalau tak keberatan, boleh tak saya tahu kenapa Aidan jadi macam tu."

"Semuanya salah pakcik. Pakcik yang halang hubungan mereka berdua. Pakcik tuduh Airis macam-macam sampai Aidan percaya."

"Aidan cuma mangsa keadaan je, Zayn. Maafkanlah dia."

Aku memandang wajah Pakcik Adnan. Wajahnya cukup menunjukkan bahawa dia amat sayangkan anaknya itu.

"Maksudnya, Aidan tak tahulah apa yang jadi?" soalku.

"Aidan dah tahu. Sebab itulah dia cari Airis sekarang. Dia masih sayang pada Airis sebenarnya. Tapi, pakcik minta maaflah kalau anak pakcik dah ganggu hubungan kamu."

Memang dia ganggu pun! Aku dah nak nikah dah, tak ada perempuan lain ke kau nak rebut? Dasar rambut karat!

??????

Dengan langkah yang perlahan, kami menyusup masuk ke dalam gudang itu.
Kelihatan dari tempat aku berdiri, Airis sedang tersandar lemah di atas sebuah kerusi.

Aku tak boleh tengok Airis macam tu! Kesiannya dia. Kemudian datang Aidan membawa sebuah mangkuk.

Pergerakan badanku tidak dapat dikawal tatkala melihat wajahnya. Berang rasa hati aku! Kau tak guna, Aidan!

Pakcik Adnan melarang aku untuk melakukan apa-apa lagi. Aku menahan rasa amarahku. Sabar, Zayn.

"Good morning, my lovely wife! Macam mana tidur semalam? Lena tak? Ke ada mimpi buruk?" Aidan mengusap lembut kepala Airis.

Geram je aku! My lovely wife, tengkorak dia! Aku yang bakal suami dia ni pun tak lebih-lebih, apa hak kau!

Pakcik Adnan memberikan isyarat supaya aku tunggu di sini sementara dia pergi kepada Aidan. Aku hanya perlu bawa lari Airis sebaik sahaja Pakcik Adnan mengalih perhatian anaknya.

Aku mengangguk sebelum Pakcik Adnan mengatur langkahnya ke arah Aidan.

"Papa! Kenapa papa datang sini?" Agak cemas suara Aidan tatkala melihat ayahnya di sini.

"Aidan, sudahlah. Kamu dengan Airis dah tak ada jodoh. Terima jelah." Pakcik Adnan cuba memujuknya.

"Tak! Kalau bukan sebab papa dengan mama, Aidan dah bahagia dengan Airis! Papa hancurkan kebahagiaan Aidan! Papa kejam!" Aidan mendekati Airis lalu dipapahnya. Keadaan Airis yang lemah menghalangnya untuk melepaskan diri.

Lantas aku meluru ke arah mereka. Wajah Aidan kelihatan cemas melihatku. Tangannya yang memegang lengan Airis dikemaskan.

"Macam mana kau tahu aku dekat sini? Papa yang bagi tahu dia ke? Papa!" teriak Aidan.

"Sudahlah tu Aidan! Papa minta maaf tentang dulu. Aidan lupakan Airis, bina hidup baru ye." Pakcik Adnan Cuba sedaya upaya untuk memujuk anaknya itu.

"Kau diam orang tua! Kalau tak sebab kau aku dah bahagia dah dengan Airis! Kau punca semuanya!" Aidan menarik lengan Airis supaya mengikutinya. Pisau yang berada di atas meja yang terletak tidak jauh dari situ dicapainya.

Apa kau nak buat gila! Pantas aku mendekati Aidan yang sedang memegang pisau. Aku berusaha merebut pisau dari genggamannya.

Berlaku pergelutan antara aku dan dia selama beberapa minit. Tanpa aku sedar ada sesuatu menusuk ke dalam perutku.
"Zayn!" laung Airis.

Semua terjadi begitu pantas sekali...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience