Chap 9

Romance Series 19462

Aku rasa tak tentu arah sekarang. Pusing ke kiri tak kena, pusing ke kanan pun sama. Mata ini dari tadi tak mahu pejam. Nak buat apa ni? Join umi, abah, Zaf dengan Airis borak dekat bawah? Silap-silap aku kena bahan.

Aku bingkas turun dari katil dan meluru keluar dari bilik. Dari atas kelihatan mereka semua masih lagi rancak berborak. Kenapa Airis ada dekat rumah aku?

Sebab selepas je kami balik tadi dah malam dan abah tak benarkan aku hantar dia malam-malam. Jadi terpaksalah dia bermalam dekat sini.

Aku menuju ke bilik Zaf lalu mengambil sebuah gitar. Alang-alang tak boleh tidur ni main gitar sambil nyanyilah. Boleh juga hilangkan bosan. Kemudian aku menuruni tangga.

"Zaf, abang pinjam gitar, eh?

Dia menayangkan simbol 'okay'. Aku membawa gitar dan menapak keluar dari rumah menuju ke pondok dihadapan rumah. Aku bingkas duduk sambil memeluk kemas gitar tadi. Talinya kupetik.

Terlalu panjang kisah yang kita karang,
Hingga tiada dayaku menoktahkannya,
Sungguh aku tak pernah mengenal lelah,
Untuk mencintaimu.

Dengarkanlah,
Disini aku menunggu,
Kata putus darimu,
Walaupun aku tahu,
Kau telah pergi jauh.

Selama ini aku tetap memilih,
Untuk kekal setia membahagiakanmu,
Tapi kini kau tinggalkan hanyalah,
Secebis harapan.

Sakitnya jiwaku,
Sengsara.

Dengarkanlah disisi aku menunggu,
Kata putus darimu,
Walaupun aku tahu,
Kau telah pergi jauh.

Andai takdir,
Ingin memisahkan,
Relaku serah seluruh jiwa,
Biar sampai masa,
Kumenutup mata.

"Sedap suara awak," tegur Airis yang entah dari mana datangnya.

Aku tersentak. Sejak bila dia ada dekat sini? Tak boleh tengok aku senanglah minah ni. Ada je nak mengacau. Kemudian dia tersengih.

"Awak nyanyi lagu tu untuk saya, eh?"

"Tak adalah. Perasanlah kau ni."

"Elele, sedangkan ikan pun saya tahu jantan betina, inikan pula hati manusia. Easy peasy, boy."

Mulut tu ada je nak menjawab. Aku bingkas bangun berura-ura ingin meninggalkannya. Kemudian bajuku ditarik. Aku menoleh.

"Ala, awak janganlah pergi. Betullah Hadi cakap, awak ni kuat merajuk. Susahlah nanti dah kahwin asyik kena pujuk je."

Aku menjelingnya. Siapa nak kahwin dengan dia entah. Monyet pun tak nak dekat kau, Airis.

"Kau rapat ke dengan Hadi?"

"Bukan setakat rapat je. Lebih dari tu."

"Maksud kau?"

Pertanyaanku hanya dibalas dengan senyumannya. Misteri betullah dia ni. Aku merapatinya. Matanya kutenung.

"Baik kau cakap apa hubungan kau dengan Hadi."

"Lebih daripada seorang kawan, Zayn Khayrie. Selamat malam."

Kemudian dia berlalu meninggalkanku. Dia ada hubungan dengan Hadi ke? Kawan baik aku sendiri? Tak mungkinlah. Hadi pun dah nak nikah. Tapi tak mustahil sebab Hadi tu bukan boleh percaya sangat.

Ah! Daripada semakkan otak fikir tentang ni baik aku tidur. Mata pun dah kuyu ni. Kemudian aku menapak memasuki rumah.

??????

Aku terbangun dari tidur. Jam disisi katil kupandang. Dah pukul 7:30! Kenapa tak ada orang kejut aku? Dah lambat nak solat Subuh ni. Aduh! Aku bergegas menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk.

Selesai mengerjakan solat Subuh, aku turun ke dapur. Umi yang sedang bersarapan kusapa.

"Umi, kenapa tak kejut Zayn. Nasib sempat solat walaupun 'Subuh Gajah'."

"Manalah umi tahu. Biasanya kamu bangun sendiri. Ni kenapa bangun lambat? Teringat Airis?"

"Tak adalah."

Buat apa aku nak ingat dia. Bukannya aku suka dia pun...kan? Lantas, aku menarik kerusi untuk mengisi perutku. Dari tadi lagi perut ni dah berbunyi. Lagu Amalina pula tu...

Aku mengambil pinggan disisiku lalu kucedok nasi goreng ke dalam pinggan tadi. Sedang aku menikmati sarapan, baru aku teringat. Mana Airis?

"Umi, mana Airis? Tidur lagi ke?"

"Laa kamu tak tahu ke? Pagi-pagi lagi dia dah balik. Ada hal katanya."

Aik? Semalam bukan main lagi suruh aku hantarkan. Hal apa yang tak boleh tunggu sangat tu?

Habis makan aku membawa pinggan ke sinki lalu kubasuh. Kemudian aku mendaki tangga ke bilik. Ingin menyiapkan diri untuk membuka kedai.

??????

Hari sudah lewat, aku menyuruh Adam untuk berkemas. Hati aku rasa semacam. Sehari suntuk aku tak jumpa Airis. Mana dia? Call, Whatsapp semua tak balas.

Yang aku gelisah sangat ni dah kenapa? Aku dah mula suka dia ke? Aku rindu dia ke? Mustahillah.

Aku bergegas membantu Adam mengemas kedai.

Selesai menutup kedai, aku dan Adam mengatur langkah ke kenderaan masing-masing. Aku cuba untuk tidak memikirkan perihal Airis.

Baru satu hari tak jumpa dia dah menggelabah? Tapi macam mana kalau ada apa-apa jadi dekat dia? Takkanlah... Dia kan pandai jaga diri. Pandai ke dia?

Ah! Serabutlah. Aku segera memasuki ke dalam perut kereta dan menghidupkan enjin. Lalu kereta meluncur laju menuju ke rumah.

Sesampai sahaja di rumah, aku segera memanggil umi.

"Umi! Airis ada datang rumah tak?"

"Tak ada pula. Kenapa Zayn?"

"Tak ada apalah."

Kemudian aku memasuki bilik. Gambar aku dan Airis di pantai kutatap lama. Aku nak tengok senyuman dia lagi. Tubir mataku panas. Aku menahan air mataku dari menitis.

Kemudian aku menampar pipiku. Yang kau menangis ni kenapa, Zayn? Baru sehari tak jumpa dah macam bertahun-tahun pula. Kau kena tetapkan hati kau supaya tak jatuh pada dia. Tapi aku tak mampu...

Hati aku gelisah. Semua yang aku buat tak kena. Perasaan apa ni? Aku benci perasaan ni.

??????

Dah seminggu lebih aku tak jumpa Airis. Masa aku pergi kursus pun dia tak ada datang rumah. Lagi satu perkara yang buat hati aku remuk. Airis menghantar surat undangan perkahwinan pada kami sekeluarga.

Tapi aku tak sanggup untuk melihatnya. Hati aku berkecai. Dah dua hari aku tutup kedai. Aku hanya berkurung dalam bilik. Makan tak lalu, mandi pun rasa malas...

Kenapa mesti kau bagi aku harapan? Kenapa kau selalu kacau aku kalau kau dah ada orang lain dalam hidup kau? Aku tahu selama ni aku tak pernah layan kau dengan baik. Tapi sekarang baru aku sedar aku dah mula sukakan kau.

Atau lebih tepat aku dah mula sayangkan kau. Tapi kau hancurkan hati aku...

Dengarkanlah,
Disini aku menunggu,
Kata putus darimu,
Walaupun aku tahu,
Kau telah pergi jauh.

Andai takdir,
Ingin memisahkan,
Relaku serah seluruh jiwa,
Biar sampai masa,
Kumenutup mata.

Kolam air mataku pecah. Deras mengalir tanpa henti. Lemahnya aku...

Tq for your support love you guyss Maaf sebab dah lama tak update huhu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience