Chap 18

Romance Series 19443

Aku menuruni tangga dengan kelam kabut. Tuhan je yang tahu apa rasa hati aku sekarang ni. Apalah agaknya yang Airis terpaksa hadap sekarang ni

Macam-macam benda dah dia lalui dalam hidup dia. Nampak je perangai dia macam tu tapi kisah silam dia terlalu berat bagi seorang perempuan.

Airis... aku minta maaf sebab tak tepati janji aku untuk jaga kau. Aku gagal jaga kau. Aku betul-betul minta maaf. Aku akan pastikan Aidan dapat balasan atas apa yang dia buat.

Umi dan abah yang sedang menghirup kopi di meja dapur kuhampiri. Termengah-mengah aku di hadapan mereka. Kerusi yang berada di sisi, aku pegang.

"Umi, abah. Airis, dia... Aidan..." tuturku dengan gagap. Aku menampar perlahan pipiku supaya dapat bertutur dengan lancar.

"Airis, Aidan... hilang..."

Argh! Susahnya nak cakap. Sekali lagi aku menampar pipiku. Kali ini lebih kuat daripada tadi. Umi dan abah yang melihat gelagat aku mengerutkan dahi.

"Zayn! Kamu ni dah kenapa. Kena serang sawan khinzir ke?" soal abah. Pergh! menusuk hati betul soalan abah tu.

Bukan aku yang kena sawan khinzir, tapi si mamat rambut karat tu!

"Zayn, cuba tarik nafas lepas tu hembus. Buat beberapa kali sampailah kamu rasa tenang sedikit. Kalau kamu tak habis-habis gagap je dari tadi, macam mana umi dengan abah nak tolong," beritahu umi dengan suara yang lembut.

Aku mengikut seperti apa yang disuruh oleh umi. Aku ulang beberapa kali sebelum aku rasa sedikit tenang daripada tadi.

"Umi, abah. Airis hilang. Zayn pasti Aidan culik Airis."

Serentak umi dan abah terbangun. Umi lantas mencapai pisau di dalam kabinet, abah pula mengambil cangkul di belakang rumah.

Ni lagi teruk dari aku tadi...

"Umi, abah simpan barang-barang tu, janganlah sampai nak bunuh dia pula. Kita cari Airis, Aidan tu biarlah polis yang uruskan."

Umi dan abah mengangguk serentak. Segala alatan yang berada di tangan mereka diletakkan kembali ke tempatnya.

Kemudian umi berjalan ulang-alik dari kiri ke kanan sambil memikirkan sesuatu. Abah juga turut melakukan hal yang sama.

Padanlah umi dengan abah berjodoh...

"Umi, abah pening kepala Zayn tengok. Tolonglah Zayn."

Aku duduk di kerusi sambil kaki menghentak lantai. Umi dan abah hanya melemparkan pandangan menyampah padaku.

"Gediklah, Zayn..." tutur abah.

Umi hanya termenung. Tak lama kemudian tiba-tiba umi bersuara.

"Ha!"

Terperanjat aku dan abah apabila tiba-tiba sahaja umi bersuara dengan nada yang tinggi. Aku dan abah serentak memandang umi.

"Apa kata Zayn tanya Hadi. Mana tahu dia boleh tolong."

Aku segera mengeluarkan telefonku dari dalam poket lalu jari-jemari ligat mendail nombor Hadi.

"Hadi, kau kena tolong aku. Aidan dah menggila! Dia culik Airis weh! Tolong aku di..." pintaku padanya.

"Hah! Aidan culik Airis? Macam ma... okay aku tak nak tanya soalan bodoh tu. Kau nak aku tolong apa?" Cemas suaranya. Kagum pula aku dapat kawan macam Hadi ni.

"Kau kan kaya, mesti kau ada kenal mana-mana orang yang boleh siasat pasal benda ni. Please..."

Seketika Hadi terdiam. Aku rasa di tengah berfikir. Selang beberapa minit kemudian, Hadi membalas.

"Ha! Aku ada kenal mamat ni. Dia memang power kalau nak mencari orang ni. Jap, aku call dia. Apa-apa aku roger kau."

Hadi mematikan panggilan. Seperti yang disuruh, aku hanya menunggu keputusan darinya. Bagaikan cacing kepanasan, aku asyik ke sana ke sini dek kerana risau yang terlebih.

Umi dan abah masih setia menunggu aku. Walaupun kadang-kadang umi sedikit tersengguk kerana mengantuk tetapi masih lagi gagah untuk menemaniku.

Setengah jam kemudian, telefonku berdering. Aku pantas menjawab.

"Zayn, aku minta maaf wei. Orang yang aku cakap tu dah tukar nombor. So aku dah tak tau nak contact dia macam mana. Sorry..."

Aku meraup kasar rambutku. Ya Allah, bantulah aku...

"Tak apalah. Nak buat macam
manakan..." Lantas aku menamatkan panggilan.

Rasa nak hempuk je kepala aku ni dekat dinding sekarang. Sekali lagi aku cuba menelefon Airis, namun hampa tiada yang menjawab.

Aku melepaskan keluhan berat seraya menumbuk dinding rumah. Pantas umi dan abah menahanku dari meneruskan perbuatan itu.

Aku buntu! Airis! Mana kau!

"Zayn, apa kata kamu tidur dulu. Besok pagi kamu sambung cari Airis." Abah memimpin aku ke bilik. Langkah aku lemah longlai.

Betapa aku tak boleh hidup tanpa Airis. Aku takkan maafkan diri aku kalau ada apa-apa jadi pada kau. Usai abah menghantar aku ke bilik, abah mengatur langkah meninggalkan aku bersendirian.

Aku hanya merenung siling dengan pandangan yang kosong. Keadaan menjadi sunyi. Kedengaran bunyi cengkerik memecah lamunanku.

Aku menegakkan postur tubuh. Aku tak boleh duduk diam macam ni. Aidan boleh buat macam-macam pada Airis. Aku mesti keluar cari dia sampai dapat.

Dengan penuh berhati-hati, aku mengorak langkah menuju ke pintu rumah. Kunci kereta yang tersangkut dibelakang pintu kucapai.

Aku menghidupkan enjin kereta lalu bergerak meninggalkan perkarangan rumah. Aku memandu mengikut kata hatiku.

Radio dibuka sekadar ingin memecah kesunyian malam itu. Tempat pertama yang kutuju ialah rumah Airis.

??????

"Assalamualaikum, Ainul! Buka pintu ni!" Aku melaung sambil tangan mengetuk pintu rumah Airis. Kemudian Ainul keluar dengan siap bertudung sarung.

"Ainul, abang nak tanya. Ainul tahu tak rumah syaitan tu?" soalku.

"Siapa syaitan?" Dia menyoalku kembali. Mulut ni terlepas pula panggil dia syaitan. Hish!

"No, it's Aidan. Ainul salah dengar kut," bidasku. Ainul hanya mengangguk tanpa membantah tuduhanku.

"Ainul tahu. Tapi tak pasti sangatlah. Ainul ambil telefon kejap eh. Abang masuklah dulu. Mesti penatkan?"

Aku hanya mengikuti ajakannya disebabkan badanku terlalu penat lalu aku merebahkan punggung di atas sofa. 
Tak berapa lama kemudian, Ainul keluar dari biliknya. Keningku bertaut apabila melihat Ainul. Kepalanya tadi yang tersarung tudung, sudah ditanggalkan.

Kini Ainul tidak lagi bertudung dihadapanku. Aku terpana. Rambutnya yang beralun dikibas ke kiri dan kanan. Lalu dia mendekati aku.

Perlahan aku bangun daripada sofa lalu bergerak menjauhkan diri darinya. Semakin lama, semakin dia mendekati aku. Hati aku rasa gelisah.

Pergerakanku terhenti apabila badanku bertemu dinding. Dia pantas mengunci pergerakanku membuatkan aku tak dapat bergerak.

Matanya tepat memandangku. Ini bukan Ainul! Tadi sopan je, tapi kenapa sekarang terus berubah 360!

"Buat apa awak nak cari perempuan tu. Saya kan ada..." tutur Ainul separa berbisik. Gaya dia cakap pun dah lain sangat!

"A... Ainul, ni Abang Zayn tau. Tunang Akak Airis."

Dia tergelak kecil sebelum kembali menatapku.

"Perempuan tu tak layak dapat yang terbaik. Zayn... awak milik saya seorang je..."

Hati aku rasa panas sebaik sahaja dia menghabiskan bicaranya. Aku menolak kedua bahunya dengan kasar. Dia mengaduh kesakitan.

"Kau sedar tak yang kau tu adik dia! Sanggup kau khianat kakak kau? Perempuan jenis apa kau ni?" tengkingku. Aku melampiaskan amarahku.

Dia hanya tertawa. Tanpa rasa malu, dia memeluk badanku dengan erat. Aku tergamam, pelukannya terlalu ketat sehingga sukar untuk aku meleraikannya.

"Nak pergi mana, sayang... awak milik saya. Saya tak nak kongsi awak dengan betina tu. Dia tak layak," bicaranya sambil tertawa sinis.

"Lepaskan aku! Aku nak cari Airis!" lantang suaraku meminta dilepaskan dari pelukannya.

"Biarlah, dia dah bahagia dah dengan Aidan. Tak payahlah kacau rumah tangga dia orang. Kita fokus kita punya masa depan ye."

"Aku tak ada masa depan dengan kau! Kau tak payah beranganlah. Kasih dan sayang aku hanya untuk seorang perempuan iaitu Airis Qaireena. Bukan untuk perempuan tak ada maruah macam kau!"

Aku menolaknya ke dinding sehingga kepalanya terhantuk. Dia mengurut sedikit belakang kepalanya sebelum kembali bangun mengejarku.

Dengan segera, aku meninggalkan rumahnya bergerak menuruni tangga. Kelihatan dari belakang, Ainul mengejarku dengan pantas.

Sampai sahaja di tempat aku memarkir kereta, aku segera masuk ke dalam perut kereta.

"Saya takkan lepaskan awak! Awak milik saya, Zayn Khayrie!" laung Ainul sebelum keretaku laju meninggalkan kawasan itu.
Peluh aku laju mengalir di dahi. Setelah jauh meninggalkan kawasan itu, aku memberhentikan kereta di bahu jalan.

Aku meraup kasar rambutku. Argh! Serabutnya! Kemudian stereng kereta menjadi mangsa keganasanku.

Tanpa sedar, aku terlena di dalam kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience