Chap 12

Romance Series 19443

Aku hanya termenung jauh. Baru sahaja tadi doktor memberitahu bahawa aku sudah boleh pulang ke rumah. Bukan aku sedih kerana terpaksa tinggalkan hospital, tapi sebab Airis tak ada sekarang.

Katanya ada hal, bosanlah kalau tak ada minah sewel tu. Dengan siapa aku nak bergaduh...

"Abang! Abang ni kenapa? Orang keluar hospital, suka. Abang monyok je dari tadi. Badmood sebab tak ada Akak Airis, eh?" tegur Zafirul sambil mengemas segala barang-barangku.

"Sibuklah kau! Tak ada maknanya abang nak badmood sebab dia. Tak ada faedahnya."

"Eleh, abang kalau dah sayang tu lamarlah cepat. Tak payah tunggu-tunggu. Nanti lambat, melepaslah..."

Tangannya lincah memasukkan beberapa barang ke dalam beg galas milikku. Sesekali matanya ligat menjelingku. Apa jeling-jeling? Aku jolok mata tu karang, jadi macam Kassim Selamat...

"Siapa yang pandai-pandai cakap abang sayang budak tu? Siapa? Tak ada bukti tak payah cakap, eh? Boleh jatuh fitnah, tau?"

Sengaja aku bantah bicaranya tadi. Ini Zayn Khayrielah, ego mesti kena tinggi...

Aku lihat dia mengeluarkan telefon pintarnya lalu menekan sesuatu sebelum telefon tersebut dihulurkan padaku.

Video yang berdurasi selama lima minit itu menayangkan pengakuan aku pada Airis ketika di dewan majlis perkahwinan Hadi. Macam mana boleh...

Aku menjelingnya. Jadi, dia rakamlah masa hari kejadian tu? Tak guna punya adik! Aku nak jawab apa ni?

Takkan nak mengaku? Jatuhlah ego lelaki bernama Zayn Khayrie ni...

"Dah! Jom cepat. Umi dengan abah dah tunggu lama dekat bawah tu. Tak payah nak mengarut... lambat abang tinggal."

Aku menghulurkan kembali telefon Zafirul lalu aku mengatur langkah keluar dari wad. Langkah aku lajukan.

??????

Malam yang sunyi ditemani bulan yang terang mendamaikan hatiku. Aku suka keadaan macam ni. Tenang je...

Aku duduk di pondok di hadapan rumah sambil menghirup udara segar. Telefon di sisi, kutenung lama. Nak whatsapp ke tak?

Agak-agak dia tengah buat apa, eh? Ganggu dia tak? Ke dia dah tidur? Ah! Lantaklah.

Aku segera mencapai telefonku lalu aku menekan aplikasi whatssapp. Lantas aku mengetik pada nombor yang bernama 'Alien ??'. Sengaja aku menyimpan namanya seperti itu. Kenalah dengan perangai dia, lagipun dia yang mengaku yang dia alien... kan?

To Alien ??
Assalamualaikum, hmm
kau buat apa

Aku menunggu balasan darinya. Tak sampai beberapa minit, telefonku berbunyi menandakan mesej masuk.

From Alien ??
Waalaikumusalam.
Tengah tunggu awak mesej
dari tadi ??

Nampak macam aku terhegeh-hegeh sangat tak? Tapi aku dah rindu dia... lantaklah nampak terhegeh pun. Yang penting aku dapat mesej dia.

To Alien ??
Hmm kau dah makan?

From Alien ??
Kejap.

Kejap? Nak makan kejap lagi ke? Kemudian statusnya menunjukkan Airis last seen. Macam-macam lah dia ni...

Tak lama kemudian telefonku berdering tanda ada panggilan masuk. Nama
Alien ?? tertera. Pantas aku menjawab.

"Hello wahai lebahku. Haa sekarang baru best nak borak," kata Airis memulakan perbualan. Salamnya manalah budak ni...

"Assalamualaikum, Cik Airis Qaireena. Amboi sampai lupa salam ye. Dah lupa ke yang kau tu orang islam," balasku sambil memerlinya.

"Aduh! Menusuk ke kalbu betullah ayat encik lebah ni. Waalaikumusalam..."

"Yang kau call ni dah kenapa? Tak reti tidur ke? Nanti ada eyebag, mulalah meroyan."

"Eh, dia yang mesej kita dulu. Alaa saya tau lah awak rindukan saya," usiknya sambil ketawa. Seronok, nampak?

"Tak ada maknanya aku nak rindukan kau. Baik aku rindu anak jiran sebelah ni."

Aku bersandar pada tiang pondok ini sambil merenung bulan. Cantiknya bulan tu...

"Setahu sayalah, umi cakap jiran sebelah tak ada anak. Kalau anak monyet tu adalah. Saya pernah pergi tengok. Awak rindu anak monyet ke hahaha,"

Aku hanya mendiamkan diri. Makin dilayan makin menjadi-jadi budak ni. Biar dia gelak sendiri. Padan muka...

"Alaa, awak merajuk ke. Nak saya pujuk? Okay saya fikirkan ayat kejap," ujarnya kemudian dia diam beberapa minit.

"Hah! Lepas huruf A, huruf apa?"

Minah ni dah kenapa?

"Lepas huruf A mestilah B," aku menjawab soalannya.

"Ye sayang... kenapa?"

Lantas tanpa aku sedar bibirku mula mengulum senyuman. Perlahan aku menampar pipiku.

"Dah, aku nak tidur,"

"Alaa, janganlah dulu... saya nak bagitahu ni. Jumaat ni hari jadi saya, tau. Pastikan bagi hadiah, kalau tak..." Airis berjeda seketika.

"Kalau tak, kau nak buat apa?" tanya aku.

"Adalah..."

Aku memutarkan bola mataku. Geram je aku dengan minah ni. Tapi nak buat macam mana dah sayang kan...

"Tengoklah,"

"Tahu tak apa beza kau dengan perempuan lain?" aku mengajukan pertanyaan padanya.

"Tak tahu," jawabnya ringkas.

"Bezanya, perempuan lain sopan. Kau tak tahu malu! Assalamualaikum."

"Zayn Khayrie!"

Aku tertawa kemenangan. Ingat dia seorang je boleh bahan aku. Aku pun bolehlah...

Aku menamatkan talian. Kemudian aku menuju ke pintu rumah.

Seraya pinta dibuka, aku terperanjat apabila sosok tubuh umi, abah dan Zaf tepat memandangku.

"Ehem, ehem. Call cik bunga ke tu?" tanya mereka serentak. Dah sepakat ke apa ni...

"Mana ada. Zayn nak naik tidur. Mengantuk. Bye, selamat malam. Assalamualaikum."

Kemudian aku segera mengatur langkah tanpa menghiraukan pandangan mereka.

??????

Papan tanda yang memaparkan tulisan close aku pusing. Usai mengemas kedai, aku duduk berehat di kerusi yang terletak di belakang meja kaunter.

Pakaian aku rapikan. Nak jemput pelanggan kenalah kemas. Barulah sejuk mata memandang...

Kelihatan seorang perempuan masuk ke dalam kedai sambil menutup muka dengan sling bag berwarna merah jambu. Dari gaya perempuan ni... macam aku kenal.

Dia mengambil tempat duduk tidak jauh dari kaunter. Kemudian sling bag tadi ditukar dengan menu untuk menutupi wajahnya.

Ini kalau dah pelik semacam... tak lain tak bukan, alien tu lah. Macamlah aku tak boleh nak cam kau, Airis...

Ada je idea kau kan...

Aku mengambil sepotong kek red velvet lalu aku menuju kearahnya. Dia masih lagi menutup wajahnya.

"Airis, kau ni dah tak betul ke?"

Sebaik sahaja aku menyebut namanya, dia terus menurunkan helaian menu yang digunakan untuk menutup wajahnya tadi.

Kemudian dia mendongak memandangku.

"Assalamualaikum. Hihihi..." ujarnya sambil tangan asyik menutup mulutnya sendiri. Ni dah kenapa? Buang tebiat ke budak ni...

"Airis! Kau dah kenapa? Buang tebiat, eh? Letak tangan tu dekat atas meja. Tak payah nak cover sangat."

"Semalam awak kata saya tak tahu malu. Ni saya tengah nak jadi pemalulah ni. Awak suka tak?" terangnya. Laa sebab semalam ke...

"Tak payahlah sampai macam tu. Ni bukan sopan, dah nampak macam orang gila tau, tak?"

"Hehehe. Eh ni kek untuk siapa?" soalnya.

"Siapa lagi pelanggan yang ada dekat kedai aku sekarang. Kau je kan?"

Dia menayangkan wajah yang... comel? Tak pasti. Kemudian aku duduk dikerusi berhadapan dengannya.

"Awak saya nak tanya. Kenapa kalau hujan, turun air. Kenapa tak turun benda lain."

Aku berfikir sejenak. Ni soalan KBAT ke? Aku syak dia baru lepas minum susulah. Sebab tu sel sel otak dia baru nak berhubung...

Apa punya soalan lah...

"Manalah aku tahu,"

"Sebab kalau hujan turun awak, jadi rebutanlah... cia cia cia."

Automatik pipiku terasa panas. Ni siapa lelaki siapa perempuan ni...

Aku mengalihkan wajahku ke tempat lain. Tak mahu Airis lihat wajahku yang bertukar merah.

"Ee comellah lelaki blushing ni..." usikan Airis, aku biarkan sepi.

Baik aku pergi buat kerja dari melayan minah sewel ni...

Aku bergegas bangun lalu meninggalkan Airis keseorangan. Panggilannya aku hiraukan.

??????

Aku mencelikkan mata. Jam yang berada di atas meja disisi katil, aku lihat. Dah pukul 4 pagi.

Bolehlah jalankan misi ni...

Perlahan-lahan aku keluar dari bilikku menuju ke bilik stor. Aku membuka laci lalu mengambil segala alatan menjahit.

Aku membawa alat-alatan tadi ke sebelah mesin jahit lalu aku letakkannya dengan berhati-hati. Tiba-tiba bekas yang berisi jarum terjatuh.

Lantas aku mengutip satu persatu. Takut kalau bunyi tadi buat orang dalam rumah ni terjaga. Rosaklah rancangan aku...

Sedang aku mengutip jarum yang jatuh tadi, tiba-tiba...

"Zayn! Buat apa ni?"

Soalan umi itu membuatkan aku cemas. Apa aku nak jawab ni...
 

                         

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience