Chap 21

Romance Series 19443

Sampai sahaja di rumah, aku terus menaiki tangga menuju ke bilikku. Teguran Zafirul kubiarkan sepi.

Aku menghempaskan punggungku di atas katil. Keluhan berat dilepaskan. Fikiranku masih kusut memikirkan hal tadi.

Kenapa dia cakap hati-hati? Takkan dia jatuh hati dekat aku? A big no! Fikir, Zayn...

Atau sebab Ainul?

Kan hari tu, Ainul ada caka...

Tok tok

Aduh potonglah, kan aku dah lupa apa teori konspirasi aku. Haih...

"Boleh Zaf masuk?" Sayup suara Zafirul kedengaran di balik pintu. Dengan langkah yang berat, aku membuka pintu untuknya.

"Sejak bila kau pandai minta izin ni?" Keningku diangkat.

"Sejak abang pandai palaukan Zaf," jawabnya selamba.

Kecohlah dia ni, baru aku palau sikit dah sentap. Adik siapalah ni.

"Kenapa kau tiba-tiba je nak masuk bilik abang ni. Kalau tak bukan main lagi cakap bilik abang ni berpuakalah. Buang tebiat ke apa kau ni?" Zafirul hanya menghadiahkan senyuman menjengkelkannya itu.

"Nak tanyalah, abang Zaf ni sihat ke tak? Nampak lesu je."

"Cakap jelah berapa kau nak," ujarku. Biasa kalau baik semacam je dia ni mesti nak minta duit.

"Ish, tak baik fitnah adik sendiri. Zaf tak nak pun duit abang, simpan jelah."

Wah berlagak! Kalau tengah kering, aku juga yang dicari nanti.

"Sebenarnya, Zaf dapat rasa sesuatu yang mengganggu pemikiran abang, kan? Zaf ni adik yang prihatin akan abang dia. So, mind to share?"

"Kau tak payah nak acah sangat. Nak muntah abang dengar," kataku tanpa sebaris senyuman di bibir.

"Abang fikir pasal Aidan ke?"

"Taklah, pasal Aidan tu abang dah maafkan dah. Yang penting dia tak buat apa-apa dekat Airis. Abang malas nak panjangkan cerita."

Dari duduk aku mengubah posisiku kepada baring secara menonggeng di atas katil. Orang kata buat macam ni boleh hilang stress.

Punggungku dipukul dengan kuat oleh seseorang. Mestilah Zafirul kan? Dasar LGBT punya adik. Tanpa ucapan maaf dia sebaliknya hanya mentertawakan aku.

Terus aku kembali ke posisi duduk. Dahi Zaf kujentik membuatkan dia sedikit ke belakang. Kuat juga tangan aku ni.

"Abang, Zaf nak abang happy je. Majlis dah dekat kut. Tak payah fikir sangat. Lagi pun Zaf tahu abang fikir pasal siapa," ujarnya.

"Eleh, acah je kau ni. Siapa?"

"Ainul kan?" tekanya. Macam mana dia tahu. Aku kalau boleh tak naklah dia orang tahu pasal benda ni.

"Macam mana kau tahu?"

Keningnya dijongketkan.

"Zaf tahu dah bila abang suruh Airis tidur sini. Yelah, buat apa abang suruh dia tidur sini? Alasan yang abang bagi tak logik langsung. Jadi, Zaf dah agak dah," terang Zaf.

"Akak Airis." Aku membetulkan panggilannya.

"Kita orang sebaya kut, takkan nak akak juga," rungut Zaf.

"Tetap Akak Airis ye. Sebab dia akan jadi isteri abang."

"Eleh, kalau dulu bukan main lagi benci sangat dekat 'Akak Airis' tu." Sengaja Zaf menekankan perkataan Kakak Airis.
tu.

"Tu dulu, sekarang lain. Kan hati manusia boleh berubah."

"Kalau abang lambat sikit je, Zaf dah tackle dah dia. Dahlah kita orang sebaya. Lawa pula tu, manis, comel semua ada dekat dia."

Eh budak ni, banyak pula kau puji dia. Aku tunang dia pun tak puji dia macam tu. Kalau kau bukan adik aku dah lama aku sumbat dalam mesin basuh.

"Nak kena SmackDown ke?"

Dia hanya tersengih-sengih kambing. Sebab apa kambing? Dah dia lahir tahun kambing, letaklah kambing. Kalau harimau aku cakaplah harimau.

"Dahlah, abang. Tak payah fikir sangat. Kalau Ainul buat hal, Zaf tendang dia. Okey? Abang doa je semua berjalan dengan lancar. Inshaallah, Allah bantu abang."

"Wah, ni bakal doktor ke bakal ustaz ni. Lain macamlah, ni betul ke Zafirul Khayrie?" Aku membelek mukanya dengan kasar. Sampai terjolok hidung dia, eee dah lah berhingus.

Najis!

Zaf hanya mentertawakan aku.

??????

"Amboi, bukan main lagi senyum sampai ke telinga. Ada apa-apa ke?" Abah menegur aku.

Kau orang tak payahlah imagine macam mana senyum sampai telinga tu. Tu sekadar perumpamaan ye. Nanti tak pasal-pasal samakan aku dengan Joker pula.

"Mana ada Zayn senyum sampai telinga abah. Tak baik tuduh."

"Apa lagi bang, dia nak pergi dating la tu," teka umi dengan tepat sekali.

Ye aku nak keluar dengan Airis. Sebab? Nak beli baju dia untuk letak dekat hotel tu. Takkan dia nak pakai baju umi kut. Nanti orang claim aku kahwin dengan perempuan berumur.

Sekilas aku pandang jam dinding yang tergantung di dinding. Dah nama pun jam dinding, mestilah dekat dinding takkan dekat bilik air pula. Stress aku.

Dah lambat ni, mana pula budak kecik tu. Bersiap bukan main lama! Perempuan memang macam ni, eh?

"Umi mana Airis ni. Lambat betul..."

"Kalau ye pun, tak payahlah macam cacing kepanasan. Kejap lagi dia keluarlah tu. Tak menyabar betul. Biasalah perempuan siap lambat, kalau laki yang siap lambat tu menyeramkan."

Umi back up Airis... again!

Tak berapa lama kemudian, Airis keluar dari bilik tetamu membuatkan aku tergamam.

Bukan sebab dia lawa, tapi dia memang lawa. Tapi sebab dia pakai gaun bunga-bunga! Nampak tak apa yang pelik?

Dia tak bawa baju pun, macam mana dia dapat gaun tu? Memang taklah umi ada baju macam tu.

"Mana kau dapat baju tu?" Aku menyoalnya sejurus dia melakukan beberapa langkah catwalk dihadapan aku.

"Zaf yang bagi," jawabnya ringkas.

What?

Zaf bagi? Takkanlah dia...

Aku pandang Zafirul yang sedang menikmati sarapan dengan tangan ditekup ke mulut.

Sebaik dia menyedari tingkahku, tangannya yang asyik menyuap nasi goreng terhenti.

"Apa? Apa salah daku?"

"Zafirul Khayrie Bin Khayrul! Mana kau dapat baju perempuan tu? Kau jangan macam-macam eh? Teringin sangat nak jadi perempuan pula?" Aku melontarkan soalan padanya.

"Apa abang ni, dah nyanyuk ke? Kan masa Zaf tingkatan lima, sekolah kita orang ada buat pertandingan drama mewakili kelas. Masa tu Zaf dapat watak perempuan. Sebab tulah Zaf ada baju tu," terangnya.

Baru aku ingat, masa tu punyalah dia kena pujuk umi dengan abah untuk belikan baju perempuan untuk dia.

"Bolehlah abah, umi."

"Tak payah nak mengada, banyak lagi watak, kan? Kenapa mesti perempuan? Umi tak nak anak umi dari Zafirul tukar jadi Zafirah pula," bangkang umi.

"Ala, umi bolehlah. Watak tu watak utama kut. Zaf nak watak utama tu. Lagi satu, Zaf teringin sangat nak pakai baju perempuan. Mesti sesuai dengan muka jambu Zaf ni."

"Tengok tu bang. Dah umi tak suka! Tukar je watak lain. Jadi pokok ke? Batu pun sesuai juga."

"Biarlah dia, lagipun dia orang berlakon je. Bukan betul-betul pun. Nanti petang kita pergi beli," kata abah.

"Yeay! Jadi perempuan! Hai nama saya Izi, nama penuh izinkan saya mencintai awak!"

"Abang! Tengok tu!"

Aku ingat lagi, tergedik-gedik dia sebab nak jadi perempuan. Sampai masa tu aku rasa, adik aku perempuan bukan lelaki.

Sepanjang tempoh latihan dia orang, umi jarang cakap dengan dia. Sebab umi cakap umi tak nak bercakap dengan Zafirah.

Haih abah juga yang kena pujuk.

"Kau simpan lagi baju tu?"

"Mestilah. Kenangan terindah tu." Umi menjegilkan matanya pada Zaf. Terus terkunci mulut dia. Aku pun boleh terkucil.

"Nak makan tak?" soalku. Sengaja aku mengelak untuk menggunakan aku di depan umi.

Nanti kena cubit lagi, dahlah umi dekat je dengan aku ni.

"Dah makan dah masa tolong umi masak tadi."

"Oh, dah jomlah."

??????

"Awak! Jangan tinggalkan saya! Saya tak boleh hidup tanpa awak!"

Tekalah siapa tu? Ya, tepat sekali. Airis Qaireena.

"Buat malu je orang tengok, Airis! Tak payah mengadalah."

Kenapa dia buat drama pukul tujuh dekat sini? Ada dua sebab, pertama dia dah terpengaruh dengan filem yang kita orang tengok dekat wayang tadi.

Sebab kedua, dia memang sewel! Haih...

"Janganlah balik nanti saya rindu awak."

"Airis, lagi berapa hari je kita nak nikah," pujukku.

"Yelah." Akhirnya dia mengalah. Ini saat yang kita nantikan wahai kaum lelaki! Perempuan mengaku kalah!

"Tapi... call saya banyak-banyak kali!
Tau!"

"Tengoklah."

"Awak!" teriaknya. Macam yang aku selalu cakap, boleh pekak telinga aku macam ni.

Kemudian dia tersengih sebelum melangkah ke arah bilik hotelnya di tingkat tiga.

Airis, Airis...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience