Chap 17

Romance Series 19445

Seawal jam tujuh pagi, aku sudah berada di hadapan rumah Airis. Semangat nak beli barang kahwin ni. Pintu rumah Airis kuketuk perlahan.

Seketika kemudian keluar seorang  perempuan yang wajahnya mirip sekali dengan Airis.

"Oh, abang Zayn. Kejap, Ainul kejut akak ye."

Dia menutup kembali pintu lalu kedengaran sayup suara Ainul menjerit mengejutkan Airis. Uish, memang macam tu ke cara orang perempuan kejut.

Seram pula aku bila dah kahwin dengan Airis nanti. Silap hari bulan boleh pekak jadinya.

"Eh, my hubby... nak apa datang ni? Rindu dekat yayang ke?" ujarnya sambil tangan menggosok matanya. Kalau ye pun baru bangun tidur basuhlah muka dulu. Tak senonohlah tunang aku ni...

"Tak payah nak hubby yayang sangat. Kita belum sah lagi. Kalau dah jadi suami isteri nanti kau nak panggil apa apa pun boleh."

Airis memuncungkan bibirnya. Kemudian Airis menguap luas sehingga menampakkan anak tekaknya. Aduh tunang siapa ni? Tak senonoh betul!

"Tutuplah mulut tu kalau nak menguap. Nanti syaitan masuk, tu yang perangai dah nak dekat sama tu," kataku. Pantas Airis menutup mulutnya lalu tangannya mengelap sesuatu di pipinya.

"Ee ada air liur basi lah." Lantas tangannya mengelap air liur tadi di bajuku. Ish, pengotorlah!

"Suka hati kau je kan. Cancel la keluar hari ni."

Terus berhenti tawanya apabila mendengar ugutanku tadi. Tahu takut...

"Cepatlah siap. Dah lambat ni, banyak tempat nak pergi hari ni."

Dengan segera Airis kembali menapak ke dalam rumah untuk bersiap. Sesekali aku terdengar pertelingkahan antara Airis dan Ainul mengenai tudung. Pasal tudung pun nak gaduh ke?

Tak fahamlah perempuan ni...

Dalam satu jam kemudian, Airis keluar dengan lengkap berpakaian. Dia mengenakan tudung bawal berwarna merah jambu beserta blouse berwarna hitam. Pantas tangannya melingkar dilenganku.

"Kenapa?" soalku.

"Kita kan nak pergi beli barang kahwin kenalah nampak macam kita ni sweet couple," balasnya.

"Suka hati kaulah..."

Kami berjalan menuju ke arah lift. Sebaik sahaja mata Airis tertancap akan dua orang perempuan yang lebih kurang sebayanya yang sedang memandangku, pantas kepalanya dilentokkan dibahuku.

Kuat cemburu betul dia ni. Sesekali aku menampar lengannya perlahan apabila dia menjeling tajam dua orang perempuan tadi. Cuak juga muka dia orang tu.

Airis, Airis...

??????

"Airis, tukarlah, eh?" Aku memujuknya. Bersungguh-sungguh aku meminta untuk tukar semata-mata tak mahu majlis bertemakan warna hitam dan merah jambu.

Apa jenis gabungan tu? Airis hanya menjelirkan lidahnya.

"Biarlah, baru jadi blackpink..." tuturnya bersahaja.

"Kalau kau tak nak tukar, kau kahwinlah dengan monyet."

"Memang saya nak kahwin dengan monyet pun. Nama monyet tu Zayn Khayrie. Monyet tu handsome, tapi kuat merajuk hahaha. Tengok dah merajuk dah pun monyetnya."

Aku mengalihkan pandangan daripadanya. Tanganku naikkan ingin memeluk tubuh. Bibirku muncungkan sepanjang yang boleh tanda protes.

'Klick'

Pantas aku menoleh Airis yang ralit menelek gambar yang ditangkapnya tadi.

"Ee, monyet merajuk. Buruklah rupa. Nak post dekat instagram la," selorohnya. Budak ni kan! Aku cekik juga nanti.

"Alalala Encik Monyet... eh silap Encik Zayn ni kuat merajuklah. Macam mana nak pujuk, eh?"

Airis kelihatan berfikir sejenak sebelum wajahnya di dekatkan ke arah wajahnya. Bibirnya dimuncungkan seakan mahu menciumku.

Segera aku memukul pehanya. Wajahku terasa bahang. Aduh, Zayn... kau ni lelaki tau. Bukan perempuan nak blushing bagai ni. Hish! Airis di sebelahku asyik mentertawakanku.

"Comellah Zayn Khayrie ni. Rasa nak cubit je pipi awak tu. Geram!" Masih lagi tersisa tawanya. Kemudian dia membetulkan kedudukan bawalnya yang sedikit senget akibat terlebih ketawa tadi.

"Airis! Malulah orang tengok. Kau tu perempuan buatlah cara perempuan. Sopan sikit."

Dia mengejekku dengan mengikut gerak bibirku. Mengalah jelah, Zayn. Kau memang tak boleh menang kalau lawan dengan perempuan. Terima jelah kekalahan...

"Okaylah, macam ni... masa sanding ikut tema awak. Tapi nanti masa nak tangkap gambar kahwin pakai warna hitam dan pink. Boleh, kan?" cadangnya.

"Hmm, bolehlah."

Bibirnya mengulumkan senyuman manis lalu menampakkan sepasang lesung pipitnya. Nampak sopan je, tapi bila dah kenal... macam orang utan perangai.

Pening kepala aku nak handle dia ni. Boleh ke jadi mak orang kalau macam ni? Silap hari bulan, dengan dia sekali ikut terloncat-loncat.

??????

"Semua dah selesaikan? Hari pun dah lewat ni, jom balik," ajakku.

"Ala, jom makan aiskrim..." Tangannya menunjuk ke arah sebuah kedai aiskrim terkenal. Tanpa menunggu keputusan dariku, kakinya terlebih dahulu bergerak menuju ke kedai tersebut.

Hish, budak ni... lantas aku mengejarnya.
"Sedap saya punya aiskrim ni. Nak rasa tak?"

Airis menyuakan sudu ditangannya ke wajahku. Aku hanya membuka mulutku supaya Airis dapat menyuapku.

Namun, indah khabar dari rupa, Airis mencalitkan aiskrim tadi di hidungku. Seronok dia tertawa puas sebaik dapat mengenakanku.

Aku mengambil aiskrim di mangkukku lalu ku tenyehkan di kedua pipinya. Baru puas hati aku! Separuh dari aiskrim di dalam mangkuk kami bazirkan dengan menconteng muka masing-masing.

"Dah, dah. Muka kau dah macam beruk dah tu." Aku menghulurkan tisu padanya.
Kemudian dia mengelap wajahnya.

Suasana menjadi sunyi selepas itu...

Sunyi? Memang taklah! Ada saja idea dia untuk mengenakanku. Lipstick yang dikeluarkan daripada begnya digayakan pada wajahku.

Berbagai corak dilukis pada wajahku menggunakan lipstick tersebut. Aku? Hanya mampu redha sahaja diperlakukan sebegitu.

Setiap orang yang lalu di hadapan kami pasti akan tertawa melihat mukaku. Ada juga yang mengambil gambar. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya.

Sabar jelah, Zayn...

Selesai kami menikmati aiskrim, kami menuju ke kawasan parkir untuk pulang ke rumah.

Sesampai sahaja di kawasan perumahan Airis, aku membuka pintu kereta di belahnya.

Bukan sebab aku nak jadi romantik, tapi sebab Airis mengada suruh aku bukakan pintu untuk dia. Kalau tak dia tak nak keluar.

Siapa je yang tak kenal dengan perangai dia ni. Gedik, mengada-ngada semua tu serahkan dekat dia.

"Bye, awak. Awak masuklah kereta dulu," ujarnya sambil tangan melambai padaku.

"Kaulah masuk dulu," balasku.

"Awaklah..."

"Airis..."

"Okay! Kita pergi serentak, eh?" cadangnya. Aku hanya menganggukkan kepala.

Aku memerhati Airis yang sedang menuju ke rumahnya dari dalam kereta. Usai bayang Airis hilang dari pandanganku, aku menghidupkan enjin lalu kereta laju meluncur meninggalkan kawasan perumahan tersebut

??????

Selesai menunaikan solat Isyak, aku menghenyakkan punggungku di atas katil. Telefonku capai ingin menghilangkan bosan sambil menunggu ngantuk yang tak menjengah lagi.

Kemudian telefonku berdering. Panggilan dari nombor yang tidak diketahui. Aku mengangkat panggilan tersebut.

"Assalamualaikum, ni nombor Abang Zayn, kan? Ni Ainul, adik Kak Airis," tuturnya dengan lembut.

Jauh beza adik dia dengan Airis. Macam langit dekat kerak bumi bezanya!

"Waalaikumussalam, ye ni nombor abang. Kenapa, Ainul?"

"Abang Zayn, akak dengan abang Zayn belum balik lagi ke?" Aku mengerutkan dahiku mendengar soalannya.

"Abang dah lama hantar Kak Airis balik. Kenapa?" Aku menyoalnya kembali.

"Betul ke? Sebab dari tadi Ainul tunggu akak, tak nampak batang hidung pun..."

Pelik ni! Tadi aku yakin sangat dia dah naik lift. Macam mana Ainul boleh kata yang Airis tak ada dekat rumah lagi? Dah lebih satu jam dah...

"Dah cuba call dia tak?" Sekali lagi aku menyoalnya.

"Dah, tapi tak dapat-dapat pun. Ainul risaulah..."

"Ainul jangan risau. Bagi abang fikir apa nak buat. Nanti apa-apa hal, abang call balik."

Aku mematikan panggilan. Kemudian aku mendapat sebuah mesej. Pantas aku melihat mesej itu.

Aku dah kata, apa yang aku nak
aku mesti akan dapat...

Aidan! Kurang ajar kau! Aku cari kau sampai lubang cacing, tunggulah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience