Chap 8

Romance Series 19443

Allah, aku tak sengaja. Aku menampar mulutku kerana terlepas cakap. Sungguh aku tak berniat pun.

"Airis, aku minta maaf. Aku tak sengaja,"

Air matanya mengalir deras tanpa henti.

"Saya rindu mak dengan ayah saya..."

Makin kuat tangisannya. Spontan badanku dipeluk. Aku tergamam. Kemudian aku menepuk belakang badannya lembut, untuk menenangkannya.

"Shh... Shh... Dah jangan nangis. Aku minta maaf, ye? Aku tak sengaja..."

"Kau anggap je umi dengan abah tu macam mak dengan ayah kau, okay?"

Dia mendongakkan kepalanya memandangku. Tengah menangis pun comel dia ni. Ah apa aku mengarut ni?

"Tak nak,"

"Pulak dah. Kenapa?"

"Saya nak anggap umi dengan abah macam keluarga mertua saya,"

Aduh budak ni. Sempat lagi tu...

"Yang tu... Tengok lah,"

Dia tersengih lalu menyedut hingusnya. Ew geli aku dengar. Kemudian dia meleraikan pelukannya.

"Tak payah lah tinggalkan jejak dekat T-shirt aku ni. Macam mana nak hilangkan ni?"

"Ee awak ni. Tak nampak pun lah, baju awak kan warna hitam,"

"Aku nak bawa kau pergi satu tempat ni.Tapi sebelum tu kita singgah mana mana surau dulu. Kau boleh solat tak?"

Sengihan dia cukup untuk membuat aku mengerti. Bulan dah datang lah tu. Kemudian kami menyambung perjalanan.

??????

"Airis... Airis... Bangun cepat. Kita dah sampai,"

Aku menggerakkan bahunya lembut. Perlahan-lahan matanya dicelik. Kemudian dia menguap kecil.

"Mimpi apa tadi?"

"Mimpi awak lamar saya,"

Heh lambat lagi atau mustahil terjadi. Sekilas aku terlihat sesuatu di pipinya. Aku menghulurkan sapu tanganku padanya.

"Lap air liur basi tu. Tak senonoh,"

Dia tersengih lalu mengambil sapu tangan tersebut. Haih lah sapu tangan... Banyak jasa kau hari ini. Aku terpaksa menodai kau dengan air liur budak ni. Maafkan aku.

Kemudian dia menapak keluar dari kereta. Dia memandang sekeliling lalu menatapku.

"Kita dekat mana ni? Lawanya..."

"Inilah pantai yang aku selalu pergi dengan opah aku dulu. Aku selalu datang sini bila rindukan dia..."

Ada sedikit getaran di suaraku. Aku menahan sebak. Segala memori bersama opah bagai ditayang kembali.

Sekarang yang tinggal hanyalah kenangan... Semoga roh opah dicucuri rahmat.

"Awak?"

Aku tersedar. Sejak bila dia ada depan aku ni. Macam flash lah. Aku segera memegang lengannya. Dia memandangku.

"Kenapa awak pegang?"

"Dekat sini banyak tempat jual aiskrim, aku takut kau hilang pula. Kau kan kanak-kanak pramatang,"

Dia menayangkan giginya. Kami berjalan ke arah pantai. Dalam hati sempat aku mengagumi keindahan ciptaan Allah. Subhan-Allah... Tenang je hati. Kemudian aku memandang Airis.

Angin pantai yang kuat mengibarkan tudungnya. Aku menatap lama wajahnya. Sungguh sempurna bagiku. Tiada cacat cela.

"Awak?"

Mata kami bertembung. Masa seakan terhenti membuatkan kami saling bertatapan.

Tiba-tiba

'Klick' 'Klick'

Kami tersentak. Serentak memandang ke sebelah. Kelihatan seorang budak lelaki sedang mengibaskan dua keping gambar. Satu disimpan dalam beg sandangnya dan satu lagi dihulurkan padaku.

"Akak abang nak beli? Rm10 je"

Aku mengambil gambar tersebut. Ambil kesempatan betul budak ni. Aku memulangkan kembali padanya. Tidak berminat.

"Akak nak?"

Gambar tadi dihulurkan pula pada Airis. Wajah Airis kelihatan sungguh berminat. Dia menghulurkan not rm 10 pada budak lelaki tadi. Gambar tersebut bertukar tangan.

Airis membelek-belek gambar tadi sambil bibir mengulumkan senyuman.

"Terima kasih akak. Saya doakan akak dengan abang sampai ke jinjang pelamin walaupun akak terpaksa hadap abang yang sombong ni"

Aku terbeliakkan biji mataku. Uish menusuk kalbu betullah ayat dia ni. Airis kelihatan seronok mentertawakan aku.

Aku segera menarik Airis untuk beredar dari situ. Airis hanya mengikuti tanpa banyak soal sambil mata masih membelek gambar tadi.

Mataku tertancap pada gambar dia tangan Airis. Cantik juga. Menyesal tak beli...

Sempat lagi tak kalau aku nak kejar budak tadi. Tapi apa alasan aku nak bagi dekat Airis? Aku berfikir sejenak. Hah! Tandas...

"Airis, aku nak pergi tandas kejap. Kau jalan lah dulu,"

Dia menganggukkan kepalanya. Aku segera mengatur langkah kearah tadi. Mataku ligat mencari kelibat budak tadi. Ha! Jumpa pun. Aku menuju kearahnya.

"Dik, sini jap,"

Dia menoleh kebelakang memandangku. Dahinya berkerut kemudian berjalan ke arah aku.

"Kenapa bang?"

"Kau ada gambar abang dengan akak tadi lagi satu kan? Abang nak beli,"

"Aik! Kenapa?"

Aduh nak bagi alasan apa, eh? Hah!

"Gambar tadi terbang lepastu hilang dekat laut. Cepatlah, boleh tak?"

Dia berfikir seketika.

"Tapi lagi satu ni saya nak buat koleksi,"

"Ala, bolehlah eh? Abang bayar rm50 nak?"

Laju kepalanya mengangguk. Dasar mata duitan! Setelah duit bertukar tangan dia menghulurkan gambar tersebut padaku. Lantas aku mengambil dan berlalu meninggalkan dia.

Bibirku lantas mengulum senyuman...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience