Aku sarungkan semula tudung dan beredar keluar dari bilik. Aku hentikan langkahku, fikiranku bercelaru. Patut ke aku singgah ke wad kanak-kanak. Aku tidak mahu terserempak dengan lelaki itu, tidah mahu merunsingkan kepala ku memikirkan tentang dia. Apa yang Amirah katakan ada benarnya, tidak salah mahu berkawan tetapi aku masih lagi dalam iddah. Tidak manis dipandang orang. Button lif aku tekan menuju ke floor kanak-kanak.
Aku menarik nafas, gementar di hati cuba aku tahan. Belum sahaja aku memulakan langkahku, terdengar satu suara yang memanggil namaku.
“Kak Yasmin”
Aku tersenyum memandang nya. Amsyar berlari anak menuju ke arah aku. Dia memeluk tubuhku lembut, dahiku dikucup. Am dan Abi suka mengucup dahi ku.
“Kakak datang ni nak melawat anak-anak kesayangan akak ke?” Soal Am.
Aku angguk lalu tersenyum. Anak-anak syurga disini mampu menceriakan hari-hariku. Aku fikir penyakitku sudah menjadi satu beban dalam hidupku, tetapi bagi anak-anak syurga ini yang mengimpikan untuk bermain diluar seperti anak-anak normal yang lain. Tetapi masih lagi mampu tersenyum walaupun ada yang menghidap penyakit kritikal.
“Yes, akak nak lawat anak-anak syurga. Boleh ke Am?”
Am memegang erat tanganku lalu kami pun beredar berpimpingan tangan. Aku lihat wajah Nurul yang mula tersenyum. Wanita dihadapan ini juga menyimpan satu luka kecil di hati. Aku tahu Nurul sukakan Am, tetapi aku tak pasti dengan Am. Aku juga tahu Am juga pernah menyimpan perasaan kepada rakan baikku, Amirah. Tetapi aku pasti Amirah menolak Am berkali-kali. Dia sudah anggap Am ni sama seperti adiknya.
“Hai Nurul, senyum-senyum ni sebab akak atau sebab doktor kacak sebelah akak ni?” Soalku.
Pipinya yang putih mulus itu mula memerah. Tertunduk malu Nurul apabila Am merenung wajahnya. Pecah tawa Am dihadapan kami.
“Kalau cik Nurul nak senyum 24 hours dihadapan saya, silalah isi borang.”
“Borang apa doktor?” Tanya Nurul dengan riak polosnya.
Aku yang melihat dua insan ini bersandiwara dihadapanku mula tersenyum sumbing. Alahai yang sorang lurus bendul, yang sorang lagi kayu. Comel sungguh.
“Borang nak jadi suri hati saya wahai cik Nurul. Itupun kalau awak sudi?”
Nurul memegang leganku, dia tayang riak terkejut.
“Doktor biar betul, doktor tak bergurau kan?”
Am gelengkan kepalanya.
“Cik Nurul saya tak main-main. Kalau awak sudi, saya nak ajak awak dinner malam ni.”
Nurul mengangguk laju. Dia lekapkan kedua-dua tangannya di dada. Aku dan Am beredar meninggalkan Nurul yang masih terkejut. Aku toleh wajah Am yang tersenyum riang.
“Am tak bergurau kan, anak dara orang tu. Jangan kecewakan perasaannya.”
Am pegang tangan ku. “Am tak bergurau kakak. Am tahu silap Am sebab tak sedar wanita seikhlas Nurul. Am hargai perasaannya, akak doakan Am ya.”
“Sentiasia akak doakan. Semoga tuhan permudahkan semua.”
Aku beredar meninggalkan Am. Langkahku terhenti apabila aku lihat wajah anak kecil ini. Dia memeluk tubuhku.
“Bunda, ijah rindu bunda.”
Lalu tubuhnya melemah di dalam dakapanku. Aku goncang lembut tubuh anak kecil ini.
“Ijah sayang, bunda ni. Ijah kenapa? Ijah..”
Air mata ku mengalir, Nurul berlari mendapatkan aku. Dia menggendung tubuh kecil Ijah ke bilik.
“Akak tunggu dekat luar. Nanti Nurul inform akak.”
Aku lihat doktor sudah pun berada di dalam bilik. Pintu ditutup. Aku duduk di kerusi, aku tadahkan tangan memanjatkan doa ke hadrat illahi.
Pintu bilik dibuka, wajah Naufal terpampar di hadapan ku. Rupanya dia adalah doktor yang merawat Ijah.
"Doktor macam mana dengan keadaan Ijah?" Tanya ku.
"Ijah-"
Belum sempat Naufal memberitahu tentang keadaan Ijah. Seseorang memegang lengan Naufal.
"Doktor, anak saya macam mana? Ijah"
Puan Liza ibu kepada anak kecil itu, Ijah. Aku kenal wanita kuat ini kerana aku sudah anggap Ijah seperti anak aku sendiri.
"Puan saya harap puan bersabar. Kanser leukemia yang dihidapi Ijah sudah berada di stage 4. Anak puan tinggal 2 bulan sahaja untuk hidup. Tapi anak puan boleh diselamatkan kalau puan setuju untuk buat pem-"
Tidak sempat untuk Naufal menghabiskan ayatnya. Puan Liza sudah terduduk di atas lantai hospital. Aku memujuk Puan Liza yang berduka kerana keadaan anaknya. Aku turut merasakan perasaan yang sama. Puan Liza bangun.
"Doktor saya sudah berbincang dengan keluarga saya. Doktor pun tahu anak saya tiada bapa. Jadi saya tak nak teruskan pembedahan anak saya. Saya nekad." Ujar Puan Liza.
Aku dan Naufal tergamam. Aku tak pasti sama ada, keputusan yang dibuat Puan Liza ini terburu-buru atau dia sudah pun nekad.
"Puan, saya bukan tidak bersetuju tetapi Ijah ada peluang untuk sembuh dari kanser yang dihidapinya." Terang Naufal.
"Doktor, boleh janji dengan saya yang Ijah ada peluang untuk hidup. Janji pada saya yang Ijah akan bebas dari kanser. Doktor yakin yang anak saya tidak akan mati di atas meja pembedahan?"
Naufal terkedu. Aku pandang mukanya yang mula merunsing.
"Akak, Yasmin tahu Yasmin tak ada kena mengena dalam keluarga akak. Tapi kak Yasmin yakin Ijah boleh sembuh."
Puan Liza memandang aku.
"Yasmin akak faham tapi akak sakit bila tengok Ijah merana. Akak sakit bila tengok dia menderita menahan sakit yang mencengkam tubuhnya." Ujar Puan Liza.
"Tapi akak tak boleh nak buat Ijah macam tu. Dia berhak untuk hidup. Dia-"
"Sudah Yasmin. Akak ni ibu dia. Akak yang mengandungkan dia selama 9 bulan. Akak yang membesarkan dia. Akak bukan kejam untuk tak beri dia kehidupan yang dia mahu tapi Yasmin luluh hati seorang ibu bila dengar doa anaknya. Ijah cuma anak kecil yang berusia 7 tahun. Tapi doanya Yasmin buat hati akak sedih."
"Apa yang Ijah doa akak? Yasmin nak tahu." Tanyaku
Air mata Puan Liza mula mengalir laju.
"Ijah doa supaya tuhan tarik nyawanya. Dia tak mahu saya sedih lihat keadaan dia. Saya sebagai ibu dia, luluh hati saya. Sedih apabila dia tak mahu hidup demi dirinya. Tapi Yasmin saya sedar, anak ini kurniaan tuhan. Dia pinjamkan Ijah pada saya untuk terus melangkah kuat kehadapan. Saya redha jika Ijah dijemput Illahi. Saya tahu dia anak syurga. Walaupun dia tak dapat bermain di taman dunia, saya yakin taman syurga menantinya."
Puan Liza beredar dan masuk ke dalam bilik untuk melihat keadaan anaknya.
Aku duduk di atas kerusi. Cuba untuk menghadam setiap ayat yang keluar dari mulut Puan Liza. Tak aku sangka anak kecil itu berdoa sebegitu. Dia serahkan dirinya kepada tuhan. Sungguh matang anak kecil itu walaupun baru berusia 7 tahun. Aku lihat Naufal yang masih membisu.
"Awak okay?" Tanya ku.
Dia memandang aku. Mata helangnya merenung aku tajam.
"No, tak okay. Saya fail ke sebagai doktor. Saya nak Ijah hidup, saya nak dia sembuh. Tapi saya tak boleh membantah. Saya sayang anak kecil itu. Saya tak nak hilang orang yang saya sayang lagi dan lagi."
Aku menepuk lembut bahu Naufal.
"Saya pun. Tapi Naufal, ini keputusan Ijah. Jadi untuk 2 bulan ni, mari kita layan Ijah seperti anak lain. Jangan tunjuk perasaan sedih kita. Boleh kan kita buat demi Ijah?"
Naufal mengangguk lemah lalu tersenyum. Dia menghulurkan tangannya. Aku letakkan tangan ku di dada lalu menunduk sedikit. Dia mula faham lalu menarik tangannya.
"Saya Idris Naufal bin Mohd Yusof. Berumur 28 tahun. Merupakan Doktor pakar kanak-kanak di HKL. Awak?"
"Saya Yasmin Aneesa binti Khalid. Seorang pejuang kanser rahim dan seorang wanita yang memegang status janda. Salam perkenalan."
Kami berdua tersenyum dan melangkah pergi membawa haluan masing-masing. Seseorang tersenyum memandang kami.
"Am harap akak temui cinta yang baharu. Cinta kiriman tuhan buat akak."
Dua jiwa bertaut dengan izin tuhan. Semoga ada sinar bahagia buat dua jiwa yang pernah terluka dan dilukai. Semoga tuhan permudahkan dua jiwa ini mencari cinta dan bahagia. Yasmin Aneesa dan Idris Naufal, bermulanya takdir yang dicipta oleh tuhan buat mereka berdua.
Share this novel
x sabar nk tgu honey updare.
Tamat dah ke