Enam Belas

Romance Series 19246

Yasmin bangun dari tidur. Tubuh lelaki di sebelahnya itu dia renung. Wajah kacak Naufal yang lena tidur akibat letih melayan tetamu semalam dia renung lama. Tergelak kecil dia apabila teringat kejadian semalam. Selepas sahaja tetamu beransur pulang, ummi dan abi mengarahkannya untuk membawa Naufal naik ke bilik dan berehat. Dia tahu Naufal penat melayan tetamu, jelas kelihatan pada wajahnya. Walaupun senyuman tidak lekang dari bibirnya, dia tahu suaminya penat.

Jam di dinding dia tenung, 3:30 AM. Rambut Naufal dia sentuh lembut.
Wajah ini dia tidak dapat tafsirkan apa yang berlegar difikirannya. Terngiang-ngiang apa yang Naufal bualkan semalam bersamanya.
Selepas sahaja mereka masuk ke dalam bilik semalam, terus sahaja Naufal masuk ke dalam bilik air dan mandi membersihkan diri. Selepas Naufal, dia pula yang membersihkan diri dan mereka menunaikan solat isya’ bersama. Seusai solat, terus sahaja Naufal merebahkan dirinya di atas katil dan Yasmin hanya mampu berdiri tegak seperti tugu negara di situ.

“Awak tak nak baring ke? Tak penat?” Tanya Naufal dengan matanya yang terpejam rapat.

“Awak tidur dulu, saya nak keluar ke dapur sekejap.” Belum sempat aku memulakan langkah. Lengan ku ditarik dan tubuhku jatuh ke dalam pelukannya.

Aku duduk diam di atas pehanya. Tidak bergerak walaupun seinci.
“Awak takut ke?” Bisiknya di telinga ku.

“Mana ada saya takut. Saya haus sebab itu saya nak pergi dapur.” Bohong aku. Jantung aku seperti mengadakan pesta, berdegup laju.
Tidak memberi peluang langsung untuk aku menenangkan diri.

Tangan itu semakin erat memeluk pinggangku. Dagunya diletakkan di atas bahuku. “Hmm wangi.” Luahnya.
Perasaan aku bercampur baur, gelisah dan takut.
Aku tahu itu sudah menjadi tanggungjawab aku untuk memenuhi permintaannya tetapi aku risau jika aku tidak seperti apa yang di mahukan. Aku pusingkan tubuhku menghadapnya, rambut Naufal aku sentuh. Wajahnya aku sentuh dari mata, hidung dan jatuh menyentuh bibirnya.

“Saya nak ajak awak tidur. Awak jangan risau saya faham. Saya tak akan paksa, saya hormati keputusan awak.” Pujuk Naufal.

“Saya minta maaf. Saya tahu awak suami saya tetapi saya cuma rasa yang saya perlukan sedikit masa.” Rambut aku dia belai lembut.

Pelukan dilepaskan. Pipi aku dia pegang lembu. “Tapi saya ada satu permintaan, kalau saya minta ni awak kena tunaikan. Saya tak akan terima sebarang alasan.”

“Apa?” Soal aku.

“Saya nak awak panggil saya abang and saya nak panggil awak sayang.” Pinta Naufal.

Aku ingat permintaan apalah tadi. Risau aku. “Abang? Tapi awak muda 5 tahun dari saya. Awak panggil saya kakak lah, saya panggil awak adik.”

Terkejut Naufal mendengar jawapan aku. Sengaja aku mahu usik dia. Sekali sekala aku usik suami sendiri apa salahnya.
“Okay lah kakak. Kakak cantik tak nak tidur ke adik penat ni. Badan lenguh-lenguh, ini kalau dengan kakak ni memang mimpi indah adik malam ni.”

Aku ternganga. Betul-betul dia panggil aku kakak, aku nak mengusik
sahaja. “Janganlah panggil saya kakak, saya gurau je.”

“Eh kakak ni, tadi dia yang suruh saya panggil awak kakak. Adik ikutkan sahaja lagipun saya kan muda 5 tahun dari awak.” Guraunya lagi.

“Abang, Yasmin gurau je.” Aku dekatkan muka aku ke arah mukanya dan satu kucupan singgah di pipinya.

Dia memandang aku. Tersenyum dia apabila aku memanggil nya abang. Melihat dia tersenyum sudah cukup membuat aku gembira. Yasmin, janji akan cuba jadi yang terbaik untuk abang. Akhirnya aku dan Naufal terlena akibat terlalu letih.

Aku tersedar dari lamunan. “Sayang, hmm.”
Pinggang ku ditarik lembut masuk ke dalam pelukannya. “Sayang awal lagi.”

Aku berdiam diri. Semakin erat tangan kekar itu memeluk tubuh kecilku. Aku lemas di dalam pelukannya, dada ku berombak laju. Aku donggakkan kepala memandangnya. Matanya masih terpejam rapat.

“Abang..” Panggilku.

Tiada sahutan darinya, mungkin masih lagi mengantuk. Tetapi dia tetap tidak melepaskan pelukan erat ini. Aku cuba mengalihkan tangannya dari pinggangku.

“Biar. Saya suka macam ni.”

Perbuatan aku terhenti. Ingatkan masih lagi lena diulik mimpi indah.
Matanya dibuka perlahan. Tajam renungan itu diberikan pada aku. Tetapi bibirnya tetap mengorak senyuman kepada aku.
Rambutnya yang serabai itu aku betulkan. Pipi nya aku pegang lembut, ciuman pagi aku berikan.

”Abang tak sejuk ke?” Soalku kerana semalam dia tidur tak berbaju. T-shirt nya dia campak saja ke lantai semalam.

“Tak. Memang selalu tidur macam ni. Lagipun kalau abang sejuk, sayang kan ada. Sayang boleh hangatkan abang. Macam sekarang ni, selesa.”

Pelukan dilepaskan. Mungkin dia perasan yang aku seperti hendak lemas di dalam dakapannya. Tidak cukup nafas aku apabila dipeluk sebegitu. Aku bangun dan getah rambut aku capai. Rambut aku sanggulkan dan t-shirt nya yang di atas lantai itu aku ambil. Penghawa dingin aku matikan, sudah sejuk beku aku pagi ni.

“Saya mandi dulu ye, nanti lambat pula nak jemaah subuh dengan abi semua.”

Dia anggukkan kepala dan aku masuk ke dalam bilik air tetapi kali ini bersama baju gantian. Tidak mahu aku kejadian yang sama berulang lagi. Selesai sahaja aku mandi, dia masuk ke dalam bilik air. Baju dan tracksuit nya aku letakkan di atas katil. Aku siap-siap memakai telekung dan menunggu nya untuk turun bersama.

“Sayang, abang tak bawa my shirt and tracksuit. Can you bring it for me?” Pintanya.

“Abang pakai dekat luar je. Saya tutup mata, cepat.”

Cepat-cepat mata aku pejam rapat. Pintu bilik air dibuka, aku dapat rasakan tangannya cuba untuk melakukan sesuatu kepadaku.

“Abang, yasmin dah ada wudhu’. Don’t you dare try to do anything.” Ugutku.

“Aik. Abang tak buat apa pun. Nak ambil baju, dah buka mata tu. Jom turun nanti marah Ummi dan Abi.”

Aku membuntuti nya turun. “Turun dah pengantin baru ni. Lama sangat kami tunggu.” Usik Am.

Kami mula menunaikan solat subuh bersama, diimamkan oleh suami ku sendiri. Bangga kerana kini rumah ini mampu kembali mempunyai imam yang mampu mengimamkan solat keluarga aku semula.
Tangan ditadah. Naufal mula membaca doa.

“Ya Allah ya tuhanku. Aku bersyukur kepadamu kerana diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada keluarga ini. Sungguh besar hadiah yang kau beri padaku. Ya Allah ya tuhanku kau panjangkan lah umur kami, kau limpahkan kami dengan rezeki dan kebahagiaan yang telah engkau janjikan. Ya Allah ya tuhanku, aku tidak minta perkahwinan yang sempurna tetapi kau kuatkan lah kami ketika menghadapi ujian yang kau telah kau susun rapi di setiap perjalanan ini. Amin ya rabbal alamin.”

Selesai sahaja solat ummi meminta aku membawa Naufal naik ke atas semula. Kata ummi Naufal perlukan rehat lagi walaupun aku tahu Ummi mahukan aku dan Naufal berehat sahaja tanpa melakukan apa-apa tugas. Abi kata Am ada untuk tolong ummi menyiapkan sarapan pagi hari ini.

Naufal menepuk lembut bahuku. “Kenapa?” Tanya ku.

“Sayang naik atas. Buka telekung lepastu turun balik. Saya tak sampai hati nak biarkan ummi buat breakfast seorang. Nanti awak bawakan telefon saya turun.” Pesan Naufal pada aku.

Aku buat seperti apa yang sudah Naufal pesankan. Telefonnya aku bawa turun. Aku pergi ke dapur dan melihat Naufal memakai apron dan menolong ummi memotong bawang. Alahai encik suami, comel sungguh. Telefonnya aku letak di atas meja makan dan aku bergerak ke arahnya. Terkial-kial dia memotong bawang. Kalau macam ni tak siaplah sarapan pagi ni.

“Mari Yasmin ajarkan.”

Aku meletakkan tangan dia atas tangannya dan menunjukkan cara memotong bawang. Matanya yang kemerahan akibat cuba memotong bawang itu aku renung. Tergelak kecil aku.

“Jangan gelakkan abang. Abang tahu muka abang buruk sekarang.” Pisau diletakkan dan mukanya dia toleh ke arah lain. Eh merajuk ke cik abang kita ni.

“Mana ada buruk. Handsome eh suami saya.” Pujukku.

Dia menyambung semula tugasnya memotong bawang. Ummi sudah bantai gelak melihat kerenah kami berdua.

“Kalau anak dan menantu ummi yang masakkan sarapan pun sedap juga. Boleh kan?” Pinta Ummi.

Belum sempat aku kata apa-apa. Laju saja Naufal menganggukkan kepalanya. “Naufal akan masak untuk semua orang. Dibantu oleh isteri tercinta.” Sambil air matanya mengalir memotong bawang. Tidak habis-habis dari tadi.

“Saya masak nasi goreng je lah. Nanti abang tolong gorengkan kuih karipap frozen dalam peti ais tu boleh? Pastikan jangan hangit.”

“Baik maam.”

Bertungkus lumus aku menyediakan breakfast pagi ini. Seperti berperang keadaan kami sekarang. Dengan Naufal yang struggle tak mahu hangitkan kuih karipap dengan aku yang nak masak sambil tengokkan dia lagi. Suami, suami. Nasib sayang.

Ummi, Abi dan Am sudah bantai gelak di meja makan melihat kami.

“Saya happy tengok anak kita makin gembira sekarang. Betullah perkahwinan kedua ini bukan satu penyesalan buat kita dan juga Yasmin. Saya harap Yasmin dapat jaga Naufal sebaiknya, sebab saya yakin mulai sekarang Yasmin bergantung hidup dengan Naufal.” Luah Ummi sambil melihat kami berperang di dapur.

Akhirnya selepas 30 minit, siap juga sarapan pada pagi ini. Dengan kuih karipap yang aku boleh katakan separuhnya hampir hangit.
Am sudah tergelak besar melihat kuih karipap yang digoreng Naufal. Abi terus menadah tangan dan membaca doa makan.

“Sedap karipap ni. Pandai Naufal goreng.” Puji Ummi.

“Amboi ummi nak ambil hati menantu ke. Karipap frozen je, Am pun boleh goreng. Bukan setakat karipap, semua Am boleh buat.”

“Kamu ni, cuba lah puji sikit abang ipar kamu tu.” Ummi mencubit lengan Am.

Padan muka kau adik, nak kutuk suami aku lagi. Kan dah mendapat akibatnya. Naufal sudah tersenyum sipu, bangga betul dengan karipap dia tu.

“Kamu berdua tak nak pergi honeymoon ke? Abi boleh sponsor kan.” Soal Abi.

Aku memandang Naufal. Aku tidak kesah kalau dia tidak mahu pergi lagipun waktu perkahwinan aku yang dulu pun aku tak pergi kerana menghormati keputusan suami. Kali ini jika Naufal tidak mahu akan aku turutkan juga.

“Naufal ada terfikir nak bawa Yasmin pergi honeymoon tetapi Naufal tak tahu Yasmin nak pergi mana.” Ujar Naufal sambil menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya.

“Jadi Yasmin nak pergi mana?” Tanya Abi.

Sebenarnya banyak tempat aku nak pergi, dalam dan luar negara. Aku terlalu teringin nak ke bali. Katanya pemandangan di sana cantik. Aku juga teringin ke Bora-Bora island. Tapi aku tidak mahu susahkan Abi, lagipun kalau dapat ke luar negara ini buat seketika untuk menikmati pemandangan di negara lain sudah cukup buat aku. Lagipun aku sakit, kalau pergi jauh nanti susahkan Naufal.

“Awak nak pergi sejauh mana pun saya bawakan. Jangan risau.” Pujuk Naufal. Dia seperti tahu apa yang berlegar di fikiran aku.

“Yasmin nak ke Bali ataupun Phuket. Kalau ada masa nak ke Phi Phi Island. Boleh ke Abi?”

“Boleh princess.” Jawab Abi sambil tersenyum.

Aku memandang Naufal semula, terasa seperti berat permintaan aku kali ini. Aku risau jika dia busy untuk merawat pesakit.

“Sayang jangan risau. Kita pergi lepas chemo awak minggu ini. Mungkin next week kita boleh pergi so awak boleh fikirkan lagi awak nak ke mana. Kalau pasal cuti, awak jangan risau saya kerja sebelum ni jarang off so besar peluang saya nak cuti.”

Naufal menggenggam jari aku lalu tersenyum. Aku mengangguk faham. Walaupun dia muda tetapi cara dia berfikir lebih matang dari aku.

“Betul apa yang Naufal kata. Kakak jangan risau nanti kalau Naufal off, Am boleh cover kan pesakit dia. Don’t worry. Just enjoy your marriage life with him.” Luah Am seikhlas nya.

Selesai sahaja makan, Am terus menolong aku membasuh pinggan dan membersihkan meja. Katanya aku perlu berehat, dia kesian melihat aku memasak tadi. Aku duduk di ruang tamu bersama Ummi manakala Naufal duduk di luar bersama Abi, dah ada kawan untuk minum kopi bersama.

“Yasmin betul ke mahu ke tempat-tempat tadi? Boleh je pergi jauh sikit. Dekat sangat lah tempat Yasmin nak pergi tu. Ummi ingat Yasmin nak ke Bora-Bora Island atau Maldives.”

Belum sempat aku nak bercakap, Am sudah mencelah dahulu.
“Entah kau ni kak. Lelaki kau tu kaya, kikis sikit duit dia. Lagipun kau tu paling jauh pun pernah ke sabah je. Dengan bekas suami kau tu dulu asyik terperuk kat rumah. Honeymoon pun tak pergi, sebuk nak kau duduk rumah layan mak dia.”

Ummi mencubit peha Am. “Apa kamu ni asyik sebut nama orang tu lagi. Tak suka lah ummi dengar.”

“Tak apa. Lagipun kesian Naufal. Yasmin memang nak ke Bali atau Phuket sahaja. Nak enjoy beach view. Nak ketenangan sekejap.”

Ummi mengangguk faham. Am masih lagi mengusap peha nya yang dicubit oleh Ummi. Aku harap chemo kali ini tidak teruk supaya aku ada kekuatan untuk menikmati honeymoon aku kali ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience