Mahkamah Syariah Shah Alam.
Hati yang tenang kini kembali pilu. Wajah Abi dan Am aku tatap. Memohon semangat yang kini hilang. Am menyentuh bahuku.
“Akak kuat ya. Am dengan Abi akan ada dengan akak.” Ujarnya.
Telefon Abi berdering.
”Assalamualikum, dah sampai ke kat mahkamah.”
“Waalaikumussalam. Baru je sampai, awak jangan risaulah. Saya jaga princess kita elok-elok.”
“Saya tahu bang, tapi naluri seorang ibu ni abang tetap risau dengan keadaan anak kita tu. Jagakan Yasmin ya, pesan dekat dia saya minta maaf sebab tak dapat teman dia. Awak tahukan saya ni tak mampu nak tengok muka bekas menantu dan mertua kita tu”
“Saya faham. Awak tu jaga diri dekat rumah. Saya tutup dula ya. Assalamualikum.”
Panggilan dimatikan. Abi memandang kearah ku.
“Ummi pesan kat Abi yang dia rasa bersalah sebab tak teman kamu.” Beritahu Abi.
Ya Allah, aku tak terasa hati pun bila Ummi tak dapat teman aku ke sini. Aku faham perasaan Ummi.
Kami bertiga turun dari kereta dan masuk ke dalam mahkamah syariah. Aku menarik nafas, semoga diberi kekuatan.
Selepas 1 jam, akhirnya Yasmin Aneesa binti Khalid berjaya menyandang status Janda diusia 30 an.
Wajah Imran aku tatap buat kali terakhir. Wajah itu yang aku akan rindui. Wajah itu yang aku sayang sepenuh hati. Wajah itu juga pernah menzahirkan rasa gembira dalam hidupku.
Aku melangkah ke arah Imran dan ibunya. Aku menghulurkan tangan untuk menyalam tangan wanita tua itu. Walaupun pernah diherdik dan dihina, wanita tua ini tetap aku sayang seikhlas hati. Dia menghulurkan juga tangannya kepadaku. Aku cium tangannya.
“Kau ni dah kenapa nak cium tangan aku. Tak payah nak bawa bala kau pada keluarga aku.” Wanita tua itu menarik kasar tangannya.
“Maafkan Yasmin ibu, Yasmin tak sengaja.”
“Aku ni bukan lagi mertua kau, tak usah nak panggil aku ibu. Jijik aku dengar, aku tak tahulah macam mana anak aku ni boleh jatuh cinta dengan kau sampai abaikan aku dulu.” Ujarnya.
“Tapi ibu-”
“Kau tak faham bahasa ke, aku cakap aku bukan mak mertua kau lagi. Jadi panggil aku Puan Nora.” Marahnya.
“Baiklah Puan Nora, maafkan Yasmin.”
Aku toleh memandang wajah Imran. Wajahnya tidak langsung menunjukkan riak sedih.
“Imran. Terima kasih untuk 3 tahun yang penuh dengan suka dan duka. 3 tahun itu adalah tahun-tahun yang bermakna buat saya. Terima kasih kerana mencintai wanita tak sempurna ini Imran. Terima kasih kerana pernah membahagiakan wanita yang bernama Yasmin Aneesa binti Khalid.” Luahku.
Imran memandangku kosong.
“Sayang, lama lagi ke you dekat sini. I penat tunggu you dalam kereta. Panaslah, tengok ni you dah berpeluh. Kesian sayang I.”
Aku pandang wanita yang memegang erat lengan Imran. Cantik persis wanita mat salleh. Sempurna bila berdiri disebelah Imran. Tampak cocok.
“Riana you tunggu i dalam kereta. Kejap lagi I datang, bawakan ibu sekali.” Pintanya.
Riana tersenyum memandang Imran. Manakan sempurna nya aku jika nak dibandingkan dengan wanita muda ini. Senyumnya sahaja mampu mencairkan hati ramai lelaki.
“Okay sayang. Ibu jom Riana pimpin ke kereta. Mesti ibu penat.”
Ibu tersenyum lalu berpimpin tangan dengan Riana ke kereta.
“Awak dah jumpa calon yang terbaik. Tahniah, saya doakan kebahagian awak. Maafkan saya sebab tak boleh jadi isteri yang sempurna. Halalkan makan minum saya untuk 3 tahun itu.”
“Kau memang tak sempurna Yasmin, kita boleh bahagia kalau kau tak bawa bala itu ke perkahwinan kita. Aku menyesal Yasmin, menyesal sangat memperisterikan kau.” Luah Imran tanpa memikirkan perasaan ku.
Air mata mula membasahi pipi. Aku tak pinta penyakit ini untuk hadir.
Tanganku dingenggam seseorang.
“Abang Imran, maaf kalau apa yang Am akan cakap ni nampak kasar tapi Am yakin hidup abang Imran tak akan sempurna tanpa kakak disisi. Wanita ini mensiakan hidupnya untuk suami tercinta. Wanita ini bisa terbang tinggi tapi disimpan sayapnya untuk suami tersayang. Wanita ini terlalu cintakan sang suami sehingga dia lupa dia tempatkan dirinya di dalam neraka buatan abang. Wanita tak sempurna ini abang, bakal kibarkan sayapnya ke syurga.”
Imran terkedu. Tak pernah dia dengar bekas adik iparnya bercakap kasar.
“Aku tak kesah, apa nak jadi sekalipun pada perempuan ini.”
Bahu Imran dipegang kasar oleh Abi. Aku pegang tangan Abi, tidak mahu Abi mengapa-apakan Imran.
“Imran, kau dengar apa yang Abi nak cakap ni.”
Aku pandang Abi, tanganku makin di genggam erat oleh Amsyar.
“Dari Yasmin kecil sampai besar, Abi turutkan semua. Tak ada satu pun kesan tangan pada Yasmin. Malah hatinya Abi jaga sebaik mungkin. Tapi kamu lelaki yang dia cinta. Lelaki yang Abi beri seluruh kepercayaan untuk menjaga Yasmin, tapi kamu hancurkan hati wanita ini. Kamu ranapkan jiwa nya, kamu musnahkan hidupnya. Kamu siakan cintanya, wanita ini tetap Abi pandang sebagai anak kecil. Wanita ini, Abi jaga sepenuh hati. Wanita ini, kiriman tuhan buat Abi.”
Abi menarik nafas, diteruskan percakapannya yang terhenti.
“Terima kasih kerana beri manisnya cinta pada Yasmin. Terima kasih kerana pulangkan anak Abi sebaiknya. Terima kasih untuk 3 tahun itu Imran. Terima kasih kerana pulangkan wanita sempurna ini pada Abi. Terima kasih sekali lagi kerana kamu lepaskan wanita ini untuk terus terbang tinggi mencari kebahagiannya yang telah ditakdirkan oleh tuhan. Terima kasih.”
Abi menarik lenganku dan beredar dari situ. Aku toleh wajah Imran yang kembali merunsing, mungkin kata-kata Abi ada benarnya. Aku lepaskan impian untuk suami tercinta. Aku simpan sayap ini untuk kebahagian suami. Terima kasih tuhan kerana sedarkan aku dari mimpi.
Share this novel