Lapan

Romance Series 19246

“Semalam keluar ke mana doktor Naufal kita ni? Tak pernah nak cuti, selalunya kalau cuti tetap gagahkan diri datang hospital. Sanggup sedekah cuti pada doktor lain, sebuk kan diri dekat hospital. Semalam hampir luruh jantung saya dengar doktor cuti.” Ujar Nurul.

Naufal renung gadis didepannya, mahu saja dia cubit-cucit mulut becok gadis itu. Tak padan dengan kecil, mulut mengalahkan makcik bawang dekat hospital ini. Lagi kuat bawang dia. Naufal menghirup kopi panas yang dibelinya tadi.

“Awak sebuk kenapa? Awak nak saya laporkan dekat buah hati pengarang jantung awak tu ke?”

Terus senyap gadis itu. Tahu pun takut kalau buah hati dia tahu bertapa becok nya mulut dia.

Rring… Rring…

Telefon yang berada di dalam kot putihnya diambil.
“Hello Am kenapa?”

“Kau datang bilik Ijah sekarang. Budak ni pengsan lagi. Cepat, aku dah call ibu nya.”

Telefonnya dimatikan dengan segera. Wajah Nurul dipandang, dia angguk tanda faham dengan pandangan Naufal. Berlari mereka berdua ke wad anak kecil itu. Mahu tercabut jantung nya bila mendengar bahawa anak kecil itu pengsan sekali lagi. Tuhan beri aku peluang.
Pintu bilik ditolak kasar. Dia mahu melihat wajah anak kecil itu, tubuh Am ditolaknya lembut. Wajah anak kecil itu dipandang sayu, tahan ya sayang.

“Naufal, aku dah check keadaan dia. She can’t make it, tubuh dia lemah. Jangkaan kita meleset, 2 bulan yang kita ramalkan bakal berakhir. Aku tak tahu bila, jadi we should prepare ourselves.” Ujar Am.

Kata-kata yang dari mulut Am aku hiraukan. Aku tak nak kehilangan Ijah, anak kecil ini sudah aku anggap bagai nyawa sendiri. Anak kecil ini banyak memberi kebahagiaan kepada aku. Hilangnya Hawa, Tuhan hadirkan anak kecil ini yang menceriakan hari-hari aku di hospital.

“Ijah sayang, doktor Naufal ni. Buka mata sayang, tolong buka mata demi doktor.”

Pintu bilik dibuka. Wajah Puan Liza terpapar di hadapan kami, wajah itu tersenyum. Tiada riak sedih pada mukanya.
“Puan, maafkan saya.” Ujar Naufal.

Puan Liza melangkah ke arah kami. Bahu Naufal ditepuk lembut, dia senyum kepada Naufal.
“Tak perlu minta maaf, you did a good job Naufal. 2 tahun yang bermakna buat Ijah. Terima kasih buat Am dan Nurul juga.”

Tangan kecil itu diusap lembut. Dia mengucup lembut dahi anaknya, lama kucupan itu. Rambut Ijah dikemaskan.
“Sayang, ibu redha. Kalau ini takdir yang tuhan mahukan, ibu redha. Ibu sayang Ijah.”

Am keluar dari bilik dan menelefon Yasmin. Insan lain yang turut menjaga Ijah, Am tahu kehadiran kakaknya nanti bakal mengalirkan kekuatan kepada seseorang.
Naufal juga turut keluar dari bilik, terduduk dia di hadapan Am. Lemah.

“Kuat Naufal, kita doktor. We treat people, kita cuma merawat yang menyembuhkan itu kerja tuhan. Kita sudah buat yang terbaik, kami tahu usaha kau. Ijah juga tahu."

30 minit kemudian.
Tangan itu menepuk lembut bahu lelaki yang tertidur di hadapan wad pesakit. Dia tersenyum memandang lelaki itu, cuba sedaya upaya untuk memberi kekuatan.
“Yasmin.”

Yasmin memandang wajah Naufal. Simpati. Itu yang dia rasakan, dia juga turut berduka dengan keadaan Ijah cuma dia tidak mahu terbawa dengan perasaan duka itu. Kalau Puan Liza boleh redha kenapa dia tidak.

“Yasmin, she can’t make it. I don’t know what should I do now. Saya keliru Yasmin.” Luahnya.

Yasmin duduk di sebelah Naufal. Mata helang itu dia tatap lembut, sayu.
“Redha, itu yang patut awak buat. I know you can do it.”

Pintu bilik dibuka kasar. Wajah Nurul pucat.
“Doktor, Ijah. Ijah dia-”

Naufal masuk ke dalam bilik pesakit. Tubuh Ijah bergoncang kuat. Anak itu sedang bertarung.
“Ijah… Ijah. Nurul apa awak tercegat lagi. Ijah, she need us.”

Tubuh Naufal ditahan. Puan Liza menahan tubuh tegap itu dari melakukan apa-apa. Semua yang berada di dalam bilik itu kaku. Tubuh Ijah yang bergoncang kuat itu semakin melemah.
“Naufal, kalimah syahadah. Bisik di telinga anak saya. She need you.”

Tubuh tegap yang kaku itu kembali melangkah. Dia gagahkan dirinya membisikkan kalimah syahadah itu.

“Sayang, asyhadu an la ilaha illallah, wa asyhadu anna muhammadar rasulullah.”

Tubuh lemah anak kecil itu berhenti dari menunjukkan sebarang riaksi. Naufal periksa nadi anak kecil itu. Tiada sebarang denyutan nadi, nafasnya juga terhenti. Kaku, Naufal memberhentikan perbuatannya.

“Filzah Athirah binti Mohd Amin telah menghembuskan nafasnya pada jam 3.30 petang.”
Puan Liza melangkah ke arah tubuh kaku anaknya. Dia mencium tubuh kecil itu buat kali terakhir. Dia tutup tubuh anaknya dengan selimut putih, air mata yang ditahan mengalir jua.
“Sayang, tunggu ibu di syurga ya. Bidadari kecil ibu, bermain lah kamu di taman syurga sepuasnya. Ya allah, terima kasih untuk amanah yang kau beri pada ku. Amanah ini adalah hadiah besar yang kau hadirkan buat ku. Kau ambil kembali dan aku redha.”

Yasmin melangkah ke arah Puan Liza. Tangan Puan Liza digenggam erat.
“Ijah, bunda janji bunda akan jaga ibu untuk Ijah. Bunda ingat janji yang pernah bunda ucapkan. Tenang di sana ya sayang.”

Aku menoleh mencari Naufal. Hilang, dia sudah hilang dari bilik ini. Aku lihat Nurul masih teresak-esak di penjuru bilik ini. Menangislah Nurul, akak faham.

Aku keluar dari bilik untuk mencari Naufal. Aku tahu dirinya sangat lemah sekarang, aku tak nak dia bersendirian. Dia pernah kehilangan arwah Hawa dan aku faham peritnya untuk kehilangan orang yang kita sayang sekali lagi. Aku menuju ke bilik Naufal, pintu bilik aku buka.
Terpapar tubuh tegap yang terduduk di lantai itu di hadapanku. Aku masuk dan menutup semula pintu bilik. Aku melabuhkan punggung di sebelahnya.

Aku usap lembut tubuh Naufal. Tisu di dalam beg tangan aku ambil dan serahkan kepadanya.

“Menangis sepuasnya. Lepaskan semua, jangan ditahan.” Ujarku.

“Hawa. Saya tak kuat.”

Aku mati kata. Nama hawa yang terpacul keluar dari mulutnya. Aku faham, Hawa dan Ijah.

“Naufal, ini saya Yasmin. Saya bukan Hawa.” Aku usap lagi tubuhnya. Aku mahu dia luah apa yang dia pendamkan.

“Maafkan saya. Saya tak kuat Yasmin. Saya hilang dua insan yang saya sayang. Dua insan yang hadirkan bahagia buat saya. Hidup saya hancur Yasmin. Kenapa tuhan ambil dua insan ini bila mereka yang beri saya rasa bahagia itu." Luahnya.

“Naufal. Jangan persoalkan kerja tuhan. Dua insan ini hadir beri awak bahagia, dua insan ini juga beri kita something that we need to learn. Mati itu pasti. Naufal, awak sudah buat yang terbaik. Awak beri tahu saya yang Ijah boleh hidup untuk 2 bulan lagi. Tapi tuhan itu tidak kejam, dia ambil Ijah awal dari jangkaan awak. She suffered a lot, sudah cukup buat dia.”

Mata helang itu merenung aku. Mata nya sembap, pertama kali aku lihat lelaki ini begitu lemah. Baru beberapa hari lepas dia suruh aku kuat demi Ijah tapi sekarang dia juga turut lemah. Aku berikan senyuman yang paling manis kepadanya. Aku usap air matanya yang masih tersisa.

“Dah tak handsome doktor Naufal saya ni. Jangan sedih, kuatkan diri. Awak kena kuat. Awak doktor, mana boleh sedih-sedih.” Ujarku.

Terlepas tawa nya. Akhirnya aku dengar juga tawa ini, di hadiahkan dengan senyuman.

“Janji dengan saya Yasmin. Awak akan tetap berdiri di sisi saya. Jangan tinggalkan saya.” Pintanya.

Aku diam membisu. Aku tatap mata helang yang penuh dengan harapan itu. Naufal, pertemuan yang tidak dijangka ini melemahkan diri saya. Saya juga berpenyakit, saya tidak tahu sampai bila saya boleh hidup. Naufal, saya tidak mahu perkenalan ini berterusan tetapi apakan daya saya sudah mula jatuh suka pada awak. Naufal dengan izin tuhan saya akan tetap berdiri dan menyokong awak. Tetapi saya juga takut jika tuhan tarik nyawa saya bila saya sudah mula kecapi bahagia.

“Yasmin. Janji?”

Aku tersenyum. “Janji dengan izin tuhan.”

Nurul berhenti dari membuka pintu bilik. Perbualan dua insan ini terasa sayu. Ya Allah, kau izinkan dua hati ini mengecapi bahagia. Kau kuatkan dua jiwa itu untuk mengharungi duka dan liku untuk terbang bersama. Ya Allah, kau sembuhkan penyakit kak Yasmin. Sesungguhnya dua jiwa ini berhak terima bahagia di dunia sebelum kau tarik kembali dua jiwa ini.

****

“Alhamdulillah arwah Ijah telah selamat dikebumikan. Kakak nak datang tak tahlil nanti?” Soal Am.

Aku menoleh. Gelas yang berisi air suam itu aku letakkan kembali di atas meja. Aku pun tak pasti untuk hadir ke majlis tahlil arwah Ijah atau pun tidak. Bukannya aku tak sudi cuma dengan keadaan aku yang sangat lemah sekarang. Aku tidak berdaya, lagipun esok aku ada sesi rawatan chemotherapy.

“Maaf Am akak tak dapat pergi. Am tahu kan akak kena rehat dengan cukup. Esok akak perlu gunakan seluruh tenaga. Akak risau akak pengsan pula esok.” Beri tahu aku pada Am.

“Am faham. Tak apa lagipun Naufal pun tak hadir. Mungkin berehat lagipun esok Am patut nya cuti, tapi Am kena ganti Naufal pula. Katanya ada hal esok.”

“Hal apa?” Soalku.

Am angkat bahu tanda tidak tahu. Dia meneruskan langkahnya dan kemudian berhenti semula.
“Mungkin melawat kubur arwah Hawa. Sebab selalunya kalau Naufal sedih ataupun ada masalah dia akan pergi kubur arwah Hawa. Apa yang Am tahu dia akan bercerita semua pada arwah Hawa. Rindu mungkin.”

“Ouh rindu. Akak faham.” Luahku.

“Akak Am tak sengaja. Am-”

“Dia bukan milik akak. Walaupun dia cakap dia mahu akak di sisinya, sentiasa. Arwah Hawa tetap yang pertama. Akak baru sahaja berkenalan dengan dia. Untuk dia lupakan Hawa sangat mustahil.”

Hampa. Itu yang aku rasakan, aku faham arwah Hawa sentiasa menjadi yang pertama. Aku tidak mahu persoalkan cuma aku agak kecewa. Dia mahu aku sentiasa di sisinya kenapa mesti arwah Hawa juga yang dia cari. Janji itu aku ingat.

“Akak Am tahu apa yang akak rasa tetapi percaya cakap Am. Naufal tidak bermain perasaan dengan akak. Dia serious cuma ambil masa untuk melepaskan semua kenangan 2 tahun lalu. Dengan pemergian Ijah, Am yakin dia akan teringat kembali pada arwah Hawa. Lagipun Nurul ada beri tahu Am yang dia terdengar Naufal panggil akak dengan nama Hawa.”

Aku terdiam, cincin di jari aku tatap. Siapa aku untuk persoalkan apa yang Naufal lakukan. Aku dengan dia cuma berkawan. Janji? Siapa aku untuk persoalkan janji itu.

“Lagi pun akak juga ragu-ragu dengan perasaan akak kan? Am tahu akak juga masih tak lupakan bekas suami akak tu. Jadi untuk apa akak persoalkan perbuatan Naufal. Kalau akak rasa kecewa, Am yakin Naufal juga kecewa. Am nampak akak pergi jumpa Naufal hari itu dengan cincin perkahwinan di jari.”

Aku tersentak. Bukannya aku tak boleh lupakan Imran. Tetapi aku masih takut untuk memberi peluang pada Naufal, aku takut dikecewakan sebab itu cincin ini masih aku sarungkan di jari.

“Ouh Am just nak cakap akak beruntung untuk kenal Naufal. Bagi Naufal arwah Hawa itu terlalu sempurna sehingga tiada wanita yang mampu menandinginya. Maybe Naufal nampak sesuatu pada akak dan Am nak akak fikir apa yang Naufal sedar tentang akak. Maaf jika Am berkasar.”

Am meneruskan langkahnya keluar. Kata-kata Am meninggalkan kesan yang dalam di hatiku. Ada benarnya, 2 tahun Naufal menutup pintu hatinya tetapi kenapa dia bukakan semula demi aku. Apa dia nampak pada diri aku ini. Ya Allah aku keliru.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience