Tiga Belas

Romance Series 19246

Rring..Rring..

Telefon yang berbunyi itu dia capai lalu mematikan panggilan telefon. Dia tahu dia bakal mendengar bebelan Naufal sebentar lagi. Yasmin memandang jam di dinding, 8.30 pagi. Sebenarnya selepas sahaja dia selesai menunaikan solat subuh dia terus menghantar pesanan kepada Naufal supaya menelefonnya sebelum pukul 9. Number Naufal dia dial semula. Bismillah.

“Assalamualaikum awak, saya minta maaf sebab tak jawab telefon tadi.”

Terdengar keluhan Naufal di corong telefon.

“Waalaikumussalam, lain kali kalau saya telefon tolong jawab. Saya risau tadi, hampir saya call ummi tadi.”

“Baiklah Naufal sayang, saya janji tak buat lagi.” Pujukku.

“Awak ulang balik yang part sayang tu, sejuk pula hati saya dengar.” Pinta Naufal.

“Naufal sayang…sayang…” Geli hati aku mengusik Naufal ketika sedang bekerja.

“Awak ni mendayu betul suara panggil saya sayang, hampir gugur jantung saya. Tak sabar betul nak kahwin, hari-hari boleh dengar.”

“Ish pergi sambung rawat pesakit tu. Saya nak bersiap keluar ni, dah janji nak jumpa orang tu hari ini. Nanti tak jadi pula dia nak deal dengan saya.”

“Okay, jaga diri. Bye.”

Aku letakkan telefon di atas meja, tuala aku capai. Hari ini hari penting buat aku. Tak sabar pula nak mulakan hidup baru dengan azam yang baru. Good luck Yasmin.

****

“Hei doktor kacak kita ni tersenyum je dari tadi, buah hati telefon ke?” Tegur kak Nor. Dia merupakan antara salah satu cleaner yang sudah lama berkhidmat di HKL. Kak Nor juga antara tempat dia luahkan kesedihan dan beban yang dia alami. Sejak pertama kali Naufal jejakkan kaki ke hospital ini sehingga kematian kekasihnya juga kak Nor tahu.

“Lupa pula nak beritahu kak Nor yang saya bakal mendirikan rumah tangga dengan perempuan yang saya cintai sepenuh hati”

“Alhamdulillah, kak Nor gembira dengar berita ini dari kamu. Kak Nor tak tahu siapa wanita beruntung tu tapi kak Nor doakan semua dipermudahkan buat kamu. Berbahagialah.”

“Kak Nor ada apa-apa tips atau nasihat untuk saya?” Tanya Naufal.

“Ada. Kak Nor nasihat supaya Naufal dan bakal isteri cekal mengharungi suka dan duka bersama. Perkahwinan ini tidak mudah Naufal, sangat mencabar. Tetapi akan jadi mudah jika niat kamu itu betul. Naufal, kak Nor nak pesan supaya jangan dijunjung ego di dalam perkahwinan. Jika isteri kamu ada silap tegur silapnya dengan sopan. Jangan dimarah, jangan kamu anggap kamu suami kamu benar semuanya. Itu sahaja yang kak Nor nak pesan.”

Bahu ku ditepuk lembut. Kak Nor beredar untuk menyambung kerjanya. 3 bulan ini terasa lama, mahu saja dia percepatkan lagi tarikh tetapi dia tak mahu nampak gelojoh. Lagipun tak banyak persiapan yang perlu dilakukan, Yasmin mahu kami menikah di masjid sahaja dan membuat majlis kesyukuran kecil-kecilan. Hanya rakan-rakan rapat sahaja yang di jemput. Katanya ini perkahwinan keduanya, dia tak mahu berlebihan takut membazir.

Naufal turutkan sahaja apa yang Yasmin mahu lagipun kedua-dua orang tua kami tidak mahu masuk campur cuma mereka hanya uruskan tetamu yang ingin dijemput.

****

Aku masuk melangkah ke dalam sebuah cafe. Aku meninjau setiap sudut cafe ini, cantik.

“Hi cik Yasmin. Saya owner cafe ni.” Tegur seseorang.

Aku pusing menghadapnya. Tidak sabar aku untuk berurusan dengan wanita ini.

“Hi Puan Sara. Nice to meet you. Tercapai jua harapan kita untuk berjumpa.”

Kami duduk di sudut yang sedikit tersorok. Tujuan aku mahu berjumpa dengan Puan Sara kerana dia mahu menjual cafe nya kepada aku. Katanya dia mahu berpindah ke Dubai bersama suaminya. Puan Sara juga seorang wanita yang pernah dirobek hati dan kepercayaannya oleh suami tercinta. Perkahwinan keduanya banyak membantu Puan Sara untuk kembali tersenyum. Apa yang aku tahu dia berkahwin bersama kawan baiknya, perkahwinan yang diatur oleh keluarga walaupun ini bukan perkahwinan pertamanya.

Kisah Puan Sara lebih menyayat hati dari kisah aku. Dia didera mental dan fizikal, anaknya mati akibat didera oleh suami. Puan Sara hampir mencabut nyawanya sendiri akibat trauma didera bekas suami. Sebanyak sedikit kisah Puan Sara ini membuatkan aku untuk terus bangkit dan tabah menerima ujian dari tuhan. Perkahwinan yang baru dibina selama setahun ini membuka mata aku bahawa wanita seperti kami ini berhak menerima peluang kedua untuk bahagia.

“Yasmin, cafe ini akak baru buka dalam tempoh 5 bulan. Alhamdulillah 5 bulan itu cafe ini banyak menerima keuntungan. Kakak sudah maklumkan pada customer bahawa cafe ini akan bertukar pemilik dan akan ditambah baik oleh pemilik baharu. Nama cafe ini juga Yasmin berhak tukar, interior nya pun kalau Yasmin mahu tukar akak boleh recommend kan pada kawan akak untuk tolong kamu” Terang Puan Sara.

Aku pandang semula cafe ini. Tiada satu pun cacat cela pada cafe ini , sempurna. Aku sukakan cafe yang bercorak minimal ini. Tidak terlalu serabut.

“Tak apa akak, namanya pun Yasmin tidak tahu mahu tukar atau tidak. Cafe akak ini Yasmin suka, semuanya. Untuk nama tu nanti Yasmin bincang dengan tunang Yasmin. Mahu tanya pendapat dia dahulu.”

Puan Sara memandang aku. Dia menghadiahkan senyuman manis kepada aku. Walaupun perkenalan kami sangat singkat, cuma berkenalan dalam tempoh 3 bulan tetapi keakraban kami seperti sudah berkawan lama. Segala masalah aku cerita pada Puan Sara, berita gembira tentang pertunangan aku pun dia yang terlebih dahulu aku khabarkan.

“Akak tumpang gembira untuk Yasmin. Peluang kedua ini jangan pernah kamu siakan, hargai sebaik mungkin. Kadang-kadang orang kedua ini mungkin jadi orang terakhir buat kita sehingga kita menutup mata buat selamanya. Walaupun dia muda, akak yakin kematangan dia akan membentuk satu perkahwinan yang menjamin syurga buat kalian.”

Aku anggukkan semua apa yang Puan sara katakan. Dokumen yang dihulur oleh Puan Sara aku baca dan aku sign. Aku ambil telefon di dalam beg dan menghantar mesej kepada Naufal untuk memaklumkan padanya bahawa semuanya sudah selesai.

Aku bangun dan bergerak pulang ke rumah. Tidak sabar untuk aku ceritakan pada ummi dan abi. Pasti mereka gembira dengan pencapaian kecilku ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience