Naufal melihat telefonnya, gambar Yasmin dia tatap. Tidak tahu bagaimana dia mengumpulkan keberanian untuk menghantar message kepada Yasmin. Kopi ais itu dihirup bagi menghilangkan dahaganya. Mindanya teringat akan arwah Hawa, bukan niat dia untuk menduakan Hawa tetapi dia ingin mengenali wanita besi itu. Wanita besi yang berjuang sendiri selepas diranapkan kebahagian hidupnya. Dia tersenyum sendiri apabila terkenangkan riak terkejut Amsyar petang tadi di hospital.
“Kau nak account media social kakak aku? Kenapa?” Tanya Amsyar curiga.
“Aku just nak kenal kakak kau. Nak tahu kisah dia sendiri, tak boleh ke?”
Amsyar memandang Naufal curiga.
“Kau biar betul? Kau dah lupa pada arwah Hawa ke?” Tanya Amsyar sekali lagi.
“Bukan macam tu, aku masih sayang pada Hawa cuma minda aku ni asyik teringatkan kakak kau. Senyuman dia bila anak-anak kecil yang dirawat di hospital tu panggil dia bunda buat aku sedar yang kakak kau ada aura seorang ibu.” Ujar Naufal.
“Fine, aku bagi dengan syarat kau tak akan kecewakan dia walaupun aku tak tahu niat sebenar kau apa. Janji?”
“Aku janji.” Ujar Naufal dengan yakin.
Naufal tergelak sendiri bila terkenangkan wajah takut Amsyar. Dia bukannya seorang kasanova untuk mempermainkan perasaan perempuan tetapi ada sesuatu pada wanita besi itu yang buatkan dia semakin ingin mengenalinya.
****
Angin pagi yang sejuk mencengkam tubuhnya. Badannya digosok lembut untuk menghangatkan badan. Gambar pasangan itu ditatap, air matanya mengalir. Kelmarin dia mendapat berita yang bekas suaminya sudah pun bertunang bersama wanita muda itu, Riana. Hatinya dihirung perasaan pilu. Dia tidak menyangka secepat itu buat Imran untuk melupakan semuanya. 5 tahun menjalin cinta, 3 tahun melayari bahtera perkahwinan. Dia lepaskan semuanya kerana Imran, dia korbankan kerjayanya kerana tuntutan suami. Tuhan, kuatkan aku.
Ting!
Yasmin baca message yang dihantar seseorang di instagram.
“I know that you ada chemotherapy today so I hope that you boleh singgah floor I after you punya rawatan.”
Doktor ni dah kenapa, aku tak kenal pun dia. Amsyar ni nak kena bebel ni. Aku turun ke bawah untuk bersarapan. Aku lihat ummi, abi dan Am sudah pun berada di meja makan.
“Ehem, Am akak nak tanya, kamu ada bagi instagram akak dekat seseorang ke?” Soalku.
Am menghiraukan soalanku dan terus menyuapkan bihun goreng ke dalam mulutnya. Ummi dan Abi memandang aku curiga. Budak Am ni kalau tak buat masalah memang bukan dia lah. Am buka mulutnya.
“Akak jangan marah Am tapi Am nak tanya akak okay? Kenapa mata sembap?” Soalnya.
Aku tersentak, macam mana aku boleh lupa nak basuh muka aku tadi. Apa yang patut aku jawab. Aku tak mahu ummi dan abi bersedih.
“Akak gosok mata tadi, ada habuk.” Tipuku.
“Akak tak perlu nak tipu Am. Macam lah Am tak tahu akak menangis sebab akak tengok post abang Imran tentang majlis pertunangannya kan?”
Aku garu kepala yang tidak gatal. Mataku memandang ummi dan abi. Jantungku mengepam darah dengan laju.
“Akak-”
“Kan betul apa yang Am katakan. Akak sudahlah, move on. Am tahu iddah akak pun tak habis lagi, Am faham apa yang akak rasa, tapi tak akan akak nak sakitkan hati fikirkan lelaki itu lagi. Dia pun dah buang akak dari hidup, sedikit pun dia tak tanya khabar akak. Akak tak ingat dia gelarkan akak apa.”
Aku tahan geram dihati. Ikutkan aku mahu sahaja aku melawan apa yang Am katakan, tetapi aku tidak mahu keruhkan keadaan. Aku pandang Am yang sedang merenung ku tajam.
“Akak minta maaf, akak cuba Am. Tapi setiap kali akak cuba melangkah kehadapan. Memori lama menarik akak kembali ke tempat yang asal umpama akak hanya layak berdiri disitu.”
Am bangun dari duduk.
“Akak duduklah makan, Am tak nak runsingkan kepala akak. Jangan lupa rawatan akak harini, kalau sudi lawatlah Am waktu lunch hour nanti.” Ujar Am lalu menyalam tangan ummi dan abi. Mungkin dia kecewa dengan sifatku. Am, kakak minta maaf. Kakak tahu Am tak nak akak kecewa tapi Am akak cuba. Sentiasa mencuba.
Aku naik ke bilik untuk bersiap. Harini aku sarungkan floral dress dan gayakannya bersama tudung bawal jenama Naelofar Hijab. Bibirku yang pucat itu aku calitkan dengan lipstick color burgundy. Tampak elegant.
Aku keluar dari bilik dan turun ke bawah. Aku menyalam tangan ummi dan abi. Kereta kunci yang disangkut aku ambil.
Aku masuk ke dalam kereta dan memulakan perjalanan. Jarak rumahku ke HKL memakan masa selama 30 minit. Aku pakirkan kereta dan melangkah masuk ke hospital. Aku tekan button lift menuju ke bilik rawatan ku harini. Aku memilih bilik persendirian semenjak 5 bulan lepas kerana aku mahu bersendiri.
“Hai nurse, saya ada rawatan chemotherapy hari ini dengan doktor Amirah.”
Nurse itu membawa aku ke bilik. Aku buka pintu bilik dan wajah doktor Amirah dan kak Ayu terpancul dihadapan ku. Aku senyum kepada dua insan ini. Kak Ayu adalah nurse yang membantu doktor Amirah untuk menjalankan sesi chemotherapy pada aku. Aku duduk dihadapan mereka.
“Yasmin, aku nak terangkan yang rawatan chemo kau sebanyak 6 cycle. 12 kali sesi chemo, kau baru selesaikan 6 kali. So kau ada lagi 6 kali sesi chemo. So aku yakin kalau kau kuatkan diri kau untuk untuk teruskan rawatan. I believe dengan izin tuhan you will be free.”
Aku buka tudung dan letakkannya di atas meja. Aku bersedia untuk menjalankan sesi chemo yang mengambil masa selama 3 jam. Akibat keletihan, aku tertidur sambil menahan sakit.
3 jam yang memeritkan aku sudah tamat. Aku rehatkan diri sebentar, tak larat aku untuk melangkah keluar dari bilik ini. Aku meminta segelas air suam pada kak Ayu. Amirah melabuhkan punggungnya disebelahku, dia memegang tanganku.
Dia mulakan perbualan.
“Kau kenal doktor Idris Naufal? Aku panggil dia Naufal.”
Aku bukakan mata yang tertutup. Aku angguk lemah.
“Tak adalah kenal sangat, tetapi semalam dia message aku. Pagi ni pun dia message aku juga. Semua ni punca Am.”
Amirah tertawa.
“Aku tahu, Am ceritakan pada aku pagi tadi. Dia juga ada ceritakan pada aku yang kau menangis sebab Imran dah bertunang.” Ujarnya.
Aku tersenyum hambar. Aku mengeluh, Am ni tak boleh simpan rahsia betul. Nak je aku stapler mulut becok dia.
“Aku sedih sikit je, aku cuba move on. Iddah aku pun tak habis lagi, itu yang aku sedih.”
“Sebelum kau bercerai pun memang dia curang dengan kau. Riana tu, muda sebab tu dia suka. Lagipun aku yakin bila kau dah ada someone nanti aku confirm bekas suami kau akan cari kau balik. Macam drama tu.” Ujar Amirah.
Dia menepuk lembut peha ku. Adalah tu gossip nak bagitahu.
“Aku nak bagitahu kau yang aku terkejut Naufal tu gigih mintak instagram kau pada Am. Setahu aku doktor Naufal tu masih tak boleh lupakan arwah kekasih dia. So aku agak terkejut.”
Aku pusingkan badanku menghadap Amirah. Naufal, he is a handsome guy. Loyal, kind, a successful man. Beruntung Hawa.
“Aku tahu iddah kau tak habis lagi, tapi apa salahnya kau berkawan dengan dia. Naufal tu baik tapi menyakitkan hati sebab dia suka usik orang. Kalau kau bercinta dengan dia pun aku setuju.”
Bercinta. Aku serik dengan cinta, bila diberi seluruh jiwa raga. Dipersiakan begitu sahaja. Lagipun ada ke lelaki yang mahukan wanita tak sempurna ini. Wanita yang tak mampu melahirkan zuriat.
Aku penjamkan mata kembali, aku kosongkan minda. Fikiran ku melayang terfikirkan lelaki itu. Tuhan, aku tak mahu kecewa lagi.
Share this novel