Aku lihat pemandangan indah dari bilik hospital. Naufal yang masih tidur selepas menunaikan solat subuh aku tenung. Tidak aku sangka hubungan kami boleh pergi sejauh ini. Memori malam semalam masih lagi terngiang-ngiang di kepala. Aku ambil selimut di atas katil dan menyelimutkan Naufal yang berpeluk tubuh. Sejuk.
Aku ambil nota dan pen. Aku tinggalkan short note di atas meja, tak nak risaukan Naufal dengan kehilangan aku. Aku keluar meninggalkan Naufal yang nyenyak tidur. Bahagia lah tu.
“Hai Yasmin.” Sapa kak Ayu.
“Hai kak Ayu.”
“Wah nampak berseri-seri pagi ni. Maklumlah doktor kacak dari wad kanak-kanak temankan dia semalaman kalau tak kak Ayu yang selalu jadi mangsa.” Usik kak Ayu.
Aku mencubit lengan kak Ayu. Ada saja topic nak usik aku pagi-pagi ni. Yes aku bahagia, tidak pernah aku rasa gembira sebegini. Hebat sungguh aturan tuhan, dengan hadirnya Naufal aku mula mampu melangkah ke hadapan dengan lebih kuat.
“Doakan Yasmin dengan doktor kacak itu ye kak Ayu. Doakan hubungan ini direstui semua.”
Kak Ayu memeluk tubuhku. Dia mula menangis teresak-esak di bahu ku. Pelik sepatutnya aku yang menangis tetapi ini sebaliknya.
“Kak Ayu kenapa menangis ni. Sepatutnya Yasmin yang kena menangis, ini kak Ayu pula.” Pujuk ku.
“Yasmin, kak Ayu gembira sangat. 6 bulan lepas bila kak Ayu tahu kisah hidup Yasmin. Kak Ayu rasa sedih sangat. Bila Doktor Amirah ceritakan lebih lanjut kisah Yasmin pada akak. Sungguh Yasmin, akak cemburu dengan kecekalan Yasmin mengharungi dugaan dan cabaran dari Allah. Sekarang bila tengok Yasmin dah mula ceria, akak rasa akak orang paling gembira. Akak sendiri tengok Yasmin dalam proses itu.” Luah kak Ayu.
Aku peluk erat tumbuh wanita ini, dia juga sebahagian dari orang-orang penting dalam hidup aku. Semoga kak Ayu juga diberi rasa bahagia itu dari tuhan.
“Lupa pula nak tanya Yasmin nak pergi mana pagi-pagi ni?” Soal kak Ayu lalu melepaskan pelukan.
“Nak lawat anak-anak saya kak Ayu. Semalam nak pergi Am tak bagi, kali ini kena jadikan juga.”
“Hari ini. Am ada pesan dekat akak kalau Yasmin nak pergi melawat dia benarkan. Jangan lupa singgah ke bilik dia ambil buku cerita, dia tahu Yasmin suka bacakan buku cerita pada anak-anak kecil itu.” Pesan kak Ayu.
Aku mengucapkan terima kasih dan beredar ke wad kanak-kanak. Pintu lif terbuka, dari jauh dapat aku lihat pasangan kekasih itu. Bersandiwara ye mereka berdua pagi-pagi ini.
“Ehemm…Tumpang lalu. Jangan nak beromantis pula dekat sini. Ini hospital bukannya taman bunga.” Usik ku.
Mereka berdua menoleh memandang ke arah aku. Masam mencuka muka Am pagi-pagi ini. Nurul sudah bantai ketawa.
“Hai kakak manis nak pergi mana?” Soal Nurul.
“Kakak nak lawat anak-anak pagi ini. Sudah bangun ke mereka semua? Sudah lama tak melawat, risau juga mereka terasa atau terkecil hati.”
Am menarik lengan aku, sempat lagi bagi flying kiss pada kekasih hati. Jiwang ya kau Am dekat sini, dekat rumah kayu semacam je.
“Ambil buku dalam bilik Am. Jom.”
Am membuka almari dan menyelongkar barang yang tersusun rapi itu.
“Jumpa pun. Ambil ni kak, buku cerita tapi bukan Am belikan. Doktor kacak akak tu yang belikan.” Ujarnya.
Aku lihat buku cerita ini, fairy tale. Aku pandang Am yang tersengih macam kerang busuk. Mesti nak tanya soalan ni.
“Yes adik akak nak apa? Tersengih-sengih.” Soal ku.
“Semalam Ummi ada cerita dekat Am yang ada seorang lelaki confess perasaan dekat akak. Am macam kenal lelaki itu. Doktor kacak a.k.a kawan baik Am ke?”
Aku angguk kan sahaja apa yang Am soalkan. Malas mahu berdalih-dalih.
“Ummi pesan nanti balik suruh bakal tunang awak tu hantarkan. Ummi dan Abi mahu berkenalan dengan lelaki yang akak ceritakan tu. Jangan lupa ya.”
Aku ambil buku cerita itu dan menuju ke bilik anak-anak kecil ku.
Aku buka pintu dan masuk ke dalam bilik, nyenyak nya mereka tidur.
“Bunda? Bunda kan?” Soalnya.
Aku peluk tubuh anak kecil ini. Rindunya aku pada mereka, terima kasih tuhan untuk peluang ini.
“Yes sayang, ini bunda. Bunda datang sebab rindu dengan anak-anak comel bunda.”
Anak-anak di HKL ini bukannya tiada ibu bapa. Ada, cuma mereka terlalu sebuk mencari duit sehingga kadang-kadang terlupa anak-anak ini dahagakan kasih sayang mereka. Jadi aku meminta izin ibu bapa mereka untuk melawat anak-anak ini atau menganggap anak kecil ini seperti anak aku sendiri.
“Bunda, kami rindu nak dengar bunda bacakan kami buku cerita.”
Aku tatap satu persatu wajah anak-anak ini. Ada yang mempunyai penyakit kronik tapi masih mampu tersenyum. Kadang-kadang doa yang mereka panjatkan kehadrat illahi sangat menyayat hati. Cara mereka berfikir pun menjangkau akal fikiran mereka sebagai kanak-kanak. Aku banyak belajar dari mereka.
“Bunda, Umar dapat tahu yang Ijah dah tiada? Betul ke bunda?” Soal Umar.
Umar kanak-kanak sebaya Ijah, sangat rapat. Kemana-mana pun berdua. Aku tahu Umar bakal rasa kehilangan, Umar juga menghidapi penyakit kanser leukemia tetapi masih di stage awal. Am pernah bagi tahu yang Umar ada peluang yang tinggi untuk sembuh jika lakukan pembedahan dalam masa terdekat. Sebab iti ibu bapa nya gigih mencari duit.
“Betul sayang, tapi Ijah pergi ke tempat yang cantik. Ijah bahagia dekat sana. Jadi bunda nak Umar dengan kawan-kawan yang lain doakan Ijah supaya tenang ya. Boleh kan?”
Mereka mula menadah tangan untuk berdoa. Comel anak-anak ini. Ya Allah kau sembuhkanlah penyakit mereka, kau gantikan dengan kesembuhan yang mereka hajatkan selama ini.
Selepas tamat sahaja aku membacakan cerita pada anak-anak ini, mereka semua lena. Aku cium dahi satu persatu anak-anak yang aku sayangi ini. Sayang bunda, selagi tuhan beri peluang pada kita untuk menyalurkan kasih sayang pada antara satu sama lain. Bunda janji sehingga waktu itu bunda akan tetap dengan kalian. Sentiasa.
Pintu bilik dibuka, terpacul tubuh doktor yang aku rindui ini. Ewah Yasmin dah mula rindu ya, gatal kau ni. Nota yang aku letakkan di atas meja tadi ditunjukkan di hadapan muka aku. Marah ke cik abang.
“Saya letak nota pun tak boleh ke?” Soal ku.
Dia berpeluk tubuh. Tak pasti sama ada marah atau merajuk, tapi tua-tua pun nak merajuk lagi ke.
Aku ambil nota itu.
“Tak boleh. Kenapa tak kejut, nasib hari ini saya off juga. Nasib juga patients tak banyak. Selamat saya Am boleh tolong cover kan. Alahai cik Yasmin saya ni.”
Ya Allah bahagianya aku bersama lelaki ini. Tetapi air mataku mula bertakung, gembira tetapi mahu menangis. Aduhai Yasmin, cengeng.
“Kenapa menangis ni? Saya ada buat awak terasa hati ke? Saya minta maaf.”
Ya Allah, lelaki yang kau kirim ini terlalu sempurna.
Aku biarkan air mataku mengalir.
“Mana ada. Awak layan saya baik, saya tak terasa pun cuma saya gembira. Saya tak pernah rasa gembira macam ini.” Luahku pada Naufal.
Mukanya yang risau itu tadi kembali melakarkan senyuman. Dia mengusap air mata yang mengalir di pipi ku.
“Uhuk.. uhuk. Jangan beromantis di sini. Bahaya nanti di bawang kan pekerja dekat sini. Bahaya-bahaya.”
Am ni kalau tak menyebuk bukan dia lah tu. Sesi balas dendam ke apa ini.
“Bro nanti jangan lupa jemput masuk ziarah Ummi dan Abi. Aku nak kau prepare mental kena tembak soalan dengan kakak aku nanti.” Pesan Am
Aku pandang dua jejaka dia hadapanku, pelik. Kenapa Naufal nak kena prepare mental dia pula. Something weird here.
Kami naik semula ke bilik untuk menyalin pakaian. Aku sarungkan sweater dan baggy jean. Aku lilitkan shawl hitam gaya malas. Aku biarkan muka aku tanpa sebarang makeup, hanya pakai sunscreen sahaja. Natural.
Aku keluar dari tandas dan lihat Naufal sudah siap mengemas katil hospital seperti sedia kala. Dia memandang aku tak berkedip, terpukau ke tu.
“Cantiknya Yasmin. Memang muka tak makeup macam ini ke?” Soal nya polos.
“Yes Naufal. Saya guna sunscreen je. Itu sahaja. Lipstick pun saya tak calitkan di bibir.”
“Tetap cantik.” Pujinya.
Kami berdua bergerak turun ke parking lot. Dia mulakan perjalanan dengan doa menaiki kenderaan. Semoga selamat sampai di rumah.
Setelah 30 minit kami tiba. Aku pelik, aku tak pernah beritahu Naufal yang rumahku di Shah Alam. Malahan alamat juga tidak pernah aku beri. Mungkin Am ada memberitahunya.
“Assalamualaikum Ummi.. Abi, Yasmin balik ni.”
Pintu rumah dibuka. Aku peluk tubuh Ummi dan Abi, rindunya aku pada dua insan ini. Naufal yang masih tercegat di kereta aku panggil masuk.
“Ummi… Abi ini Naufal, lelaki yang Yasmin ceritakan semalam.”
Naufal terus menyalam tangan Abi dan menunduk hormat pada Ummi.
Kami berempat duduk di ruang tamu, di atas meja terus terhidang dengan kuih karipap dan air kopi panas.
“Jadi kamu berdua ni serious ke tak?” Soal Abi.
Kami berdua mengangguk serentak. Ummi sudah pun tersenyum girang, suka lah tu.
“Baguslah, lagipun tak elok lama-lama. Ufal, Abi nak kamu beritahu Ayah kamu yang minggu depan boleh hantar rombongan untuk merisik dahulu lepastu kita teruskan dengan majlis bertunang. Tak elok biar lama-lama. Tak manis dipandang orang.” Jelas Abi.
“Ufal faham Abi. Lagipun ayah memang nak percepatkan katanya Ufal dah tua, ibu pun teruja nak terima menantu baru.”
Aku pandang Abi dan Naufal. Mereka berdua seperti sudah berjumpa dan berkenalan. Aku tak tahu pun yang Naufal gelarkan diri dia Ufal. Which is nama Ufal tu agak comel bagi aku.
“Ouh lupa pula Abi nak beri tahu. Ufal dengan Abi dah kenal 5 tahun lepas, itu pun sebab Abi dengan ayah Ufal ni berkawan baik. Lupa pula nak kenalkan pada kamu, yalah kamu kan bukannya selalu ada dekat rumah. Jadi Ufal ni memang tak tahu yang Am ni ada kakak.”
“Lagipun waktu Ummi cakap yang Ummi dah jumpa calon sesuai untuk kamu, Ufal inilah. Tapi time tu Ufal dengan arwah Hawa kan? Yasmin pula dengan Imran. So Ummi simpan niat je. Tak sangka Allah aturkan sebegini rencana nya buat kita. Syukur.” Ummi memandang aku tersenyum.
“Jadi awak tahu lah yang saya ini anak kawan ayah awak?” Soal aku pada Naufal.
“Yes saya tahu. Itu pun sebab saya tanya Nurul sebulan lepas. Itu yang saya confident semalam walaupun saya takut kena reject.”
Sekali lagi aturan mu sungguh hebat. Sedikit sebanyak hati aku lega dengan rencana mu Ya Allah.
Aku hantar Naufal ke kereta, katanya sudah lewat. Esok shift pagi katanya.
“Bawa kereta elok-elok. Kalau dah sampai mesej saya, jangan lupa.” Pesanku.
“Baik Yasmin. Saya balik dulu, kirim salam Ummi dan Abi.”
“Eh saya juga. Kirim salam pada ibu dan ayah. Cakap saya tak sabar nak jumpa mereka.”
Aku masuk ke dalam rumah selepas bayang-bayang kereta Naufal hilang.
Aku menuju ke sofa dan meletakkan kepala ku di riba Ummi, rindunya nak bonding macam ini.
Ummi menyikat rambutku, rambutku mulai gugur sedikit demi sedikit.
Aku sangat takut jika rambutku gugur sehingga menjadikan aku botak, tetapi Amirah kata aku akan tampak comel jika botak. Mungkin comel.
“Ummi, kenapa Yasmin tak pernah tahu tentang Naufal. 5 tahun Abi kenal dengan keluarga mereka. Kenapa Yasmin tak tahu?” Soal ku sambil menonton televisyen.
Ummi letakkan sikat di atas meja, rambut aku yang gugur Ummi gumpalkan menjadi satu gumpalan besar.
“Sayang waktu itu kamu sebuk, kamu tiada masa langsung untuk tahu perkembangan keluarga kita. Kamu sebuk cari duit untuk majlis perkahwinan kamu. Kamu tak ingat yang kamu merajuk dengan Ummi sebab Ummi nak kamu berkahwin dengan anak kawan Abi. Naufal lah anak kawan Abi. Tapi waktu itu Naufal bercinta dengan Hawa. Dia pun masih muda tapi yang menjadi tarikannya ialah cara dia berfikir.”
Ummi hirup segelas air suam bagi menghilangkan dahaganya.
“Sayang, Ummi sangat bersyukur dengan apa yang Allah aturkan buat kamu. Dia beri kamu kekecewaan dalam perkahwinan tapi dia juga gantikan semula kekecewaan kamu dengan sesuatu yang beyond our expectations. Jadi sayang, hargai lelaki itu. Dia lelaki kiriman tuhan buat kamu. Hubungan ini tidak semua akan menjadi manis, pahit itu juga kita harus telan walaupun perit. Tapi sayang setiap yang terjadi ada hikmahnya. Rencana tuhan itu kita tidak boleh duga.”
Ummi usap pipiku yang mulus itu. Setiap bait-bait kata Ummi aku hadam satu persatu. Dulu aku tolak semua apa yang Ummi katakan kerana aku dibutakan dengan cinta. Terlalu taksub dengan Imran tetapi sekarang tuhan gantikan dengan lelaki yang mengutamakan redha dan izin kedua orang tua kami.
“Yasmin sayang, jangan pernah kamu robek kan hatinya dengan alasan sakit yang menjadi punca kedegilan kamu. Hormat dirinya, setia padanya, patuh arahannya tetapi sayang dalam perkahwinan ini tidak semestinya nakhoda yang senantiasa betul. Jika dia tersalah langkah, betulkan tingkah nya dengan sopan. Ummi yakin Yasmin dan dia akan bahagia. Ummi yakin Naufal pilihan yang tepat kali ini buat kamu. Kalau masih ragu, istikharah. Allah sentiasa ada.”
Ummi cium dahiku. Aku rindu untuk mendengar bebelan Ummi, betullah orang kata ibu bapa lebih makan garam dari kita. Ada saatnya apa yang mereka kata menusuk ke dalam kalbu. Ada kalanya kita juga perlu menegur jika mereka tersalah langkah tetapi bagi aku berbeza. Ummi dan Abi tidak pernah salah, cuma aku yang berdegil menolak teguran mereka. Ya Allah kau berikanlah ganjaran syurga buat kedua orang tuaku.
Aku naik ke bilik tidur. Aku hempaskan badan ku di atas katil, telefon aku buka. Melihat notifikasi jika Naufal ada menghantar mesej. Kosong.
Dia terlupa atau dia terlalu penat menjaga aku semalaman.
Ting!
Aku baca mesej yang dihantar oleh Naufal.
Naufal: Sorry saya baru mesej awak. Saya selamat sampai rumah, maaf saya terlalu penat. Tomorrow I will call you. Goodnight.
Aku lihat Naufal selalu meminta maaf pada aku sedangkan dia tidak buat apa-apa kesalahan pun. Mungkin itu sudah menjadi tabiatnya untuk meminta maaf sentiasa.
Aku tutup lampu bilik dan melelapkan mata. Hari ini terasa lama dan panjang. Banyak perkara yang berlaku, banyak benda yang aku pelajari dari Ummi. Aku harap bahagia yang baru bermula ini akan berkekalan selamanya.
Share this novel