Naufal meraup mukanya. Gambar arwah Hawa dia tenung. Teringat akan memori silam yang menghantui hidupnya.
2 Years Ago
“You janji dengan I yang you sayang I sorang sahaja. Tiada wanita lain yang berjaya gantikan tempat I dihati you.”
Naufal menggelengkan kepalanya. Wajah Hawa dipandang, terusik hatinya melihat gelagat Hawa yang seperti budak-budak kecil.
“Ya sayang, Naufal janji hanya Hawa seorang sahaja yang berjaya tawan hati Naufal.”
“Betul ni? Naufal tak tipu?” Soal Hawa.
“Naufal tak tipu. Walaupun maut yang memisahkan kita, Naufal janji. Hati ini milik Hawa seorang.”
Dan apa yang dikatakan Naufal ketika itu menimpa dirinya. Memang benar, arwah Hawa tetap yang satu dihati. Dia tidak kesah kalau membujang sehingga tua.
Pintu bilik dibuka, dia mendongak memandang ke arah pintu yang dibuka.
“Doktor Naufal, saya nak bagitahu yang doktor Am ada dekat bilik dia sekarang. Doktor nak saya panggilkan dia ke? Lagipun sekarang lunch hour.” Ujar Nurul.
“Boleh juga kalau awak nak panggil dia. Saya bosanlah.”
“Okay doktor.”
Pintu biliknya ditutup. Harini mereka tidak sebuk. Jadi bolehlah isi masa terluang ni sebentar.
Tuk. Tuk.
“Kau rindu aku ke bro? Sorry semalam lupa nak bagitahu.”
“Aku tak rindu kau lah. Aku pelik selalunya kau off bagitahu aku. Ini tak, kau bagitahu Nurul je. Tangkap cintan lagilah nurse kita seorang tu.”
Amsyar duduk menghadap Naufal. Rakan baiknya ini dia tenung. Cincin di jari Naufal menarik perhatiannya. Sungguh bermakna arwah Hawa pada Naufal.
“Aku off sebab teman kakak aku pergi mahkamah, daftarkan kes cerai dia” Ujar Amsyar.
“Kakak kau? Kau ada kakak? Tak pernah aku tahupun.”
Amsyar tayang riaksi menyampah.
“Mana kau nak tahu kalau terperuk dalam bilik kau. 24 hours layan pesakit. 24 jam juga lah kau layan hati kau tu. Memang patut pun tak ada satu perempuan melekat dekat kau.”
Tuk.Tuk
Pintu bilik Naufal diketuk sekali lagi. Dua jejaka tampan itu menoleh.
“Ouh doktor onkologi kita buat apa dekat floor kanak-kanak ni?” Soal Naufal.
Amirah jegilkan matanya. Naufal kalau tak sakitkan hati memang bukan dia.
“Akak datang floor ni sebab nak tanya Am, kakak kamu tak datang ke hospital harini. Dia ada appointment dengan akak harini. Dia lupa ke?” Soal Amirah.
“Ouh kakak mesti tersesat kat floor lain, macam tak biasa je.” Gelak Amyar.
“Okaylah, akak naik dulu. Nasib harini memang untuk kakak kamu je. Kalau dia ada call bagitahu ye.”
Amsyar bangun menuju ke arah Amirah lalu tersenyum. Naufal senyum sumbing, Amsyar ni cinta yang di depan mata dia tak nampak. Nak juga kejar doktor onkologi yang seorang tu. Tak akan dia tak tahu yang doktor Amirah tu keras hatinya. Kesian pula dia pada Nurul.
Terdengar suara anak kecil yang memanggil seseorang. Mereka bertiga keluar untuk melihat apa yang sudah berlaku.
“Bunda..Kami rindu bunda. Kenapa bunda dah lama tak datang?”
Tubuh anak-anak kecil itu dia peluk. Rindunya dia pada mereka hanya tuhan sahaja yang tahu.
“Kakak?”
“Yasmin”
Yasmin tolehkan kepalanya mencari suara yang memanggil namanya. Dua wajah itu dia pandang. Tersenyum lebar dia.
“Maaf ye Amirah aku lambat. Aku singgah jumpa anak-anak kesayangan ni dulu. Maaf ye.”
“Hai Amsyar.”
Yasmin kembali memandang wajah anak-anak kecil itu. Walaupun dia tidak dapat merasa nikmat untuk melahirkan anak, tapi dia sangat bersyukur dengan nikmat tuhan yang satu ini. Anak-anak di HKL ini sudah dianggap seperti anak kandungnya sendiri. Panggilan bunda itu memberi kebahagian buat dirinya.
“Okaylah, bunda gerak dulu ye. Nanti bila bunda free, bunda datang lagi. Bye sayang.”
Naufal melihat adegan itu lalu kembali kebiliknya. Telefon dicapai lalu menelefon seseorang.
“Masuk bilik saya kalau awak tak busy.”
Terkoncoh-koncoh Nurul berlari ke bilik doktor Naufal. Dari bilik pesakit ke bilik doktor Naufal, walaupun tidaklah jauh mana tapi doktor Naufal tak suka orang yang lambat.
Pinta dibuka kasar.
“Doktor nak tanya saya apa?” Soal Nurul
“Awak duduklah dulu, jangan gelojoh. Saya tahu harini awak dengan saya tak busy.”
Nurul tarik kerusi dan labuhkan punggungnya dihadapan Naufal.
“Siapa Yasmin?” Soal Naufal.
Nurul tanyang riak terkejut. Tak sangka bahawa Naufal akan tanya tentang perempuan lain selain dari Hawa. Nurul menarik nafas panjang.
“Ouh kak Yasmin, dia ni patient doktor Amirah a.k.a kawan baik. Apa yang saya tahu, kak Yasmin ni penghidap kanser rahim stage 1. Dah 5 bulan dia dapatkan rawatan disini. Anak-anak yang dirawat disini dah anggap dia sebagai bunda mereka.”
“Kenapa saya tak tahu?” Soal Naufal.
Wajah Naufal itu Nurul tenung. Doktor yang seorang ni pun, terperuk dalam bilik sampai tak tahu keadaan hospital tempat dia bekerja.
“Sebab doktor tak suka bersosial. Lagipun kak Yasmin selalu melawat adik dia dekat sini, doktor Am tu. Tapi kesian, saya baru dapat tahu dari makcik-makcik bawang dekat sini yang kak Yasmin itu baru bercerai dengan suami dia sebab penyakit tu. Muda lagi dah pegang status janda.”
“Ouh, awak boleh keluar. Itu sahaja saya nak tanya. Thank you.”
****
“Yasmin kau kena yakin yang kau boleh sembuh. Aku yakin kau boleh, kalau kau ikut semua rawatan yang disediakan.” Ujar Amirah.
Hatiku terasa pilu. Bukan aku tak yakin yang aku mampu sembuh cuma aku takut. Aku takut jika aku tersungkur dipertengahan jalan. Aku bernasib baik kerana diberi orang-orang yang kuat untuk mendorong aku untuk terus bangun.
“Baiklah doktor Amirah, kalau awak yakin saya mampu sembuh. Saya, Yasmin Aneesa menurut perintah.”
Dia mencubit lengan aku, kepalanya digeleng sambil tertawa. Cantik Amirah ni cuma belum rezekinya dikuniakan suami. Katanya tak mahu berkahwin bila aku ceritakan masalah rumah tangga aku kepada dia.
“So kau boleh proceed rawatan kau esok, aku nak kau teruskan chemotherapy tu. Don’t worry, I will accompany you.”
“Terima kasih Amirah sebab kau masih nak berkawan dengan aku. Aku kan janda ada kanser rahim lagi.” Ujarku.
“Ya Allah, Yasmin. Kita ni sudah berkawan dari zaman sekolah lagi. Kau satu-satunya kawan yang aku ada. Status tu kau pekak kan sahaja telinga bila orang mengata. I know you better.”
Aku memeluk tubuh Amirah. Ya Allah sahabat aku seorang ni kau berilah ganjaran dunia dan akhirat buatnya. Kau kirimkan lelaki yang baik-baik buatnya.
“Aku balik dulu, kau tu jangan kerja keras sangat sampai abaikan diri sendiri. Jaga kesihatan, jangan jatuh sakit.” Pesanku.
“Baiklah cik Yasmin, kau pun jangan lupa nasihat aku.”
Aku beredar meninggalkan Amirah. Aku turun ke tingkat wad kanak-kanak, langkah ku terhenti apabila satu tubuh sasa menghalang perjalananku.
“Maafkan saya tapi boleh encik ketepi, saya tengah rushing ni.”
Dia masih lagi membatu di hadapanku. Lelaki ni sudah gila ke apa, tak nampak ke aku tengah berjalan.
“Hello encik, awak ni ada masalah mata ke apa. Tolong jangan halang laluan saya.” Marahku.
Lelaki ini masih membisu. Dia ni ada masalah pendengaran pula ke apa.
“Doktor ouh doktor.”
Aku dengar panggilan dari seseorang. Aku pandang, Nurul rupanya. Terkoncoh-koncoh dia berlari ke arah kami.
“Doktor Naufal kenapa tercegat depan kak Yasmin ni. Ada apa-apa ke yang doktor nak bagitahu?” Soalnya.
Naufal berdehem.
“Tak ada apa pun. Maaf ye Puan Yas-”
Aku memandang wajah lelaki ini. Gelaran Puan Yasmin itu tak sesuai lagi buat aku.
“Yasmin, bukan Puan Yasmin. Saya tak ada suami.” Ujarku dingin.
Tangannya dimasukkan ke dalam poket.
“I am sorry, cik Yasmin. My mistake and I am sorry too for disturbing you. Silakan lalu.”
Dia beredar. Macam tu je dia mintak maaf after he is wasting my time. Oh god, nasib doktor kalau tak dah lama aku mengamuk. Aku pandang wajah Nurul yang tersenyum macam kerang busuk dihadapan ku.
“Maaf ya kak Yasmin, mungkin mood doktor Naufal tu kurang baik harini. Sebab tu dia nampak rude.”
“Tak apa, lagipun akak nak balik dah ni. Esok start semula rawatan akak dekat sini. Doakan akak ya Nurul.” Ujarku.
Dia tersenyum.
“Akak sentiasa berada dalam doa Nurul. You such an amazing woman kak. I adore you."
Aku peluk tubuh Nurul dan berlalu pergi. Niatku terbantut apabila mahu melawat anak-anak kesayangan apabila terserempak dengan doktor kerek tu. Aku pulang ke rumah, Ummi dan Abi tiada di rumah kerana melawat saudara kami yang sakit di Ipoh.
Ting!
Bunyi notifikasi telefon. Aku buka notifikasi instagram, Naufal followed you. Aku terkejut, doktor kerek ni. How did he get my instagram account.
Ting!
Satu message diterima.
“I am not a stalker, I got your instagram account daripada your lovely brother. Sorry.”
Aku abaikan message. Idris Naufal, aku stalk instagram nya. Mata ku tertarik pada satu gambar. Cantik wanita ini, kekasih mungkin. Kerek macam ni pun ada kekasih.
Aku tekan gambar itu, aku baca caption yang ditulis.
“2 years and I still miss you Hawa. May Allah grant you Jannah, I sentiasa doakan you di sini.”
Hatiku dihurung rasa pilu. Idris Naufal, lelaki menyimpan rindu yang tak dapat diluahkan pada arwah kekasih. Hawa, cintanya pada awak tetap utuh walaupun awak sudah tiada. Untungnya wanita yang bernama Hawa.
Tipulah kalau aku tiada langsung perasaan rindu pada Imran. Aku juga seperti Naufal, dalam mencari kebahagian sendiri. Cintaku pada Imran tidah pernah pudar walaupun sudah tidak bersama.
Share this novel