Empat Belas

Romance Series 19246

Jejaka yang sedang memeluk tubuh di bawah cahaya matahari yang terik itu aku tatap. Aku lihat penampilannya dari atas ke bawah. Kemas dan segak. Kemeja hitam yang disingsing lengannya itu menampakkan lagi ketampanannya.

“Awak tak panas ke tunggu saya bawah matahari terik ni?” Soalku,

“No. Tak panas pun untuk tuan puteri saya ni.”

Pintu kereta dibuka oleh Naufal. Tersenyum sipu Yasmin akibat perbuatan Naufal. Kami bergerak ke butik pengantin untuk mencuba persalinan kami pada hari pernikahan.

“Hello Aunty Asyikin. Naufal datang ni.”

“Hello Naufal, I am sorry but my mom keluar sekejap.” Ujar seseorang.

Tubuh Naufal kaku, wanita ini. Wanita yang pernah berjanji untuk hidup semati dengannya suatu ketika dahulu. Sebelum munculnya arwah Hawa dalam hidup seorang naufal, wanita ini pernah menghiasi hari-harinya suatu ketika dahulu.

“Ratna, bila pulang ke Malaysia?” Soal nya.

“2 hari lepas. Saya balik ini pun sebab nak hadir pada hari pernikahan awak dengan wanita cantik di sebelah awak tu.”

Aku tersenyum nipis. Cemburu? Tidak. Cuma aku dapat rasakan suasana janggal di antara mereka, tidak mahu aku mempersoalkan lagi kisah silamnya.

“Jom cuba baju awak berdua. Saya rasa Naufal patut cuba dahulu.” Ujar Ratna.

Naufal masuk ke bilik persalinan. Aku dan Anggun duduk menunggu Naufal. “Awak sudah lama kenal Naufal?” Soalku. Ratna mengangkat wajahnya memandang aku. “Lama semenjak dari kecil tetapi kami mula menjarakkan diri atas sebab hubungan lama yang tidak mahu saya bualkan bersama awak. Lagipun saya sudah berkahwin.”

“Sudah lama awak berkahwin?” Soalku lagi.

Mata wanita itu sekali lagi merenung ke dalam mata aku, seolah-olah mencari kekuatan untuk membuka pekung perkahwinannya bersama suami tercinta. “8 tahun.” Aku terkedu, wanita muda ini sudah berkahwin selama ini.

“Tetapi perkahwinan saya dan dia semata-mata kerana ilmu. Tidak pernah dia tempatkan saya di dalam hatinya. 8 tahun saya merana kerana cinta tidak berbalas. Hubungan ini bermula kerana dia seorang pensyarah di university saya belajar dulu, akibat saya mahu belajar bersama dia. Jadi dia mahu kami ada ikatan yang sah supaya tiada orang salah faham jadi saya turutkan kerana atas dasar cinta di hati saya kepada dia.”

“Ratna tetapi saya rasa sebaliknya. Hati saya kuat mengatakan suami awak berkahwin dengan awak juga atas dasar cintanya pada tuhan dan awak. Saya rasa awak kena bawa berbincang dari hati ke hati bersama suami awak. Rugi jika perkahwinan selama ini terlerai akibat dua hati yang tidak pandai mengungkap kata cinta dan perkahwinan yang dibina atas ilmu tetapi terbina kukuh atas asbab cinta suci kalian.”

"Yasmin, terima kasih. Banyak saya dengar dari ibu Nuafal tentang awak. Benarlah bidadari dunia itu wujud, awaklah bidadari itu. Saya yakin pilihan ini sangat tepat. Saya doakan awak berbahagia bersama Naufal. Dia lelaki yang baik, datang dari keturunan yang baik-baik. Saya yakin bahagia awak ada pada dia, dan bahagia Naufal ada pada awak. Saya doakan sentiasa dan doakan untuk saya juga." Ujar Ratna

Aku angguk dan tersenyum memandang Ratna.
"Sentiasa."

Anggun mula melakarkan senyuman. Pintu bilik persalinan dibuka, terpacul tubuh tegap Naufal yang kacak dalam persalinan putihnya. Aku angguk tanda setuju dengan kekemasan dan ketepatan baju melayu yang aku inginkan.

“Awak tak mahu cuba baju awak ke?” Soal Naufal pada aku.

Aku gelengkan kepala. Tujuan aku datang ke sini cuma mahu lihat Naufal sahaja di dalam persalinannya. Aku yakin baju persalinan aku juga cantik dan tampak hebat.

“Ratna malam ini ya. Jangan ditangguh perkara yang baik.” Pesanku pada wanita muda ini.

Naufal memandang aku pelik. Aku anggukkan sahaja kepala ke arah Naufal. Kami bergerak untuk lunch pula.

“Kenapa dengan Ratna?” Soal Naufal.

“Saya tidak mahu bercerita tanpa izin tuan badan tetapi apa yang boleh saya katakan masalah yang membelenggu diri Anggun sudah dia temukan solution yang terbaik. Kita doakan sahaja yang baik-baik buatnya.”

Aku pasti Naufal bimbang. Ratna mungkin kisah silam buat Naufal sama seperti kisah percintaan Hawa dan Naufal. Aku tidak terasa hati, aku berhak tahu dan tidak berhak untuk berkecil hati.

“Awak okay ke Yasmin?”

Aku angguk lemah, tubuhku terasa berat mahu melangkah. Badan ku seperti dicengkam satu sakit yang aku tak dapat nak luahkan.

“Saya nak balik. Maaf tapi kita tak boleh keluar lunch.”

Belum sempat aku masuk ke dalam kereta, tubuhku rebah di dalam dakapan Naufal.

“Yasmin please hold on.”

****
“Kenapa ni doktor Amirah? Kenapa dengan Yasmin?” Soal Naufal cemas.

Dia sudah menelefon ummi dan abi untuk memberitahu apa yang berlaku pada Yasmin. Dia tetap cemas, dia tidak mahu apa-apa yang buruk berlaku pada Yasmin. Bagi Naufal, Yasmin adalah nyawanya sekarang. Dia tidak mahu kehilangan Yasmin seperti mana dia Kehilangan Hawa seperti dahulu. Cukuplah luka lama itu sudah menemui penamatnya, jangan dibuka semula luka berdarah itu.

“She is fine. Dia cuma penat, lagipun rawatan chemo dia sudah makin dekat. Normal untuk dia rasa cepat penat. Jadi Naufal tugas awak untuk hadkan pergerakan Yasmin. Dia tidak mahu dengar cakap saya, gigih mahu tolong siapkan majlis.” Beritahu Amirah.
Buntu, Naufal temui jalan buntu. Yasmin sudah melarang dia untuk menasihati Yasmin tentang majlis itu. Tetapi nyawa Yasmin lagi penting.

“Baiklah doktor. Nanti saya bawa dia untuk next chemo.”

Naufal menuju ke bilik yang ditempatkan buat Yasmin, pintu dia buka. Wajah Yasmin yang putih bersih itu dia tatap, lena. Mungkin Yasmin tidak cukup rehat, sebuk membantu kedua-dua belah pihak menyiapkan majlis pernikahannya. Walaupun majlis itu dibuat secara biasa tetapi ia tetap meletihkan Yasmin.

“Sayang, awak nyawa saya. Tolong jangan susahkan diri awak. Majlis kita sudah dekat, jangan buat saya risau. Saya sayang awak Yasmin. Please jaga kesihatan untuk diri awak, bukan untuk orang lain.” Ujar Naufal sebak.

****
Selepas sahaja Naufal keluar, Yasmin membuka matanya. Tubir matanya sudah berlinang, bukan dia tidak sayangkan nyawanya tetapi dia teruja untuk berbahagia semula. Dia tahu kesihatannya makin merosot, walaupun masih di stage kedua kesihatannya saban hari menjadi lebih teruk. Sudah berapa lama dia tidak makan ubat mengikut waktu.

Majlis perkahwinannya berlangsung minggu hadapan selepas itu chemo nya yang seterusnya. Dan mungkin dia tiada harapan untuk terus hidup jadi dia mahu amati detik-detik ini. Walaupun seketika dia sudah cukup bahagia.

Telefonnya yang berbunyi dia angkat. Nombor tidak dikenali, mungkin emergency.

“Hello?”

“Hai Yasmin, abang ni.” Ujar lelaki itu.

Terkejut. Mengapa sekarang, mengapa ketika dia mahu bahagia. Apa lagi lelaki ini mahu.

“Awak nak apa?” Soalku.

“Nak bercakap dengan sayang abanglah. Sayang sihat?”

Imran, bekas suaminya muncul semula. Dia tahu cliche, bila mahu meniti hari-hari bahagia pasti akan muncul halangan seperti ini.

“Siapa sayang awak?” Soalku lagi.

“Yasmin kan kesayangan abang selamanya.” Luah Imran.

“Awak dah tak waras ke apa, isteri awak tu apa. Boneka kat rumah, ke tempat awak melampiaskan nafsu serakah awak.” Balasku.

“She is not someone special to me. Saya rindu awak, dia bukan awak. Cuma awak sahaja yang boleh faham saya, tahan kerenah ibu saya.”

Sudah aku duga, wanita yang kau campak dan hina ini bakal kau cari semula.

“ Apa kurangnya Riana dimata awak dan wanita tua yang bergelar ibu itu. Jika kurangnya seorang isteri dari segi layanan makan dan minum seorang suami, didiknya sehabis baik. Jika kurangnya seorang isteri dari segi kecantikan nya, maka limpahkan kecantikan pada isteri mu. Jika kurangnya seorang isteri dari segi tutur bicaranya, perbaiki nya dengan budi bahasa dan sopan santunnya. Bukannya bila ada compang campingnya, kau buang seperti patung yang sudah tiada gunanya.” Pesan ku pada Imran.

“Riana sempurna sebagai seorang isteri tetapi kesempurnaan itu tidak mampu mencapai bertapa sempurnanya awak dimata saya.”

Tipu, dulu wanita ini kau buang. Kau hina kerana penyakitnya, sekarang kau mahu kutip semula apa yang telah kau ludahkan.

“Maaf Imran, saya bakal menjadi suri hati lelaki lain. Lupakan apa yang awak niatkan, tidak berbaloi.” Telefon aku tutup.

Tidak aku sedar kehadiran Naufal dalam bilik ini. Aku tidak tahu mahu beri alasan apa.

“Bekas suami awak ke?” Soal Naufal.

“Ah.. silap nombor.” Tipuku.

Naufal terus menuju ke arah aku dan kerusi dia tarik dan duduk sambil memandang aku tajam.

“Saya dengar semuanya Yasmin. Saya tak marah tetapi saya cemburu.”

“Kenapa awak nak cemburu?” Soalku.

“Betullah orang kata kalau tuhan itu hantarkan bidadari ini ke dunia, pasti ramai yang mahu memilikinya seperti awak. Nampaknya saya sudah mula ada pesaing, mana tahu dia mampu menarik perhatian awak semula.” Ujar Naufal sambil menundukkan kepala.

Aku pegang lengan bajunya.

“Walau tuhan hantar pesaing yang lebih hebat daripada awak. Saya tetap akan pilih awak, sebab tuhan dah tetapkan takdir kita. Takdir ini Naufal yang akan membahagiakan kita. Saya janji Naufal sehingga nafas terakhir saya, awak tetap lelaki yang tuhan kirimkan buat saya untuk berbahagia di dunia ini till jannah.” Luah ku.

Naufal kembali tersenyum semula. Aku tahu dia takut dan risau, tetapi Naufal awak tetap kesayangan saya sehingga tuhan tarik nyawa ini.
Saya yakin dengan takdir ini, sentiasa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience