Dia duduk di jendela lalu menghirup secangkir kopi panas sambil menikmati bayu pagi. Gambar di atas meja itu dia tenung, gambar seorang gadis yang tersenyum manis memandangnya. Dia tersenyum memandang potret gambar itu, Hawa.
Dia bangun mengambil semua barang yang diberi oleh Hawa untuknya. Gambar itu dia ambil dan disimpan ke dalam kotak. Dia nekad, Hawa akan tetap menjadi satu kenangan indah buatnya.
Sekarang hidupnya diberi tumpuan kepada wanita besi yang berjaya mencuri hatinya, Yasmin. Gelak tawa Yasmin terngiang-ngiang di kepalanya. Manis dan cantik wanita itu. Jujur dia katakan Yasmin sungguh cantik bak puspita. Tetapi bukan cantik rupa yang menarik dirinya untuk lebih dekat dengan Yasmin tetapi kecekalan wanita itu yang mendorong dia untuk memiliki wanita itu.
Naufal turun ke bawah sambil memegang kotak di tangannya. Dia menuju ke stor untuk disimpan kotak ini di sana. Dia tidak sanggup untuk buang mahupun bakar semua kenangan ini.
Dia menuju ke dapur, ibu sejak pagi lagi sudah sebuk menyiapkan sarapan tetapi sudah menjadi tabiat aku untuk pergi ke kerja tanpa menjamah satu pun hidangan yang ibu siapkan. Aku bersyukur dikurniakan ibu yang faham tentang kerja aku. Sedikit pun dia tidak terasa tetapi aku tahu kadang-kadang dia mahu aku bersarapan sekali.
“Ibu sudah bekalkan breakfast untuk Naufal. Nah, ibu bekalkan sekali untuk Am dan Nurul.” Ibu hulurkan bekal yang sudah dia bungkus dengan kemas.
“Terima kasih Ibu.” Ucap ku lalu mencium tangan Ibu.
“Naufal nanti ummi dengan Yasmin nak datang makan tengah hari di rumah kita. Abi dengan ayah pula ada kerja jadi mereka tak dapat sertai. Kalau Naufal tak keberatan boleh kerja half day tak? Ibu mahu kamu sertai kami sekali.”
Aku bukan tidak mahu sertai tapi aku sudah cuti 2 hari tetapi tidak salah kalau aku minta doktor yang lain untuk gantikan aku sekejap. Aku bukannya selalu cuti, 2 tahun bekerja tanpa sebarang cuti.
“Insyaallah ibu tapi Naufal tak janji. Risau ada emergency.” Aku keluar dari rumah dan menuju ke HKL.
****
Aku buka almari dan melihat baju apa yang sesuai untuk aku pakai berjumpa dengan bakal ibu mertuaku. Gugup dan berdebar. Itu yang aku rasakan.
Pintu bilik dibuka, ummi masuk dan melabuhkan punggungnya di atas katil.
“Yasmin pakai apa pun tetap cantik. Tetapi kalau nak nampak manis dan ayu pakailah baju kurung. Padankan dengan shawl putih. Ummi yakin bakal ibu mertua kamu suka.”
Aku ambil baju kurung berwarna cream bercorak bunga dan shawl putih. Aku letakkan di atas katil, aku pilih handbag jenama Charles and Keith colour nude. Sempurna.
“Pilihan yang tepat. Ummi suka. Bersiap cepat, besan ummi ada mesej tadi katanya Naufal ambil kita nanti.”
Aku tersenyum malu, tidak kerja ke Naufal atau dia half day sahaja hari ini. Aku bergegas masuk ke dalam bilik air untuk mandi.
Seusai mandi aku keluar dan mengenakan baju kurung. Aku sanggulkan rambut dan duduk untuk bersolek.
Aku letakkan sedikit foundation Fenty Beauty di muka. Tidak mahu terlalu tebal, aku mahu look yang natural. Nampak manis bila di pandang. Aku oleskan bibir ku dengan lipstick jenama bobby brown code plum wine. Aku sembur perfume Dior dari atas sampai ke bawah. Aku teliti semula penampilan aku hari ini, nampak seperti gadis-gadis melayu terakhir.
“Sayang cepat turun, Naufal sudah sampai. Nanti lambat pula kita tiba dekat sana.”
Aku turun dan aku lihat Ummi, pakaian nya simple tapi dia tetap kelihatan anggun. Aku dan Ummi mengunci pintu dan masuk ke dalam kereta. Aku pandang Naufal yang tidak melepaskan pandangannya. Aku tidak pasti sama ada aku ini cantik atau tidak.
“Naufal kenapa tengok Yasmin macam tu?” Soal Ummi.
Naufal terus gelabah apabila ummi menegurnya, comel betul dia ni. Aku cuit lengannya, aku tadahkan tangan. Dia cepat-cepat membaca doa sebelum memulakan perjalanan. Aku curi-curi memandang ummi di belakang, jelas riak suka ummi. Aku pasti dia berasa lega dengan tingkah Naufal, jauh sungguh beza dia dengan Imran. Betullah pilihan ummi untuk aku pada 5 tahun lepas. Tapi cinta itu buta, aku tetap memilih Imran dahulu.
Setibanya kami di rumah Naufal jantung ku mula berdetak laju. Aku berasa gemuruh, ini pertama kali aku mahu bertemu dengan ibunya. Perkenalan kami sangat singkat tetapi dipermudahkan semua. Walaupun Naufal beri tahu ibunya tidak kesah dengan situasi aku tetapi aku tetap tidak pasti sama ada apa yang Naufal katakan itu benar ataupun untuk menyedapkan hati aku sahaja.
“Awak jangan takut, ibu saya tak makan orang.” Usik Naufal.
Aku tenung matanya, dia senyum pada aku. Tenang.
Aku pegang tangan ummi, meminta kekuatan.
Ummi mengeratkan lagi genggaman tangan kami. Ummi sentiasa ada bila aku perlukannya.
“Jangan nervous, ummi yakin ibu akan suka.”
Kami bertiga melangkah masuk. Aku terpegun dengan corak dan cara rumah ini dihias. Sangat cantik, dari luar tampak biasa tetapi bila jejakkan kaki ke dalam rumah ini terselah agam nya rumah ini.
“Assalamualaikum ibu, kami dah sampai.” Jerit Naufal.
Aku lihat kelibat seorang wanita yang sudah berusia datang ke arah kami. Walaupun jelas sekali wanita ini sudah berusia dia tetap nampak lawa dan sihat.
“Waalaikumussalam,sampai pun. Gelisah ibu tunggu. Ufal tak nak kenalkan ke bakal menantu ibu.”
Aku salam dan cium tangan wanita ini. Lembut tangannya, wangi.
Dia peluk tubuhku erat di dalam dakapan nya.
“Nama ibu Fatimah, panggil sahaja ibu. Jangan di panggil aunty pula, kamu sudah ibu anggap sebahagian dari keluarga ini.”
Aku mula menahan sebak, diterima oleh wanita ini satu anugerah buat aku. Aku masih ingat lagi layanan bekas mertua aku dahulu, aku tidak pernah dipeluk erat seperti ini. Kali pertama buat aku merasai pengalaman ini.
“Nama saya Yasmin Aneesa, panggil Yasmin sahaja.”
Ibu meleraikan pelukan dan memeluk pula tubuh ummi ku. Sahabat baik ini berpelukan seperti sudah lama tidak berjumpa.
“Fatimah kamu ni peluk aku macam sudah lama tak berjumpa sahaja.” Usik ummi.
“Kamu ni Maryam aku gembira sebab kita dapat juga berbesan selepas 5 tahun kita rancang untuk jodohkan mereka. Akhirnya menjadi juga. Kita masuk berborak dekat ruang tamu. Ada ke patut aku ajak berborak depan pintu.”
Kami duduk di sofa ruang tamu. Aku lihat atas meja sudah terhidang air dan kuih. Rajin ibu siapkan semua ini. Susahkan ibu pula.
“Makan kuih dahulu, ibu sudah siap masak tunggu bik Yuni siapkan meja.”
Aku duduk diam, Naufal menghantar isyarat mata kepada aku. Walaupun aku tak faham aku balas sahaja pertanyaannya. Ummi sudah hairan dengan sikap kami. Ummi pandang ke arah aku.
“Kamu berdua main mata kenapa? Malu ke?”
Ibu memandang Naufal. Dia cubit lengan Naufal.
“Ibu sakit, kenapa cubit Ufal. Ufal tak buat salah apa pun, Yasmin yang goda Ufal.”
Aku pula yang bersalah dalam hal ini. Dia yang beria main mata, aku pula yang jadi bahan dia. Well kita tengok ibu marah ke tidak.
“Memang patut kamu tergoda, Yasmin cantik sangat. Macam angel.”
Aku pegang tangan ibu, terkejut wanita tua itu.
“Terima kasih sebab sudi terima Yasmin walaupun Yasmin tak sempurna untuk berdiri bersama Naufal. Terima kasih ibu, Yasmin tak pernah rasa disayangi seperti ini walaupun pernah berkahwin dahulu tetapi bahagia ini Yasmin tidak pernah rasa.” Aku ikhlas dengan ucapan aku. Sungguh bahagia ini yang aku mahu.
Ibu kesat air mata yang mula menitis.
“Sayang ibu, manusia ini tidak sempurna. Banyak kekurangan tetapi Yasmin di mata ibu, ayah dan juga Ufal kamu terlalu sempurna sayang. Ibu lega dan yakin kamu boleh bersama-sama memperbetulkan kesalahan Ufal jika diizinkan tuhan kamu berdua diijabkabulkan. You’ve been there sayang. Kamu lebih matang dalam soal ini.”
“Ibu tidak pernah rasa penyakit kamu itu satu kekurangan tapi sebaliknya. Ianya hadiah dari tuhan buat kamu, sakit ini banyak beri kebaikan pada semua. Kami dapat lihat kuat nya kamu meneruskan kehidupan. Jadi Yasmin, beri Ufal peluang bahagia kan kamu. Ibu janji anak ibu akan rawat dan balut luka di hati kamu.”
Ibu memeluk tubuhku. Belakang badan aku diusap, air mata yang aku tahan akhirnya tumpah jua.
“Betul apa yang ibu cakap itu. Yasmin bercinta selepas perkahwinan itu lebih indah. Hubungan yang halal lebih indah dirasai bersama.”
“Ufal lapar, jom makan. Jangan nak buat Ufal yang menangis pula dekat sini.” Celah Naufal apabila melihat situasi yang mula dipenuhi rasa sedih di hati.
Kami bertiga gelak, terima kasih Naufal.
Jujur aku katakan masakan ibu sangat sedap. Sudah lama aku tidak makan nasi minyak eh bakal makan dalam masa yang terdekat. Tetapi nasi minyak yang ibu masak sangat sedap. Cukup lengkap rencahnya.
“Yasmin jangan malu, tambah lagi. Bagi berisi sikit badan tu.” Ujar Ibu sambil menciduk nasi ke dalam pinggan aku.
Pertama kali aku makan dengan sangat berselera. Seusai makan, aku menolong bik Yuni mengemas meja makan. Aku sangat suka dengan cara keluarga ini melayan bik Yuni. Walaupun dia cuma orang gaji, ibu tetap melayannya seperti keluarga.
“Bik Yuni sudah lama bekerja dengan ibu?” Soalku.
“Sudah 10 tahun bik Yuni bekerja dengan ibu. Sudah bik Yuni anggap ibu seperti keluarga sendiri. Bik Yuni tiada keluarga, datang ke Malaysia untuk mencari kerja. Ibu lah yang memberi kerja pada bik. Sepanjang bik kerja dengan ibu, tidak pernah sedikit ibu melayan bik dengan teruk.” Ceritanya.
Aku teringin sangat mahu tahu sama ada bik Yuni kenal atau tidak sama arwah Hawa tetapi aku yakin dia mesti kenal.
“Bik, Yasmin mahu tanya bik kenal sama arwah Hawa?” Soalku sekali lagi.
Bik memandang aku. Aku tahu soalan ini bakal melukakan sedikit hati aku tetapi untuk apa aku berasa sedih. Hawa adalah masa silam buat Naufal. Aku juga masa silam tersendiri.
“Kenal. Hawa selalu datang ke rumah ini. Selalu teman ibu kalau bapa tiada di rumah. Naufal terlalu sayangkan arwah Hawa tetapi bukan jodoh mereka untuk bersama. Tetapi bik Yuni gembira sangat sekarang sebab Naufal sekarang lebih mudah tersenyum dan gelak di rumah. Kalau tidak selepas kerja sahaja terus dia naik ke atas. Tidak pernah bik Yuni dengar dia gelak seperti sekarang. Syukur.”
Aku tersenyum lega. Tiba-tiba muncul Naufal di sebelah. Aku lihat mukanya, mungkin risau jika aku terasa hati. Aku tidak akan kecewa sedikit pun bila dengar nama arwah Hawa. Bagi aku ini satu cabaran buat aku, Naufal ini sempurna orangnya. Jika mahu terus kekal di sisinya kena cekal kan hati.
“Yasmin, awak okay?” Soalnya risau.
“Saya okay Naufal. Awak jangan risau, jom pergi depan nanti ibu dengan ummi cari.”
Dari jauh terlihat ibu dan ummi tersenyum melihat kami. Dua wanita ini terlalu mengharapkan aku dan Naufal bahagia, terlalu berharap.
Aku dan Naufal duduk di hadapan ibu dan ummi.
“Sayang, ibu nak tanya Yasmin kalau Yasmin setuju untuk terus menikah?”
Menikah. Aku tak pasti, tetapi aku sayangkan Naufal sepenuh hati. Terlalu sayang.
“Yasmin setuju, bila ibu dan ummi mahu kami menikah?” Soalku.
Naufal di sebelah memandang aku tidak percaya. Terlalu cepat tetapi aku mahu hubungan ini halal. Halal di mata tuhan.
“3 bulan. Tempoh untuk kita buat preparation. Yasmin dan Naufal setuju? Ibu tak nak orang mengata kamu berdua lagi pun lagi baik jika hubungan kamu ini di halalkan. Lega kami.”
Aku menoleh ke arah Naufal. Dia angguk tanda setuju.
“Naufal setuju. Lagi pun Naufal terlalu cintakan Yasmin, terlalu cinta. Jadi apa yang ibu dengan ummi aturkan ini aturan yang sangat baik.”
Aku juga mengangguk tanda setuju.Ya Allah kau permudahkan rancangan yang telah di atur oleh hambamu ini.
Aku dan ummi tiba di rumah selepas dihantar oleh Naufal. Dia mahu menyinggah tetapi aku suruh dia pulang. Aku tak mahu penatkan dia, cukuplah hari ini. Esok dia mahu bekerja lagipun aku juga ada hal esok hari. Aku duduk di sofa bersama ummi.
“Ummi, kalau Yasmin mahu buka satu kedai kek kecil ummi benarkan ke?”
“Yasmin sayang, ibu tidak mahu menghalang minat kamu. Teruskan dengan apa yang telah tergendala. Ummi tahu impian kamu jadi teruskan. Jangan berhenti, teruskan sehingga kamu puas.” Pesan Ummi.
Aku tahu aku telah kecewakan ummi dan abi bila aku sudah berjaya buka satu pastry cake shop ketika dahulu. Tetapi kerana Imran aku buang semua, aku gadai apa yang aku ada. Nasib sahaja aku masih menyimpan sebahagian duit dahulu. Aku serahkan semua duit itu pada Am untuk menyimpannya.
“Terima kasih Ummi. Kali ini Yasmin tidak akan kecewakan ummi dan abi. Yasmin janji.”
“Ummi tahu dan ummi yakin kerana lelaki yang tepat berada di samping kamu. Bukannya ummi terlalu yakin cuma Naufal ini seperti anugerah tuhan buat kamu.”
Aku angguk sahaja. Benar, Naufal lelaki kiriman tuhan buatku. Terima kasih tuhan untuk hadiah yang bermakna ini.
Share this novel