Dua

Romance Series 19246

Mata yang masih mengantuk aku gosok dengan lembut. Jam menunjukkan pukul 5 pagi. Aku bangun menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Seusai mandi, aku mengambil wudhu untuk menunaikan solat subuh. Sejadah dibentang. Aku sarungkan telekung pemberian bekas suamiku. Sesudah solat, aku tadahkan tangan memanjat doa kepada illahi.

“Ya Allah, Yang maha pemurah, Yang maha merancang. Kau ampunilah segala dosa aku dan kedua orang tuaku. Ya Allah, kau ampunilah segala dosa bekas suamiku dan tutupilah segala kesalahannya. Ya Allah ya tuhanku, aku redha dengan takdir yang kau berikan. Jika penyakit yang hadir ini mampu memberikan ganjaran syurga buat diriku, aku redha. Ya Allah yang maha mengasihani, kau berikan aku kudrat untuk mengarungi segalan cabaran di dunia ini. Ya tuhan kami, berilah aku kebahagian di dunia dan diakhirat, dan lindungilah aku dari azab neraka. Amin ya rabbal alamin.”

Aku melipat sejadah dan letakkan di almari.

Rring…Rring.

Telefon yang berbunyi aku capai. Nama Imran terpapar di skrin telefon.

“Assalamualaikum abang.” Ucapku.

“Waalaikumussalam. Aku bukan lagi suami kau, tak perlu nak ber abang dengan aku.”

“Kenapa abang, eh maaf. Kenapa awak telefon saya?” Soalku.

“Aku telefon ni bukan sebab nak rujuk dengan kau atau apa. Aku nak bagitahu yang kau perlu datang mahkamah syariah shah alam pukul 10. Aku nak kita daftarkan penceraian selepas itu daftarkan di pejabat agama.”

Aku terkedu. Sungguh aku tak sanggup berpisah dengan Imran. 3 tahun melayari bahtera perkahwinan, akhirnya disiakan kerana aku tak mampu memberikannya zuriat.
“Kau dengar tak ni, jangan nak buang masa aku. 10 tepat aku nak tengok muka kau ada dekat sana.” Ujarnya dan terus dimatikan panggilan telefon.

Ya Allah berat sungguh ujian yang kau beri. Aku turun ke dapur untuk menolong Ummi membuat sarapan. Tubuh Ummi aku peluk. Air mata yang ditahan akhirnya mengalir juga.

“Kuat ya sayang. Ummi dan Abi sentiasa ada dengan Yasmin. Sentiasa ya sayang dengan izin tuhan.” Pujuk Ummi.

Tubuhku Ummi pegang, Ummi memegang tanganku dan dudukkan aku di kerusi. Wajah Ummi aku pandang.

“Yasmin duduk sini, Ummi masakkan sarapan. Jangan ke dapur ya sayang. Ummi nak layan Yasmin macam puteri raja harini. Dengar cakap Ummi ya.”

Aku mengangguk lemah. Terasa sentuhan lembut di bahu. Aku toleh, alangkah terkejutnya aku melihat wajah yang aku rindui.

“Ya Allah. Bila Amsyar balik? Rindu kakak dengan kamu.”

Tubuh sasa Amsyar aku peluk dengan erat. Amsyar adikku yang paling aku sayang. Dari kecil dia adalah satu-satunya anugerah terindah dari tuhan buatku. Amsyar sekarang bergelar seorang doktor pakar kanak-kanak di HKL. Selain dari sahabat baikku Amira, dia adalah orang kedua yang tahu tentang penyakit ni.

“Amsyar balik lewat malam kak. Terkejut Am bila tengok kereta kakak semalam. Abi dah cerita apa yang berlaku pada akak dekat Am. Tak sangka, abang Imran sanggup buat kesayangan Am macam ni.”

Dia memeluk tubuhku dengan erat. Dahiku dicium penuh kasih sayang.

“Akak pun tak sangka apa yang terjadi dekat akak ni Am. Semua ni terasa macam mimpi.” Luahku.

Tanganku digenggam erat. Terlihat kelibat Abi dihadapan kami. Ummi yang baru sahaja selesai memasak di dapur membawa semangkuk mee goreng dan satu jag air kopi panas.

Kami berempat duduk untuk menjamu selera. Aku menguis mee goreng yang dimasak oleh Ummi. Tekakku terasa perit.

“Yasmin, makanlah sikit. Bagi badan kamu tu bersemangat balik. Jangan difikirkan lagi masalah yang membelenggu fikiran kamu ya sayang.” Pujuk Abi.

“Macam mana Yasmin nak makan. Hati Yasmin sakit Abi. Yasmin rindu dengan Imran. Kalau Yasmin tak lalu nak makan, Imran akan suap Yasmin. Macam mana Yasmin nak hidup tanpa Imran, Abi.”

Sudu yang dipegang diletakkan kembali di atas meja. Abi memandangku dengan pilu.

Aku teruskan perbualan. Aku mengeluh dengan perlahan.

“Nanti Yasmin nak pergi mahkamah syariah. Abi teman Yasmin ya, Yasmin takut diri Yasmin lemah nak berhadapan dengan Imran.”

Air mata mula membasahi pipi. Am yang berada disebelahku mengusap air mata yang semakin melaju membasahi pipi mulusku.

“Am pun nak teman kakak. Am tak nak kakak jatuh seorang diri. Am akan sentiasa ada disisi kakak. Am janji.” Tangannya diangkat seperti sedang membaca ikrar.

Aku tergelak melihat gelagat Am. Ya Allah terima kasih kerana kau hadirkan insan yang mendorong aku dari jatuh tersungkur.

****

“Doktor tunggu siapa ni?”

Naufal menoleh kebelakang. Soalan yang ditujukan kepadanya dari Nurul, dijawab.

“Eh Nurul yang awak ni sebuk tanya saya tunggu siapa ni dah kenapa? Tak ada kerja ke? Awak tu nurse. Saya ni doktor.”

Wajah Nurul yang mula menunjukkan riaksi marah itu dia tenung.

“Ish doktor ni, saya tanya je. Itupun nak perli saya, saya tahulah saya ni kuli doktor.” Ujarnya memeluk tubuh.

“Janganlah marah cik Nurul, nanti tak melekat pula doktor Amsyar bila tengok muka awak macam kerang busuk ni.”

Kakinya dihentak tanda protes. Macam lah pekerja di HKL ni tak tahu yang cik Nurse dihadapannya ini tengah tangkap cintan dengan doktor Amsyar semenjak dari tahun lepas. Bukannya Nurul ni tak tahu yang Amsyar tu menolaknya berkali-kali. Sungguh keras hati cik Nurul kita ni ya.

“Doktor Am tak masuk kerja harini. Dia cuti katanya. Hmm melepaslah saya nak tenung wajak kacak doktor Am harini.” Ujarnya.

“Daripada awak tenung doktor Am tu, baik awak tenung saya.”

Nurul menjelingkan matanya ke atas.

“Doktor, kalau saya tenung wajah doktor ni. Murung hari saya harini.”
Nurul berlalu meninggalkan doktor Naufal yang tercegat seperti patung.

Nurul menghela nafas lega. “Nasib baik mood doktor Naufal baik harini. Kalau tak terperuk dalam bilik layan perasaan. Teringatkan arwah Hawa. Semoga kau tenang dekat sana ya Hawa.”

Naufal beredar untuk memulakan tugasnya merawat pesakit. Cincin di jarinya ditenung. Wajah arwah Hawa bermain di minda. Rindunya dia pada arwah kekasih tidak pernah terubat. Air mata yang bergelinang di tubir matanya dikesat. Dia menarik nafas, semoga hari ini dia bisa menjalankan tugas dengan baik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience