Aku buka dan mengesat mata untuk hilangkan rasa mengantuk. Tanganku terasa dihalang oleh sesuatu. Aku lihat ke tepi dan melihat susuk tubuh seseorang yang sedang nyenyak tidur. Aku tatap muka yang sedang lena dibuai mimpi. Pertama kali aku dapat menatap wajahnya dengan begitu lama. Dia mempunyai kening yang tak begitu lebat dan lebar. Alis mata yang cantik, malahan bulu mata nya lebih cantik dari perempuan. Hidung yang mancung dan bibir merah bak delima tanpa sebarang kesan sebatang rokok. Indah sungguh ciptaan mu Ya Allah, tiada satu pun cacat cela pada lelaki ini. Sempurna.
Aku bangun dari pembaringan perlahan-lahan agar Naufal tidak terjaga. Aku mahu dia berehat, mesti dia penat menunggu aku terjaga. Aku turun dari katil dan menyelimut tubuh Naufal yang kesejukan. Pintu bilik aku buka dan aku keluar dari bilik menuju ke wad kanak-kanak. Ini memang rutin aku jika aku ke hospital. Anak-anak syurga itu pasti aku ziarahi walaupun sebentar.
“Eh akak Yasmin buat apa dekat sini? Kenapa tak berehat sahaja dalam bilik?” Soal Nurul.
“Akak nak lawat anak-anak akak. Sudah puas akak berehat, bosan baring lama-lama dalam bilik.” Ujarku.
Aku gagahkan kaki untuk melangkah walaupun aku tahu bila-bila masa aku boleh sahaja pengsan. Aku tidak tahu mengapa badan aku terlalu lemah. Selalunya selepas rawatan, aku baik-baik sahaja. Tetapi kali ini berbeza.
“Akak, Nurul bukan tak nak bagi akak pergi ziarah anak-anak syurga itu tapi Am sudah pesan pada Nurul supaya tak bagi akak pergi. Maafkan Nurul tetapi akak memang tak boleh melawat mereka.”
Aku memegang lengan Nurul, sesungguhnya aku memang tidak berdaya. Aku penat.
“Yasmin?”
Aku toleh kepada suara yang memanggil nama ku. Amirah, apa yang dia buat di sini. Dia tidak akan turun ke wad kanak-kanak ini jika tiada hal yang mustahak yang perlu dia bualkan pada Amsyar.
“Yasmin mari aku bawa kau naik semula ke bilik kau. Naufal tak beritahu ke yang kau perlukan rehat yang secukupnya. Aku sudah pesan pada dia tadi.” Marah Amirah.
Aku akur. Lain kali ya anak-anak syurga bunda. Kesihatan bunda tidak mengizinkan bunda untuk melawat kalian. Amirah memapah tubuhku.
“Kau ada benda nak beri tahu aku ke? Kau nampak macam ada sembunyikan sesuatu pada aku.”
Amirah memberhentikan langkahnya. Mukanya jelas menunjukkan riak serba salah.
Ini mesti tentang perkembangan penyakit ku.
“Cerita sahaja, aku okay.”
Kami berdua duduk di kerusi.
“Yasmin, kalau kau rasa tubuh kau lemah hari ini kerana kanser kau sudah berada di tahap 2. Sebab itu kau sangat lemah hari ini. Aku beri tahu pada Am kelmarin jadi aku turun ke bilik dia sebab nak beri tahu progress rawatan kau hari ini. Aku minta maaf sebab rahsiakannya pada kau.”
Tangan Amirah aku genggam. Sedikit pun aku tidak terasa, benar sungguh perbuatannya.
“Terima kasih sebab rahsiakannya dari aku dahulu. Jadi masih ada harapan ke untuk aku sembuh dengan cepat?” Soalku.
“Masih ada. Kau cuma perlu teruskan rawatan chemotherapy kau sampai habis and you will finally be free. Insyaallah.”
Amirah tersenyum lebar pada aku. Wanita ini juga tetap kuat mendorong aku untuk melawan penyakit ini walaupun aku tahu dia juga punyai masalah tersendiri.
Aku buka pintu bilik. Dia masih lagi tidur, penat sangat ke tunggu aku tadi.
“Naufal..Naufal bangun.”
Aku menggoncang lembut tubuh Naufal, tidur mati ke dia ni.
“Idris Naufal.. oh doktor Idris Naufal. Cepatlah bangun.” Kejut ku.
Dia meregangkan badannya. Mukanya yang sembap itu aku pandang, tetap kacak.
“Sudah lama ke awak bangun?” Soalnya.
“30 minit. Sempatlah saya turun ke bawah tadi.”
Dia segera bangun dan bergerak ke arah ku. Tubuhku ditarik dan menyuruh aku duduk di katil. Matanya mula merenung ke dalam anak mata ku. Marah, aku tahu.
“Kenapa turun? Kenapa tak kejut saya? Kalau awak pengsan macam mana? Nanti saya juga yang kena marah dengan Am.” Bebel-nya.
“Tak perlu risau saya selamat naik ke atas balik dan saya juga tahu saya punya kesihatan macam mana. Don’t worry, Amirah sudah cerita semua.”
Renungan tajam itu mulai menghilang. Mata itu jelas menunjukkan riak sayu dan simpati.
Naufal tolong jangan simpati pada saya.
“Jangan buat saya risau. Please, jangan buat macam itu lagi.”
Aku senyum kepadanya.
“Pergi tukar baju. Tak panas ke pakai baju melayu putih tu dari tadi. Awak tengah melawat saya dekat hospital bukannya kubur saya.”
Tanpa sebarang balasan dia ambil begnya dan pergi ke tandas untuk menukar baju. Ya Allah apa yang aku sudah cakap ni. Itulah Yasmin mulut tak reti nak jaga.
Pintu bilik air dibuka. Dia bentangkan sejadah dan mula menunaikan solat asar. Aku hanya mampu melihat kerana aku berada di fasa mengibarkan bendera merah. Kalau tidak kerana ini mungkin aku boleh jadi makmum nya.
Aku duduk diam di atas katil. Naufal mulakan bacaan doanya, agak-agak mahu ke dia selit kan nama ku di dalam doanya.
“Naufal saya nak minta maaf. Saya tak bermaksud nak cakap begitu.”
Dia duduk menghadap diriku. Aku tundukkan pandangan, tidak mampu untuk memandang mata yang sedang merenung diriku.
“Yasmin pandang saya. Saya tak suka bercakap dengan orang yang tak nak pandang mata saya.” Ujarnya.
Aku masih tundukkan pandangan. Takut dengan renungan itu. Aku seolah anak kecil yang takut dimarahi apabila membuat salah.
“Yasmin… pandang saya. Yasmin Aneesa binti Khalid, look at me. Pandang mata saya.”
Aku mendongakkan muka ku. Mata yang tertutup rapat aku bukakan. Mencari keberanian untuk membalas renungan itu.
“Good girl.”
“Saya tak marah tapi saya tak suka bila awak cakap macam tu. Yes saya pergi melawat kubur Hawa pagi tadi. Saya tahu awak terasa but awak takut nak suarakan perasaan awak. Saya tahu. Saya minta maaf.”
Tergamam. Kenapa perlu dia minta maaf. Mengapa dia perlu peduli tentang perasaan aku. Kenapa?
“Saya pergi melawat kubur arwah Hawa kerana saya nak beritahu yang Ijah juga sudah tiada di dunia ini. Kerana Hawa saya kenal anak kecil itu. Itu sahaja Yasmin. Jujur saya katakan saya takut jika saya sudah langgar janji saya pada Hawa. Jujur saya sayangkan Hawa tetapi itu dulu. Sekarang saya anggap Hawa adalah memori paling bermakna dalam hidup saya. Saya cuba Yasmin, cuba melupakan. Cuba beri peluang pada hati untuk menerima orang baharu.” Luahnya.
Aku diamkan diri. Aku mahu biarkan dia sahaja bercerita, aku mahu dengar semuanya.
“Yasmin, I’m done. Hawa adalah kisah silam saya, kisah hitam tapi ada manisnya. Kalau bukan kerana awak, saya masih lagi berpegang pada prinsip yang sama. Yasmin awak sedarkan saya dengan realiti, awak kenalkan saya apa itu erti cekal melangkah ke hadapan. Awak wanita besi yang saya kagum dengan kisah hidup awak."
Aku tahan air mata dari mengalir. Tahan Yasmin, jangan menangis.
“Yasmin, I am nothing. Tapi saya mahu jadi someone yang punyai segala dengan adanya awak di sisi. Yasmin saya tahu awak masih trauma dengan kisah lalu. Saya tahu saya tak boleh mengalahkan cinta awak pada Imran selama 11 tahun. Itu satu tempoh yang lama. Tapi saya minta awak beri peluang pada saya untuk buktikan yang saya boleh bahagiakan awak.”
“But Yasmin I am madly in love with you. Saya tidak tahu sejauh mana hubungan ini boleh pergi jika awak beri saya peluang itu. Tapi saya pasti dengan izin tuhan dan redha kedua ibu bapa kita, saya janji Yasmin saya tidak akan biar rasa sakit itu kembali.”
Air mata aku menitis. Naufal, luahan awak amat besar bagi saya. Kata-kata awak ikhlas tapi saya tidak tahu. Saya keliru.
“Naufal, saya tidak tahu. Saya keliru. Saya tahu awak ikhlas tapi yang menjadi masalahnya ialah saya jadi saya pinta awak beri saya masa dan ruang untuk berfikir.”
Aku baring dan menarik selimut untuk mengelak pandangannya.
“Yasmin saya pulang dahulu. Malam nanti saya datang semula. Assalamualaikum.”
Pintu bilik dibuka dan ditutup semula. Aku selak selimut yang menutupi tubuhku. Maafkan saya Naufal, saya tak nak keputusan ini bakal mengecewakan saya semula.
Aku capai telefon di meja. Nombor Ummi aku dail.
“Assalamualaikum sayang Ummi. Macam mana sesi rawatan?”
“Waalaikumussalam Ummi. Rawatan baik-baik sahaja cuma Yasmin dah di tahap dua. Tapi Yasmin masih ada harapan.”
“Allah. Kuat ya sayang, Ummi minta maaf tiada saat Yasmin perlukan Ummi dan Abi.”
Aku tidak pernah terasa hati walaupun sedikit dengan Ummi dan Abi. Sebaliknya aku yang rasa bersalah kerana hidupku hancur. Aku rasa bersalah kerana pernah mengabaikan pandangan Ummi dan Abi tentang Imran dahulu.
“Ummi, boleh tolong panggilkan Abi sekali. Yasmin ada benda nak diceritakan dengan Ummi dan Abi.”
“Baik sayang. Sekejap ya.”
Aku tenangkan diri. Aku risau jika Ummi dan Abi tidak setuju. Mereka mungkin tidak mahu aku kecewa semula.
“Sayang, Abi sudah ada ni. Ummi pasangkan speaker.”
Aku tarik nafas. Bismillah.
“Ummi dan Abi kalau ada lelaki yang Yasmin baru kenal dalam tempoh 2-3 bulan dan dia cakap dia ikhlas sayangkan Yasmin. Ummi dan Abi izinkan ke hubungan kami?” Soalku.
“Sayang. Abi dan Ummi tidak kesah berapa lama kamu berkenalan dengan dia. Lama atau sekejap itu cuma tempoh sahaja sayang. 11 tahun kamu setia pada Imran tetapi di siakan begitu sahaja setelah banyak yang kamu korbankan. Jadi jika tempoh itu singkat tidak bererti satu hubungan itu tidak berjaya. Jodoh itu kita tidak pasti sayang. Jika boleh istikharah, lakukan segera tapi jika tidak yakinlah bila kamu buat keputusan. Allah tahu segalanya, kita mampu merancang tapi Allah menentukan segalanya.” Jelas Abi.
“Tapi Yasmin sakit. Lelaki ini banyak derita yang pernah dia lalui. Kematian bekas kekasih 2 tahun lepas sudah cukup menyeksakan bagi dia. Jika Yasmin juga setuju dengan hubungan ini Yasmin takut Yasmin bakal menghancurkan semula jiwanya. Yasmin tidak tahu berapa lama Yasmin bakal hidup. Yasmin sakit.” Luahku.
“Astaghfirullah Yasmin, kenapa fikir macam tu. Tak baik sayang. Mati itu pasti, kita tidak tahu bila sahaja. Sakit itu bukan asbab untuk kita kata kita bakal mati. Kadang Allah bagi penyakit itu supaya kita kembali padanya, ingat dia semula. Yasmin ada manis dalam setia kesakitan yang kamu lalui. Manisnya kamu berjumpa dengan jejak ini.”
Tapi aku tetap keliru. Ya Allah permudahkan lah aku untuk membuat keputusan.
“Yasmin dengar ini Ummi nak cakap. Kami izinkan lelaki itu untuk membahagiakan kamu. Tapi yang Ummi lihat lelaki ini berjaya membuatkan Yasmin berfikir sehingga Yasmin rasa resah dan keliru. Ummi yakin, he is the one for you dengan izin tuhan. Jadi Yasmin, lupakan tentang penyakit kamu. Lupakan Imran, lupakan status janda kamu. Yasmin juga berhak mencari bahagia Yasmin sendiri.”
Ada benarnya apa yang Ummi kata.
“Terima kasih Ummi dan Abi. Terima kasih kerana ringankan beban Yasmin.” Ucapku.
“Sama-sama sayang. Ummi dan Abi nak lihat Yasmin bahagia. Kami letak telefon dahulu. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
****
Naufal mundar-mandir di ruang tamu rumah ibunya. Tidak senang duduk dia dari tadi memikirkan jawapan Yasmin. Terlalu cepat kah dia bertindak.
“Kamu ni kenapa Ufal dari tadi lagi ibu tengok kamu resah semacam je.” Soal ibu.
Ufal adalah nama manja bila dia di rumah.
Naufal duduk dan memegang tangan ibunya.
“Okay macam ini ibu, Ufal confess perasaan Ufal pada seseorang ni tapi Ufal takut dia tolak.”
Ibu menepuk lembut peha Naufal. Mata ibunya bersinar, tak sabar nak ada menantu lah tu.
“Alhamdulillah Ufal. Ibu suka, tak sabarnya nak bonding dengan menantu sendiri. Dengan kakak ipar kamu ibu sudah puas ber bonding. Tapi Ufal sudah betul lupakan arwah Hawa?” Soal ibu.
“Sudah ibu. Disebabkan wanita ini Ufal sedar dengan dunia realiti. Tapi wanita ini terlalu sempurna ibu. Kesempurnaan dia buatkan Ufal takut jika Ufal tak layak berdiri di sebelahnya.”
“Kenapa Ufal? Cerita pada ibu apa yang Ufal risaukan.”
Naufal pandang wajah ibunya. Dia tahu ibu dan ayahnya tidak memilih menantu tetapi dia juga takut jika ibu letakkan harapan yang tinggi.
“Wanita ini merupakan pejuang kanser rahim di tahap 2. Ada beberapa lagi rawatan dan dia mungkin akan bebas. Tapi ibu dia juga seorang janda, dia juga lebih berumur dari Ufal. 11 tahun dia setia pada lelaki yang dia cintai. 3 tahun melayari bahtera perkahwinan tetapi diceraikan akibat penyakitnya.”
Aku risau jika ibu menolak. Ibu mana yang mahu anaknya kecewa buat kali kedua. Tetapi aku yakin ibu bukan begitu.
“Ya Allah sungguh sempurna wanita ini Ufal. Ingat pesan ibu, pekak kan telinga dengan kata-kata orang. Ibu yakin wanita ini bakal membahagiakan Ufal. Pesan padanya ibu sudah mula jatuh suka pada dia. Kirim salam sayang ibu pada dia Ufal.”
“Baiklah Ibu. Terima kasih.” Ucapku.
****
Aku resah menunggu Naufal, aku sudah buat keputusan. Aku juga berhak bahagia.
Aku menyelimutkan tubuhku, malam ini terasa dingin.
Pintu bilik dibuka, aku pejamkan mata. Berdebar.
“Yasmin, saya ni. Awak sudah tidur ke?” Tanya nya.
Aku bangun dan pusingkan badan ku menghadap dirinya.
“Naufal, awak betul-betul serious pagi tadi?” Soalku.
Dia angguk tanda setuju. Kedua tangannya di genggam menunggu jawapan dariku.
“Naufal, saya ini ada penyakit. Saya ini janda, berkemungkinan saya tak boleh mengandung tapi saya tolak sangkaan saya tentang ini. Saya harap jika saya sembuh saya boleh mengandung. Saya risau ibu dan ayah awak tidak setuju. Saya terlalu banyak kekurangan.” Ujarku.
“Tapi Yasmin ibu saya kirim salam sayang untuk awak. Dia teringin nak berjumpa dengan awak.”
Aku terkejut, ibu dan ayah dia boleh terima aku walaupun dengan keadaan begini. Ya Allah hebat percaturan mu.
“Naufal, saya keliru pada mulanya tetapi saya yakin dengan keputusan saya sekarang. Dengan rela hatinya saya terima lamaran awak tadi. Cuma saya pinta untuk kita bertunang dahulu. Saya tak mahu awak terburu. Saya tak mahu awak kecewa.”
Naufal memandang aku dengan riak tidak percaya. Yes aku terima lamarannya, walaupun aku tak pasti sama ada itu adalah lamaran atau pun bukan. Aku yakin dengan takdir ini.
“Yasmin terima kasih. Saya janji saya tak akan biarkan masa lalu awak menghantui hidup awak di masa hadapan kelak. Ya Allah saya bersyukur sangat Yasmin sebab awak sudi terima saya.” Luah Naufal.
“Saya juga tidak sangka semudah ini saya membuat keputusan. Saya tahu kita terburu-buru tapi saya harap kita mampu kecapi bahagia. Saya juga berjanji Naufal, selagi saya hidup saya akan bahagiakan awak semampu saya.”
Aku dan Naufal saling berbalas pandangan. Satu renjatan mengalir di dalam tubuhku. Anak mata itu merenung aku lagi dan lagi. Tenang.
Renungan itu menenangkan aku.
Tuhan semoga renungan itu bisa menenangkan aku sehingga kau tarik semula nyawa ini.
Dan tuhan semoga kau limpahkan kebahagian pada dua jiwa ini. Kuatkan mereka untuk menempuh liku-liku kehidupan bersama.
Semoga kau bisa izinkan mereka untuk jatuh dan bangun bersama-sama.
Bismillah, semoga takdir yang kau rencanakan ini bisa buat mereka terbang bebas berdua menerokai dunia.
Share this novel